Toksin adalah apa saja bentuk bahan yang boleh merosakkan tubuh kita. Toksin boleh datang dari air, udara, makanan, bahan pencuci, produk kosmetik, rokok, asap rokok dan baaaaanyak lagi.
Kita rasa tubuh badan kita sihat, tapi cepat benar rasa letih, kulit kusam macam mak nenek, lambat bertindakbalas, sembelit. Biasanya kita ingat semua ni sebab faktor umur kan? Akibatnya, dengan rela hati kita menyesuaikan diri dengan keadaan serba lemah ni dan akhirnya bila sampai waktu penyakit pun datang...
Sebenarnya, bukan usia yang menyebabkan semua diatas. Faktor sebenar ialah tubuh banyak toksin!
Sebab tu kita wajib tau tanda-tanda tubuh banyak toksin supaya kita boleh segera menyingkirkan kesemua toksin-toksin yang dah terkumpul dalam tubuh kita untuk menjana kesihatan yang jauh lebih baik. Paling penting, dapat mencegah dari penyakit-penyakit kronik.
7 tanda-tanda tubuh banyak toksin
- Sering berasa letih yang melampau. Walaupun dah tidur, rehat dan makan dengan cukup tapi badan cepat penat.
- Berat badan sukar turun. Dah diet tapi tak menjadi.. dituduhnya diet tak betul, dah ambil suplemen tapi takde kesan...dituduhnya produk menipu. Dah bersenam tapi hasil tetap sama... dituduhnya tak cukup masa.
- Ada bau yang tak menyenangkan. Mulut bau busuk, badan bau hangit, peluh bau hapak. Ini mungkin disebabkan masalah penghadaman atau tanda-tanda organ hati sedang bekerja keras untuk menyingkirkan toksin.
- Sembelit. Usus besar berperanan untuk singkir toksin setiap hari. Sembelit akan meyebabkan toksin-toksin tak dapat dibuang dengan sempurna lalu terkumpul dalam tubuh.
- Terlalu sensitif terhadap bau-bauan yang ada bahan pewangi hingga sakit kepala atau sakit perut. Ini menunjukkan sensitiviti terhadap bahan kimia. Ia juga mungkin tanda-tanda tubuh sedang melawan bahan-bahan toksin yang menimbun.
- Sakit-sakit otot, badan dan sendi. Ini disebabkan pengumpulan toksin pada otot dan sendi.
- Masalah kulit. Kulit kusam, jerawat, ruam adalah tanda-tanda toksin yang menimbun dalam tubuh. Jerawat biasanya disebabkan toksin dalam makanan dan produk penjagaan kulit. Mata sembap, ekzema, psoriasis boleh jadi tanda tubuh terlalu banyak toksin.
Perhatikan tanda-tanda tubuh banyak toksin seperti diatas. Jika anda turut mengalaminya, bertindaklah sekarang untuk menyingkirkan semua toksin-toksin dari tubuh. Proses untuk singkir toksin dipanggil detoks.
Tip-tip mudah untuk detoks:
- Minum banyak air kosong
- Pelihara kesihatan organ hati
- Bersenam sekurang-kurangkan 30minit sehari
- Setiap hari amalkan makanan probiotik seperti kimchi, tempe, budu kerana ia boleh bantu menyokong kesihatan sistem penghadaman
- Tiap kali berus gigi, jangan lupa untuk berus juga bahagian lidah.
- Sentiasa hirup udara segar.
- Gunakan produk penjagaan kulit semulajadi sahaja yang tidak mengandungi pewangi, sulfat, paraben dan bahan kimia lain yang berpotensi menjadi bahan toksik.
- Amalkan pemakanan organik dan bersih.
Detoks bukan semata-mata kurus, atau untuk orang muda aje tapi detoks membantu membersihkan tubuh dari kotoran, mencegah dari penyakit bahaya dan membolehkan kita dapat semula tubuh yang mampu berfungsi dengan optimum.
Jom detoks bermula sekarang. Perlukan bimbingan untuk detoks? Jenis-jenis detoks. Ketahui cara detoks yang betul. Menu semasa detoks. Vitamin untuk proses detoks. Group support. Jemput hubungi jana ditalian berikut. Proses detoks lebih mudah jika dilakukan secara berkumpulan.
Salam sayang, Jana
No comments:
Post a Comment