Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Friday, 24 February 2017

Resipi teh ais sihat penambah tenaga

February 24, 2017 2 Comments
Siapa penggemar TEH TARIK AIS ?? 🙋🙋🙋
Kita geng.

Tetapi tahukah anda, 1 sudu besar susu pekat manis bersamaan kira-kira 3 sudu besar gula putih. Agak-agak dalam segelas teh ais tu banyak mana kah susu pekat manis yang digunakan untuk teh tarik kaw?
Berapa banyak gula putih?

Belum lagi dikira makanan lain yang menggunakan gula putih.

Oleh itu, tak pelik lah bila ramai antara kita yang sukar mengawal berat badan, mempunyai masalah tinggi kolesterol, diabetes, penuaan sebelum usia, sukar hamil, ekzema dan macam-macam masalah kesihatan lagi.

Jana sendiri walaupun penggemar teh tarik ais, kini terpaksa kawal pengambilan kerana kesan pedih ulu hati tiap dan pening setiap kali menikmati teh tarik. Lagi KAW lagi pening....tambah-tambah waktu hamil.

Tapi sekarang bukan masalah lagi.

Ini dia alternatif untuk penggemar teh tarik ais dimana  anda masih boleh menikmati teh tarik tapi dengan gaya sihat malah berfungsi sebagai energy booster. 

 "TEH AIS SEGAR BIJI MATA" yang dibuat guna Shaklee Cinch Energy Tea & Cinch Shake perisa Vanilla ini mempunyai ciri-ciri berikut:

📣 90% kurang gula tp masih sedap
📣 rendah lemak dan kalori
📣 tiada kolesterol
📣 energy & metabolisme booster
📣 sangat sesuai untuk mereka yang nak jaga badan (nak kurus) dan pentingkan kesihatan




teh tarik sihat



Resipi teh tarik ais versi sihat penambah tenaga.

Bahan-bahan:
1. Ais dan air
2. Shaklee Vanilla Cinch Shake
3. Shaklee Energy Cinch Tea Mix

Langkah-langkah:
1. Bancuh 1 atau 2 sachet Cinch Tea Mix bersama air kosong.
2. Dalam gelas lain, bancuh 1 sudu besar Vanilla Cinch Shake bersama air kosong dan tambah ais
3. Masukkan Cinch Tea Mix yang telah dibancuh kedalam bancuhan Vanilla Cinch Shake dan kacau

SIAP!! mudah je kan.

Sedap untuk anak tekakdan bagus untuk kesihatan. Try lah 😙😙
Sesuai dengan namanya TEH TARIK SEGAR BIJI MATA kerana ia membantu berikan badan rasa cergas dan minda cerdas. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk, pentingkan kesihatan dan dalam masa yang sama masih dapat menikmati teh tarik ais yang digemari.

Tingkatkan tenaga dengan Cinch Tea Energy Mix
Kurus dengan Cinch Shake

Order Vanilla Cinch Shake dan Energy Cinch Tea Mix terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut. GST 6% dan postage akan dikira. (pembayaran melalui kad kredit/debit)



Untuk maklumat lanjut, jemput wasap atau SMS talian berikut



Wednesday, 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Wednesday, 12 August 2015

10 koleksi resipi smoothie untuk kurus

August 12, 2015 0 Comments
Ada customer tanya jana, set kurus shaklee tu sampai ada 2 Cinch Shake. Sedap ke tak sedap Cinch tu? Kalu tak sedap jenuh la nak habiskan 2 tong Cinch. Kena amik tiap-tiap hari lak tu.. Takpe jana faham situasi awak. Jana pun macam tu jugak.. Ye lah, diet diet jugak tapi tak perlu la sampai tahap nak korbankan nikmat deria rasa kan?

Eh kalu ada yang tertanya-tanya camana set kurus shaklee tu, ni ha rupa dia.

set kurus shaklee

Jom tengok fungsi setiap vitamin dalam set kurus Shaklee:
  • Lecithin untuk rangsang tubuh memecah, membakar dan menyingkirkan lemak dengan efektif. Bukan tu je, Lecithin juga bagus untuk menguatkan ingatan juga ye. Sambil kuruskan badan, tahap kecerdasan otak jangan diabaikan.
  • Herblax untuk mencuci sisa-sisa toksin (detoks), mengatasi sembelit dan melawaskan pembuangan najis tersekat
  • Vitalea untuk memastikan keperluan nutrisi, vitamin, zat dan mineral yang diperlukan tubuh sentiasa mencukupi.
  • Cinch Shake protin yang diperkaya dengan leucine untuk membina otot, meningkatkan metabolisme dan membakar kalori.
Nampak kan ada 2 tong Cinch disarankan untuk meguruskan badan dengan jayanya? Jika awak risau akan bosan dengan rasa yang sama, jom tengok 10 koleksi resipi smoothie untuk kuruskan badan tanpa mengorbankan nikmat rasa yang dikurniakan Allah S.W.T:


menu diet untuk kurus
Mango Suprise



menu kurus sihat
Summer Strawberry Basil Smoothie



menu diet untuk kurus
Luxury Blueberry-banana smoothie



menu diet untuk kurus
Strawberry banana shake




menu diet untuk kurus
Scarlet watermelon-kiwi Smoothie



menu diet untuk kurus
Phytonutrient-rich smoothie



menu diet untuk kurus
Love JiHyo Chocoraspberriess Shake



menu diet untuk kurus
Mangosteen Energizer



menu diet untuk kurus
Strawberry kiwi smoothie



menu diet untuk kurus
Yummy licious smoothie

Itulah dia 10 koleksi resipi smoothie untuk kurus.  Sedapnya kalu nak tau kene try sendiri. Bagi jana, memang sedap,  mengenyangkan dan yang paling penting berkesan membantu dalam menguruskan badan! Sebab tu suka sangat smoothie ni. Eh jangan tak tau, selain ESP dan Cinch Shake, boleh juga guna Meal Shakes untuk buat resipi smoothie nie...

Bagi yang belum memiliki set kurus shaklee serta cinch ni, jangan tunggu tangguh lagi. Jom cecepat dapatkannya sekarang jugak. Order now!
Resipi dah ada, tunggu jana bagi panduan je lagi..pastu tambah dengan aktiviti mengeluarkan peluh inshaa Allah awak akan dapat kesannya.

Selamat mencoba!

Salam sayang, Jana

p/s: camana nak order? Jom hubungi jana 
017-3125484 (wassap)



Tuesday, 2 December 2014

Diastasis Recti punca perut buncit macam orang mengandung 5 bulan

December 02, 2014 0 Comments
Masalah perut buncit macam orang mengandung? Ini pengalaman jana sendiri..Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, "ni yang nombor 3 ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut..tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". "Tak kak, saya tak mengandung" jawab jana sambil tersengih mesra sedangkan dalam hati mula gundah gulana. Ada juga yang kata jana bertudung labuh dan berbaju lebar sebab nak cover perut padahal niat jana nak berubah kearah kebaikan. Geram! Sedih! Namun apakan daya, dah memang daku perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!!

Masalah perut buncit macam orang mengandung ni bermula selepas jana hamil buat kali ke-2. Walaupun berat badan jana ideal, aktif, tiada masalah sista tapi setelah hampir 2 tahun perut jana masih buncit macam orang mengandung. Nekad nak kempiskan perut dan dapatkan semula pinggang yang ramping seperti dulu, jana mula mencari punca mengapa terjadinya masalah perut buncit macam orang mengandung.

Ye lah, nak merawat mesti kena tau puncanya kan?

Akhirnya, persoalan jana terjawab

Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung.



punca perut buncit wanita


Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.

Semasa kita hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:

● Wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas

● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar

● Kehamilan kembar

● Kehamilan yang kerap

● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan


Untuk mengenal pasti sama ada puan juga sedang mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau boleh buat pemeriksaan sendiri. Mudah je...

perut buncit bagi wanita


Ikut langkah berikut:
  1. Baring dengan lutut dibengkokkan macam dalam gambar diatas
  2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Rasa ruang kosong disitu macam dalam gambar dibawah
             ♢ 1-2 jari ~ normal
             ♢ 3-4 jari ~ diastasis recti 



perut buncit selepas bersalin



Tiada ubat untuk merawat diastasi recti ni kecuali pembedahan 'tummy tuck' atau senaman yang betul. 3 perkara penting untuk baiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung ialah :

  • senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten
  • pakai bengkung semasa bersenam, berdiri supaya dapat bantu pegang otot abdomen supaya kuat dan kembali ke tempat asal. 
  • Kawal pemakanan, tingkatkan metabolisme tubuh dan kurangkan berat badan

Senaman untuk diastasis recti:
  1. Duduk dengan tegak (atas kerusi pun boleh, duduk bersila pun boleh)
  2. Tarik nafas dan hembus dengan panjang sambil tarik otot perut kedalam yang mungkin. 
  3. Tahan otot perut sambil teruskan bernafas lebih kurang untuk 10 saat (peringkat permulaan) untuk merangsang semula otot perut supaya lebih kuat.
  4. Lepaskan otot perut dengan perlahan-lahan dan ulang semula langkah 2 & 3
  5. Amalkan juga senaman joging, aerobik untuk rangsang otot seluruh tubuh.


Pantang larang

ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman ini akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat



Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah perut buncit macam orang mengandung ialah gabungan Vivix, ESP & Cinch Shake

Otot kita terdiri dari gabungan trilion sel-sel yang bertenaga.
Sel-sel yang tidak bertenaga tidak berupaya untuk mengganti dan membaiki dirinya sendiri sebagaimana yang sepatutnya berlaku. Maka, sebarang masalah yang berlaku ia takkan sembuh dengan sendiri atau akan ambil masa yang sangat lama..

Vivix bertindak pada tahap yang paling jauh iaitu sel-sel tubuh. Vivix merangsang pembinaan semula mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel untuk menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan sihat. Vivix juga tinggi dengan antioksidan, menghalang pembentukan protin AGE dan melindungi DNA yang membantu menjadikan body age kita 25 tahun lebih muda.

kempiskan perut buncit


Gabungan ESP & Cinch Shake dapat membantu merangsang otot dan meningkatkan metabolisme tubuh. ESP & Cinch Shake adalah minuman protin berkualiti bukan je dapat cantikkan otot tapi juga dapat mengembalikan keanjalan kulit supaya tak menggeleber.



Kunci utama untuk keberkesanan Vivix, ESP & Cinch Shake adalah konsistensi yang disertakan dengan senaman.

Baca: Perut buncit sebab suka makan banyak? Omega Guard boleh bantu

Perut yang kempis, pinggang yang ramping adalah antara aset penting wanita. Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu. Suami pun boleh kembali angau kat kita macam mulla-mula kawin dulu...

Ingat, sayangi dan hargailah diri sendiri sebelum menyayangi dan menghargai orang lain..

Salam sayang...Jana



Wednesday, 25 June 2014

JOM KURUS DENGAN CINCH

June 25, 2014 1 Comments
Gemuk tanda senang hati...Kurus tanda susah hati...Boleh pakai ke ni? Nehi..ini mitos semata-mata ok..
Mana nak senang hati bila menjadi tumpuan penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis?? Gemuk sebenarnya adalah tanda mudah dapat penyakit. Tahukah anda, 60% rakyat Malaysia mengalami obesiti? Fikir-fikirkanlah

shaklee cinch



Sebelum tu jom kita kaji sikit mengapa kebanyakan diet gagal?

♣ Kekurangan nutrisi - Nutrisi sangat penting bagi memastikan segala fungsi-fungsi kimia, sel-sel tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

♣ Program diet yang sukar untuk diikuti - Disiplin yang sangat tinggi dan terlalu banyak pantang larang akan menyebabkan rasa bosan.

♣ Hasil yang lambat - Kesan yang lambat juga boleh menyebabkan seseorang hilang kepercayaan dan berputus asa lalu mengambil keputusan untuk menghentikan pengambilan/program.

♣ Kandungan produk yang tidak selamat seperti dadah atau pengawet yang boleh menyebabkan kesan sampingan buruk terhadap tubuh.

♣ Merendahkan kadar metabolisme - Diet yang salah akan menyebabkan kehilangan lemak termasuk air dan otot. Kehilangan otot akan merendah kadar metabolisme, iaitu keupayaan untuk membakar lemak..

Hasilnya, ada yang tiada kesan langsung walaupun sudah banyak duit, tenaga dan masa dihabiskan. Ada yang lebih malang apabila berjaya kurus namun apabila berhenti dari program diet tersebut berat badan kembali naik malah lebih berat dari yang sebelumnya. Ia dipanggil kesan yo-yo..


Kali ni saya nak kongsi tentang bagaimana Cinch Shake bantu kita untuk kurus..




Jika anda merancang nak kurus, jom kurus dengan Cinch. 
Mengapa Cinch??

♦ Ia mengekalkan jisim otot - otot penting untuk pembakaran lemak.

♦ Diperkaya dengan leucine - Ia membantu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak

♦ Diperkaya dengan multivitamin dan juga serat yang tinggi untuk menyokong keperluan tubuh semasa menurunkan berat badan.

♦ Cinch membantu mengurangkan rasa lapar, tingkatkan tenaga dan menyokong metabolisme..ia sangat sesuai dijadikan sebagai 'meal replacement'..


shaklee cinch

shaklee cinch


TETAPI mesti mau ingat! Semasa hendak kurus, mesti pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi, minum air yang secukupnya dan jangan sesekali skip sarapan pagi...

Lagi, MESTI MAU INGAT!
Dah makan Cinch bukan bermakna dapat lesen nak makan banyak tanpa perlu dikawal dan takde senaman langsung..Salah tu..

  1. Pengambilan kalori mesti diambil kira. Untuk orang normal sehari 2,000kal je so pastikan makan tak lebih dari tu. Kalau tak, kene exercise lebih untuk bakar yang berlebihan tu untuk elak ia disimpan sebagai lemak.
  2. Kawal pengambilan karbohidrat & gula. Nasi, makanan dari sumber tepung proses seperti kek, donut, air berkarbonat dan kordial sila kawal pengambilannya.
  3. Lakukan senaman atau aktiviti fizikal (mengemas rumah, mop lantai, window shopping)

Harga 1 canister Cinch Shake ialah RM173.00 (WM) / RM181.00 (EM)
Terdapat 3 perisa yang anda boleh pilih iaitu
1. Vanilla
2. Chocolate
3. Cafe Latte

Ingin kurus dengan Cinch dan dapatkan maklumat lanjut sila hubungi saya

shaklee cinch shake

 COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX






Wednesday, 21 August 2013

KURUS DENGAN SELAMAT DAN BERKESAN

August 21, 2013 0 Comments
Sekarang ni banyak dah produk yang membantu orang-orang yang kurus. Cuma perlu buat pilihan yang betul. Ada yang murah, ada yang mahal hingga beribu-ribu..ada yang berhasil, ada jugak yang langsung tidak mendatangkan hasil. Ada yang cara makan, ada yang sapu dan ada juga yang tampal. Apa-apa pun yang paling penting ialah kesan untuk jangka masa panjang. Pastikan produk yang dipilih selamat dan berkesan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Shaklee Shape Up Set terdiri daripada;

1. Lecithin (180 biji)

>> Bertindak melarutkan dan memecahkan kolesterol, triglycerides, lemak2 lain. Boleh membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman.

Membantu mencegah penyakit strok, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan arteri mengeras...


2. Herblax (120 biji)

>> Ramuan asas yang terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut pada usus. Terbukti secara klinikal kesesuaiannya untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang..

>> Membersih najis yang tersekat dalam usus besar atau yang tersimpan lama. Membantu mengempiskan perut, membantu masalah sembelit


3. Cinch Energy Tea Mix (Campuran Teh Putih, Teh Merah & Teh Hijau)

>> Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan, merupakan pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan lain untuk mencergaskan badan.

>> Rendah kalori dan menurunkan kolesterol.

>> Tinggi antioksidan yang melindungi tubuh dari serangan kanser.



4. Cinch Shake Mix (Minuman protin)

>> Diperkasa dengan Leucine (asid amino) untuk meransang sintesis protin otot untuk mengekalkan otot semasa dalam proses menurunkan berat badan. Membantu membekalkan serat yang tinggi, vitamin & mineral kepada tubuh.

>> Tinggi kandungan protin yang membantu memberikan rasa puas dan kenyang.

>> Rendah Glisemik untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.



Shape Up Set


Set ini bukan sahaja membantu untuk menurunkan berat badan tetapi juga memelihara kecantikan kulit, kesihatan jantung dan anti-kanser.

Pengambilan set ini mesti disertakan dengan senaman. Ye lah, senaman kan kunci utama untuk hidup yang sihat. Tapi jika tidak berkesempatan untuk melakukan senaman, faham-faham lah gaya hidup sekarang..buatlah aktiviti fizikal lain yang memerlukan pergerakan fizikal seperti mengemop dan menyapu lantai, menaiki tangga, berjalan kaki..

Penting juga untuk mengawal pemakanan. Antaranya kurangkan makanan dan minuman manis, air berkarbonat. Kawal pengambilan makanan berlemak dan makanan segera. Jangan sesekali abaikan sarapan pagi kerana ia penting untuk membekalkan tenaga dan nutrisi. Jangan tinggalkan makan malam kerana ia membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

Harga pasaran untuk set ini ialah RM409.
Walaubagaimanapun, setiap pelanggan yang membeli dengan saya akan diberi diskaun. Setiap pembelian juga akan disertakan dengan tip-tip, konsultasi dan jadual pengambilan secara percuma. Jika berminat, boleh menghubungi saya

pengedar shaklee gombak

Follow Instragram Jana_Hazana