Sunday, 17 January 2016

# Anak Kurang Selera Makan # Anak Mudah Demam

11 Tanda-tanda anak ada masalah cacing

Anak-anak memang berisiko tinggi kena masalah kecacingan dan ibubapa harus alert dengan tanda-tanda anak ada cacing. Biasa lah budak-budak, kalu tak jilat jari, tak jilat mainan tak sah. Belum lagi part main pasir, pegang benda-benda kotor dan macam-macam lagi pastu tak basuh tangan bila nak makan.

Contohnya macam sikembar Hazim & Haziq tu..selalu nak kena ingatkan supaya jangan jilat mainan, jangan gigit jari semasa bermain dan sentiasa basuh tangan bersih-bersih selepas bermain terutamanya di luar rumah atau di taman permainan! Tapi selalu jugak jana terlepas pandang. Adoii..


anak ada masalah cacing


Macam mana nak tau tanda-tanda masalah cacing pada anak? Jom semak :
  • Berat badan turun walaupun anak berselera makan.
  • Anak mengadu gatal pada lubang najis terutamanya pada malam.
  • Hilang selera makan, lemah badan, perut kembung dan cirit birit.
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing dalam najis.
  • Muka pucat
  • Batuk-batuk berpanjangan.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam
  • Hiperaktif, meragam
  • Selalu demam, alami masalah ruam dibadan, alahan, kudis dan gatal.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Sakit kepala.

Masalah cacing pada anak-anak jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan mendatang masalah kesihatan yang lebih teruk seperti anemia, kerosakan usus dan otak. NAUZUBILLAH...

Mengatasi masalah sembelit pada anak-anak dengan selamat dan berkesan

Masalah cacing bermula dari telur cacing yang masuk ke dalam sistem tubuh dan kemudian menetas, membesar dan membiak dalam usus. Ia akan terus hidup dan menyerap nutrisi dari makanan yang telah dihadam. Pernah tengok kanak-kanak yang kurus tapi perut buncit tak? Itu salah satu tanda anak tu ada masalah cacing.

Tangan kotor yang tak dibasuh bersih, minum air yang tidak dirawat, sayur dan buah yang tidak dibasuh bersih, makanan yang tidak dimasak sempurna, berkaki ayam atas tanah, tandas yang kotor dan haiwan peliharaan seperti kucing antara faktor yang menyebabkan anak-anak kita alami masalah cacing.

anak ada cacing



Tangan yang kotor dan tidak dibasuh bersih bukan je boleh menyebabkan anak-anak terdedah kepada telur cacing malah lebih teruk keracunan! Nauzubillah...


Untuk mencegah masalah cacing pada anak-anak mungkin agak sukar, oleh itu kita sebagai ibubapa perlu pastikan anak-anak kita diberi ubat cacing setiap setahun sekali seawal mereka berusia 1 tahun. Boleh beri ubat cacing 6 bulan sekali jika kat rumah ada banyak haiwan peliharaan atau anak sering terdedah pada kotoran.


Laporan UNICEF membuktikan kanak-kanak yang diberi ubat cacing mempunyai berat dan perkembangan fizikal yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang tak diberikan ubat cacing.


Bagi jana, setiap kali birthday Hazim&Haziq, jana akan pastikan mereka makan ubat cacing. Memang akan ada adegan bergaduh, memujuk, menangis (sikembar jenis yang susah makan ubat!) tapi demi kesihatan dan perkembangan mereka yang sempurna jana tadah je semua tu. Mujur setahun sekali je.

Daddies & mommies lak camana? Bila last beri anak makan ubat cacing? Jangan lupa bagi tau.

Salam sayang, jana


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana