Masalah dalaman seperti banyak toksin dan kurang nutrisi akan dapat kelihatan pada kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering, liang pori besar dan macam-macam lagi. Sental lah sekuat mana atau cover lah setebal mana pun dengan kosmetik kulit bermasalah tetap akan kelihatan.
Tak kira jantina atau usia petua untuk kulit cantik, glowing, licin dan awet muda yang paling berkesan adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan sihat.
Jom semak 11 makanan yang memberi kesan kulit cantik, berseri dan licin secara semulajadi.
1. Sayuran berdaun hijau
Mengandungi tinggi antioksidan, vitamin & zat penting untuk mengatasi kulit kusam dan memberi kulit yang cantik berseri setiap masa.
Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, sawi turut membekalkan serat yang baik untuk baiki sistem penghadaman dan usus.
2. Lobak merah
Tinggi kandungan beta carotene, vitamin A dan antioksidan yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh. Ia melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, mencegah penuaan dan kedutan awal. Kulit lebih flawless dan lembut.
3. Buah-buahan
Mangga kaya dengan antioksidan dan vitamin A yang mencegah penuaan awal, tingkat keanjalan kulit dan rangsang penghasilan sel-sel baru.
Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E mencegah kulit berkedut pada usia muda.
Betik menyingkirkan sel-sel mati dan menghilangkan cela pada kulit.
Oren, kiwi strawberi dan jambu sangat kaya dengan vitamin c yang berfungsi melindungi kulit dari serangan radikal bebas dan sinaran matahari yang merosakkan. Vitamin c juga merangsang sintesis kolagen yang penting dalam menjana kulit cantik, glowing dan flawless.
Epal bantu sekatakan tona kulit dan menjadikan kulit awet muda.
4. Minum segelas air suam yang dicampur madu dan lemon memberi kesan kulit cerah sekata dan tampak bersih.
5. Lemak sihat
Bukan semua lemak adalah musuh kesihatan. Makanan yang kaya dengan lemak tak tepu, asid lemak omega 3 dan asid lemak omega 6 penting untuk kulit sihat dan glowing. Ia bersifat anti radang, cegah jerawat, atasi kulit kering dan mengelupas dan atasi kulit bersisik.
6. Telur
Kaya dengan vitamin B complex bantu mengekalkan kulit flawless, licin, atasi masalah kulit berminyak dan cegah penuaan sebelum usia. Telur juga membekalkan minearl zink yang sangat penting untuk kulit yang awet muda dan gebu. Kuning telur kaya dengan biotin yang sangat diperlukan untuk kulit cerah berseri,
7. Avocado
Mengandungi vitamin E yang membantu memperlahankan proses kerosakan kulit. Ia mengekalkan kelembapan dan menjauhkan masalah penuaan sebelum usia, kedutan halus, masalah jerawat dan kulit kusam. Avocado merupakan superfood untuk kulit cantik berseri dan flawless.
8, Beras perang
Selain untuk kurangkan berat badan, beras perang mengandungi magnesium, vitamin dan antioksidan yang melindungi kulit dari masalah berminyak dan jerawat. Protin membaikpulih kulit rosak. Beras perang kaya dengan serat dan ceramides yang mengawal kelembapan kulit.
9. Teh hijau
Radikal bebas terbentuk apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Ini menyebabkan punca utama masalah penuaan sebelum usia. Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan yang membantu melawan serangan radikal bebas seterusnya mencegah masalah penuaan kulit. Teh hijau juga melawan jerawat dengan merendahkan paras DTH iaitu hormon yang bertanggungjawab menghasilkan jerawat. Kesannya kulit lebih sihat dan awet muda.
10. Wine merah
Wine merah memiliki khasiat polifenol yang terkandung secara semulajadi dalam buah anggur yang berupaya mengekalkan awet muda. Ia bersifat tinggi antioksidan. (Wine merah bukan untuk orang Islam.) Takpe, Vivix ada.
11.Air kosong
Sky juice atau gelaran air kosong telah disebut sejak berzaman berupaya membuatkan kulit kita glowing bukan setakat wajah malah seluruh tubuh. Dengan minum air secukupnya dalam sehari akan memastikan sistem tubuh kekal terhidrat. Air bukan saja menyingkirkan toksin merbahaya dari sistem tubuh malah turut menjadikan kulit kita berseri secara semulajadi.
Faktor pencemaran persekitaran, stress, pancaran matahari terik ditambah pula dengan tabiat pemakanan tak sihat menyebabkan kulit bermasalah. 12 makanan diatas bukan sekadar untuk mencantikkan kulit malah membantu memelihara tubuh badan yang sihat.
Selain dari makanan, vitamin juga diperlukan untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik, glowing dan flawless.
Dengan syarat, pastikan vitamin yang dibuat dari bahan semulajadi sahaja. Ini bagi memastikan kita dapat manfaat yang terbaik dan jaminan untuk jangka masa panjang.
Set vitamin Shaklee untuk kulit cantik glowing dan flawless ialah
Testimoni kulit cantik glowing dan flawless.
Set vitamin Shaklee memang telah terkenal dengan keberkesanannya dan mutu tinggi. Ia menjadi pilihan utama pengguna yang mementingkan keselamatan untuk jangka masa panjang, kualiti dan kepuasan.
Paling popular adalah Vivix iaitu minuman botanik yang mengandungi 15 polifenol yang dipaten. Klik sini untuk lebih maklumat mengenai Vivix.
Jom order vitamin Shaklee sekarang secara online dengan klik pada butang berikut.
Setiap pembelian, anda akan diberi nasihat cara makan vitamin yang betul serta tip-tip eksklusif sepanjang penggunaan vitamin. Ini bagi memastikan pengguna dapat kesan yang diingini dan sebarang masalah dapat dikenalpasti.
Sebarang pertanyaan mengenai order sila klik link wassap berikut
http://janahazana.wasap.my/
Memang best vit2 kulit ni. Jerawat pun segan nk singgah. Ade mslh sunburn, cepat je hilang
ReplyDeleteBetul2. best kan... efek bukan setakat muka je, seluruh badan termasuk rambut, kuku pun dapat manfaat.
Deletebtw, tq for ur komen ;)
Serius memang best set ni. Balkis pun memang pengguna setia set ini. Dan dah rasa perbezaan kulit. Kulit berminyak pun dah xde lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah.. punca jerawat tu kulit berminyak.
Deleteteh hijau mmg dari dulu lagi digunakan utk kecantikan. hehe
ReplyDeletewow bagusnya. sejujurnya, jana sendiri pun baru tau teh hijau bagus utk kulit cantik. Ingatkan utk tenaga aje ;)
DeleteTerima kasih kerana sudi komen