Showing posts with label Cinch Tea. Show all posts
Showing posts with label Cinch Tea. Show all posts

Friday, 24 February 2017

Resipi teh ais sihat penambah tenaga

February 24, 2017 2 Comments
Siapa penggemar TEH TARIK AIS ?? 🙋🙋🙋
Kita geng.

Tetapi tahukah anda, 1 sudu besar susu pekat manis bersamaan kira-kira 3 sudu besar gula putih. Agak-agak dalam segelas teh ais tu banyak mana kah susu pekat manis yang digunakan untuk teh tarik kaw?
Berapa banyak gula putih?

Belum lagi dikira makanan lain yang menggunakan gula putih.

Oleh itu, tak pelik lah bila ramai antara kita yang sukar mengawal berat badan, mempunyai masalah tinggi kolesterol, diabetes, penuaan sebelum usia, sukar hamil, ekzema dan macam-macam masalah kesihatan lagi.

Jana sendiri walaupun penggemar teh tarik ais, kini terpaksa kawal pengambilan kerana kesan pedih ulu hati tiap dan pening setiap kali menikmati teh tarik. Lagi KAW lagi pening....tambah-tambah waktu hamil.

Tapi sekarang bukan masalah lagi.

Ini dia alternatif untuk penggemar teh tarik ais dimana  anda masih boleh menikmati teh tarik tapi dengan gaya sihat malah berfungsi sebagai energy booster. 

 "TEH AIS SEGAR BIJI MATA" yang dibuat guna Shaklee Cinch Energy Tea & Cinch Shake perisa Vanilla ini mempunyai ciri-ciri berikut:

📣 90% kurang gula tp masih sedap
📣 rendah lemak dan kalori
📣 tiada kolesterol
📣 energy & metabolisme booster
📣 sangat sesuai untuk mereka yang nak jaga badan (nak kurus) dan pentingkan kesihatan




teh tarik sihat



Resipi teh tarik ais versi sihat penambah tenaga.

Bahan-bahan:
1. Ais dan air
2. Shaklee Vanilla Cinch Shake
3. Shaklee Energy Cinch Tea Mix

Langkah-langkah:
1. Bancuh 1 atau 2 sachet Cinch Tea Mix bersama air kosong.
2. Dalam gelas lain, bancuh 1 sudu besar Vanilla Cinch Shake bersama air kosong dan tambah ais
3. Masukkan Cinch Tea Mix yang telah dibancuh kedalam bancuhan Vanilla Cinch Shake dan kacau

SIAP!! mudah je kan.

Sedap untuk anak tekakdan bagus untuk kesihatan. Try lah 😙😙
Sesuai dengan namanya TEH TARIK SEGAR BIJI MATA kerana ia membantu berikan badan rasa cergas dan minda cerdas. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk, pentingkan kesihatan dan dalam masa yang sama masih dapat menikmati teh tarik ais yang digemari.

Tingkatkan tenaga dengan Cinch Tea Energy Mix
Kurus dengan Cinch Shake

Order Vanilla Cinch Shake dan Energy Cinch Tea Mix terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut. GST 6% dan postage akan dikira. (pembayaran melalui kad kredit/debit)



Untuk maklumat lanjut, jemput wasap atau SMS talian berikut



Wednesday, 1 July 2015

6 tip atasi perasaan malas agar boleh maju dan berjaya

July 01, 2015 0 Comments
Kadang-kadang rasa malas nak buat apa-apa kerja. Malas nak mengemas rumah, malas nak memasak, malas juga buat entri..serba-serbi malas. Rasa cam nak tengok tv sambil golek-golek je. Sedar-sedar masa berlalu begitu begitu sahaja apa pun tak siap. Rumah berselerak, anak-anak kelaparan malah duit pun segan nak masuk. Hati pun tak tenang. Membazir masa dan merugikan bukan?

Malas adalah antara penyakit kronik yang sangat berbahaya. Perasaan malas boleh melanda sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina tanpa mengira waktu. Orang yang suka layan perasaan malas terlepas banyak peluang dan membazir waktu. Orang malas juga sukar untuk maju, semakin mundur, sentiasa dalam keadaan kekurangan malah boleh menyebabkan masalah ekonomi dimasa hadapan melainkan dia berubah dengan segera. So, sapa-sapa yang ada masalah malas ni, sila ubah sekarang.

Jom semak 6 tip atasi perasaan malas agar kita boleh maju dan berjaya

Wajib utamakan solat & jaga hubungan dengan Allah s.w.t


Setiap hari tubuh kita terdedah terhadap cas-cas elektrostatik yang berada merata-rata dalam atmosfera. Apabila ia terkumpul dengan banyak dah tidak disingkirkan, ia boleh menjadi antara punca yang menyebabkan masalah sakit kepala dan tengkuk, sakit-sakit badan & tekanan mental.
olat

Disebalik pergerakan dalam solat ada 1001 kebaikan dan antaranya ialah dapat mengalirkan cas-cas elektrostatik ke bumi. Sebab tu tiap kali selepas solat badan kita akan rasa lebih ringan dan rasa lebih tenang kan?


Bina impian dan buat perancangan masa depan


Apabila kita menetapkan impian dan perancangan masa depan, automatik kita akan cuba untuk merealisasikannya. Kita akan fikir apa yang perlu dibuat dan seterusnya berusaha. Lagi besar dan menarik impian tersebut, lagi lah kita akan rasa tak boleh duduk dan tunggu saja ia berlaku. Lagikan impian untuk masuk syurga pun perlukan usaha, inikan pula impian untuk miliki sesuatu.

Perhatikan beza antara orang yang ada impian besar dan orang yang tiada impian, Orang  yang ada impian biasanya ligat dan rajin buat kerja hasilnya mereka lebih berjaya dan kaya. Orang yang tiada impian pula malas nak fikir panjang dan selesa dengan apa yang ada walapun hanya cukup-cukup makan hasilnya hidup mereka berada di tahap yang sama untuk sekian lama.


Fokus pada masalah yang sedang dihadapi



Ketahui dimana masalah yang menyebabkan kita terbelit dan sukar untuk melepasinya hingga timbul rasa malas untuk teruskan. Apabila sudah dikenalpasti, fokus untuk menyelesaikannya. Jika tak mampu untuk melakukannya sendirian, minta tolong ahli keluarga, saudara mara atau kawan-kawan untuk membantu.

Contohnya, sukar untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat disebabkan masalah tiada kenderaan dan kenderaan awam yang tidak efisen. Kesukaran ini lama-lama akan buatkan kita rasa bosan, dan seterusnya malas untuk teruskan. Minta tolong sesiapa hantarkan, atau pinjam kenderaan mereka.


Perbaiki pengurusan diri




Keadaan yang teratur boleh mempengaruhi mood seseorang. Keadaan yang bersepah, kotor dan tidak terurus akan menjadikan kita kurang bersemangat. Keadaan yang kemas, bersih dan cantik pula boleh membantu kita lebih tenang, mampu menjana idea-idea segar dan lebih bersemangat. Oleh itu, pastikan meja bekerja, bilik tidur, kereta sentiasa kemas dan teratur. Jiwa pasti lebih tenang dan fikiran lebih jelas.

Jana sering rasa kecewa apabila nak buat puding tapi tak jumpa barang yang diperlukan contohnya macam agar-agar tali. Cari-cari tak jumpa juga padahal dah beli, bila dah penat mencari sana-sini mulalah perasaan malas nak teruskan buat puding tu datang. Inilah contoh bagaimana pengurusan diri boleh merangsang perasaan malas untuk datang.


Kawal kata-kata dalam hati. Elakkan dari sentiasa sebut, "malas"


Apabila kita secara konsisten bercakap dengan diri sendiri, "arghh..malasnya!", secara tak langsung seluruh sel-sel otak akan bertindakbalas mengikut arahan yang telah diberikan. Bukan sel-sel otak je, malah sel-sel seluruh tubuh. Secara automatik kita akan rasa, berat badan, letih, malas bergerak dan otak pun rasa blurr.

Setiap kata-kata dan pemikiran kita adalah magnet. Jika kita fikirkan yang negatif, maka yang negatif lah akan terjadi. Begitu juga jika fikirkan yang positif. Biasakan diri kita menyebut "saya boleh!", "saya berjaya!"sentiasa.


Bertanggungjawab, sayangi dan hargai diri sendiri




Tanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab, menyayangi dan menghargai diri sendiri. Pastikan kita siapkan kerja dalam tempoh masa yang diberikan, tidak menangguhkan segala urusan dan tidak membuang masa sewenang-wenangnya. Jadilah orang yang proaktif dan efisen. Orang malas hanya pentingkan diri sendiri dan mempergunakan orang lain untuk memenuhi keperluannya.


Suplemen terbaik untuk orang yang selalu rasa badannya lemau dan daya fikiran yang lemah ialah Cinch Energy Tea Mix Shaklee.


Cinch Energy Tea Mix adalah penggalak tenaga semulajadi. Ia ditambah taurina bagi meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan. Ia tidak mengandungi gluten, perisa dan pewarna tiruan. Cinch Energy Tea Mix Shaklee diperbuat dari campuran teh:

  • Serbuk teh hijau matcha
  • Ektrak teh merah
  • Ekstrak teh putih
  • Ekstrak teh merah roibos

Bagi yang selalu rasa badan letih dan lemau tu, jom bertukar kepada Cinch Energy Tea Mix. Dari duk pekena teh tarik yang tinggi gula tu adalah lebih baik amalkan teh Shaklee ni. Boleh bantu tingkatkan metabolisme tau.

Inilah perkongsian yang tak seberapa dari jana tentang 6 tip atasi perasaan malas agar boleh maju dan berjaya. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha, keringat dan air mata. Kejayaan boleh menjamin kebahagian dunia dan akhirat.

Oh ye,
Bagaimana nak dapatkan Cinch Energy Tea Mix ni?
Jom hubungi saya ditalian berikut. Kita borak-borak santai ye



Thursday, 29 May 2014

SET KURUS SHAKLEE BERKESAN DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

May 29, 2014 0 Comments
Set vitamin yang paling kerap orang cari ialah set kurus Shaklee. Ye lah, mana tak nya bila dah kurus sudah tentu penampilan lebih menarik dan banyak penyakit-penyakit bahaya dapat dijauhi. Tambah pula vitamin-vitamin Shaklee ni yang memang terkenal dengan cepat dan berkesan, ujian klinikalnya yang menyeluruh, selamat untuk jangka masa panjang dan harga yang berpatutan memang ia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Bagi yang masih mencari-cari, set kurus Shaklee ni ada banyak jenis tau..bukan boleh main pilih je yang mana berkenan..bila pilihan tu kurang tepat sebab tu hasilnya pun kurang tepat. Lepas tu ada yang komplen takde beza lah, tak berkesan lah, berat makin naik lah...

Sebab tu bila anda hubungi pengedar-pengedar Shaklee yang profesional biasanya mereka akan banyak tanya, punca berat badan naik lah, target nak turunkan berapa kg lah, ada penyakit ke tak, umur, jantina...macam-macam lah. Penyibuk ke? Bukan. Kami ni sebenarnya nak tolong anda dapatkan apa yang terbaik sebab dari maklumat yang diberi itulah boleh dijadikan panduan untuk kami.

Disini saya nak bagi guide sedikit sebanyak tentang cara memilih set kurus Shaklee mengikut kesesuaian tubuh.

Gemuk disebabkan suka makan makanan berlemak

saya nak kurus


  • Banyakkan pengambilan serat untuk lancarkan proses penyingkiran.
  • Hanya lemak yang boleh menghapuskan lemak. Tingkatkan pengambilan lemak HDL bagi menyingkirkan lemak-lemak LDL yang merupakan punca kegemukan dan penyakit berbahaya.
  • Kurangkan pengambilan garam kerana garam boleh memerangkap air didalam sel-sel tubuh yang akan menyebabkan sembap (water retention).
  • Mesti bersenam.
  • Jangan abaikan sarapan pagi dan ambil makan malam pada awal malam



Gemuk disebabkan slow metabolisme 

saya nak kurus


  • Otot ialah kilang pembakaran lemak dimana lebih aktif otot, lebih tinggi metabolisme dan lebih banyak pembakaran lemak berlaku. Oleh itu mereka yang gemuk disebabkan slow metabolisme perlu banyak pergerakan bagi merangsang otot untuk lebih aktif.
  • Banyakkan pengambilan protin untuk rangsang otot dan tingkatkan metabolisme. Protin juga mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan disamping mengawal paras gula.
  • Bersarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme, oleh itu jangan sesekali mengabaikan sarapan pagi anda. Amalkan juga pengambilan teh hijau.



Gemuk disebabkan hormon

saya nak kurus


  • Gemuk pada bahagian bawah tubuh sahaja seperti pinggul dan paha bagi tubuh jenis buah pear. Atau pun pada bahagian perut sahaja pada tubuh jenis buah epal.
  • Terlebih hormon estrogen dikalangan kaum lelaki akan menyebabkan mereka mempunyai lebihan lemak pada payudara.
  • Perlu kawal hormon


Rajin bersenam tapi susah nak kurus



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan yang betul, sila hubungi saya..
Jana Hazana
017-3125484

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via Poslaju & GDex




Friday, 28 March 2014

TINGKATKAN TENAGA DENGAN CINCH ENERGY TEA MIX

March 28, 2014 0 Comments
Selalu tak rasa malas je...rasa nak duduk je..rasa tak larat je...tambah-tambah waktu siang selepas makan. Padahal umur muda lagi. Bagi yang bekerja, situasi macam ni pasti sangat mengganggu bukan..bila dah badan lesu, penat, malas mulalah garang semacam tak boleh silap sikit...customer silap isi borang pun nak dimarah-marahnya..kesian...

Jika anda mengalami situasi tersebut, jom tingkatkan tenaga dengan Cinch Energy Tea Mix. Teh istimewa Shaklee ni berupaya membantu anda memberi tenaga segera malah meningkatkan metabolisme tubuh. Bila badan rasa sihat bertenaga, baru lah rajin je nak buat macam-macam kan?

energy booster cinch energy tea mix


Cinch Energy Tea Mix ni diperbuat dari campuran beberapa jenis teh iaitu;
  • Matcha Green Tea ~ disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan
  • Red Tea ~ Mengandungi polifenol yang merupakan antioksidan yang kuat melawan kanser. Ia melindungi kerosakan akibat radikal bebas. Polifenol dikaji sebagai pencegah kanser dan agen yang boleh menghalang tumor dari merebak
  • White Tea ~ Dikenali sebagai 'teh hijau bayi' kerana mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau
  • Rooibos Red Tea ~ tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan yang kaya dengan sebatian polifenol

Keistimewaan Cinch Energy Tea Mix adalah ia ditambah dengan taurina yang berfungsi meningkatkan stamina dan sistem pertahanan badan. Ia juga meningkatkan metabolisme tubuh. Dikatakan taurina membantu meningkatkan kapasiti senaman. 

Cinch Energy Tea Mix dibuat bebas gluten, tiada perasa dan pewarna tiruan malah selamat untuk digunakan. (Mengandungi kafein ~ tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu hamil)

atasi badan lesu dan lemah

1 sachet sudah mencukupi untuk keperluan harian yang padat dengan aktiviti yang memerlukan kecergasan minda dan fizikal. Anda akan rasa lebih bertenaga dan berfikiran lebih cerdas. Cinch Energy Tea Mix adalah kegemaran saya dan suami. Tiada lagi masalah badan lesu dan lemah.

Harga sekotak Cinch Energy Tea Mix (28 sachet) ialah RM131.00

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah hubungi saya

energy booster atasi badan lesu dan lemah


*****************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli



Wednesday, 21 August 2013

KURUS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

August 21, 2013 0 Comments
Sekarang ni banyak dah produk yang membantu orang-orang yang kurus. Cuma perlu buat pilihan yang betul. Ada yang murah, ada yang mahal hingga beribu-ribu..ada yang berhasil, ada jugak yang langsung tidak mendatangkan hasil. Ada yang cara makan, ada yang sapu dan ada juga yang tampal. Apa-apa pun yang paling penting ialah kesan untuk jangka masa panjang. Pastikan produk yang dipilih selamat dan berkesan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shaklee Shape Up Set terdiri daripada;

1. Lecithin (180 biji)

>> Bertindak melarutkan dan memecahkan kolesterol, triglycerides, lemak2 lain. Boleh membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

Membantu mencegah penyakit strok, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan arteri mengeras...


2. Herblax (120 biji)

>> Ramuan asas yang terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus. Terbukti secara klinikal kesesuaiannya untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang..

>> Membersih najis yang tersekat dalam usus besar atau yang tersimpan lama. Membantu mengempiskan perut, membantu masalah sembelit


3. Cinch Energy Tea Mix (Campuran Teh Putih, Teh Merah & Teh Hijau)

>> Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan, merupakan pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan lain untuk mencergaskan badan.

>> Rendah kalori dan menurunkan kolesterol.

>> Tinggi antioksidan yang melindungi tubuh dari serangan kanser.



4. Cinch Shake Mix (Minuman protin)

>> Diperkasa dengan Leucine (asid amino) untuk meransang sintesis protin otot untuk mengekalkan otot semasa dalam proses menurunkan berat badan. Membantu membekalkan serat yang tinggi, vitamin & mineral kepada tubuh.

>> Tinggi kandungan protin yang membantu memberikan rasa puas dan kenyang.

>> Rendah Glisemik untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.



Shape Up Set


Set ini bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi juga memelihara kecantikan kulit, kesihatan jantung dan anti-kanser.

Pengambilan set ini mesti disertakan dengan senaman. Ye lah, senaman kan kunci utama untuk hidup yang sihat. Tapi jika tidak berkesempatan untuk melakukan senaman, faham-faham lah gaya hidup sekarang..buatlah aktiviti fizikal lain yang memerlukan pergerakan fizikal seperti mengemop dan menyapu lantai, menaiki tangga, berjalan kaki..

Penting juga untuk mengawal pemakanan. Antaranya kurangkan makanan dan minuman manis, air berkarbonat. Kawal pengambilan makanan berlemak dan makanan segera. Jangan sesekali abaikan sarapan pagi kerana ia penting untuk membekalkan tenaga dan nutrisi. Jangan tinggalkan makan malam kerana ia membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

Harga pasaran untuk set ini ialah RM409.
Walaubagaimanapun, setiap pelanggan yang membeli dengan saya akan diberi diskaun. Setiap pembelian juga akan disertakan dengan tip-tip, konsultasi dan jadual pengambilan secara percuma. Jika berminat, boleh menghubungi saya

pengedar shaklee gombak

Follow Instragram Jana_Hazana