Showing posts with label Kulit Kering & Gatal. Show all posts
Showing posts with label Kulit Kering & Gatal. Show all posts

Saturday, 14 April 2018

Masalah resdung sembuh cepat dengan petua moden

April 14, 2018 0 Comments
Camana nak tau sekiranya kita ada masalah resdung?

Tanda-tanda kita ada masalah resdung antaranya ialah setiap pagi mesti akan bersin berulang-ulang kali. Hidung sering rasa tersumbat. Hingus meleleh-leleh. Bila bercakap suara sengau. Waktu malam terasa gatal-gatal dalam hidung mata serta telinga.

Camtu lah tanda-tanda orang ada masalah resdung. Setiap pagi akan alami benda sama.


petua mujarab rawat resdung



Jana sendiri ada pengalaman mengalami masalah resdung. Pada satu tahap, jam 2 pagi tersedar dari tidur sebab rasa gatal merenyam belakang mata, serentak dengan gatal telinga dan hidung hingga air mata serta hingus mengalir deras macam orang menangis.

Gatal yang amat rasa macam nak garu dengan berus.


Orang ada masalah resdung juga selalunya:

  • Akan ada masalah jerawat. Tapi tak semua.
  • Sering sakit kepala
  • Alergik dengan seafood. Bila makan seafood, gatal merenyam menjadi-jadi atau naik jerawat.
  • Sensitif dengan habuk, debunga, bulu binatang
  • Deria bau kurang berfungsi
  • Tidur berdengkur
  • Mudah demam



Punca masalah resdung bukan disebabkan oleh ulat atau cacing dalam rongga hidung tapi disebabkan oleh bakteria ataupun kulat, jangkitan atau alahan pada dinding rongga hidung-telinga-tekak (sinus). Pencemaran alam sekitar serta sistem pertahanan tubuh lemah juga boleh menjadi punca masalah resdung.

Sistem pertahanan tubuh lemah adalah kaitan antara masalah resdung dengan masalah kulit seperti jerawat dan mudah demam.

Ada juga masalah resdung disebabkan oleh struktur fizikal pada rongga sinus.


merawat resdung


Secara normal rongga sinus akan kosong. Bila masalah resung sedang meradang, rongga sinus dipenuhi dengan mukus. Sebab tu pesakit resdung sering sakit kepala, sakit muka. Mukus yang berkumpul dalam rongga sinus lama-kelamaan akan menjadi tempat pembiakan kuman bakteria serta kulat.


Aktitivi menyelam dan berenang boleh menyumbang kepada masalah resdung sekiranya air terperangkap dalam rongga sinus.




Masalah resdung biasanya akan hilang dalam masa sebulan. Jika masalah resdung berlarutan hingga 4 bulan dan lebih, itu dikatakan masalah resdung kronik.

Masalah resdung kronik dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kemudaratan. Antara masalah lain yang boleh timbul ialah jangkitan nanah sekeliling mata, jangkitan tulang muka, memburukkan lagi keadaan asma, tonsil membengkak termasuk jangkitan telinga.





petua moden hilangkan masalah resdung



Ramai nak tahu tentang merawat masalah resdung sembuh cepat dengan cara moden ni. Sebab cara ini sangat mudah, selamat, berkesan.


Jana sendiri pun dah tiada lagi masalah resdung selepas guna cara ni. Setelah amalkan Vivix, Vita C, Bcomplex dan ESP masalah resdung jana dah hilang. Sangat mudah dan efektif. Selain masalah resdung dah hilang, jana juga dapat manfaat lain untuk kesihatan tubuh dan kulit cantik.


Antara pengguna yang telah berjaya mengatasi masalah resdung dengan Set Resdung Shaklee 

set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




testimoni shaklee resdung
Testimoni set resdung shaklee




set resdung shaklee
Testimoni set resdung shaklee




Kebaikan Set Resdung Shaklee antaranya:
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan pembiakan bakteria dan kulat.
  • Lengkap dengan antioksidan untuk melawan agen radikal bebas dari pencemaran persekitaran.
  • Mencegah keradangan 
  • Mengatasi masalah alergi
  • Merawat masalah jerawat bernanah
  • Baiki parut
  • Baiki masalah penghadaman
  • Atasi stress
  • Atasi masalah bau badan


Jika anda juga sedang mengalami masalah resdung, sembuhkannya cepat dengan petua orang moden ini. Jangan biarkan masalah resdung anda berlarutan hingga menjadi lebih kronik dan lebih sukar untuk dirawat.



Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================





Thursday, 22 February 2018

5 sebab kenapa kita kena ambil kolagen setiap hari

February 22, 2018 0 Comments
Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan terutamanya untuk kulit cantik. Ramai yang tak tau sebenarnya, kolagen juga penting untuk kebanyakan fungsi tubuh.

Lihat >> Tanda-tanda tubuh kekurangan kolagen


Jom semak 5 sebab kenapa kena kekalkan tahap kolagen yang optimum dan kenapa harus bermula hari ini.

5 sebab kenapa kita kena ambil kolagen setiap hari


1. Kolagen adalah bahan utama untuk kulit yang lebih tegang.

fungsi kolagen untuk kulit


30% protin dalam tubuh kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel-sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit sentiasa utuh dan kuat.

Pendedahan terhadap pelbagai faktor termasuk pertambahan usia boleh menyebabkan kulit beransur-ansur keanjalan dan ketegangan.

Tambah kolagen dalam rejim suplemen harian supaya kita boleh mencegah kulit kendur dan berkedut.



2.  Kolagen menyokong kesihatan sendi

kolagen untuk sakit sendi


Kolagen membentuk blok pembinaan asas sendi. Ia sangat penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi yang lancar.

Kolagen sangat kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan pada tisu penghubung tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen.

Kolagen membantu kita untuk menyokong gaya hidup aktif.



3. Kolagen memelihara rambut dan kuku yang sihat

rambut gugur minum kolagen


Rambut dan kuku memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan.

Dengan mempunyai gudang penyimpanan  kolagen yang mencukupi, kolagen menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku supaya ia dapat tumbuh semula dengan sihat.

Kolagen menjadikan rambut berkilat dan kuku yang sihat.



4. Penghasilan kolagen semulajadi tubuh berkurangan setiap tahun

punca tubuh kurang kolagen


Menurut pembantu professor dermatologi di Universiti of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit:

Selepas umur melebihi 20 tahun, badan akan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada kemunculan garis-garis halus, kedutan dan kulit kering serta kusam.

Ambil kolagen bermula hari ni dan atasi masalah-masalah tersebut.



5. Kolagen anda rosak setiap hari

kekurangan kolagen


Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas dibawah kulit. Ini menyebabkan kemusnahan kolagen dan menyebabkan penuaan pramatang.

Walaupun kita tak dapat mengelak dari pencemaran dan sinar uv, anda masih boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat dan awet muda melalui pengambilan kolagen setiap hari.



Cara terbaik untuk dapatkan semula kolagen adalah melalui pengambilan suplemen kolagen. Tanggapan bahawa kolagen hanya untuk kecantikan atau hanya untuk wanita semata-mata adalah tidak benar. Tapi pengguna mesti bijak buat pilihan kolagen yang benar-benar berkesan supaya dapat kesan yang sepatutnya.

Lihat >> Tip pilih kolagen yang benar-benar berkesan

Kolagen sangat penting untuk kesihatan juga. Oleh itu, jangan culas untuk ambil kolagen setiap hari.





Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


Saturday, 3 February 2018

Collagen Powder : Rahsia bocor kulit cantik berseri 200% selamat

February 03, 2018 0 Comments
Tuan-tuan dan puan-puan yang berumur 30 tahun ke atas, jika nak jaga kecantikan kulit tegang, berseri, flawless, sentiasa tampil awet muda mesti rajin amal minum kolagen.

Kenapa?

Kolagen ialah protin utama yang mengekalkan struktur tisu-tisu badan manusia. Kolagen umpama gam yang mengikat tisu-tisu organ. Kolagen banyak ditemui pada tendon, tulang, kulit dan otot.



kolagen shaklee


Secara semulajadi tubuh kita dapat hasilkan kolagen sendiri tapi selepas usia 25 tahun, tubuh kita mula berhenti hasilkan kolagen.

Makin usia bertambah kolagen makin berkurangan. Faktor stress, hamil & menyusu, radikal bebas (sinaran uv, rokok) akan percepatkan kadar kehilangan kolagen.

Antara kesan kekurangan kolagen ialah kulit kendur, parut sukar hilang, rambut gugur, mengerbang dan sukar diuruskan, kuku rapuh, sakit sendi dan mata kering. Akibatnya kita akan mengalami tanda-tanda penuaan pra matang.


collagen shaklee




Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk atasi masalah kehilangan kolagen adalah dengan mengambil kolagen dalam bentuk makanan atau minuman. Ada juga yang menawarkan kolagen dalam bentuk suntikan.

AMARAN. Jangan tepuk dada, jangan tanya selera atau poket!
Tuan-tuan dan puan-puan mungkin tersalah pilih produk yang berisiko untuk mendatangkan bahaya. Ini kerana tak semua produk kolagen dipasaran betul-betul berkesan dan selamat.

Nak tau satu-satunya produk kolagen betul-betul berkesan untuk kulit cantik, bagus malah dijamin selamat dan halal?

Sebelum tu biar jana terangkan secara ringkas kenapa kolagen tu penting untuk kecantikan dan awet muda.



collagen powder shaklee

Kolagen paling banyak ditemui pada kulit. Kepentingan kolagen untuk kulit:
  • Menjadikan kulit tegang, elastik dan gebu
  • Mengecilkan liang-liang pori
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Merangsang kulit yang lebih cerah
  • Melicin dan melembapkan kulit

Oleh kerana kolagen penting untuk elak kulit kendur, ini bermakna ia juga berkesan untuk kurangkan eyebag dan mata panda (lingkaran gelap bawah mata)

Pendek kata, kolagen adalah kunci utama untuk memelihara kecantikan kulit awet muda.



Produk kolagen paling bagus abad ini; Shaklee Collagen Powder

Shaklee collagen powder



Nak tau produk kolagen yang bagus dan hebat jana syorkan Collagen Powder Shaklee.
Kehebatan Collagen Powder Shaklee ialah ia benar-benar berkesan dan hasilnya boleh dilihat sepantas 3 hari.

testimoni collagen shaklee
Testimoni Collagen Powder Shaklee


collagen shaklee


Bahan-bahan Collagen Powder Shaklee:

1. Sisik ikan merah
Sumber kolagen premium yang ditangkap dari laut air dalam. Kurang mengandungi penvemaran. Kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding kolagen dari sumber haiwan.

2. Ekstrak biji Camelia Japonica 
Biji Camelia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon iaitu bahan antioksidan semulajadi yang mampu kurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Pfaffi (ginseng Brazil) apabila digabungkan dengan biji Camilia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyluronic. Asid hyluronic sangat penting dalam menghidratkan tisu-tisu tubuh menjadikan kulit moist, lembut, gebu dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit dengan menjadikan ia fleksibel tapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bergandingan dengan kolagen untuk mengekalkan kulit agar tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin C dan B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit. Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan dalam proses penghasilan kolagen dalam sel.

6. Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidratkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobcillus Acidophilus
Penting dalam membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


Jujur, dengan 5 tahun pengalaman bersama Collagen Powder adalah suplemen Shaklee yang paling jana suka. Setiap pembelian produk Shaklee dengan jana, jana sediakan cara makan yang betul dan tip-tip eksklusif.

Collagen Powder Shaklee adalah rahsia bocor untuk kulit cantik berseri awet muda dan 200% selamat.


Pertanyaan / order

===============================
Hubungi

Nama: Jana Hazana (908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram :  Jana_Hazana

===============================

collagen shaklee


Sunday, 9 August 2015

Mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan mudah

August 09, 2015 0 Comments
Jana tau ramai yang ingin mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat tapi cepat kan? Losen biasa kat pasaran ada yang tak berkesan pun, wangi je lebih. Ada pulak tu jenis yang kikir kulit tumit yang kasar macam nak licinkan permukaan kayu. Ada sapa-sapa penah try?

Kalu anda nak tau, ada cara untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat. Memang terbukti berkesan sebab jana sendiri dah pernah guna dan berjaya mengatasi masalah tumit kasar dan merekah. Bukan jana sorang ye tapi ramai dah yang bagitau benda sama bahawa losen ini mampu melembutkan tumit yang kering dan kasar serta mengatasi kerekahan.

tumit kasar dan pecah-pecah


Punca utama tumit yang kasar dan pecah terjadi adalah kerana kekurangan kelembapan. Ditambah pula dengan aktiviti seharian seperti banyak berjalan dan berdiri, penggunaan tapak kasut atau selipar yang keras tumit akan menjadi kasar dan merekah. Pertambahan berat badan juga menjadi punca tumit jadi kasar dan merekah.

Tumit yang kering dan merekah memanglah takkan membahayakan kesihatan hingga boleh membawa maut namun, selain dari mengganggu pandangan mata jika tak dirawat dengan segera akan menyebabkan keadaan yang lebih teruk iaitu pecah-pecah, berdarah dan menyakitkan. Bila keadaan dah teruk maka makin susah lah untuk mengatasi masalah tumit kering dan merekah yang dialami.

Untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah ada beberapa cara iaitu:
  • Pastikan minum air sekurang-kurangnya 3L setiap hari.
  • Amalkan pengambilan protin dan kolagen.
  • Pakai kasut atau selipar yang bersesuaian dan lembut pada kaki.
  • Kawal berat badan ideal
  • Sapu losen pada tumit secara konsisten sebelum tidur

Hokey, cakap pasal losen. 
Losen yang jana dah tau berupaya mengatasi masalah tumit kasar dan merekah ni adalah losen yang sama boleh digunakan untuk mengatasi masalah ruam, gatal akibat gigitan serangga malah dapat mengatasi masalah celah jari kaki yang berair dan gatal. Sebab tu ia digelar krim serbaguna. Baby dan kanak-kanak pun boleh guna tau.


tumit kasar dan pecah-pecah


Krim serbaguna HERBAL BLEND Shaklee berkesan untuk mengatasi masalah tuumit kasar dan merekah. Bukan tumit je malah kulit kasar bahagian-bahagian lain seperti siku, lutut dan tapak kaki.

Istimewanya Herbal Blend ialah ia 100% bebas paraben, steroid dan bahan-bahan kimia berbahaya lain. Pernah tengok losen yang ada tarikh 'best before'? Herbal Blend ada. Ini menunjukkan Herbal Blend tidak mengandungi pengawet. Selain tu, berikut adalah keistimewaan Herbal Blend Shaklee:
  • Beri kesan yang melegakan. Sebab tu bayi dan kanak-kanak suka.
  • Ada ujian klinikal yang membuktikan keberkesanan Herbal Blend terhadap kulit kasar. Losen lain hado?
  • Kesejukan mentol dan tidak melekit. 
  • Dibuat daripada ekstrak tulen herba-herba semulajadi yang menyegarkan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemarry

atasi tumit pecah dan merekah


Untuk kesejahteraan keluarga jana sangat mencadangkan setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya 1 tiub Herbal Blend Shaklee dalam satu masa. Rumah jana sendiri ada 3 tiub sebab mak boleh guna untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah, abah dan anak-anak boleh guna untuk atasi gatal-gatal akibat gigitan serangga dan ruam, manakala nenek boleh guna Herbal Blend untuk masalah kulit kering..

Harga Herbal Blend Shaklee hanya RM27.00 sahaja.
Untuk dapatkannya jemput hubungi jana ditalian berikut

tumit kasar dan pecah-pecah






Thursday, 5 February 2015

Hilangkan kulit kering, gatal, tebal dan hitam yang hodoh pada kaki

February 05, 2015 0 Comments
Akibat lama sangat terdedah pada banjir dan debu kulit jadi kering dan timbul rasa gatal-gatal terutamanya pada kaki. Makin garu makin digaru makin sedap oii... lagi sedap garu dengan pembaris, fuhh syok habis. Tapi yang tak syoknya tengok-tengok bahagian tu jadi dah makin kering,  lebih tebal, keras dan hitam. Serius, sangat hodoh sikit lagi nak jadi macam kaki raksaksa. Gatal je ok lagi, hodoh pula tu..Takkan nak biar je kut..



Untungnya jadi ahli Shaklee sebab saya tau apa yang perlu dibuat untuk hilangkan kulit gatal, kering, tebal dan hitam tu. Maklum la, selalu duk kongsi info dan testimoni dengan ahli group..pastu customer sendiri pun bagi feed back positif. Memang tak sangsi lagi dah, ESP dan GLA COMPLEX lah jawapannya.

Setakat hari ni dah 8 hari saya makan ESP dan GLA Complex. ESP tak konsisten sangat sebab selalu terlupa. Tapi GLA saya ambil setiap hari. Tak gatal lagi dah. Hari ni tengok-tengok hilang terus masalah kulit kering, tebal dan hitam tu..kulit kaki pun sekarang lebih lembut dan nampak bersih. Kulit keras kat tepi-tepi kuku pun dah hilang macam tumbuh kulit baru..

Ni testimoni saya sendiri menggunakan ESP dan GLA Complex untuk hilangkan kulit kering, gatal, tebal dan hitam. Mudah je, takde nak kena sental atau menahan sakit dan pedih. Kulit lebih lembut, lembap dan sihat. Lagi best kesannya turut dirasai pada kulit seluruh badan..

Ok, setakat ni dulu kisah kulit kering, gatal, tebal dan hitam saya yang hodoh tu. Nak sambung buat kerja cuci mencuci jap. 



Follow Instragram Jana_Hazana