Monday 10 November 2014

# Jalan-jalan

Jalan-jalan ke Taman Rekreasi Tengku Anis di Kota Bharu

Orang Kota Bharu mesti tau tempat ni. Maklum la, ia merupakan sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Ada taman permainan kanak-kanak, ada tempat piknik, ada ruang untuk berjogging, boleh tengok rusa dan boleh naik kuda..Tapi yang paling menarik perhatian kami sekeluarga ialah kat situ ada kolam permainan..


Masuk kat sini kalau setakat nak tengok memang tak berbaloi sebab setiap orang dikenakan bayaran. Bagi saya lah sebab sambil jaga anak-anak boleh bermain dan bergurau senda dengan mereka sekali. Seronok..Oleh itu sejak dari rumah lagi saya dah pakai baju yang bersesuaian, set minda dan get ready untuk basah.

PERINGATAN! jangan berkemban atau pakai bikini udah le ye.. TAK SESUAI sebab ia kawasan terbuka. Orang awam duk lalu lalang disekitar luar kawasan kolam ni..

Selain dari macam gambar diatas, ada juga kolam untuk orang dewasa..


Ni kat kolam dewasa. Kedalaman maksimum lebih kurang 2-3 kaki je iaitu kira-kira paras dada orang dewasa. Bot tu disediakan untuk disewa dengan kadar yang murah..Masa ni bukan anak-anak je yang seronok tapi dengan mak nya sekali enjoy habis..Berenang bebas umpama ikan lumba-lumba gitu..Maklumla dah lama tak buat aktiviti macam ni. Tambah pula waktu ni takde orang lain selain kami sekeluarga..

Bagi yang tertanya-tanya apakah bayang-bayang hitam kat dalam kolam tu, itu ialah lantai kolam yang bercorakkan 2 ekor ikan paus. Bukan lubang atau makhluk asing ke apa...Tak perlu takut ye..

Kemudahan seperti pancuran, tempat persalinan, tandas dan tempat duduk berehat pun banyak. So sesuai la kalau nak bawak atuk dan nenek sekali. Tapi kalau tak silap saya makanan tak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kolam atas faktor mengutamakan kebersihan. Kalau nak berkelah banyak tempat yang disediakan disekitar.

Pendek kata bermain kolam permainan di Taman Rekreasi Tengku Anis ni memang menyeronokkan selagi kebersihan dan kemudahan dijaga dengan baik.

Salam sayang....Jana

1 comment:

  1. hehhe..ada ke yang berkemban jugak...ekeke..saya nak ketawa je bila bayang kan ada orang berkemban kat situ sambil basuh baju..bawak berus, besen bagai..ehhehe

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana