Apakah cara kurus yang tidak selamat?
Kurus yang tidak selamat bukan sahaja boleh memberi kesan buruk dan membahayakan kesihatan malah boleh membawa maut. Ia juga mungkin tidak berkekalan dan menyebabkan situasi berat badan seperti yo-yo..
1. Kehilangan air
Tahukah anda tubuh manusia terdiri dari 70% air? Sebahagian besar binaan mata & otak kita juga terdiri dari air. Kehilangan air dari tubuh akan menyebabkan dehidrasi. Akibatnya tubuh akan menjadi lemah, hilang tumpuan, mengalami delusi dan banyak lagi masalah-masalah lain. Jika ini berlaku, bagaimana tubuh kita hendak berfungsi dengan sempurna?
Oleh itu, berwaspadalah dengan proses menurunkan berat badan yang melibatkan pembuangan air kecil & besar yang melampau seperti berak-berak & cirit-birit yang berterusan. Kita mungkin amat gembira apabila penimbang mula menunjukkan angka yang semakin kecil dalam masa yang singkat tapi adakah kita sanggup untuk turut kehilangan kesihatan kita juga?
2. Tidak makan
Ramai yang beranggapan tidak makan adalah cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda bila tubuh kita dalam keadaan kelaparan untuk jangka masa tertentu, secara automatik ia akan bertukar kepada mode 'darurat' dimana lemak-lemak dalam tubuh kita akan disimpan. Walau sedikit makanan yang masuk juga akan disimpan dan tidak akan ditukar kedalam bentuk tenaga.
Tidak makan bermakna tiada pengambilan gizi seimbang. Apabila ini berlaku tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya malah boleh mendatangkan gastrik. Tubuh tidak boleh berfungsi dengan sebaiknya.
Lebih bahaya jika ada yang amalkan cara 'memuntahkan' semula makanan diambil dengan sengaja seperti jolok tekak dengan jari..NO NO NO..
3. Merokok
Orang kata merokok ni akan mengurangkan selera makan..Itu saya tak pasti, tapi yang paling saya pasti ialah MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Eh..nak kurus ke nak bunuh diri & orang-orang disekitar?
Apakah cara kurus yang selamat?
Kurus cara yang selamat ialah memastikan anda mendapat berat badan ideal dan dalam masa yang sama tubuh dapat berfungsi dengan optimum, tidak membahayakan kesihatan malah memberi kesan-kesan yang jauh lebih positif dari terutamanya dari segi gaya hidup dan kesihatan.
Tahukah anda, dalam proses untuk menguruskan badan seseorang itu mesti mengekalkan 3 perkara iaitu;
- kandungan air dalam tubuh ~ kerana ia memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.
- otot ~ kerana ia merupakan faktor utama yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme, membakar lemak dan memberi bentuk tubuh yang menawan.
- detoks ~ kerana ia membantu tubuh bebas toksin malah melancarkan pergerakan usus besar dan mengelakkan masalah penghadaman.
Baru lah ia selamat dan berat badan ideal tu boleh berkekalan..
Cara Shaklee ialah dengan 3 langkah iaitu;
Detoks ~ pastikan tubuh bebas toksin & melancarkan penyingkiran sisa-sisa buangan
Bakar ~ membantu tubuh menggalakkan pembakaran lemak
Bina ~ menggalakkan pembinaan otot untuk meningkatkan metabolisme, dan memberi bentuk tubuh yang menawan sekaligus mengelakkan kulit dari menggeleber setelah kehilangan lemak.
klik sini untuk lebih maklumat [Kurus cara selamat]
No comments:
Post a Comment