Tuesday, 2 December 2014

# Cinch Shake # ESP

Diastasis Recti punca perut buncit macam orang mengandung 5 bulan

Masalah perut buncit macam orang mengandung? Ini pengalaman jana sendiri..Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, "ni yang nombor 3 ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut..tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". "Tak kak, saya tak mengandung" jawab jana sambil tersengih mesra sedangkan dalam hati mula gundah gulana. Ada juga yang kata jana bertudung labuh dan berbaju lebar sebab nak cover perut padahal niat jana nak berubah kearah kebaikan. Geram! Sedih! Namun apakan daya, dah memang daku perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!!

Masalah perut buncit macam orang mengandung ni bermula selepas jana hamil buat kali ke-2. Walaupun berat badan jana ideal, aktif, tiada masalah sista tapi setelah hampir 2 tahun perut jana masih buncit macam orang mengandung. Nekad nak kempiskan perut dan dapatkan semula pinggang yang ramping seperti dulu, jana mula mencari punca mengapa terjadinya masalah perut buncit macam orang mengandung.

Ye lah, nak merawat mesti kena tau puncanya kan?

Akhirnya, persoalan jana terjawab

Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung.



punca perut buncit wanita


Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.

Semasa kita hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:

● Wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas

● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar

● Kehamilan kembar

● Kehamilan yang kerap

● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan


Untuk mengenal pasti sama ada puan juga sedang mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau boleh buat pemeriksaan sendiri. Mudah je...

perut buncit bagi wanita


Ikut langkah berikut:
  1. Baring dengan lutut dibengkokkan macam dalam gambar diatas
  2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Rasa ruang kosong disitu macam dalam gambar dibawah
             ♢ 1-2 jari ~ normal
             ♢ 3-4 jari ~ diastasis recti 



perut buncit selepas bersalin



Tiada ubat untuk merawat diastasi recti ni kecuali pembedahan 'tummy tuck' atau senaman yang betul. 3 perkara penting untuk baiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung ialah :

  • senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten
  • pakai bengkung semasa bersenam, berdiri supaya dapat bantu pegang otot abdomen supaya kuat dan kembali ke tempat asal. 
  • Kawal pemakanan, tingkatkan metabolisme tubuh dan kurangkan berat badan

Senaman untuk diastasis recti:
  1. Duduk dengan tegak (atas kerusi pun boleh, duduk bersila pun boleh)
  2. Tarik nafas dan hembus dengan panjang sambil tarik otot perut kedalam yang mungkin. 
  3. Tahan otot perut sambil teruskan bernafas lebih kurang untuk 10 saat (peringkat permulaan) untuk merangsang semula otot perut supaya lebih kuat.
  4. Lepaskan otot perut dengan perlahan-lahan dan ulang semula langkah 2 & 3
  5. Amalkan juga senaman joging, aerobik untuk rangsang otot seluruh tubuh.


Pantang larang

ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman ini akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat



Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah perut buncit macam orang mengandung ialah gabungan Vivix, ESP & Cinch Shake

Otot kita terdiri dari gabungan trilion sel-sel yang bertenaga.
Sel-sel yang tidak bertenaga tidak berupaya untuk mengganti dan membaiki dirinya sendiri sebagaimana yang sepatutnya berlaku. Maka, sebarang masalah yang berlaku ia takkan sembuh dengan sendiri atau akan ambil masa yang sangat lama..

Vivix bertindak pada tahap yang paling jauh iaitu sel-sel tubuh. Vivix merangsang pembinaan semula mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel untuk menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan sihat. Vivix juga tinggi dengan antioksidan, menghalang pembentukan protin AGE dan melindungi DNA yang membantu menjadikan body age kita 25 tahun lebih muda.

kempiskan perut buncit


Gabungan ESP & Cinch Shake dapat membantu merangsang otot dan meningkatkan metabolisme tubuh. ESP & Cinch Shake adalah minuman protin berkualiti bukan je dapat cantikkan otot tapi juga dapat mengembalikan keanjalan kulit supaya tak menggeleber.



Kunci utama untuk keberkesanan Vivix, ESP & Cinch Shake adalah konsistensi yang disertakan dengan senaman.

Baca: Perut buncit sebab suka makan banyak? Omega Guard boleh bantu

Perut yang kempis, pinggang yang ramping adalah antara aset penting wanita. Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu. Suami pun boleh kembali angau kat kita macam mulla-mula kawin dulu...

Ingat, sayangi dan hargailah diri sendiri sebelum menyayangi dan menghargai orang lain..

Salam sayang...Jana



No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana