Saturday, 6 June 2015

# Resipi Masakan Sihat

Resipi solok lada mudah

Solok lada adalah salah satu menu feveret saya tak kisah la buat makan dengan nasi kerabu ke, nasi dagang ke, nasi putih singgang daging ke..puasa ke raya ke..haha ada ke hari raya orang hidang solok lada. Saya belum pernah jumpa lagi tu.. Rahsia kesedapan solok lada tu ialah filling (inti) mesti guna kelapa parut yang belum diperah. Kelapa yang diperah santannya jangan sesekali buat filling solok lada...nanti hilang feel you..hilang lemak manis nya tu. Lagi satu rahsia kesedapan solok lada adalah penggunaan jenis cili. Bukan semua cili sesuai digunakan untuk buat solok lada okeh..

Cili yang paling sesuai untuk buat solok lada adalah cili besar yang berwarna hijau muda. Kat Kelantan memang bersepah cili tu. Selalunya saya beli ngan adik jual atas van tu. RM2 dapat dah dalam 15 biji. Murah ke murah? Hahaha...murah kan?? Sapa yang belum pernah tengok cili besar hijau muda tu.. ni la rupa parasnya yang menggoda tu

Gambar ambik dari internet ;)

Saya tak pasti jika cili ni ada namanya yang tersendiri. Tapi makcik-makcik kat kampung saya memang panggil cili ni lada solok. Selain dari buat solok lada, cili ni sangat sedap jika dimakan bersama meehun goreng, mee celup, mee goreng atau mee segera. Cili dipotong dan digaul bersama dengan gula, garam dan cuka. Rangup masam manis pedas. Walawey..memang terangkat habis. Nak jeruk pun boleh ye...

Biasanya kalau beli yang dah siap harganya boleh jatuh RM2 untuk 3 biji. Tapi kalau anda penggemar solok lada, sila buat sendiri. Kosnya murah sangat. Cara-cara nak buat solok lada pun mudah sangat.

Sejurus sebelum dimasak


Resipi solok lada

Bahan:

  1. 15 biji Cili besar 
  2. 1/3 biji Kelapa ditumbuk
  3. 1-2 cawan santan separa pekat
  4. 2 ekor ikan rebus siang buang tulang. Ditumbuk
  5. 3-4 biji Bawang merah ditumbuk
  6. 1/2 sudu kecil Lada hitam ditumbuk
  7. Sedikit Halia ditumbuk
  8. 2-3 helai Daun pandan
  9. Gula dan garam


Cara-cara membuat solok lada
  1.  Bersihkan dan belah memanjang cili besar. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
  3. Sumbat kelapa yang sudah digaul kedalam cili. 
  4. Lapik periuk dengan daun pandan & susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan daun pandan
  5. Dalam periuk, masukkan santan biar paras separuh dengan solok lada
  6. Masak dengan api perlahan hingga santan kering/solok lada kelihatan dah masak
Siap.

Mudah je kan? Nikmatilah bau harum yang semerbak sepanjang solok lada kat atas api. Berlari-lari anak masuk dapur tanya, "ummi masak apa? bau sedap". 

Solok lada biasanya dihidang bersama nasi kerabu. 
Tapi saya suka sangat solok lada digabung bersama singgang daging. Gabungan rasa solok lada yang pedas lemak-lemak manis, singgang daging yang masam-masin..syok gitu

Jom try

Salam Sayang
Jana


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana