Wednesday 20 April 2016

# Detoks # Jom Detoks Cara Shaklee

10 cara detoks buang toksin dalam badan

Rasa tubuh tak bermaya, sakit-sakit badan dan sendi, sering dilanda masalah kulit dan bergelut dengan masalah berat badan yang sukar dikawal? Itu adalah diantara tanda-tanda tubuh banyak toksin.

Toksin jika dibiarkan lama-lama terkumpul boleh menjadi racun yang merosakkan tubuh badan kita. Kanser, sistem pertahan tubuh yang lemah, lemah tenaga syahwat, penyakit sendi adalah antara masalah akibat lambakan toksin dalam badan. Oleh itu, sangat penting untuk kita buang toksin dalam badan sebelum ia mengundang lebih banyak masalah.


buang toksin dalam badan




Cara yang paling berkesan untuk buang toksin dalam badan ialah detoks. Detoks telah pun diamalkan sejak berkurun lamanya diseluruh dunia seperti oleh perubatan ayuverda dan perubatan cina.

Detoks iaitu detoksifikasi ialah tentang merehatkan, membersihkan dan menyihatkan badan dari dalaman. Dengan membuang toksin dalam badan, kemudian dilengkapi dengan pemakanan tinggi nutrisi, boleh membantu kita untuk mencegah masalah kesihatan dan penyakit bahaya dan tingkat kemampuan tubuh mengekalkan kesihatan yang optimum.


10 cara detoks buang toksin dalam badan
  1. Tingkat pengambilan makanan tinggi serat iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran organik termasuk beras merah. Articok, kubis, brokoli, spirulina adalah antara makanan yang bagus untuk detoksifikasi.
  2. Bersihkan dan lindungi organ hati dengan pengambilan herba-herba dandelion, milk thistle, burdock dan teh hijau.
  3. Ambil vitamin C untuk rangsang tubuh tingkat penghasilan gluthatione iaitu sejenis kompoun dari organ hati yang berfungsi untuk singkirkan toksin.
  4. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari
  5. Sedut nafas sedalam-dalamnya untuk tingkatkan kitaran oksigen yang lebih lengkap dalam tubuh.
  6. Elakkan stress dan latih diri untuk sentiasa positif.
  7. Buat hidroterapi. Mandi air panas selama 5 minit. Alirkan air di belakang badan diikuti dengan air sejuk selama 30 saat. Ulang 3 kali Kemudian tidur selama 30 minit.
  8. Lakukan sauna untuk galakkan penyingkiran toksin melalui peluh.
  9. Spa untuk buang toksin pada liang roma.
  10. Bersenam. 

Tapi kita perlu ingat, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum buang toksin dalam badan ialah terlebih dahulu kurangkan aktiviti-aktiviti yang menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan iaitu; merokok, alkohol, kafein, gula putih dan lemak tepu. Ia boleh menghalang keberkesanan proses detoks.

Juga, minimumkan penggunaan produk-produk pencuci dan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Sebaiknya tukar kepada produk-produk yang dibuat daripada bahan organik dan semulajadi.

Adrenaline rush, yang dihasilkan oleh hormon yang dicetuskan dalam keadaan stress dalam jumlah yang banyak akan menghasilkan toksin dan dalam masa yang sama memperlahankan enzim detoksifikasi pada organ hati. So, jika nak sihat dengan optimum jangan stress-stress selalu ye. 

Ingin menjana kehidupan yang lebih baik dengan kesihatan yang optimum? Jom detoks dan singkir toksin dari badan bermula sekarang.




Nak tau lebih lanjut tentang detoks, buang toksin dari badan? Jemput hubungi jana ditalian berikut. Jana pun sekarang tengah ikut program detoks bersama geng detoks shaklee. Seronok... Ada kongsi-kongsi resipi, dapat sokongan penuh dari rakan--rakan, dan boleh bertukar-tukar pendapat. Jom lah join!





No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana