Supaya sama-sama kita dapat nikmati kesenangan dan kebahagian dunia & akhirat.
Dapat rezeki yang halal, harta yang diberkati, hati yang tenang dan sentiasa mendapat rahmat dari Nya..
Bukan nak kena sembelih ayam hitam atau buat pulut kuning ye..
Tangkal-tangkal azimat pun kita tak pakai..
Perkara-perkara syirik sila buang jauh-jauh..Berdosa besar tu.
Amalan tarik rezeki
- Sentiasa lah bersyukur. Bersyukur bermakna kita berterima kasih dengan Allah s.w.t atas pemberiannya.
 - Jangan menderhaka pada ibu bapa dan berbaktilah terhadap mereka
 - Jaga silaturahim sesama manusia...
 - Rajin-rajinkan lah bersedekah dengan hati yang ikhlas..ingat formula ni; 1-1=10
 - Jangan sesekali tinggal solat dan solat lah diawal waktu..
 - Amalkan solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha
 - Tinggalkan perkara-perkara maksiat
 - Bangun awal pagi
 - Banyakkan membaca Al-Quran
 
Rezeki tu datang dari Allah S.W.T
Oleh itu, kalau nak sentiasa murah rezeki, 'berbaik-baiklah' dan 'rapatkanlah' diri denganNya
Tapi kena ingat, rezeki bukan lah duit dan harta semata-mata..
Udara yang kita sedut pun kira rezeki..
Termakan makanan tak sedap pun dikira rezeki tau..anak-anak yang comel, suami atau isteri yang gemuk itu semua adalah rezeki yang telah ditetapkan untuk kita...
Salam sayang..Jana

No comments:
Post a Comment