Showing posts with label Jeragat. Show all posts
Showing posts with label Jeragat. Show all posts

Saturday, 2 June 2018

Promosi Shaklee Collagen Powder sempena Aidilfitri 2018

June 02, 2018 0 Comments
Dah masuk 17 hari Ramadhan berlalu. Tinggal  lagi tak sampai 2 minggu kita nak beraya kan? Apa persiapan yang dah siap? Baju raya dah ready? biskut raya? kulit muka dah ok?

Sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma ni, Shaklee adakan promosi kaw-kaw punya. Salah satunya adalah promosi Shaklee Collagen Powder. Macam tahu je kan, time raya ramai yang nak tampil awet muda cantik berseri. 

Ye lah, takkan nak baju je cantik, kulit pun mesti la cantik jugak. Baru lah tak perlu nak cover dengan make up je sepanjang masa. Tak sempat kulit tu nak bernafas.


produk kolagen terbaik di malaysia

 Promosi Shaklee Collagen Powder ni ada 2 pilihan;
  • Beli 2 kotak dapat diskaun 5%
ATAU
  • Beli 6 kotak dapat PERCUMA 1 kotak (buy 6 Free 1) serta PERCUMA keahlian.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder berbanding produk kolagen lain dipasaran ialah ia sangat rendah dalam berat molekular, iaitu hanya sekitar 1,000 dalton. Ini membolehkan ia diserap dengan mudah dan bantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis berbeza.

Shaklee Collagen Powder turut dilengkapi dengan 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, ekstrak kekerang, kolagen dari sumber marin (ikan merah), Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B untuk mempertingkatkan keberkesanan.

No wonder kesan pengambilan Shaklee Collagen Powder boleh dilihat dan dirasai seawal 3 sachet pertama!


Dah try baru boleh tau.


Kelebihan serta kebaikan Shaklee Collagen Powder ialah:
  • Memudarkan parut, jeragat
  • Mengecilkan liang pori
  • Melicinkan, melembapkan dan melembutkan kulit
  • Melebatkan dan menguatkan rambut
  • Menguatkan gigi, tulang, kuku dan otot
  • Mencerahkan dan menganjalkan kulit
  • Mengatasi masalah sakit sendi dan sakit-sakit badan
  • Mengatasi lingkaran gelap bawah mata (dark eyes) dan mata sembap (eye bag)


Semakin kita berusia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan kolagen mengakibatkan banyak kedutan serta garis-garis halus, kulit kering dan kusam berjeragat serta kendur.

Umur bukan faktor utama yang menyebabkan tubuh kekurangan kolagen. Kerosakan kolagen boleh terjadi akibat faktor luaran seperti pancaran sinaran matahari, radikal bebas, rokok, stress dan banyak lagi.



kolagen shaklee
Testimoni diri sendiri. Tak sempat habis 15 sachet Collagen Powder kulit dah nampak mulus.
Badan juga rasa ringan, sendi-sendi rasa licin.

produk kolagen terbaik di malaysia
Testimoni sendiri juga. Ketara sangat part liang pori yang seakan-akan tertutup terus berbanding sebelum
amalkan Collagen Powder.



Oleh itu, jika anda juga ingin tampil dengan lebih berkeyakinan jangan lepaskan peluang promosi Shaklee Collagen Powder ini, minuman kolagen terbaik di Malaysia.



Jana beri konsultasi terbaik untuk setiap pelanggan yang beli Shaklee Collagen Powder dengan jana. Jana sendiri ambil dan ada pengalaman selama hampir 4 tahun dengan Shaklee Collagen Powder. Kesannya memang terbaik dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jana gerenti, anda pasti puas hati.

Maklumat tambahan; orang lelaki pun boleh amalkan Shaklee Collagen Powder. Selain untuk cantikkan kulit, ia sangat bagus untuk rambut, otot dan tulang.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================







Tuesday, 10 April 2018

Cara mudah nak kulit awet muda 10-20 tahun & cantik semulajadi

April 10, 2018 0 Comments
Bagaimana cara nak dapatkan kulit awet muda cantik semulajadi. Semulajadi tu sampai tahap awak berani lah keluar rumah pergi kerja, pergi zumba tanpa secalit bedak pun kat muka, kulit awet muda cantik licin sampai orang tak percaya umur sebenar awak.

Jangan tak percaya, dah terbukti pun. Ramai dah berjaya dapatkan kulit awet muda cantik semulajadi.

kulit awet muda dan cantik



Leceh betul nak sentiasa makeup siang malam supaya kulit nampak cantik licin flawless kan? Nak solat kena cuci, pastu pakai balik. Kalau tak make up karang terserlah kulit muka yang kusam berjeragat, kedut halus lagi kasar dan tona tak sekata tu. Serba salah jadinya.

Sebab tu sekarang ramai yang mula cari cara nak dapatkan kulit awet muda cantik, halus lagi licin, nampak segar dan bersih secara semulajadi. Cantik dari dalaman gitu. Tak mustahil walaupun usia dah cecah 40an, 50an kulit masih awet muda remaja, cantik licin nampak segar walapun baru bangun tidur.

Baca: 7 tabiat yang mencantikkan kulit tanpa sengaja


Bagaimana cara nak dapatkan kulit awet muda dan cantik secara semulajadi?

atasi kulit kusam usia 40an


Amalkan Set Radiat 5, Dijamin berkesan. Dijamin selamat. Dah terbukti.

Kelebihan dan kebaikan set Radiant 5:
  • Kulit cantik, licin, halus, tegang dan lebih cerah
  • Dapat topup kolagen tubuh yang makin berkurangan
  • Tegangkan kulit kendur
  • Dapat hilangkan sakit lutut, sakit sendi, sakit badan dan lenguh
  • Rambut sihat, kuat dan cantik
  • Badan lebih bertenaga dan sistem imun lebih kuat
  • Baiki daya ingatan dan daya fokus

Nampak tak?

Set Radiant 5 bukan setakat menjadikan kulit lebih awet muda dan cantik semulajadi malah turut jadikan seluruh tubuh turut dapat kesan awet muda. Termasuk fungsi organ-organ dalaman dapat berfungsi secara optimum.

Kesan yang menyeluruh.

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik licin tapi kulit tangan dan kaki kering berkedut?

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik licin tapi sakit lutut jalan terhencot-hencot?

Takkan nak kulit muka je awet muda cantik berseri tapi asyik jatuh sakit?

Tak sesuai kan?



Alang-alang kulit muka awet muda cantik macam orang muda, biar seluruh badan pun tip top macam remaja.


atasi kulit kusam usia 30-an 40an
Macam pelik kan? Makin ramai anak kulit makin awet muda remaja.

atasi jeragat dan kulit kusam
Gundah gulana wey bila muka breakout kes produk kosmetik beracun.
Takkan nak biar lama-lama. Mujur tergerak hati nak try Set Radiant

atasi kulit kusam dan jeragat
Tersenyum girang. Puas hati betul ni kulit dah cantik awet muda.
Siap buat orang lain tersalah sangka.


Bukan perempuan je boleh amik Set Radiant 5 ni. Lelaki pun boleh. Lelaki pun nak tampil kulit awet muda remaja jugak kan?

Manusia cenderung untuk menilai sesorang yang mereka tak kenal dalam 2 saat pertama saja. So, sekali imbas je. Tengok kat mana? Mesti la kat muka dulu.

Sebab tu kulit awet muda cantik semulajadi memainkan peranan penting untuk membina keyakinan diri. Tak banyak pun, mesti ada. Apatah lagi yang berkarier, ada perniagaan, ahli politik yang nak kena jumpa ramai orang.

Set Radiant dijamin selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi..Bebas dari bahan sintetik, beracun dan bertoksik. Dijamin berkesan. Sentiasa mesra alam. Syarikat dah labur lebih 350juta USD untuk R&D.


atasi kulit kusam dan jeragat




Sampai bila kena ambil set radiant ni?
Selagi cukup keperluan sel-sel, selagi itu lah kulit kita boleh tampil awet muda cantik glowing. So sampai bila? Awak sendiri yang tentukan nak kekal awet muda dan cantik sampai bila. Takkan nak cantik untuk 2 minggu je? Mesti lah nak sampai bila-bila kan...

Kita memang tak boleh hentikan usia yang makin bertambah, tapi kita boleh ikhtiar untuk lambatkan proses penuaan.

Jom order Set Radiant Shaklee ni dengan Jana. Order & konsultasi penting supaya pengguna dapat kesan yang optimum.


Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Tuesday, 13 March 2018

Bagaimana hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?

March 13, 2018 0 Comments
Salah satu dilema wanita berusia 30 tahun ke atas ialah nak hilangkan jeragat dengan cepat. Jana tau betapa susahnya nak cari produk yang betul-betul berkesan. Ada yang cuba pelbagai produk untuk hilangkan jeragat, tapi sebaliknya jeragat makin menjadi-jadi. Ada juga yang menjanjikan kesan cepat tapi bahaya sebab ada racun.

Jadi bagaimana nak hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?


hilangkan jeragat


Jana juga salah seorang yang mengalami masalah jeragat. Jadi jana sangat faham situasi ini.

Jeragat bukan macam cat pada dinding yang kita boleh sapu atau kikis untuk dihilangkan. Jeragat terbentuk pada lapisan epidermis iaitu bahagian dalam kulit. Jadi untuk menghilangkannya kita kena atasi secara dalaman.



Punca jeragat terjadi

Jeragat terjadi hasil dari stimulasi melanocytes apabila kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Melanocytes menghasilkan melanin yang berfungsi melindungi. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari menyebabkan hiperpigmentasi.

hilangkan jeragat dengan berkesan


Oleh kerana jeragat berkait rapat dengan hormon wanita, maka kehamilan, penggunaan alat pencegah kehamilan dan terapi hormon boleh menjadi punca jeragat.

Kemurungan atau stress yang teruk juga boleh menyebabkan hormon stimulasi melanocytes terhasil dengan banyak lalu menyebabkan jeragat muncul.

Penggunaan alat kosmetik dan penjagaan kulit yang mengandungi bahab kimia merbahaya menyebabkan keradangan kulit. Hasilnya jeragat boleh menjadi makin teruk.

Terdedah kepada haba atau bahang api dalam tempoh yang lama seperti memasak pun boleh menyebabkan jeragat.

Lihat >> 8 punca jeragat pada usia 20 & 30 an


Nak hilangkan jeragat yang baru muncul lebih mudah berbanding nak hilangkan jeragat yang sudah lama. Oleh itu, rajin-rajin lah belek muka setiap hari. Jeragat muncul dari bawah kulit, kita mungkin tak perasan jeragat sedang terbentuk. Jika terdapat tanda-tanda awal jeragat segeralah cari jalan untuk menghilangkannya.

Tapi hati-hati, produk yang mengandungi bahan kimia bahaya boleh menyebabkan iritasi pada kulit lalu menyebabkan masalah jeragat jadi makin teruk.



Bagaimana menghilangkan jeragat degil lebih cepat dan berkesan tapi selamat? Set Jeragat Premium

set hilangkan jeragat shaklee




1. GLA Complex - Stabilkan hormon

Gangguan hormon adalah punca jeragat. Oleh itu, hormon mesti stabil untuk elak jeragat baru dari terus muncul dan dalam masa yang sama pastikan jeragat sedia ada tidak membesar.


2. ESP - Protin untuk sel-sel baru

Dalam tempoh tertentu sel-sel kita akan 'bertukarganti'. Secara semulajadi sel kita akan mati dan ditukar dengan sel yang baru. Protin merupakan bahan utama dalam pembinaan semula sel-sel baru dan juga komponen utama hormon. Protin sangat diperlukan untuk baiki pigmentasi.


3. Vivix - resveratrol

Resveratrol menghalang enzim tyrosinase. Enzim tyrosinase menyebabkan jeragat terbentuk dengan banyak apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

Resveratrol dalam Vivix telah diuji berupaya menghalang pembentukan jeragat dengan memberi perlindungan optimum terhadap sinar uv iaitu sebanyak 93% berbanding vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Komponen dalam Vivix menjadikan ianya bersifat sangat tinggi antioksidan yang berfungsi melawan serangan radikal bebas yang merosakkan dan melemahkan fungsi sel.


4. Collagen Powder - mencerah dan menyerikan

Kolagen memudarkan jeragat, mencerahkan dan melembapkan kulit. Kolagen dari sumber sisik ikan dapat memegang air dengan lebih lama menjadikan kulit kekal terhidrat dalam jangka masa lebih lama .


5. Vita C - pembetukan kolagen semulajadi

Bertindak sebagai agen antioksidan yang melindungi dari sinaran UV. Vitamin C halang pembentukan jeragat dan juga membaiki pigmentasi dengan berkesan dan membantu dalam proses sintesis kolagen tubuh.


6. Shaklee Youth Skincare - perlindungan dan baikpulih dari luar

Youth adalah rejim penjagaan luaran yang 100% terbukti selamat serta berkesan secara klinikal. Bebas dari 1,500 bahan kimia bahaya. Ini bagi memastikan kulit benat-benar bebas dari risiko mengalami iritasi.



Lihat >>Shaklee Youth Skincare tu apa?


Jeragat boleh ditutup dengan alat kosmetik. Tapi takkan setiap masa nak pakai makeup?
Bebaskan kulit dari masalah jeragat dan berani lah tampil cantik secara semulajadi tanpa perlu makeup tebal lagi. Set premium untuk hilangkan jeragat degil.


Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Thursday, 8 February 2018

Cara kecilkan pori pada muka dengan pantas dan mudah

February 08, 2018 0 Comments
Penat kan setiap kali nak keluar kena pakai makeup sebab nak cover liang-liang pori yang besar? Nak pergi pasar, pergi zumba takkan la nak makeup jugak?

Liang pori yang terbuka bak kulit oren pada area hidung dan pipi boleh menjadi igauan pada wanita yang sangat pentingkan penampilan dan kecantikan. Sebab ia membuatkan kulit wajah nampak lebih berusia dan kusam.

Daripada cover liang-liang pori tu dengan makeup, kenapa tak kecilkan pori-pori itu terus? Tampil lebih yakin dan awet muda natural walaupun tanpa makeup.

kecilkan pori dengan berkesan



"Boleh ke nak hilangkan liang pori?"

Liang pori berfungsi untuk benarkan kulit bernafas dan kekalkan kelembapan kulit. Liang pori juga bertanggungjawab menyingkirkan sisa-sisa toksin dari tubuh.

Jadi, liang pori sangat penting untuk kulit. Liang pori tak boleh dihilangkan atau ditutup walau dengan apa cara sekalipun.

Kita cuma boleh kecilkan liang pori agar tak ketara dan elak dari jadi tempat pengumpulan kotoran.



"Kenapa liang pori saya lebih ketara berbanding orang lain?"

Beberapa faktor menyebabkan liang pori lebih besar dan ketara iaitu:

1. Faktor genetik menentukan siapa akan ada liang pori yang besar.

2. Kulit berminyak. Mereka yang kulit jenis berminyak cenderung untuk mempunyai lebih banyak liang pori yang terbuka besar dan ketara. Lebihan minyak akan berkumpul disekitar liang pori lalu menyebabkan liang pori lebih besar dan ketara.

3. Kolagen dan elastin kulit yang semakin berkurangan. Antara kesan kekurangan kolagen kulit jadi kendur hilang keanjalan lalu menyebabkan liang pori ketara. Tidak semestinya ada kaitan dengan usia, kolagen dan elastin dalam tubuh boleh dimusnahkan oleh:

cara kecilkan liang pori


  • Faktor stress
  • Pendedahan terhadap sinar matahari secara berlebihan
  • Asap rokok

"Kajian dari University of Oulu Finland telah menemui, merokok memberi kesan terhadap kadar sintesis kolagen jenis I dan III. Kadar sistesis yang perlahan menyebabkan kulit mengalami simptom penuaan pramatang seperti kendur."


Pengumpulan kotoran dan minyak berlebihan pada liang-liang pori akan membentuk blackhead. Kotoran yang terkumpul boleh mengaktifkan aktiviti bakteria lalu menyebabkan masalah jerawat. Selain dari mencuci muka dengan betul, kecilkan pori boleh mencegah blackhead dan jerawat.




"Cara kecilkan pori pada muka dengan pantas dan mudah?"

Cara kecilkan pori yang paling berkesan ialah:

1. Tangani masalah kekurangan kolagen
2. Pelihara kolagen
3. Elak kemusnahan kolagen
4. Kawal hormon



Jana amat syorkan 4 vitamin berikut:

kecilkan pori dengan pantas dan semulajadi




Collagen Powder memenuhi keperluan tubuh terhadap kolagen. Collagen Powder bekalkan kolagen berkualiti premium dari sumber marin yang sangat berkesan memberikan kulit tegang, anjal, gebu, kecilkan pori serta kurangkan kedutan dan garis halus. 



ESP bekalkan protin yang penting untuk bina sel baru menggantikan sel-sel yang dah mati dan rosak secara efektif. ESP juga bertindak memelihara kolagen dan elastin pada kulit.

Vita C Plus bertindak dalam 2 cara. Yang pertama sebagai agen antioksidan yang melawan kerosakan kolagen akibat radikal bebas. Yang kedua sebagai perangsang pembentukan kolagen semulajadi tubuh.

GLA Complex mengawal hormon dan melembapkan kulit.


Kelebihan gabungan ni bukan sahaja untuk kecilkan pori malah lebih dari itu. Antaranya:
  • Menjadikan kulit cerah berseri, flawless
  • Menghilangkan jeragat degil
  • Membuatkan rambut sihat, berkilat dan mudah diuruskan
  • Mencantikkan dan awet muda kulit seluruh badan
  • Memberi keanjalan pada punggung dan payudara wanita
  • Mengatasi tumit pecah-pecah
  • Memelihara kesihatan 


kecilkan liang pori
Testimoni 1



kecilkan liang pori
Testimoni 2



kecilkan liang pori
Testimoni 3



"Banyak ni macam mana cara makan?"

Setiap pembelian jana akan sertakan dengan nasihat cara makan, tip-tip eksklusif termasuk percuma e-book kolesksi buat masker guna produk Shaklee. 100% pelangggan yang menggunakan set vitamin ini untuk kecilkan liang pori sangat berpuas hati.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Thursday, 1 February 2018

8 punca jeragat pada umur 30 tahun

February 01, 2018 15 Comments
Anda berusia lewat 20-an & 30-an. Tengah cari penyelesaian untuk hilangkan jeragat?

Baiklah, sebelum nak atasi masalah jeragat mesti kena tahu punca jeragat terlebih dahulu. Supaya lebih mudah untuk kita cari cara yang betul dan produk yang terjamin dapat hilangkan jeragat dengan berkesan.

punca jeragat wanita asia


Jeragat atau melasma adalah tompok-tompok berwarna coklat atau hitam pada area muka. Jeragat boleh mula muncul pada kulit muka kita seawal umur 25 tahun. Jeragat menyebabkan kulit muka kita nampak comot dan lebih wajah lebih berusia.

Jeragat bukan masalah luaran kulit, tetapi kerosakan pada sel-sel dalaman kulit. 

Bahaya jeragat jika tak diatasi dengan segera, jeragat akan makin merebak dan makin susah untuk dihilangkan. Berikut adalah 8 antara punca jeragat.


8 punca jeragat pada umur 30 tahun


Punca jeragat 1: Alat perancang kehamilan


punca jeragat


Ramai wanita mula menggunakan perancang kehamilan bermula usia 20an keatas. Selalunya selepas kelahiran anak pertama atau kedua. Samada guna pil atau alat perancang kehamilan seperti implanon menyebabkan hormon tidak stabil.

10 - 25% wanita yang mengambil pil atau alat perancang kehamilan akan mengalami kesan sampingan iaitu jeragat.



Punca jeragat 2: Sinatan matahari


punca jeragat


Sinaran cahaya matahari mengandungi sinar UV A dan B yang boleh meresap kedalam lapisan kulit yang menyebabkan kerosakan antaranya kulit jadi gelap, kulit berkedut, radikal bebas dan kerosakan DNA.

Lebih menakutkan sinar matahari yang berlebihan juga boleh menyebabkan kanser.



Punca jeragat 3: Mengandung

Semasa mengandung hormon tak menentu. Selain jeragat, ibu mengandung juga boleh mengalami masalah strecth mark (kulit pecah), jerawat dan ekzema. Sesetengah masalah ini akan hilang selepas ibu bersalin. Tetapi ada juga yang kekal.

Ibu mengandung dinasihatkan mengambil nutrisi sihat yang mencukupi bagi menjaga kesihatan kulit.



Punca jeragat 4: Ubat-ubatan

Sesetengah ubat-ubatan berupaya memberi kesan sampingan terhadap sel-sel kulit.



Punca jeragat 5: Alat kosmetik dan pewangi




Bahan kimia yang terkandung dalam alat makeup, pewarna dan pewangi boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Salah pilih produk akan memburukkan lagi keadaan jeragat. Pakai makeup nak tutup jeragat tapi dalam masa yang sama makeup tu jadi punca jeragat tanpa kita sedari. Atau pakai produk nak hilangkan jeragat, tapi produk tu buatkan jeragat makin subur.

Sila berhati-hati. Jana pasti anda taknak jeragat sekarang jadi makin teruk kan?



Punca jeragat 6: Thyroid

Dipercayai hormon tiroid turut menjadi punca jeragat.



Punca Jeragat 7: Stress


punca jeragat terjadi


Stress boleh mengganggu kestabilan hormon. Bukan itu sahaja, stress turut mempengaruhi kitaran haid, tekanan darah, punca keguguran rambut, keputihan dan banyak lagi.



Punca Jeragat 8: Genetik

Faktor keturunan menjadikan risiko jeragat lebih tinggi. Wanita yang ada faktor keturunan, tinggal di kawasan matahari terik, alami stress mudah nak kena jeragat walaupun usia masih muda.


Lihat >> 11 Makanan untuk kulit flawless


Jeragat yang baru muncul lebih mudah untuk dihilangkan berbanding jeragat yang sudah lama ada pada muka kita. Harap anda juga faham, jeragat bukan masalah luar kulit, tapi jeragat adalah masalah dalam lapisan kulit iaitu sel-sel. Cara yang berkesan untuk hilangkan jeragat ialah penjagaan dalaman dengan nutrisi yang betul untuk baik sel-sel yang rosak dan hasilkan sel-sel baru yang sihat.




=================================

Hazana Binti Hamzah (id 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

=================================


Follow Instragram Jana_Hazana