Wednesday, 6 January 2016

# Badan Lesu & Lemah # Berat Badan Berlebihan

13 Rahsia Kajol tampil kurus menawan pada usia 40an

Buntang mata jana masa kali pertama poster filem Dilwale 2015 muncul kat wall fb. Nyata konfius sekejap tengok Kajol dan SRK yang sangat menawan dan kacak tu. Hey, dua orang tu umur bukan muda lagi tau tapi dah masuk 40an hokeh! Kalu SRK tu, kita akan kata "biasala lelaki".. Tapi Kajol? Anak dah 2! Sungguh diluar tipikal wanita yang dah berkahwin, ada anak dan usia 40 an (mode dengki ;p )

Serius jana tertanya-tanya apa rahsia kajol hingga dia boleh tampil kurus menawan walaupun sudah berumur 40 lebih. Penampilan yang diidam-idamkan oleh hampir semua wanita pertengahan umur. Apa dia buat? Senaman apa? Makan apa? Macam mana diet dia?

Jana tau, jana tak keseorangan disini... puan-puan semua pun mesti nak tau jugak kan?

kajol dilwale 2015


Menurut sumber Kajol telah mengikuti diet sihat sepanjang masa, rejim senaman yang ketat dan dia sangat konsisten dalam menjayakannya sejak 3 tahun lalu. Dia juga melantik jurulatih peribadi yang sebelum ni melatih suaminya iaitu Ajay Devgan.


Jom semak 13 rahsia Kajol tampil kurus dan menawan walaupun pada usia 40an

  1. Kajol gemar latihan angkat berat. Dia lakukan latihan angkat berat asas, squat dan 200-300 tekan tubi

  2. Setiap latihan adalah latihan berat.

  3. Latihan selama 2 jam sehari 4-6 petang. Jika ada penggambaran, dia akan mulakan seawal jam 5.45 pagi
    .
  4. Tidak berlapar dan tidak lakukan diet kalori
    .
  5. Mengambil protin berkualiti tinggi dari pelbagai sumber seperti ayam, ikan, paneer, telur, kekacang dan banyak lagi.
     
  6. Kajol tak mengamalkan gaya pemakanan vegetarian.

  7. Turut amalkan makanan tinggi serat, lemak sihat, makanan rendah gula dan langsung tak amik makanan ringan

  8. Diet Kajol berubah ikut paras tenaga, rancangan perjalanan, jadual penggambaran dan perubahan musim.

  9. Tidak merokok dan minum alkohol

  10. Tidak makan lewat malam dan lewat pagi

  11. Tidak pernah ambil produk kurus

  12. Sangat menjaga jumlah pengambilan air

  13. Sangat berdedikasi adalah kunci utama kejayaan Kajol untuk berubah jadi kurus dan menawan pada usia 40an.

Itu lah dia rahsia kajol nampak macam tak lekang dek usia. Body solid, matang, nampak segar dan bertenaga walaupun telah menginjak 40an. Bagi Kajol, tiada jalan pintas, tiada gimik atau fad diets untuk dapatkan bentuk badan yang menarik. Singkirkan lemak dan pelihara otot adalah kunci utama.




Kita pun berpeluang untuk ubah penampilan macam kajol. Bila berusia bertambah tak semestinya kita perlu tunduk pada undang-undang alam. Bangkit lah dan berusahalah sekurang-kurangnya untuk sedapkan mata suami. Jagalah kecantikan, bentuk badan dan kesihatan kita. Suami mana tak bergetar tulang rusuk wey bila tengok body bini sendiri cantik menawan mengalahkan zaman anak dara...


Tak sabar rasanya nak tonton filem Dilwale 2015 kat pawagam. Suami jana tak minat hindustan jadi terpaksalah jana layan sorang-sorang atau ajak kawan untuk teman.

Salam sayang, Jana



3 comments:

  1. Saya peminat kajol dn srk dr sek lagi. Terkejuy tu tgk penampilan kajol..memang superb..filem dilwale pun dah tgk memang best sgt2..hehe..jom jaga kesihatan dri utk lbh sihat mantap dan betenaga.

    ReplyDelete
  2. cantiknye kajol ni..
    nak buat squat sampai 200x tu yang bercinta..hahaha

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana