Showing posts with label Kesihatan Wanita. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Wanita. Show all posts

Monday, 27 August 2018

Berjaya kecutkan cyst ovari tanpa pembedahan

August 27, 2018 0 Comments
Assalamualaikum. Selamat datang dan semoga semua pembaca blog jana ni dikurniakan kesihatan yang terbaik.

Sebut pasal cyst pasti ramai wanita rasa gerun. Antara yang paling ditakuti ialah cyst ovari (ovarian cyst). Cyst ovari ialah ketumbuhan bukan kanser yang tumbuh pada ovari.

Walaupun bukan kanser tetapi cyst ovari tetap boleh membahayakan jika tak dikawal dan dirawat dengan betul serta perlu dibedah.

Ikhtiar kecutkan cyst dengan cepat dan berkesan tanpa perlu pembedahan.




Tanda-tanda cyst ovari

Kebiasaannya cyst ovari tak mempunyai sebarang tanda atau simptom. Kebanyakan wanita hanya menyedarinya secara tak sengaja ketika pemeriksaan rutin imbasan janin oleh doktor.

Cyst ovari yang membesar mungkin memberi tanda-tanda berikut:

  • Sakit pada bahagian pelvik dan bawah belakang ketika haid
  • Sakit apabila ada pergerakan usus besar
  • Sakit ketika berhubungan kelamin
  • Perut rasa kembung dan bengkak
  • Kesakitan yang teruk disertai  pening dan muntah
  • haid tak teratur,




Cyst ovari boleh muncul dan hilang dengan sendiri.

Tapi atas sebab tertentu cyst ovari muncul tapi tak hilang dan terus membesar hingga mengganggu kitaran haid, sebabkan pendarahan, mengganggu kesuburan, sukar hamil dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengalami masalah cyst semakin membesar hingga mengganggu kesihatan, perlu dapatkan rawatan yang betul dari doktor yang bertauliah. 



Testimoni mereka yang sudah mencuba ikhtiar untuk kecutkan cyst cara Shaklee


cara nak kecutkan cyst ovari


cara nak kecutkan cyst


petua hilangkan cyst


Pemakanan yang betul dapat membantu mengecutkan cyst ovari. 


Bagaimana vitamin-vitamin Shaklee ni membantu mengecutkan dan menghilangkan cyst ovari dengan berkesan dan selamat

GLA Complex

Sumber Omega-6 terbaik yang mengawaselia hormon testosteron dan progesteron yang mempengaruhi pembesaran cyst ovari. Turut bertindak sebagai antiradang, halang pembekuan darah dan kawal pertumbuhan mendadak tisu-tisu tubuh.


Vivix

Kuasa polifenol resveratrol menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel-sel abnormal. Membaiki sel, hapuskan serangan radikal bebas serta membaiki typo pada DNA. Vivix bertindak dengan 4 mekanisme iaitu melindungi sel, mengawal kemerosotan genetik, tingkat penghasilan tenaga sel serta lambatkan penimbunan protin AGE (advanced glycation end products).

Carotomax

Mengandungi fitokimia penting membran mukosa dan tinggi antioksidan penting yang membunuh xenoestrogen dalam masa yang sama melindungi ovari dari cyst dan fibroid dari kembali tumbuh.



Jaminan Shaklee menjadikan ia sangat diyakini


  • Dibangunkan oleh R&D yang komprehensif oleh saintis.
  • Produk mempunyai kajian klinikal serta landmark study yang mengesahkan tahap keberkesanan dan keselamatan produk.
  • Wujud lebih 100 tahun (lebih 50 tahun di Malaysia).
  • Selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam
  • Produk Shaklee sangat diyakini hingga digunakan untuk tingkat daya ketahanan tubuh angkasawan NASA serta atlet antarabangsa.
Ketika syarikat lain melaburkan berjuta-juta duit untuk tujuan pengiklanan dan duta produk, Shaklee melaburkan berjuta-juta duit untuk tujuan kajian dan pembangunan produk untuk menjamin kualiti.


Dengan tunjuk ajar dan panduan dari doktor dan pakar nutrisi, jana sediakan konsultasi yang terbaik untuk setiap pelanggan jana supaya dapat kecutkan cyst dengan berkesan.


Saya nak order Shaklee untuk kecutkan cyst!

Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)


Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Monday, 12 February 2018

7 Tanda-tanda kekurangan kolagen dalam tubuh

February 12, 2018 20 Comments
Ada yang beranggapan, "saya tak kisah pun pasal kecantikan kulit, so buat apa nak telan kolagen?"

Jangan begitu. Tanggapan kolagen hanya untuk kecantikan semata-mata adalah tidak benar.

tanda tubuh tak cukup kolagen


Kolagen bukan je penting untuk awet muda, kulit licin, tegang dan anjal. Tetapi penting untuk kebanyakan fungsi tubuh juga seperti fungsi sendi, mata, rambut, otot termasuk tulang. Tak kira lelaki atau perempuan, semua manusia memerlukan kolagen. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.



Camana nak tau tubuh kekurangan kolagen?

7 Tanda-tanda tubuh kekurangan kolagen


1. Kulit berkedut

Kolagen menyokong struktur dan memberi kekuatan pada sel-sel kulit. Ini menjadikan kulit tegang dan anjal.

Bila kekurangan kolagen pada kulit, struktur dan sel-sel kulit menjadi lemah dan mula kendur. Itu lah yang menjadi punca liang pori besar, eye bag ketara, kedut halus dan kulit kusam.

tanda kekurangan kolagen

Lihat >> Tip memilih kolagen yang terbaik untuk kulit cantik dan awet muda



2. Sakit sendi

Kolagen adalah komponen penting bagi binaan tulang rawan. Tulang rawan berfungsi seperti 'kusyen' yang menyerap hentakan dan geseran antara tulang sendi.

Bila tubuh kekurangan kolagen, tulang rawan makin haus, semakin nipis dan akhirnya tulang bergesel sesama sendiri. Ini menjadi antara punca sakit sendi.

tanda tubuh tak cukup kolagen


Tulang rawan juga membentuk telinga, hidung dan tisu-tisu yang menyambungkan tulang dan otot.




3. Rambut gugur dan nipis

Kolagen penting untuk regenerasi dan pertumbuhan rambut. Kolagen juga berfungsi melawan radikal bebas yang dihasilkan secara semulajadi akibat perbezaan proses metabolik tubuh.

Kolagen yang mencukupi akan memastikan folikel rambut kuat dan tingkat pertumbuhan rambut. Kolagen yang mencukupi menjadikan diameter rambut lebih lebar menjadikan rambut kelihatan lebat dan tebal.

Apabila tubuh kekurangan kolagen menyebabkan folikel rambut jadi lemah dan musnah. Hasilnya rambut gugur, menipis, tampak kurang berupaya dan botak.




4. Otot lemah dan mudah tercedera

Kolagen merangsang penghasilan kreatinin semulajadi tubuh yang penting untuk pembinaan otot-otot. Tanpa disedari kolagen sangat penting untuk tingkat prestasi atlit dan jisim tubuh tanpa lemak.

Kolagen sangat membantu dalam membina dan membesarkan otot dan dalam masa sama memberi kan ton otot. Kolagen juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan.

tanda tubuh kekurangan kolagen


Kekurangan kolagen menyebabkan otot lemah, bentuk badan menggeleber, sakit-sakit badan dan otot mudah tercedera.




5. Tidur tak lena

Ini mungkin sesuatu yang paling kita tak jangka kan?

Satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui kesan pengambilan kolagen terhadap pola tidur. Menurut kajian tersebut, mereka yang mengambil kolagen sebelum tidur dilaporkan mempunyai kualiti tidur ysng lebih baik.

Subjek lebih mudah lena dan cepat sampai ke fasa 'deep sleep'. Hasilnya, pada waktu siang mereka tak rasa keletihan dan mempunyai prestasi mental yang sangat baik.

Fasa deep sleep ialah dimana tubuh mengalami situasi rehat dan rawat. Ia penting bagi memastikan hari esok yang cergas dan bertenaga.

"Patut lah bila amal kolagen sebelum tidur, tiap-tiap pagi jana rasa badan ringan dan ceria je"




6. Masalah katarak dan glaukoma

Kajian di India telah menunjukkan kekurangan kolagen akibat penuaan boleh menyebabkan masalah katarak.

Para pengkaji turut percaya bahawa, kekurangan kolagen pada mata menyebabkan bebola mata tak dapat disokong dengan seimbang dan cecair tak dapat dikeluarkan dengan baik lalu menyebabkan tekanan.

Masalah katarak dan glaukoma jika tak dibendung secara efektif boleh menyebabkan buta.




7. Masalah gigi

Kolagen turut berperanan melekatkan gigi pada gusi dengan kuat.

Kekurangan kolagen menyebabkan gusi surut dan gigi jadi longgar. Akibatnya seperti sakit gigi, gigi sensitif dan mudah tercabut.




Sekarang dah jelas?
Betapa kolagen penting bukan je untuk kecantikan malah untuk fungsi tubuh juga.



Kolagen merupakan protin yang mengikat sel-sel tubuh supaya sentiasa teguh dan berada dalam bentuk yang sepatutnya. 25% protin dalam tubuh manusia ialah kolagen.

Bila usia bertambah, kolagen makin berkurangan. Selain usia ada juga faktor lain yang boleh memusnahkan kolagen dalam tubuh iaitu sinar uv, radikal bebas dari alam sekitar, rokok dan penyakit autoimun.


Cara untuk meningkatkan kolagen dalam tubuh ialah dengan:

  • Mengambil makanan yang menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi vitamin c. Contohnya buah oren, bayam dan bawang putih.
  • Mengamalkan suplemen kolagen yang berkualiti. Lihat >> Ciri-ciri kolagen yang paling berkesan




Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

Thursday, 22 October 2015

7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang anda takmau terlepas

October 22, 2015 1 Comments
7 dari 10 perbualan dengan bakal customer mesti akan ada soalan, "ada kesan sampingan?". Ish mestila ada kesan sampingan. Semua benda yang kita buat pun akan ada kesan sampingannya. Kalu takde kesan apa pekdahnya nak buat tu ye tak? Meh sini jana nak kongsi 7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang akan membuatkan awak rasa berdebar-debar dan tak sabar nak berkenalan dengan lebih mesra dengannya.

kesan sampingan vitamin e


Sebelum tu meh jana cerita sikit ciri-ciri kelebihan Vitamin E Complex Shaklee yang menjadikan ia antara vitamin e paling ngetop di dunia.
  1. Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin E
  2. Ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi kemudian digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) menjadikan ianya vitamin E paling lengkap dipasaran.
  3. Turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang akan membantu tubuh kita serap vitamin E dengan lebih cekap. Ia juga memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  4. Formula terkini turut mengandungi ekstrak biji anggur
  5. 1 tab Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400IU vitamin E yg bersamaan 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gm badam.

Sila take note vitamin E sintetik tidak akan memberi kesan yang sama dengan vitamin E semulajadi. Camana nak beza vitamin E sintetik dan vitamin E semulajadi? Perhati label vitamin E awak, 'd' untuk semulajadi, manakala 'dl' untuk vitamin E sintetik. Ni contoh vitamin E semulajadi

kesan sampingan vitamin e shaklee


Apa maksud vitamin E sintetik? Sintetik bermakna sumber yang dicipta dari persekitaran makmal untuk meniru sumber semulajadi. Contoh buah limau plastik yang mainan tu. Ada zat ke? Selamat ke? Sesuai ke untuk dimakan? Tergamak ke nak makan barang plastik?

Jadi, jika label vitamin E awak ada 'dl'..sila bertukar ke jenama Shaklee sekarang jugak!

Kebanyakan customer jana beli vitamin E Shaklee untuk masalah kulit seperti nak hilangkan parut, vitamin untuk kulit cantik. Tapi bila mereka dah amal vitamin E Shaklee untuk beberapa tempoh masa baru mereka sedar rupanya vitamin E Shaklee ni beri kesan sampingan lain.


7 kesan sampingan vitamin E Shaklee:
  1. Menyihatkan jantung. Pengambilan 800IU vitamin E dapat melindungi sel darah merah dari pengasidan lipid, tingkatkan kolesterol HDL, kawal tekanan darah tinggi, halang platelet darah melekat didinding arteri, halang anemia hemolitik, cegah penyakit jantung dan banyak lagi. Kajian dari University Harvard membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% manakala strok dengan 33%.
  2. Tingkatkan kesuburan. Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E dapat memulihkan kemampuan produktif. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU sehari mendapati bilangan sperma mereka meningkat, tingkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.
  3. Awet muda. Vitamin E Complex berupaya membantu memudarkan garis halus, parut, jeragat, mengecilkan liang roma, pulihkan tekstur kulit dan tona wajah, dan cantikkan otot dada dan paha. Wajah lebih berseri pinkish.
  4. Tingkatkan sistem pertahanan tubuh. Pengambilan lebih dari 1,200IU vitamin E sehari mampu melawan kanser, halang atau lambatkan pertumbuhan tumor dan kurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga boleh membaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.
  5. Tingkatkan keinginan dan tenaga seksual. Vitamin E merangsang dan meningkatkan aliran darah dari jantung yang lancar sekaligus membawa bekalan oksigen yang mencukupi. Dengan itu lelaki dapat bertahan lebih lama. Bagi wanita, ekstrak biji anggur bantu menghasilkan cecair pelincir dan mengatasi masalah kekeringan.
  6. Baiki arthritis. Mengatasi kekejangan otot bahu, urat simpul (vena varikos), sakit sendi dan tingkatkan keanjalan salur darah.
  7. Biji-biji halus pada kulit muka (jerawat pasir) terutamanya area pipi akan hilang. Hasilnya kulit jadi lebih flawless dan bersih.

Itu lah dia kesan sampingan - kesan sampingan yang kita akan dapat bila amalkan vitamin E shaklee secara konsisten. Risiko untuk dapat kesan buruk tu sangat sikit sebab vitamin-vitamin Shaklee ni dibangunkan oleh saintis, ada kajian klinikal yang menjamin keberkesanan dan keselamatannya. 

Tak perlu risau ok!

Bagi pengunjung tegar spa untuk merawat kecantikan wajah, dengan masker vitamin E awak boleh berjimat duit dan masa. Vitamin E shaklee bukan je untuk di telan malah boleh dijadikan masker. Hasilnya kulit akan terasa sangat licin, moist dan tegang.

Jom segera dapatkan Vitamin E Shaklee dan nikmati kebaikan dan kesan-kesan sampingannya. Dapatkan 1 untuk suami dan 1 lagi untuk isteri. Baca lebih lanjut tentang Vitamin E Complex Shaklee DI SINI

Harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee hanya RM156.25 (120 biji). Untuk order sila hubungi jana ditalian berikut



Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Monday, 7 April 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN WANITA

April 07, 2014 0 Comments
Wanita ni secara semulajadi Allah jadikan lembut, lemah gemalai, pengasih namun jangan tak tau mereka ni sebenarnya kuat, berani, berfikiran jauh dan bijak. Dalam sesebuah rumahtangga biasanya mereka adalah tonggak utama. Tanggungjawab dan kehadiran mereka setiap masa adalah sangat penting tambah pula bagi yang berkerjaya.

Sebab tu wanita bila usia dia dah meningkat, sibuk dengan tugasan harian dan mempunyai anak ditambah pula kurang penjagaan dan nutrisi yang seimbang, mereka akan kelihatan lebih berusia dari usia mereka yang sebenarnya dan mudah kena penyakit.

Bagi mereka yang tercari-cari suplemen tambahan bagi memelihara kesihatan kewanitaan secara menyeluruh, saya nak kongsi tentang vitamin Shaklee untuk kesihatan wanita.

vitamin shaklee untuk kesihatan wanita

Vitamin-vitamin ni diambil bersama bagi memelihara & memenuhi keperluan dari segi

  1. Penjagaan kewanitaan ~ mengawalselia hormon, PMS, menapous, cyst
  2. Memelihara kesihatan kardiovaskuluar ~ kawal kolesterol, elak penyakit jantung, darah tinggi
  3. Memelihara kesihatan tulang, otot & saraf ~ elak osteoporosis
  4. Penjagaan & kecantikan kulit
  5. Membekalkan tenaga dan mengelakkan letih dan lesu
  6. Memelihara daya ingatan

Set ini juga boleh membantu mereka yang ingin mengawal berat badan. Jelas, mereka yang mengamalkan set ini akan lebih sihat, bertenaga, daya ingatan yang kuat dan kulit lebih cantik.

Harga bagi Ostematrix (120 biji) ialah RM61.00
Harga bagi Omega Guard (90 biji) ialah RM136.00
Harga bagi GLA Complex (60 biji) ialah RM91.25

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk-produk ini berserta konsultasi sila hubungi saya disini yang sentiasa bersedia membantu anda

vitamin shaklee untuk kesihatan wanita



*************************
Dapatkan lebih penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli



Follow Instragram Jana_Hazana