Wednesday, 10 February 2016

# Hamil # Herbal Blend

Bahaya virus zika pada bayi dalam kandungan. 7 langkah untuk mencegahnya

Seram pulak jana rasa bila dengar pasal virus zika ni. Sebab, ia bukan setakat boleh jangkiti manusia, tapi turut boleh bahayakan bayi dalam kandungan !

Virus zika ialah sejenis virus bawaan nyamuk aedes iaitu spesis nyamuk yang sama yang membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Virus zika telah ditemui sejak tahun 1947 di Uganda dan kekal di Afrika hingga 20017 namun mula merebak dengan pantas sejak May 2015 di Brazil. Sepertimana denggi, belum ada ubat atau vaksin yang boleh merawat jangkitan virus zika.



WHO telah mengisytiharkan penularan virus zika sebagai darurat kesihatan antarabangsa apabila ia dikaitkan dengan kerosakan otak bayi dalam kandungan ibu yang dijangkiti.

Microcephaly merupakan kondisi dimana saiz kepala bayi tidak normal iaitu lebih kecil dan perkembangan otak tak sempurna. Bayi turut akan mengalami masalah kognitif dan penglihatan sepanjang hidupnya. Microcephaly juga boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi semasa dilahirkan (stillbirth)



Fakta virus zika
  • Merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu aedes aegypti yang turut membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Nyamuk spesis aedes aegypti ini biasanya menggigit pada waktu siang.
  • Setakat ini tiada rawatan spesifik atau vaksin bagi membendung jangkitan virus zika.
  • Virus telah diketahui menular di negara Afrika, Amerika, Asia & Pasifik.

Mengikut kajian, hanya 1 daripada 5 pesakit yang dijangkiti virus zika menunjukkan simptom-simptom. Selebihnya langsung tidak sedar mereka sedang dijangkiti. Simptom-simptom demam akibat jangkitan virus zika sama dengan simptom-simptom demam denggi termasuk
  • Demam
  • Ruam/bintik-bintik merah pada kulit
  • Konjunktivitis (mata merah)
  • Sakit otot, sendi dan pinggang
  • Sakit kepala
  • Simptom-simptom jangkitan virus zika biasanya tidak teruk dan mengambil masa 2-7 hari.

Dalam kes yang jarang berlaku, serangan virus zika boleh mencetuskan sindrom Guillain-Barre iaitu keadaan dimana sistem imun menyerang sel saraf yang menyebabkan pesakit mengalami separa atau lumpuh sepenuhnya. Sindrom ini boleh berlanjutan selama beberapa minggu, bulan malah bertahun.


Di Malaysia, walaupun belum ada laporan mengenai kes virus zika masyarakat perlu sentiasa berwaspada berikutan iklim dan cuaca negara sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes dan berisiko untuk virus zika menular.


Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi dan mencegah virus zika adalah dengan mengelak dari dijangkiti. Langkah-langkah untuk mencegah virus zika:

  • Elakkan dari berkunjung ke negara-negara yang sedang dilanda virus zika seperti Amerika Latin (Brazil, Columbia dan lain2), Kepulauan Pasifik dan Afrika.
  • Pihak CDC (Centre of Desease Control & Prevention) menekankan mereka yang baru pulang dari melawat negara-negera tersebut yang pasangan mereka sedang hamil, supaya menggunakan kondom ketika seks atau elak dari melakukannya berikutan ada kes jangkitan virus zika melalui cecair badan.
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan memastikan tiada air bertakung di sekeliling tempat tinggal.
  • Gunakan ubat nyamuk yang selamat
  • Pakai pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti baju dan seluar panjang dan sebaiknya pilih pakaian yang berwarna cerah jika berada diluar rumah.
  • Gunakan pelindung fizikal seperti skrin pada tingkap dan kelambu. Tutup pintu & tingkap terutamanya pada waktu nyamuk aedes aktif iaitu sekitar 5.30 - 8.00 malam & pagi.
  • Pakai krim anti-nyamuk. Pastikan krim anti-nyamuk yang bebas bahan kimia bahaya.

Cerita pasal krim anti nyamuk, jana tau krim yang berkesan halau nyamuk supaya tak gigit anak kecil kita. Maklum la, diorang kecil lagi tak reti nak tampar nyamuk sendiri. Kita pun kadang-kadang terlepas pandang. 

Mak-mak hamil pun digalakkan guna krim ni untuk precaution. Ia selamat, bebas bahan kimia dan 100% organik. Jangan lupa untuk kuatkan imuninasi semasa hamil dan ikut saranan doktor.



Kita tak tau, sekecil-kecil nyamuk boleh memberi efek yang sangat besar kepada tamadun manusia. Pesanan buat mereka yang merancang untuk hamil dan ibu-ibu yang sedang hamil, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan kuatkan imunisani anda. Jangan abaikan langkah-langkah untuk mencegah virus zika walau seketika.

Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda atau ada ahli keluarga tetiba demam.



2 comments:

Follow Instragram Jana_Hazana