Malas adalah antara penyakit kronik yang sangat berbahaya. Perasaan malas boleh melanda sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina tanpa mengira waktu. Orang yang suka layan perasaan malas terlepas banyak peluang dan membazir waktu. Orang malas juga sukar untuk maju, semakin mundur, sentiasa dalam keadaan kekurangan malah boleh menyebabkan masalah ekonomi dimasa hadapan melainkan dia berubah dengan segera. So, sapa-sapa yang ada masalah malas ni, sila ubah sekarang.
Jom semak 6 tip atasi perasaan malas agar kita boleh maju dan berjaya
Wajib utamakan solat & jaga hubungan dengan Allah s.w.t
Setiap hari tubuh kita terdedah terhadap cas-cas elektrostatik yang berada merata-rata dalam atmosfera. Apabila ia terkumpul dengan banyak dah tidak disingkirkan, ia boleh menjadi antara punca yang menyebabkan masalah sakit kepala dan tengkuk, sakit-sakit badan & tekanan mental.
olat
Disebalik pergerakan dalam solat ada 1001 kebaikan dan antaranya ialah dapat mengalirkan cas-cas elektrostatik ke bumi. Sebab tu tiap kali selepas solat badan kita akan rasa lebih ringan dan rasa lebih tenang kan?
Bina impian dan buat perancangan masa depan
Apabila kita menetapkan impian dan perancangan masa depan, automatik kita akan cuba untuk merealisasikannya. Kita akan fikir apa yang perlu dibuat dan seterusnya berusaha. Lagi besar dan menarik impian tersebut, lagi lah kita akan rasa tak boleh duduk dan tunggu saja ia berlaku. Lagikan impian untuk masuk syurga pun perlukan usaha, inikan pula impian untuk miliki sesuatu.
Perhatikan beza antara orang yang ada impian besar dan orang yang tiada impian, Orang yang ada impian biasanya ligat dan rajin buat kerja hasilnya mereka lebih berjaya dan kaya. Orang yang tiada impian pula malas nak fikir panjang dan selesa dengan apa yang ada walapun hanya cukup-cukup makan hasilnya hidup mereka berada di tahap yang sama untuk sekian lama.
Fokus pada masalah yang sedang dihadapi
Ketahui dimana masalah yang menyebabkan kita terbelit dan sukar untuk melepasinya hingga timbul rasa malas untuk teruskan. Apabila sudah dikenalpasti, fokus untuk menyelesaikannya. Jika tak mampu untuk melakukannya sendirian, minta tolong ahli keluarga, saudara mara atau kawan-kawan untuk membantu.
Contohnya, sukar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat disebabkan masalah tiada kenderaan dan kenderaan awam yang tidak efisen. Kesukaran ini lama-lama akan buatkan kita rasa bosan, dan seterusnya malas untuk teruskan. Minta tolong sesiapa hantarkan, atau pinjam kenderaan mereka.
Perbaiki pengurusan diri
Keadaan yang teratur boleh mempengaruhi mood seseorang. Keadaan yang bersepah, kotor dan tidak terurus akan menjadikan kita kurang bersemangat. Keadaan yang kemas, bersih dan cantik pula boleh membantu kita lebih tenang, mampu menjana idea-idea segar dan lebih bersemangat. Oleh itu, pastikan meja bekerja, bilik tidur, kereta sentiasa kemas dan teratur. Jiwa pasti lebih tenang dan fikiran lebih jelas.
Jana sering rasa kecewa apabila nak buat puding tapi tak jumpa barang yang diperlukan contohnya macam agar-agar tali. Cari-cari tak jumpa juga padahal dah beli, bila dah penat mencari sana-sini mulalah perasaan malas nak teruskan buat puding tu datang. Inilah contoh bagaimana pengurusan diri boleh merangsang perasaan malas untuk datang.
Kawal kata-kata dalam hati. Elakkan dari sentiasa sebut, "malas"
Apabila kita secara konsisten bercakap dengan diri sendiri, "arghh..malasnya!", secara tak langsung seluruh sel-sel otak akan bertindakbalas mengikut arahan yang telah diberikan. Bukan sel-sel otak je, malah sel-sel seluruh tubuh. Secara automatik kita akan rasa, berat badan, letih, malas bergerak dan otak pun rasa blurr.
Setiap kata-kata dan pemikiran kita adalah magnet. Jika kita fikirkan yang negatif, maka yang negatif lah akan terjadi. Begitu juga jika fikirkan yang positif. Biasakan diri kita menyebut "saya boleh!", "saya berjaya!"sentiasa.
Bertanggungjawab, sayangi dan hargai diri sendiri
Tanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab, menyayangi dan menghargai diri sendiri. Pastikan kita siapkan kerja dalam tempoh masa yang diberikan, tidak menangguhkan segala urusan dan tidak membuang masa sewenang-wenangnya. Jadilah orang yang proaktif dan efisen. Orang malas hanya pentingkan diri sendiri dan mempergunakan orang lain untuk memenuhi keperluannya.
Suplemen terbaik untuk orang yang selalu rasa badannya lemau dan daya fikiran yang lemah ialah Cinch Energy Tea Mix Shaklee.
Cinch Energy Tea Mix adalah penggalak tenaga semulajadi. Ia ditambah taurina bagi meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan. Ia tidak mengandungi gluten, perisa dan pewarna tiruan. Cinch Energy Tea Mix Shaklee diperbuat dari campuran teh:
- Serbuk teh hijau matcha
- Ektrak teh merah
- Ekstrak teh putih
- Ekstrak teh merah roibos
Bagi yang selalu rasa badan letih dan lemau tu, jom bertukar kepada Cinch Energy Tea Mix. Dari duk pekena teh tarik yang tinggi gula tu adalah lebih baik amalkan teh Shaklee ni. Boleh bantu tingkatkan metabolisme tau.
Inilah perkongsian yang tak seberapa dari jana tentang 6 tip atasi perasaan malas agar boleh maju dan berjaya. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha, keringat dan air mata. Kejayaan boleh menjamin kebahagian dunia dan akhirat.
Oh ye,
Bagaimana nak dapatkan Cinch Energy Tea Mix ni?
Jom hubungi saya ditalian berikut. Kita borak-borak santai ye
No comments:
Post a Comment