Thursday, 18 September 2014

# B-Complex # Set Berpantang

SET BERSALIN SHAKLEE PASTIKAN KEPERLUAN NUTRISI IBU MENCUKUPI AGAR LUKA CEPAT SEMBUH DAN BERTENAGA

Set bersalin Shaklee ni berbeza dari set-set bersalin lain yang ada di pasaran. Biasanya set bersalin lain akan dilengkapi dengan minyak urut lah, minyak panas lah, bengkung dan sebagainya tapi set bersalin Shaklee ni cuma ada vitamin-vitamin untuk dimakan sahaja. Maklum la kan, Set bersalin Shaklee ni lebih menekankan konsep memenuhi keperluan nutrisi ibu dalam pantang. So minyak-minyak ke bengkung ke memang takde...

Sepertimana yang semua orang tahu, semasa dalam pantang hampir semua makanan tak boleh diambil oleh ibu berpantang. Ini sebenarnya bukan dari segi perubatan tapi dari segi kepercayaan dan adat tradisional mengikut kaum..Kalau ikutkan kat hospital tu menu tomyam ayam pun ada dihidangkan tau...Bila balik rumah berpantang dengan mak dan nenek mula ni tak boleh makan, tu tak boleh makan..Dari pengalaman saya sendiri, dalam pantang ni lebih menyeksakan dari berpuasa sebab apa pun tak boleh makan..Cuma boleh makan ikan bakar dan sup sayur..Tiap-tiap hari makan menu sama boring jugak kan? Lagi, mana nak dapat nutrisi yang penting untuk keperluan tubuh?

Sebab tu dengan adanya set bersalin Shaklee ini ia boleh pastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi..Biasala, sewaktu berpantang badan rasa lemah, muka pucat, stress lagi sebab baby tak nak tidur malam dan macam-macam lagi lah..nak menyusukan baby lagi..sebab tu keperluan nutrisi yang lengkap adalah sangat penting bagi ibu dalam pantang.


Kelebihan set bersalin Shaklee
  • Boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada bersalin normal atau pun secara pembedahan.
  • Membantu ibu lebih cergas, sihat, luka cepat sembuh, cegah stress, elak sembelit
  • Mesra bayi 
  • Berkesan mengatasi masalah sembelit - ramai dah yang cuba dan sangat berpuas hati
  • Harga yang sangat berpatutan iaitu hanya RM268.75 dan tahan untuk 2-4 bulan
  • Set bersalin Shaklee ini turut boleh dikongsi oleh suami (maklumlah suami pun kena bantu isteri)
  • Boleh bantu kualiti penyusuan ibu

set berpantang



Zinc Complex

Nak tahu kenapa ikan haruan sangat popular dalam membantu luka cepat sembuh?
Kerana ikan haruan sangat kaya dengan zink. Namun bukan semua orang boleh makan ikan haruan kan? Tambah pula zaman sekarang agak sukar nak dapatkan bekalan ikan haruan. Mujur ada Zinc Complex. Ia berfungsi membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Tambah pula Zinc Complex dapat membantu mengatasi sembelit dan rambut gugur berlebihan

Vita-Lea

Multivitamin Shaklee yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan zat mineral termasuk zat besi. Ibu berpantang biasanya mengalami kehilangan darah semasa proses bersalin, oleh itu mereka amat memerlukan zat besi bagi membina semula sel-sel darah merah yang telah hilang. Oleh itu, badan akan cepat rasa cergas dan sihat.

SR Vita-C Plus

Vitamin C meransang pembinaan kolagen secara semulajadi dalam tubuh. Oleh itu ia boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus bantu pudarkan parut luka. Vitamin C juga bersifat tinggi antioksidan yang boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Ia bantu mencegah batuk, selsema dan demam.

B-Complex

Lengkap dengan kumpulan vitamin B yang membantu mencegah stress dan tekanan perasaan yang sangat berbahaya kepada ibu ketika dalam pantang. Ia juga bantu mencegah alergi dan memberikan tenaga kepada ibu berpantang walaupun terpaksa berjaga malam.


Ostematrix

Membantu ibu dalam pantang mendapatkan kalsium yang mencukupi iaitu 1,000-1,300mg setiap hari. Kalsium sangat penting untuk tulang dan gigi yang kuat, otot dan sistem saraf. Bantu ibu elak sembelit dan atasi kebas-kebas hujung jari. Keperluan kalsium adalah teramat tinggi ketika mengandung dan menyusu hinggakan jika tak cukup kalsium akan diserap dari tulang si ibu. Ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan dikemudian hari.

Oleh itu, bagi ibu-ibu terutamanya yang terpaksa berpantang sendiri sambil kena jaga anak-anak yang dah besar Set Bersalin Shaklee adalah yang paling bagus untuk anda. Banyak manfaat yang anda akan perolehi bukan sekadar pada kesihatan malah kecantikan juga tau...

Harga untuk set bersalin Shaklee adalah RM329.75

Baca: Cara bantu luka pembedahan agar cepat sembuh
Baca: Set vitamin lengkap untuk ibu hamil, berpantang dan Menyusu

Berminat nak mendapatkan set bersalin Shaklee, anda boleh order terus dengan klik pada butang berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi serta cara makan secara eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah

set bersalin


COD area: Greenwood, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via Poslaju dan GDEX



Follow Instragram Jana_Hazana