Monday 28 September 2015

# Al-kisah

Kisah Aidiladha 2015

Alhamdulillah..raya datang lagi. Walaupun dikenali sebagai raya korban tapi kami kat Kelantan ni panggil raya haji. Walaupun raya haji tapi kemeriahannya tetap sama macam raya puasa. Kisah kami sekeluarga di Aidiladha biasa-biasa je tapi tetap menjadi tanda ingatan buat seluruh ahli keluarga jana.

Lambat sikit jana nak kongsi cerita. Maklum la, banyak betul urusan yang perlu diselesaikan walaupun tengah cuti. Tambah pulak jalan jem yang amat, urusan yang singkat pun boleh jadi lama. Ada urusan cod yang jana terpaksa tolak sebab tak mampu nak redah jalan jem. Harap customer maafkan jana...

Menu kami di hari raya ialah Nasi Minyak Ayam Tomato, ketupat dakap, tapai, kek dan biskut raya. Macam biasa, tapai pulut jadi sebutan & igauan tetamu yang datang. Manis letting katanya!! Tapai pulut 5kg tu sekejap je dah habis..

Yang speselnya sikit raya kali ni ialah mak ajar jana cara buat ketupat dakap. Nampak cam mudah tapi susah jugak terutamanya bab membungkus. 

Jana salute golongan nenek-nenek yang berusaha keras sediakan ketupat dakap untuk anak-anak mereka yang dah besar panjang tu. Korang jangan tak tau, buat ketupat dakap pun pakai kudrat tau! Nak kacau pulut dengan santan 1 hal, nak bungkus & ikat tu pun 1 hal. So, bagi orang-orang muda yang gagah perkasa tu lepas ni sila belajar buat sendiri ketupat dakap. Tak perlu susahkan mak korang lagi ye! 

Dah namanya raya haji mesti banyak daging korban. Kebetulan kakak jana & suaminya buat korban kat sini tahun ni, alhamdulillah ada rezeki jana nak makan daging lembu korban. 

Korban itu menyucikan jiwa & harta. Tak semestinya korban lembu dan kambing je baru dikira korban. Pengorbanan isteri tinggalkan kerjaya demi menjaga suami & anak-anak dirumah, pengorbanan suami mengerah tenaga & fikiran demi sesuap makanan dan keselesaan keluarga, pengorbanan anak-anak dalam menimba ilmu dan meninggalkan dunia keseronokan demi membantu ibubapa. Itu semua juga dikira sebagai pahala disisi Allah s.w.t

Semoga keihklasan korban itu diterima oleh-Nya

Salam sayang, Jana


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana