Bila bekerja baru jana tukar pencuci muka jenama lain kononnya nak upgrade la sikit ke jenama lebih 'mahal' kan. Setia juga hingga beberapa tahun. Sempat ternak jeragat juga tu. Haha..
Kemudian bila umur makin bertambah, berkecimpung pula dalam bisnes Shaklee mula terbit kesedaran untuk elak penggunaan produk skincare terutamanya pencuci muka yang guna bahan kimia berbahaya. Jana beralih kepada rangkaian Nutriwhite.
Bila Youth Shaklee muncul, jana bertukar pula ke Youth Shaklee. Lagipun sebab Nutriwhite dah takde, nak tak nak memang kena tukar juga lah kepada rangkaian Youth Shaklee.
Setelah hampir sebulan jana guna Youth Shaklee, kali ni jana nak review pencuci muka Youth Shaklee.
Biar semua orang pakat tahu, biar semua orang tertarik nak pakai pencuci muka Youth Shaklee juga dan biar semua orang dapat kulit cantik dan awet muda 10 tahun.
1. Pencuci muka Youth Shaklee tak berbuih. Yes, lebih kurang macam pencuci muka jenis gel tu. Ini kerana ia tidak mengandungi sabun.
Sebelum ni jana paling tak suka bila pakai pencuci muka jenis gel. Dah la tak berbuih, kesan gel tu rasa macam susah nak dihilangkan walaupun bilas dengan banyak air. Kulit wajah rasa berminyak.
Tapi berbeza dengan Youth Shaklee, walaupun ia jenis gel namun ia sangat best dan amat mudah hilang bila dibilas dengan air. Serta-merta kulit muka rasa bersih dan segar langsung tiada rasa berminyak. Yes, serta-merta. Memang benar-benar berbeza dengan pencuci muka jenisa gel yang lain.
2. Kulit muka langsung tak rasa kering dan ketat selepas bilas. Kulit terasa sangat lembut, ringan dan segar. Langsung takde kesan mengelupas walaupun guna 2 kali sehari.
Beza dengan pencuci-pencuci muka yang jana pernah pakai sebelum ni, masa tengah keringkan dengan tuala pun dah rasa kulit tegang. Bila dah lama sikit muncul kesan mengelupas halus pada area hidung dan tepi mulut. Walaupun selepas tu jana pakai moisturizer, masih terasa ketat tu.
Sapa ada pengalaman macam ni? Cepat-cepat lah bertukar kepada Youth Shaklee ye.
3. Bau yang semulajadi menyegarkan. Pencuci muka Youth Shaklee ni takde pewangi dan pewarna tambahan tau. Semua semulajadi je.
4. Menjimatkan. Pakai sikit je sebesar saiz kacang pun dah cukup untuk mencuci seluruh wajah dan dapatkan kesan yang terbaik. Tak payah picit banyak-banyak.
5. Paling berkesan untuk hilangkan masalah blackhead dari yang sekasar-kasar kertas pasir hinggalah ke sehalus-halus debu serta kotoran yang melekat pada liang pori terutamanya area hidung dan dahi.
Perhatikan cara betul bila kita pakai pencuci muka dalam video ni. Tak boleh sental sebarang sental tau sebab nanti kotoran takkan hilang tetapi kulit kita pula yang kendur.
Anda sedang mencari pencuci muka yang paling berkesan, paling bagus untuk semua jenis kulit? Jom guna Shaklee Youth Skincare.
Baca: Set Rangkaian Shaklee Youth Skincare
Ciri-ciri rangkaian penjagaan wajah Youth Shaklee yang menjadikan ia eksklusif dan terbaik ialah
- Lebih dari sekadar organik
- 100% dibuat dari tumbuh-tumbuhan
- Tidak menyumbat liang pori
- Tiada paraben serta lebih 1500 bahan kimia terlarang yang sering diguna dalam produk skincare
- Dibangunkan oleh saintis secara klinikal
- Diuji oleh pakar mata & pakar kulit
Sedang mencari skincare yang terbaik untuk semua jenis kulit?
Berminat untuk dapatkan Youth Shaklee?
Pertanyaan/order hubungi
===========================
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
017-312 5484
Facebook : Jana Hazana
Page : Inspirasi Sihat Semulajadi
Instagram : Jana_Hazana
===========================
No comments:
Post a Comment