Showing posts with label Tip Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tip Keibubapaan. Show all posts

Thursday, 9 August 2018

Risaunya bayi tersedak susu. Ini cara betul beri susu yang wajib diketahui sebelum terlambat

August 09, 2018 0 Comments
Perkara paling merisaukan, lebih menakutkan ialah bayi kecil tersedak susu. Bahaya bayi tersedak susu ia boleh membawa maut.

Betapa luluhnya hati setiap kali jana dengar berita tentang kematian bayi akibat tersedak susu. Amat menyedihkan.






Tak semestinya bayi yang hisap susu botol je boleh tersedak susu. Bayi yang menyusu direct breastfeeding pun ada risiko tersedak susu.



Kejadian tersedak susu terjadi apabila aliran susu masuk ke mulut terlalu laju menyebabkan bayi terkejut lalu saluran pernafasan terbuka. Akibatnya susu masuk ke bahagian salur pernafasan (trakea) lalu masuk ke paru-paru. Bayi tak dapat bernafas.

Lagi keadaan fizikal bayi yang masih kecil terutamanya yang berusia bawah 6 bulan belum mampu mengawal ritma pernafasan dan menelan dengan baik. Apatah lagi nak kawal aliran susu yang laju. Posisi bayi ketika menyusu juga mesti betul.



Boleh ke tersedak susu dielakkan?


Ye, boleh. Ada cara yang betul untuk beri susu kepada bayi untuk elak kes tersedak susu.


Cara betul beri susu kepada bayi kecil yang perlu diketahui terutamanya ibu, ayah dan pengasuh ialah:

1. Jika boleh beri susu kepada bayi menggunakan sudu plastik atau cawan kecil untuk elak keliru puting.

2. Pangku bayi di atas peha dengan tubuh bayi condong 45°.

3. Sentuh cawan kecil ke bibir bawah bayi.

4. Jangan tuang susu terus ke dalam mulut bayi. Pegang cawan dan biar bayi menjilat atau menghirup sendiri. Normal jika susu tumpah sedikit.

5. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri.


Selalunya ramai yang lebih gemar guna botol susu kan?


elak tersedak susu


Jika guna botol, tolong pastikan saiz lubang puting yang sesuai digunakan. Paling kecil, susu keluar sikit demi sikit.

Jangan sesekali beri susu kepada bayi dalam keadaan baring atau mengiring lepas tu sendal botol guna bantal. Ini sangat bahaya.

Pantau bayi ketika hisap susu. Jangan tinggal bayi menghisap susu berseorangan dan jangan biar bayi tertidur semasa hisap susu atau dengan botol susu dimulut.


Sendawakan bayi. Ingat. WAJIB sendawakan bayi setiap selesai menyusu tak kira lah bayi hisap botol atau menyusu badan.

Letak bayi dalam posisi duduk diatas paha dengan tapak tangan kita support bahagian dagu, dada dan perut bayi. Sebelah tangan lagi usap atau tepuk belakang bayi dengan lembut hingga bayi sendawa.

Andainya baby tertidur, tetap kena sendawakan dia terlebih dahulu.

Ini kerana ketika menyusu bayi turut tertelan banyak udara. Jika tak disendawakan akibatnya bayi akan muntah semula atau lebih teruk, muntah termasuk ke saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak.

Bayi yang tak disendawakan berisiko untuk alami masalah kembung dan kolik.



Jom tonton video cara beri bantuan kecemasan sekiranya bayi tersedak susu. Tindakan yang betul dan pantas dapat menyelamatkan nyawa.





Beringat lah selalu. Jangan sebab kecuaian kita, ada nyawa yang tak berdosa terkorban.

Ibubapa yang ada anak usia 6 bulan ke bawah, atau babysitter yang mengasuh bayi usia bawah 6 bulan perlu sentiasa berhati-hati. Belajar lah cara betul beri susu kepada bayi elak tersedak susu sebelum terlambat.


Baca >> Petua demam anak cepat kebah


Wednesday, 31 May 2017

Dah dekat nak bersalin? Jom semak senarai keperluan bayi baru lahir dan ibu berpantang

May 31, 2017 1 Comments
Penting untuk mommy & daddy buat senarai keperluan bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang dari awal supaya mommy & daddy boleh tau mana yang lebih utama, mana yang boleh dibeli kemudian, malah boleh pastikan yang mana yang tidak perlu sebagai salah satu persediaan untuk menerima cahaya mata baru.

Pendek kata, dengan adanya senarai keperluan menyambut bayi baru lahir dan keperluan ibu berpantang, sedikit sebanyak boleh membantu bakal mommy dan daddy berbelanja dengan lebih berhemat dan berjimat.

barang bayi baru lahir


Senarai keperluan bayi baru lahir ni termasuklah senarai barang-barang yang diperlukan ketika dihospital. Baru lah nanti tak payah kelam kabut ini tertinggal, itu lupa nak beli.

Bagi yang baru nak keluar shopping tu, jom semak senarai keperluan bayi dan ibu berpantang ni


Senarai keperluan bayi baru lahir;
1. Receiving blanket/Selimut bayi
2. Baju lengan panjang & seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Lampin pakai buang
5. Kain lampin/napkin
6. Barut perut baby
7. Cotton ball
8. Tisu basah
9. Peralatan mandi/toiletteries
10. Besen mandi
11. Tempat simpan pakaian
12. Tempat tidur (kelambu, baby cot, bantal, tilam)



Senarai keperluan untuk ibu berpantang;
1. Stokin tebal pendek/sederhana panjang
2. Kain sarung
3. T-shirt longgar. Jika boleh yang berbutang didepan untuk mudahkan penyusuan
4. Sweater
5. Maternity pad
6. Batu tungku, bengkung
7. Bengkung (bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, rutin berbengkung biasanya hanya setelah luka pembedahan sembuh)
8. Pakaian yang sesuai untuk menyusu
9. Vitamin postnatal



Senarai diatas ni adalah keperluan asas. Kuantiti pun tak perlu banyak sebab nanti bila baby dah keluar boleh shopping lagi ikut keperluan dan kemampuan. Lagi pun baby cepat membesar. Nanti pakai sekejap je dah tak muat.

Apabila usia kandungan dah mencecah 7 bulan, mommy disarankan sudah bersedia dengan keperluan untuk ke hospital. Letak segala keperluan ibu & bayi dalam beg siap-siap dah letak ditempat yang mudah dicapai bila datang tanda-tanda nak bersalin. Contohnya tepi pintu, dalam kereta.


barang untuk dibawa ke hospital bersalin


Senarai keperluan bayi dan ibu di hospital;


Bayi:
1. Receiving blanket/bedung
2. Baju & seluar
3. Lampin pakai buang
4. Kain lampin/tuala
5. Tisu basah
6. Topi & stokin

Ibu:
1. Buku rekod kesihatan (buku merah)
2. Tuala mandi
3. Selipar jepun
4. Peralatan mandi
5. Maternity pad
6. Seluar dalam & nursing bra
7. Stokin
8. Sweater
9. Kain sarung
10. Pakaian. Biasanya ada 'uniform' wad hospital. Cuma bawa 1 pasang untuk dipakai ketika pulang ke rumah.
11. Sedikit makanan untuk kudap-kudapan
12. Gelas, sudu, tisu muka
13. Vitamin



Bagi ibu-ibu yang bersalin normal, biasanya tempoh tinggal di wad hanya semalaman. Bagi ibu-ibu bersalin secara pembedahan pula tempoh tinggal di wad ialah selama 3-4 hari. Jika tiada sebarang komplikasi.

Ketahui punca luka bersalin lambat sembuh, berair dan bernanah. Cara untuk mengatasinya

Oleh itu, pandai-pandai lah bajet kuantiti keperluan yang perlu dibawa.

Tips:

Pakaian bayi sebaiknya perlu dibasuh terlebih dahulu terutamanya yang baru dibeli atau yang telah lama tersimpan untuk menjamin kebersihan. Ini boleh mengelakkan kulit bayi yang extra sensitif dari mengalami masalah gatal-gatal.

Sekarang dah tau apa yang perlu dibeli? so bermula usia kandungan 6/7 bulan mommy & daddy dah boleh mula shopping. Tak perlu beli semua sekaligus. Utamakan yang hendak dibawa ke hospital terlebih dahulu. Yang lain boleh dibeli secara beransur-ansur.

Selamat menimang cahaya mata !


Sunday, 19 February 2017

Tip jadikan anak sebagai saham ibubapa diakhirat

February 19, 2017 0 Comments
Ada 1 kisah zaman purba, seorang pakcik ni kerap menipu isteri dia. Ajaibnya sekarang, anak dia pun suka menipu isterinya. Kesiannn...

Itulah anak-anak, mereka adalah cerminan kita.Umpama karma dalam hidup kita.
Kita tunjuk perangai pemalas, mereka pun ikut malas...
Kita tunjuk perangai sambil lewa terhadap tanggungjawab, mereka pun ikut sambil lewa terhadap tanggungjawab masing2...
Kita tunjuk tabiat suka tolong-menolong saling menghargai, itu juga lah yg mereka akan ikut..

Sebab tu dari mereka masih kecil kita dah kena tunjukkan cara yang betul dan bimbing mereka ke jalan yang benar kerana mereka lah penyambung legasi kita didunia, saham kita diakhirat. 
  • Tahu lakukan tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama..
  • Titipkan konsep ketuhanan dalam jiwa mereka dari awal dengan memperkenalan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W
  • Tunjukkan mereka tentang kasih sayang yang diredhai Allah.
  • Tetapkan disiplin dan mengutamakan keluarga


Dari kecil dan kena asuh dan beri tunjuk ajar. Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah, dekatkan mereka dengan komuniti dan kerja-kerja amal, latih mereka dengan kerja-kerja rumah dengan membantu ibu didapur atau ayah membaiki paip.

Bukannya;
"Biarlah.. nti dah besar tau la fikir sendiri"
"Ala.. nnti diorang dah bosan tau nak balik rumah"
Atau, dilatih untuk menjadi tuan kepada mak ayah sendiri termasuk isteri sendiri. Nauzubillah..

Jana bukan ustazah. Jana hanya seroang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Jana cuma nak kongsi beberapa tip yang tak seberapa untuk jadikan anak sebagai saham ibubapa diakhirat.

Melentur buluh biar dari rebung, bukan dah jadi buluh baru nak lentur. Takut nnti buluh terpelanting, kita pulok yg tercedera..

Monday, 9 January 2017

Perlu kah makan vitamin walupun dah makan sayur

January 09, 2017 0 Comments
Isu berbangkit bila cerita pasal vitamin dengan kawan-kawan atau prospek, perlukah makan vitamin walaupun dah makan sayur?

perlukah suplemen


Jana penggemar tegar sayur dan ulam-ulaman. Tak kira lah yang hijau ke, yang merah ke, ungu, oren, kuning ke.. masam ke, pahit ke semua jana suka. Kalu pergi pasar tengok yang segar-segar tu, memang rambang mata dibuatnya.

Kat rumah mak ni, supply pucuk paku tak pernah putus. Jiran-jiran selalu duk hulur sebab boleh kutip free je tepi sungai. 100% organik gitu. Kalau ada jual pun, memang murah harganya.

Pucuk paku boleh dibuat kerabu, kerabu kerang, masak lemak cili padi, goreng kicap, goreng belacan malah celur cicah budu pun sedap terangkat dah. Jana paling suka pucuk paku dibuat kerabu campur kerang. Extra pedas.. perghhh.

Pucuk paku sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, vitamin C, carotene & vitamin B seperti niasin, riboflavin dan thiamin. Juga asid lemak omega 3 & omega 6 termasuk bahan mineral seperti kalium, potassium, zat besi, mangan dan copper. 

Bagus kan pucuk paku ni? D

Tapi kan, tanah sekarang dah tak macam dulu. Hujan pun dah tak sebersih dulu. Banyak toksik. So berapa banyak dah zat dalam pucuk paku hilang. Belum lagi part rebus dan goreng sampai layu. Berapa sangat dah zat dan mineral yang tinggal.

perlukah suplemen


Sama juga dengan sayur-sayuran lain. Di tambah pulak dengan racun serangga dan bahan kimia.

Sebab tu walaupun jana adalah penggemar sayuran dan buahan, jana topup juga dengan vitamin suplemen macam Vita-lea, bcomplex & vita c keluaran Shaklee. 

Vitamin-vitamin shaklee ni dibuat langsung tanpa guna haba, tanpa campuran bahan kimia dan100% dari bahan semulajadi. Tiada penggunaan racun serangga malah tiada penggubahan genetik (non-gmo).

Jangan salah faham bila dah makan vitamin tak perlu makan sayur ATAU bila dah makan sayur tak perlu makan vitamin dah. Salah tanggapan tu. 

We need both baru lengkap nutrisi harian kita. Jadi, persoalan perlukah makan vitamin walau dah makan sayur? Ye, perlu.

Jika nak order vitamin shaklee meh roger jana. Jana ni pengedar shaklee yg profesional lagi terlatih. Nasihat cara makan dan konsultasi disediakan.

Salam sayang, jana

Friday, 20 November 2015

Cuti bersalin: 5 persedian WAJIB sebelum kembali bekerja

November 20, 2015 0 Comments
Persediaan untuk kembali bekerja selepas habis tempoh cuti bersalin amat penting terutamanya bagi ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan, kehadiran orang baru dalam rumah tangga sedikit sebanyak akan mengubah rutin harian tambah lagi jika ibu merupakan seorang yang berkerjaya. Persediaan yang wajib dilakukan sebelum kembali berkerja akan dapat membantu ibu & bapa dalam merancang kewangan & ekonomi keluarga.




5 persediaan WAJIB sebelum kembali bekerja
  1. Tempat jagaan bayi
    Tentukan dimana atau siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi kita sepanjang kita keluar bekerja. Jika di rumah pengasuh, pastikan; kita kenal pengasuh dan keluarganya dengan baik, struktur keluarga yang baik, pentingkan kebersihan, tiada penyakit bahaya seperti sawan & hiv dan bilangan bayi jagaannya tidak lebih 3 orang termasuk bayi kita. Jika pusat penjagaan bayi, sila pastikan: ada sijil dan diiktiraf jkm, mempunyai pekerja yang terlatih, tidak terlalu padat,

  2. Gajet penyusuan susu ibu.
    Bagi ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu, tambah ilmu pengetahuan tentang cara mengumpul dan menyimpan susu ibu. Sediakan kelengkapan seperti pam, pakaian mesra penyusuan, beg/tempat penyimpan susu yang mudah alih yang sesuai untuk dibawa ke pejabat dan botol untuk ditinggalkan bersama bayi. Beritahu pengasuh tentang niat untuk memberikan bayi susu ibu sepenuhnya. Sediakan susu ibu dalam botol mengikut sukatan dan jika menggunakan alat pemanas jangan lupa ajar pengasuh untuk menggunakannya dengan betul.

  3. Sokongan suami.
    Berbincang dan beritahu suami dengan jelas tentang tugas-tugas harian dirumah
    yang perlu dikongsi bersama seperti siapa yang akan mengambil & menghantar bayi, membasuh & menjemur pakaian, bergilir-gilir berjaga malam jika baby menangis & banyak lagi. Jika perlu sediakan jadual supaya dapat membantu melancarkan urusan seharian. Saling bantu membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain amat penting bagi mengelakkan stress, salah faham dan sebagainya.

  4. Berlatih menjalani rutin baru sekurang-kurangnya untuk 2-3 kali.
    Kepentingan latihan menjalani rutin baru adalah supaya ibu dan bapa dapat membiasakan diri dengan suasana baru agar tidak kelam kabut pada minggu-minggu pertama yang boleh menyebabkan stress. Suami juga perlu terlibat sama dalam menjayakan rutin baru ini.Contohnya, bangun lebih awal untuk menyediakan baby dan diri sendiri, menyediakan sarapan, barang bayi yang perlu dibawa, membiasakan diri memandu di jalan ke tempat penjagaan bayi dan seterusnya ke tempat kerja, jam berapa perlu keluar supaya tak terlambat masuk pejabat dan banyak lagi.

  5. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
    Ibu mungkin akan rasa bersalah dan sangat risau untuk tinggalkan bayi dalam jagaan orang lain. Ingat, perasaan begini cuma untuk sementara. Percayalah, dalam beberapa waktu semuanya akan menjadi semakin baik. Pastikan kita jalinkan hubungan yang baik dengan pengasuh anak supaya kita akan rasa lebih terjamin.
    Dari segi fizikal, selepas berehat lebih kurang 2 bulan otot-otot kita mungkin agak lemah lalu menyebabkan badan cepat penat dan kurang bermaya. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 20minit sehari. Kebaikannya selain dapat merangsang otot, dapat juga melancarkan aliran darah sekaligus menjadikan badan rasa lebih sihat dan bertenaga. Badan yang sihat dan cergas membawa minda yang tenang. Tip atasi badan lesu, letih dan mudah penat

Sentiasa lah belajar untuk seimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Sebaiknya berbincang dengan ketua di tempat kerja jika perlukan sedikit kelonggaran.

Berhenti kerja selepas bersalin? Sila jangan terburu-buru buat keputusan ye darlingss.. Ada senarai yang sangat panjang yang perlu diambilkira jika awak rancang nak berhenti kerja. Fikirkan untuk jangka masa panjang, jaminan masa depan diri sendiri dan jaminan masa depan anak. Mungkin kita merancang untuk bergantung penuh pada suami tapi bukankah kita sebagai manusia hanya boleh merancang? Tak siapa boleh menduga apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Bak kata pepatah, 'sediakanlah payung sebelum hujan'.

Dulu, bos jana pernah kata, "jika nak masa depan anak yang cerah, pastikan jaminan masa depan kita terlebih dahulu". 

Set berpantang terbaik luka cepat sembuh, badan bertenaga

Jangan lemah semangat, jangan cepat putus asa. Segala yang kita miliki adalah rahmat dan tak patut dipersiakan. Kita wanita & kita adalah istimewa. Susah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Apa-apa pun, jana nak ucapkan Tahniah & selamat menjadi supermak!

Love, Jana

Follow Instragram Jana_Hazana