Assalamualaikum
Edisi khas untuk peminat petai, kali ni jana kongsi cara buat petai jeruk dari rumah yang mudah. Buat je sendiri, pasti lebih terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Jujur jana akui, jana adalah peminat tegar makanan eksotik dari hutan seperti petai, jering, kerdas, ulam-ulaman termasuk kulat sisir ye. So jika awak pun suka makan benda-benda macam ni, kita geng!
Petai ni berbuah ikut musim ye. Pada ketika luar musim, susah sikit nak dapatkan petai yang segar, biji besar-besar dan murah. Tapi jika waktu musim petai, harga memang merudum. Contohnya macam sekarang. Dah la petai segar-segar, biji besar-besar pulak tu. Time ni lah paling sesuai untuk borong petai banyak-banyak pastu buat jeruk. Menjeruk makanan ni kan salah satu cara untuk simpan makanan supaya tahan lama. Lagi lama lagi sedap pulak tu.
Ni cara buat petai jeruk style mak jana. Lain orang lain sikit caranya ye.
Langkah 1
Borong petai banyak-banyak. Pastikan petai yang segar, muda, biji besar-besar untuk kepuasan berganda. Memang lagi banyak petai lagi leceh nak proses tapi bak kata pepatah dulu-dulu, "susah dahulu senang lenang kemudian".
Langkah 2
Selepas petai dibersihkan, celur sekejap. Didihkan air terlebih dahulu baru masukkan petai. Untuk mudahkan kerja-kerja dilangkah seterusnya jana potong dulu bahagian tepi bilah petai yang agak keras tu. Nak tau dah cukup celur ke tak, biji petai mudah nak tanggal bila kita picit. Tapi jangan overcooked pulak ye!
Langkah 3
Ini lah dia biji-biji petai yang dah dipicit keluar dari kulitnya. Time ni kalu petai tu tak cukup celur, memang sakit jari-jemari halus tu ye. Sebab tu kena pastikan petai dicelur cukup-cukup masak. Petai mudah dipicit tapi masih kekal rangup.
Langkah 4
Seterusnya rendam petai-petai dalam air bersih. Kalu pakai air tapis lagi bagus. Ini belum boleh makan lagi ye. Kena rendam dulu semalaman dalam bekas bertutup dan tukar air bersih lain untuk selama 2-3hari. Tujuannya untuk tanggalkan selaput-selaput kuning macam dalam gambar tu.
Langkah 5
Pindahkan petai kedalam balang/botol. Guna air tapis atau air masak bersuhu bilik hingga cukup-cukup tenggelam semua petai tu dan masukkan garam secukup rasa. Banyak mana secukup rasa? Untuk petai sebanyak dalam gambar ni jana guna 2 setengah senduk besar garam kasar. Masukkan juga 3-5 biji cilipadi.
Tutup rapat dan biarkan selama 2-3 hari sebelum boleh makan. Lagi lama lagi sedap tau.
Selamat mencoba!
Salam sayang,,jana
Saturday, 15 August 2015
# Resipi Masakan Sihat
Khas untuk peminat petai: cara buat jeruk petai yang mudah
by
Jana Hazana
on
August 15, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
petai jeruk is my fav.. sambil tengok movie pun boleh kunyah petai jeruk ni.. xde nasi pun xpe.. petai tetap sebagai raja hutan.. kerdas no 2.. jering no 3. nyum³
ReplyDeleteSaya pun suka sangat petai jeruk. Kadang2 rasa nak meratah je 😅
ReplyDeleteramuan jering mcm mane pulak yea..
ReplyDeletesaya pun suka jeruk petai. Tapi tak boleh selalu.. hihi
ReplyDeleteTerima kasih. Sy dah cuba.. Tp tak tunggu 2 ke 3 hari terus rendam air garam. Hara2 jd
ReplyDeleteKl nk jeruk jering kena celur dulu jgk ke
ReplyDelete