Thursday 20 September 2018

# Kencing Kotor # Penyakit Buah Pinggang

Masalah Kencing Kotor serius boleh jejaskan buah pinggang! Ini cara atasinya berkesan.

Masalah kencing kotor merupakan masalah jangkitan kuman pada saluran kencing yang melibatkan pundi kencing, buah pinggang dan saluran kencing. Masalah kencing kotor turut dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).

Bahaya masalah kencing kotor jika dibiarkan berlarutan boleh merebak dan menjejaskan buah pinggang mahupun seluruh sistem urinari.



atasi masalah kencing kotor


Wanita lebih berisiko untuk mengalami masalah kencing kotor berbanding lelaki sebab saluran kencing yang lebih pendek serta kedudukan salur kencing yang hampir dengan anus (dubur) memudahkan jangkitan kuman terjadi.


Punca masalah kencing kotor

  • Paling kerap berlaku akibat jangkitan bakteria jenis Esherichia Coli (E.Coli)
  • Boleh terjadi dari hubungan kelamin
  • Pesakit batu karang atau menghadapi masalah pundi kencing
  • Pesakit kencing manis
  • Penggunaan sesetengah bahan kimia seperti pewangi, pencuci
  • Golongan yang mempunyai sistem imun lemah seperti pesakit HIV atau AIDS




kencing kotor




Tanda-tanda masalah kencing kotor
  • Rasa terbakar serta pedih ketika buang air kecil
  • Sakit pada bahagian pelvis, bawah abdomen dan pinggang
  • Demam atau suhu badan meningkat, menggigil dan seram sejuk
  • Kencing tak lawas
  • Kerap ke tandas
  • Loya dan muntah
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Air kencing keruh, busuk dan berdarah

Jika anda mengalami tanda-tanda diatas, segera dapatkan rawatan.


Kencing Kotor dikalangan ibu mengandung

Risiko untuk terkena masalah kencing kotor lebih tinggi dikalangan wanita mengandung. Ini kerana ketika mengandung, perubahan hormon menyebabkan perubahan pada saluran kencing. 

Selain itu, kandungan yang semakin membesar akan menekan pundi kencing. Ini menyebabkan air kencing tak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Air kencing yang masih tertinggal dalam pundi kencing boleh menjadi tempat pembiakan kuman.


Masalah kencing kotor semasa mengandung boleh menyebabkan bayi lahir pramatang dan bayi kurang berat badan.







Cara mengatasi dan mencegah masalah kencing kotor
  • Minum 6-8 gelas air kosong dalam sehari
  • Jangan biasakan menahan kencing kerana ia menggalakkan pembiakan bakteria dalam pundi kencing
  • Cara betul untuk bersihkan kemaluan selepas kencing ialah lap atau gosok dengan air bersih dari depan ke belakang untuk elak penyebaran kuman E.Coli dari dubur.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan kerap
  • Tukar seluar dalam dengan kerap
  • Jangan pakai seluar dalam terlalu ketat
  • Buang air kecil sebelum dan selepas hubungan kelamin.

Jika masalah kencing kotor tak dirawat dengan betul dan berkesan, jangkitan kuman boleh merebak ke bahagian lain iaitu pundi kencing, testis, buah pinggang serta salur darah. Tanda buah pinggang telah dijangkiti ialah air kencing keruh. keadaan ini dipanggil pyelonephritis.

Jangkitan ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan organ-organ tersebut lalu membawa maut.

Masalah kencing kotor tak boleh dipandang ringan. Ia mesti dicegah dan dirawat dari peringkat awal.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu untuk mencegah serta mengatasi masalah kencing kotor dengan berkesan ialah Vivix, Garlic Complex, Alfalfa Complex dan Vita C Plus



kencing kotor shaklee




Vivix berfungsi mengimpak 4 mekanisme utama penuaan selular.


Vita C Plus berfungsi mengasidkan air kencing menjadikan pundi kencing selamat dari pembiakan bakteria, mengukuhkan sistem imun tubuh.

Garlic Complex berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.

Alfalfa Complex berfungsi sebagai antikulat.

Baca: Sakitnya batu karang salur kencing macam dihiris pisau!
Harga set ini ialah RM686.25.
Pengguna kad kredit/kad debit boleh dapatkan segera set vitamin shaklee untuk kencing kotor ini dengan klik butang ESELL dibawah.


Atau jika anda ingin lebih jimat, jom mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Hubungi jana ditalian berikut untuk daftar sebagai ahli dan dapatkan harga yang lebih jimat serta lebih banyak faedah.

No. Telefon : 017-312 5484 (Jana)
FB : Jana Hazana
Page : Inspirasi Sihat Semulajadi






No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana