Kulit manusia berkedut apabila kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak dibawah lapisan kulit, nipis dan kasar. Bermula dengan garis-garis halus, lama-kelamaan garis-garis tersebut akan menjadi semakin ketara sebagai kedutan.
Oleh itu jom ketahui petua untuk kurangkan kedutan kulit pada wajah
Faktor kulit berkedut;
- Proses penuaan - apabila umur meningkat, kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.
- Tarikan graviti dan pergerakan otot muka - ekspresi muka bertahun-tahun menjadikan kulit menurun dan mengendur kebawah
- Terdedah kepada cahaya matahari yang lama
- Perokok - bukan sahaja perokok aktif, perokok pasif (mereka yang tidak merokok tetapi berada berdekatan dengan perokok aktif) juga menyebabkan kulit mudah berkedut
- Faktor genetik
Jom kita tengok petua untuk mengurangkan garis halus atau kedutan pada kulit.
Krim Pelindung Matahari 30++SPF
Sinaran ultraungu (UV) daripada cahaya matahari menyebabkan jeragat dan kulit cepat berkedut. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang melebihi 30 apabila melakukan aktiviti dibawah matahari. Penggunaan alat pelindung fizikal seperti topi, payung dan tudung kepala boleh membantu memberikan perlindungan.
Elak berada dibawah sinaran cahaya matahari antara jam 10 pagi dan 3 petang
Sinaran ultraungu adalah pada tahap maksimum antara jam 10 pagi dan 3 petang. Pada waktu ini, walaupun menggunakan krim pelindung matahari atau topi, sinaran ultraungu akan tetap memberikan kesan pada kulit.
Pengambilan vitamin C
Makanan yang kaya dengan vitamin C seperti limau, jambu batu, kiwi, oren dan sayur-sayuran membantu menghasilkan kolagen yang secukupnya untuk kulit. Jika seseorang itu kurang gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, pengambilan suplemen vitamin C boleh membantu.
Pengambilan omega 3
Omega 3 boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit kerana ia menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan menyebabkan kulit berkedut.
Minum air secukupnya, kurangkan minuman berkafein
Air yang mencukupi akan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Kafein akan menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Terutamanya bagi mereka yang berada ditempat berhawa dingin seperti dalam pejabat, kelembapan adalah rendah ditambah pula dengan suasana sejuk membuatkan seseorang semakin kurang minum air.
Krim berpelembap
Krim pelembap yang mengandungi vitamin C, kolagen atau minyak kamomile boleh mengelakkan kulit menjadi kering. Kolagen dalam krim pelembap tidak akan diserap masuk kedalam kulit kerana molekulnya yang sangat besar, namun ia membantu mengekalkan kelembapan luaran.
Pengambilan makanan yang kaya antioksidan
Antioksidan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultraungu. Pendedahan kepada matahari dan pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta jeragat. Vitamin E merupakan suplemen yang tinggi antioksidan.
Cadangan suplemen untuk kulit cantik
Vivix |
- Menolong mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
- Melindungi dan membaiki selular DNA
- Memberi impak positif terhadap pengawalan genetik
- Melambatkan pembentukan protin AGE (Advance Glycation End Products)
- Membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.
- Membekalkan elastin bagi mengekalkan keanjalan kulit.
- Mengurangkan kedutan, mengecilkan liang pori-pori.
- Mencerah, mengurangkan pigmentasi dan jeragat.
- Melembapkan kulit, mengelakkan masalah kulit kering.
- Menyeimbangkan asid lemak bawah kulit sekaligus membantu mengurangkan kedut.
- ESP membekalkan protin yang tinggi bagi menghasilkan kulit yang sihat, tona sekata dan cerah
No comments:
Post a Comment