Thursday, 1 February 2018

# Jeragat # Kecantikan

8 punca jeragat pada umur 30 tahun

Anda berusia lewat 20-an & 30-an. Tengah cari penyelesaian untuk hilangkan jeragat?

Baiklah, sebelum nak atasi masalah jeragat mesti kena tahu punca jeragat terlebih dahulu. Supaya lebih mudah untuk kita cari cara yang betul dan produk yang terjamin dapat hilangkan jeragat dengan berkesan.

punca jeragat wanita asia


Jeragat atau melasma adalah tompok-tompok berwarna coklat atau hitam pada area muka. Jeragat boleh mula muncul pada kulit muka kita seawal umur 25 tahun. Jeragat menyebabkan kulit muka kita nampak comot dan lebih wajah lebih berusia.

Jeragat bukan masalah luaran kulit, tetapi kerosakan pada sel-sel dalaman kulit. 

Bahaya jeragat jika tak diatasi dengan segera, jeragat akan makin merebak dan makin susah untuk dihilangkan. Berikut adalah 8 antara punca jeragat.


8 punca jeragat pada umur 30 tahun


Punca jeragat 1: Alat perancang kehamilan


punca jeragat


Ramai wanita mula menggunakan perancang kehamilan bermula usia 20an keatas. Selalunya selepas kelahiran anak pertama atau kedua. Samada guna pil atau alat perancang kehamilan seperti implanon menyebabkan hormon tidak stabil.

10 - 25% wanita yang mengambil pil atau alat perancang kehamilan akan mengalami kesan sampingan iaitu jeragat.



Punca jeragat 2: Sinatan matahari


punca jeragat


Sinaran cahaya matahari mengandungi sinar UV A dan B yang boleh meresap kedalam lapisan kulit yang menyebabkan kerosakan antaranya kulit jadi gelap, kulit berkedut, radikal bebas dan kerosakan DNA.

Lebih menakutkan sinar matahari yang berlebihan juga boleh menyebabkan kanser.



Punca jeragat 3: Mengandung

Semasa mengandung hormon tak menentu. Selain jeragat, ibu mengandung juga boleh mengalami masalah strecth mark (kulit pecah), jerawat dan ekzema. Sesetengah masalah ini akan hilang selepas ibu bersalin. Tetapi ada juga yang kekal.

Ibu mengandung dinasihatkan mengambil nutrisi sihat yang mencukupi bagi menjaga kesihatan kulit.



Punca jeragat 4: Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan berupaya memberi kesan sampingan terhadap sel-sel kulit.



Punca jeragat 5: Alat kosmetik dan pewangi




Bahan kimia yang terkandung dalam alat makeup, pewarna dan pewangi boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Salah pilih produk akan memburukkan lagi keadaan jeragat. Pakai makeup nak tutup jeragat tapi dalam masa yang sama makeup tu jadi punca jeragat tanpa kita sedari. Atau pakai produk nak hilangkan jeragat, tapi produk tu buatkan jeragat makin subur.

Sila berhati-hati. Jana pasti anda taknak jeragat sekarang jadi makin teruk kan?



Punca jeragat 6: Thyroid

Dipercayai hormon tiroid turut menjadi punca jeragat.



Punca Jeragat 7: Stress


punca jeragat terjadi


Stress boleh mengganggu kestabilan hormon. Bukan itu sahaja, stress turut mempengaruhi kitaran haid, tekanan darah, punca keguguran rambut, keputihan dan banyak lagi.



Punca Jeragat 8: Genetik

Faktor keturunan menjadikan risiko jeragat lebih tinggi. Wanita yang ada faktor keturunan, tinggal di kawasan matahari terik, alami stress mudah nak kena jeragat walaupun usia masih muda.


Lihat >> 11 Makanan untuk kulit flawless


Jeragat yang baru muncul lebih mudah untuk dihilangkan berbanding jeragat yang sudah lama ada pada muka kita. Harap anda juga faham, jeragat bukan masalah luar kulit, tapi jeragat adalah masalah dalam lapisan kulit iaitu sel-sel. Cara yang berkesan untuk hilangkan jeragat ialah penjagaan dalaman dengan nutrisi yang betul untuk baik sel-sel yang rosak dan hasilkan sel-sel baru yang sihat.




=================================

Hazana Binti Hamzah (id 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

=================================


Follow Instragram Jana_Hazana