Showing posts with label Hamil. Show all posts
Showing posts with label Hamil. Show all posts

Friday, 7 December 2018

Cara Cepat & Mudah Atasi Sembelit Ketika Berpantang

December 07, 2018 0 Comments
Perkara yang paling ditakuti oleh ibu berpantang adalah sembelit.

Dalam keadaan masih lemah emosi dan fizikal, sembelit ketika berpantang cukup menyeksakan. Sembelit ketika berpantang bukan je boleh menyebabkan jahitan terbuka, malah boleh mendatangkan tekanan emosi.

Bukan itu sahaja, sembelit berpanjangan juga boleh mendatangkan masalah lebih besar jika tak diatasi dengan segera seperti buasir.


sembelit ketika berpantang



Punca sembelit ketika berpantang

  • Perubahan hormon serta penggunaan bius semasa dalam proses kelahiran boleh menyebabkan pergerakan usus besar menjadi perlahan. 

  • Kurang pengambilan air serta serat dari makanan disebabkan menu berpantang yang terlalu ketat dan tidak betul.

  • Pengambilan pil iron (pil tambah darah) boleh menjadi punca sembelit ketika berpantang

  • Duduk atau baring terlalu lama juga boleh menyebabkan sembelit ketika berpantang. Sebab itu lah ibu-ibu yang baru bersalin digalakkan untuk terus bergerak.



Proses kelahiran, perubahan hormon dan bius adalah perkara diluar kawalan, memang tak dapat dielakkan. Ikut nasihat doktor.

Bagi mengatasi serta mencegah sembelit ketika berpantang ibu-ibu mesti pastikan sentiasa minum air secukupnya dan makan banyak sayur-sayuran hijau serta buah-buahan. Ini bagi memastikan badan sentiasa cukup air dan serat.

Nasi putih, roti putih dan minuman coklat dikatakan boleh menyebabkan sembelit.



Pastikan juga ibu-ibu banyak bergerak sebaik selepas bersalin. Bergerak dari katil kemudian berjalan lah secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Berbeza sikit bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.

Pengalaman jana sendiri bersalin secara pembedahan, 6 jam pertama memang kena baring je. Selepas 6 jam tu selalunya doktor akan suruh kita bergerak. Mengiring ke kiri atau ke kanan pun cukup dah.

Tujuannya untuk merangsang pergerakan usus besar kita. Ini memang sangat membantu dalam mengatasi sembelit ketika berpantang



Cara mudah dan berkesan atasi sembelit ketika berpantang



ubat sembelit ketika berpantang


Ostematrix

Merupakan vitamin yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, mangan dan boron.

Ostematrix adalah vitamin kalsium yang paling seimbang kandungannya dan menjamin kadar penyerapan 99%, menghalang endapan sesetengah mineral. Ibu-ibu dah boleh merasakan kesan Ostematris pantas atasi sembelit hanya dalam masa 12 jam.

Telan sebelum tidur, esoknya waktu subuh dah boleh membuang air besar dengan lawas. Selagi tubuh cukup nutrien ini, selagi itu lah pembuangan air besar lawas sekaligus dapat mengatasi sembelit.

Nutrien-nutrien diformulasikan dalam Ostematrix membantu ibu-ibu berpantang mengatasi sembelit dengan:

  • Memudahkan proses pembuangan air besar dengan melembutkan najis dan melembapkan usus besar.
  • Mengawal pengecutan saraf dan otot
  • Membantu sel-sel menyerap nutrien dengan efektif

Selain dari itu, banyak lagi kebaikan serta manfaat Ostematrik bagi ibu-ibu antaranya:

  • Membekalkan kalsium yang mencukupi
  • Mengatasi kekejangan otot (cramp/simpul mengkarung).
  • Memperbaiki sakit-sakit sendi, sakit belakang, sakit pinggang.
  • Menggalakkan tidur yang berkualiti
  • Kawal tekanan darah
  • Badan rasa bertenaga
  • Atasi migrain, depresi, mood swing



 Order & Pertanyaan



Testimoni OSTEMATRIX untuk ibu sembelit ketika berpantang

sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

ubat sembelit ketika berpantang

Jana sendiri adalah penggunan Ostematrix sejak 2013 hingga sekarang. Ostematrix amat membantu dalam memelihara kesihatan dan mengekalkan kecergasan jana terutamanya ketika hamil, berpantang dan menyusukan bayi.

Jika ibu-ibu turut mengalami masalah sembelit ketika berpantang. Dapatkan Ostematrix dan nikmati kelegaan dalam membuang air besar tanpa sebarang masalah lagi.


Baca : Punca luka bersalin bernanah dan lambat sembuh


Jom tonton video tentang mengatasi sembelit bagi ibu menyusu cara shaklee. Pantas lagi berkesan.

 




Pertanyaan/order

 Order & Pertanyaan


===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



shaklee untuk sembelit

Tuesday, 28 February 2017

7 cara untuk tambah darah ibu hamil dan naikkan hb

February 28, 2017 0 Comments
Salah satu perkara yang akan dipantau dengan teliti sepanjang kehamilan ialah paras hemoglobin atau hb. Hemoglobin atau nama singkatannya hb merupakan molekul protin yang terkandung dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh tubuh. Hemoglobin juga berfungsi mengangkut karbon dioksida dari seluruh tubuh kembali ke peparu untuk disingkirkan.

Hemoglobin atau hb dalam paras yang rendah akan menyebabkan kandungan oksigen yang rendah dalam darah. Komplikasi hb rendah (low hb) terhadap ibu hamil dan bayi yang dikandung ialah:
  • Ibu berisiko mengalami kegagalan jantung
  • Ibu mudah pitam
  • Keguguran bayi
  • Ibu berisiko mengalami pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • Perkembangan bayi dalam kandungan terbantut (intrauterine growth restriction IUGR)
  • Bayi lahir pramatang
  • Bayi lahir tidak cukup berat (<2.5kg)
  • Bayi meninggal semasa lahir (stillbirth)


makanan untuk naikkan hb dengan cepat



Ketika hamil, lebih banyak darah diperlukan untuk membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan untuk perkembangan janin.


Bacaan normal hb ketika mengandung ialah antara 11g/dl hingga 15g/dl. Jika paras hb jatuh di bawah 11 akan dikira sebagai mild anemia dan jika paras hb lebih rendah daripada 10, ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.


Komponen utama sel-sel darah merah ialah zat besi. Kekurangan mineral zat besi dalam tubuh ibu hamil adalah punca hb rendah dan kekurangan zat besi mengganggu penghasilan sel darah merah.


Oleh itu, cara untuk naikkan hb ialah dengan banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin c dan asid folik.


7 cara untuk tambah darah dan naikkan hb ketika hamil.

1. Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan zat besi. Pastikan setiap hari ibu mengandung mengambil 1 hidangan makanan berikut:
  • Bijirin seperti jagung, oat & barli
  • Buahan kering seperti kismis & kacang almond
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung & pucuk paku
  • Buah-buahan seperti tembikai, epal
  • Daging merah (lembu dan kambing)
  • Hati ayam
  • Kerang
  • Ikan bilis
  • Kuning telur

2. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi vitamin c untuk meningkatkan penyerapan zat besi. Setiap kali ibu mengandung mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, sebaiknya pastikan turut mengambil bersama makanan yang tinggi dengan vitamin c.
  • Jambu batu
  • Limau
  • Betik
  • Mangga
  • Kiwi
  • Jus buah-buahan segar

3. Elak pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman bercola apabila mengambil makanan tinggi zat besi. Kafein boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh. Jika perlu, kurangkan atau jarakkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya 2 jam.


4. Elak pengambilan makanan tinggi zat besi bersama-sama minuman coklat dan susu kerana kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi. Oleh kerana susu sangat penting untuk ibu hamil, jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 1-2 jam. 


5. Asid folik dan vitamin B12 dari kumpulan vitamin B memainkan peranan penting dalam meningkatkan penghasilan darah dan sekaligus menaikkan hb. Makanan kaya vitamin B adalah seperti pisang, avocado, biji labu, kacang bendi, taugeh.


6. Banyakkan rehat dan minum air kosong secukupnya. Kurangkan aktiviti fizikal.

7. Amalkan vitamin Shaklee untuk naikkan hb iaitu Vitalea, Vita-C & Bcomplex. Set vitamin ini boleh membantu ibu hamil untuk tambah darah dan naikkan hb dengan cepat. Walaupun telah mengambil makanan kaya dengan zat besi, vitamin c dan folik, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin bagi memastikan nutrien yang diperlukan betul-betul mencukupi.

Perlukah makan vitamin walaupun dah makan sayur?



Testimoni naikkan hb dengan vitamin Shakleecara naikkan hb dengan cepat semasa mengandung
Harga Set vitamin Shaklee untuk naikkan hb ialah RM235. Kos pos dan GST 6% akan dikira. Order segera dengan klik pada butang Esell Shaklee berikut. Pembayaran melalui kad kredit/debit.





Hb yang optimum semasa hamil sangat penting terutamanya apabila memasuki trimester ke dua (kandungan 3 bulan keatas) sebagai persediaan bagi proses bersalin. Bagi ibu yang bersalin secara normal, kebiasaannya tubuh akan kehilangan 500ml darah manakala bagi bersalin pembedahan tubuh akan kehilangan 1,000ml darah.

Cara elak luka bersalin lambat sembuh, jahitan czer terbuka semula, berair dan bernanah

Simptom-simptom hb rendah ketika hamil  ialah ialah:
  • Sering letih & lesu
  • Hilang selera makan
  • Pening
  • Kulit & bibir yang pucat
  • Kuku rapuh
  • Nafas pendek walaupun dalam keadaan rehat
  • Degupan jantung meningkat
  • Rasa sejuk pada tangan & kaki

Jika ibu-ibu hamil sedang mengalami hb low, ayuh atasinya dengan segera. Ketahui 7 cara untuk tambah darah secara berkesan dan sekaligus menaikkan hb dengan cepat supaya kesihatan kedua-dua ibu mengandung dan bayi dalam kandungan selamat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut jemput wassap, pm atau sms talian berikut:

naikkan hb dengan cepat semasa mengandung


Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini untuk menikmati lebih banyak faedah dan peluang menjana pendapatan sampingan.

Wednesday, 16 November 2016

10 tanda-tanda awal kehamilan

November 16, 2016 0 Comments
Kenalpasti tanda-tanda awal kehamilan supaya kita boleh bertindak dengan segera apa yang perlu dibuat pada awal kehamilan. Kita juga boleh ambil langkah-langkah untuk berjaga-jaga. Maklum lah, kadang-kadang tu sebab tak tau pun sedang hamil, taram juga buat aktiviti yang kurang sesuai. Akibatnya mungkin boleh berlaku keguguran. Nauzubillah...

Setiap pengalaman tanda-tanda awal kehamilan berbeza pada setiap individu ye. Tak semestinya exactly serupa. Ada yang langsung takde tanda-tanda awal kehamilan. Ini Jana kongsi yang kebiasaannya dialami sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan.

tanda awal mengandung


10 tanda-tanda awal kehamilan

1. Mabuk & muntah-muntah. Kebanyakan wanita akan mula alami morning sickness bermula 6 minggu kehamilan. Mungkin lebih awal. Ia boleh terjadi pada waktu pagi, tengahari atau petang. Morning sickness akan makin reda bila masuk trimester kedua.

Tips: Jangan biarkan perut kosong atau terlalu penuh. Sediakan snek bernutrisi sebagai kudapan. Amik Peppermint Ginger untuk legakan loya.



2. Mudah letih & lesu. Itu menandakan perubahan paras hormon yang mendadak. Kebanyakannya akan berlarutan sepanjang trimester pertama tetapi makin ok bila masuk trimester seterusnya.

Tips: Banyakkan rehat. Pastikan tidur yang mencukupi, kurangkan minuman bergula, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang bernutrisi.



3. Sakit payudara. Payudara rasa bengkak dan tak selesa. Aerola juga lebih gelap.

Tip: Pakai bra yang boleh menyokong payudara dengan baik dan selesa (termasuk pada waktu tidur jika perlu)



4. Mudah mengah/nafas pendek. Ini berlaku sebab janin yang sedang membesar perlukan banyak oksigen lalu membuatkan ibu termengah-mengah. Perkara ni mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan terutamanya bila kandungan makin besar dan menghimpit paru-paru dan diafragma.

Tip: Pakai pakaian yang longgar. Jika perlu berjalan kaki dalam jarak jauh, ambil masa dan berhenti berehat sebentar.



5. Kerap kencing. Apabila mengandung tubuh secara sendirinya akan menghasilkan cecair tambahan, ini menyebabkan pundi kencing perlu bekerja dengan lebih kuat.

Tip: Teruskan pengambilan air kosong yang mencukupi.



6. Mengidam. Jika tetiba tekak nak makan yang masam-masam je, atau tetiba makanan kegemaran bertukar jadi tidak lagi digemari itu mungkin tanda-tanda awal kehamilan.

Tip: Berpada-pada terhadap pengambilan makanan tinggi garam/gula/asid sitrik. Kita tak nak nanti dapat efek lain pula.



7. Peubahan mood yang mendadak. Bila perkara kecil pun mula jadi isu, terlalu sensitif, mudah marah atau mudah ketawa itu juga antara tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana tubuh sedang bertindakbalas dengan hormon baru.

Tip: Beritahu suami & orang terdekat akan situasi sebenar. Mereka mungkin memahani.



8. Pening & pitam. Rendah gula dalam darah atau perubahan tekanan darah menyebabkan kita rasa pening dan pitam.

Tip: Jaga pemakanan, pastikan cukup makan makanan bernutrisi dan pastikan minum air yang mencukupi.



9. Tompok darah kecil. Biasanya warna coklat atau coklat cair dan lebih awal dari tarikh period yang sepatutnya. Ini kerana telur yang telah bersenyawa sedang dalam proses untuk menempel pada dinding uterus lalu menyebabkan sedikit pendarahan.



10. Haid tak datang. Bagi yang haid dia memang regular setiap bulan, ini adalah petanda awal kehamilan yang paling nyata. Ini kerana telur telah pun disenyawakan dan ia sedang dalam proses untuk berkembang jadi janin.




Jika puan ada salah satu atau beberapa tanda di atas, jangan panik. Bertenang dan jom semak apa yang perlu dilakukan jika ada tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas?

1. Dapatkan kit pemeriksaan kehamilan (UPT kit) untuk kepastian. 2 garisan untuk keputusan positif. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

tanda awal mengandung


2. Cuba berehat buat sementara dari aktiviti-aktiviti lasak yang cenderung membuatkan kita terjatuh.

3. Untuk keselesaan, tukar dari kasut bertumit tinggi ke kasut bertapak rata.

4. Berhenti terus dari menghisap rokok dan mengambil alkohol.

5. Buka buku merah di klinik-klinik ibu berhampiran untuk dapatkan pemeriksaan berkala. Pada pengalaman Jana, bagi klinik kerajaan biasanya usia kandungan 2 bulan lebih baru boleh buka buku merah. Bagi klinik swasta, tak kisah.

6. Mula ambil vitamin untuk pastikan ibu dapat nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan perkembangan janin.


Sesetengah ibu mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang sangat teruk. Keletihan yang melampau, morning sickness yang teruk dan berterusan. Ada juga yang bergelut dengan masalah migrain, gastrik dan sembelit.

Set vitamin ibu hamil Shaklee amat disarankan. Vitamin dibuat dari 100% bahan semulajadi yang tinggi daya serap dan dijamin selamat.

vitamin ibu mengandung

Klik pada butang order berikut untuk terus order set vitamin ibu hamil melalui Shaklee Esell (kad kredit/debit diterima). Harga Set Hamil Shaklee RM582 sahaja.
.
 Order disini


Kekurangan zat nutrisi semasa hamil boleh mengganggu perkembangan fizikal dan otak sihat janin.

ESP membekalkan protin berkualiti tinggi untuk pembinaan sel-sel organ yang sihat dan sempurna. Jantung, otak, hati dan kulit adalah binaan sel.

Omega Guard membekalkan omega 3 tulen yang lengkap termasuk DHA, EPA & ALA yang penting untuk otak dan retina.

Bcomplex membekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic semulajadi yang sangat penting untuk pembinaan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kecacatan.

Vita C Plus SR membekalkan 553mg vitamin c & bioflanovoid yang penting untuk kuatkan imun ibu, cantikkan kulit dan menguatkan dinding salur kapilari darah. 1 biji vita c plus bersamaan dengan 7 biji oren.

Ostematrix membekalkan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh. Penting untuk perkembangan tulang dan otot bayi. Dalam masa yang sama bantu ibu atasi kekejangan otot, sakit-sakit badan dan atasi sembelit. 1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, sama seperti segelas susu.

Vitalea ialah multivitamin membekalkan 24 galian zat mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan tubuh termasuk zat besi. Zat besi penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.


Antara pengguna Set vitamin ibu hamil Shaklee

tanda awal mengandung



Jika puan ada tanda-tanda awal kehamilan sebagaimana diatas, Jana nak ucapkan tahniah. Selamat menempuh alam kehamilan yang sangat indah ini.

Jangan lupa untuk ambil langkah seterusnya dan amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Untuk lebih info mengenai produk atau berminat nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee, jemput hubungi Jana ditalian berikut

set vitamin untuk ibu hamil shaklee

Wednesday, 10 February 2016

Bahaya virus zika pada bayi dalam kandungan. 7 langkah untuk mencegahnya

February 10, 2016 2 Comments
Seram pulak jana rasa bila dengar pasal virus zika ni. Sebab, ia bukan setakat boleh jangkiti manusia, tapi turut boleh bahayakan bayi dalam kandungan !

Virus zika ialah sejenis virus bawaan nyamuk aedes iaitu spesis nyamuk yang sama yang membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Virus zika telah ditemui sejak tahun 1947 di Uganda dan kekal di Afrika hingga 20017 namun mula merebak dengan pantas sejak May 2015 di Brazil. Sepertimana denggi, belum ada ubat atau vaksin yang boleh merawat jangkitan virus zika.



WHO telah mengisytiharkan penularan virus zika sebagai darurat kesihatan antarabangsa apabila ia dikaitkan dengan kerosakan otak bayi dalam kandungan ibu yang dijangkiti.

Microcephaly merupakan kondisi dimana saiz kepala bayi tidak normal iaitu lebih kecil dan perkembangan otak tak sempurna. Bayi turut akan mengalami masalah kognitif dan penglihatan sepanjang hidupnya. Microcephaly juga boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi semasa dilahirkan (stillbirth)



Fakta virus zika
  • Merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu aedes aegypti yang turut membawa virus denggi, chikunguya dan demam kuning. Nyamuk spesis aedes aegypti ini biasanya menggigit pada waktu siang.
  • Setakat ini tiada rawatan spesifik atau vaksin bagi membendung jangkitan virus zika.
  • Virus telah diketahui menular di negara Afrika, Amerika, Asia & Pasifik.

Mengikut kajian, hanya 1 daripada 5 pesakit yang dijangkiti virus zika menunjukkan simptom-simptom. Selebihnya langsung tidak sedar mereka sedang dijangkiti. Simptom-simptom demam akibat jangkitan virus zika sama dengan simptom-simptom demam denggi termasuk
  • Demam
  • Ruam/bintik-bintik merah pada kulit
  • Konjunktivitis (mata merah)
  • Sakit otot, sendi dan pinggang
  • Sakit kepala
  • Simptom-simptom jangkitan virus zika biasanya tidak teruk dan mengambil masa 2-7 hari.

Dalam kes yang jarang berlaku, serangan virus zika boleh mencetuskan sindrom Guillain-Barre iaitu keadaan dimana sistem imun menyerang sel saraf yang menyebabkan pesakit mengalami separa atau lumpuh sepenuhnya. Sindrom ini boleh berlanjutan selama beberapa minggu, bulan malah bertahun.


Di Malaysia, walaupun belum ada laporan mengenai kes virus zika masyarakat perlu sentiasa berwaspada berikutan iklim dan cuaca negara sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes dan berisiko untuk virus zika menular.


Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi dan mencegah virus zika adalah dengan mengelak dari dijangkiti. Langkah-langkah untuk mencegah virus zika:

  • Elakkan dari berkunjung ke negara-negara yang sedang dilanda virus zika seperti Amerika Latin (Brazil, Columbia dan lain2), Kepulauan Pasifik dan Afrika.
  • Pihak CDC (Centre of Desease Control & Prevention) menekankan mereka yang baru pulang dari melawat negara-negera tersebut yang pasangan mereka sedang hamil, supaya menggunakan kondom ketika seks atau elak dari melakukannya berikutan ada kes jangkitan virus zika melalui cecair badan.
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan memastikan tiada air bertakung di sekeliling tempat tinggal.
  • Gunakan ubat nyamuk yang selamat
  • Pakai pakaian yang menutup seluruh tubuh seperti baju dan seluar panjang dan sebaiknya pilih pakaian yang berwarna cerah jika berada diluar rumah.
  • Gunakan pelindung fizikal seperti skrin pada tingkap dan kelambu. Tutup pintu & tingkap terutamanya pada waktu nyamuk aedes aktif iaitu sekitar 5.30 - 8.00 malam & pagi.
  • Pakai krim anti-nyamuk. Pastikan krim anti-nyamuk yang bebas bahan kimia bahaya.

Cerita pasal krim anti nyamuk, jana tau krim yang berkesan halau nyamuk supaya tak gigit anak kecil kita. Maklum la, diorang kecil lagi tak reti nak tampar nyamuk sendiri. Kita pun kadang-kadang terlepas pandang. 

Mak-mak hamil pun digalakkan guna krim ni untuk precaution. Ia selamat, bebas bahan kimia dan 100% organik. Jangan lupa untuk kuatkan imuninasi semasa hamil dan ikut saranan doktor.



Kita tak tau, sekecil-kecil nyamuk boleh memberi efek yang sangat besar kepada tamadun manusia. Pesanan buat mereka yang merancang untuk hamil dan ibu-ibu yang sedang hamil, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan kuatkan imunisani anda. Jangan abaikan langkah-langkah untuk mencegah virus zika walau seketika.

Segera dapatkan rawatan di hospital jika anda atau ada ahli keluarga tetiba demam.



Monday, 20 April 2015

9 tip pilih multivitamin yang paling bagus supaya tak membazir duit dan tak memudaratkan kesihatan

April 20, 2015 0 Comments
Sekarang ramai dah yang mula ada kesedaran tentang pentingnya nutrisi yang lengkap dan seimbang dalam pemakanan seharian. Vitamin dan zat mineral sangat penting untuk pastikan tubuh kita berfungsi dengan sempurna. Maka ramai lah yang mula berminat untuk dapatkan suplemen terutamanya multivitamin kerana seperti sedia maklum multivitamin mampu membantu menyediakan nutrisi yang lengkap dan seimbang hanya dalam 1 tablet.

Tapi, terlalu banyak pilihan multivitamin yang ada dipasaran dengan pelbagai jenama dan harga. Macam mana nak tau multivitamin mana yang paling bagus supaya tak membazir duit dan tak memudaratkan kesihatan dikemudian hari?

multivitamin paling bagus

Jom semak 9 tip pilih multivitamin yang bagus

1. Pilih yang mengandungi vitamin dan mineral asas yang seimbang. Antara kandungan vitamin dan mineral asas tersebut ialah Vitamin c, komponen vitamin B termasuk asid folik & biotin, vitamin d, vitamin K, Potassium, iodin, zink, kalsium, magnesium, mangan, betacarotene. Lagi panjang senarai kandungannya lagi bagus.

2. Dilengkapi dengan zat besi

3. Menentukan samaada dibuat dari sintetik atau bahan semulajadi. Multivitamin yang dibuat dari bahan semulajadi lebih bagus untuk tubuh berbanding vitamin yang dibuat dari bahan sintetik. Multivitamin yang diperbuat dari bahan semulajadi biasanya mempunyai senarai kandungan yang panjang pada label.

4. Tidak mengandungi vitamin atau mineral tertentu dengan dos yang terlalu tinggi. Dos yang berlebihan dari saranan harian boleh menyebabkan keracunan toksin.

5. Tidak mengandungi pengawet, perasa dan pewarna tambahan.

6. Elakkan multivitamin yang mempunyai pelepasan berkala.

7. Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, pastikan multivitamin mengandungi vitamin B12 dan vitamin D kerana tubuh mereka makin kurang berkemampuan menyerap vitamin-vitamin tersebut dari makanan bagi memenuhi keperluan harian.

8. Ada kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

9. Belum luput tarikh

Itu dia 9 tip pilih multivitamin yang paling bagus supaya tak salah beli tak membazir duit dan yang paling penting tak memudaratkan kesihatan. Multivitamin sepatutnya membantu kita lebih sihat, badan lebih bertenaga. Semoga dapat dijadikan panduan.

Siapa yang perlukan suplemen
  • Orang yang ada masalah kesihatan
  • Wanita yang merancang untuk hamil dan sedang hamil
  • Lelaki yang merancang untuk mempunyai zuriat
  • Warga tua (usia lebih 50 tahun)
  • Vegetarian
  • Mereka yang berpantang makanan (kekurangan zat)


Kalau anda seorang yang pentingkan kualiti dan susah sangat nak buat pilihan multivitamin mana yang paling bagus, saya cadangkan multivitamin keluaran Shaklee iaitu Vitalea.

multivitamin paling bagus


Vitalea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta didunia. Masa tu Vitalea dalam bentuk cecair. Sekarang seiring dengan kemajuan teknologi Vitalea didatangkan dalam bentuk tablet dan turut diperkayakan dengan zat besi.

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dari sayur-sayuran, buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Apa lagi yang bagus sangat dengan Vitalea Shaklee
  • Tablet multivitamin paling pantas didalam dunia yang terlarut dalam air dan tubuh manusia. Kalu tak caya, cuba rendam sebiji Vitalea dalam air dan tengok berapa lama yang diambil untuk larut sepenuhnya..
  • Mineral didalam Vitalea mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas dalam usus kecil.. sebab tu cepat berkesan..
  • Ujian klinikal telah buktikan, pengambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Dipilih sebagai The Best Multivitamin dalam Public Interest tahun 2000.

shaklee vitalea


Manfaat utama untuk kesihatan:
♤ Memberikan tenaga segera
♤ Pelengkap nutrisi
♤ Membantu dalam mengatasi anemia
♤ Meningkatkan keupayaan sistem produktif
♤ Melindungi fungsi jantung & buah pinggang


Sebab tu kalau anda sedang mencari-cari multivitamin yang paling bagus saya cadangkan Vitalea Shaklee. Bukan je untuk orang sakit & warga tua pendek kata, nak cantik, nak kurus, nak tambah anak, hamil, berpantang, menyusu sangat digalakkan amik Vitalea sebagai multivitamin anda.

Harga sebotol Vitalea hanya rm88.75 untuk 120 biji.

Bagaimana nak dapatkan Vitalea Shaklee? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif


pengedar shaklee




Follow Instragram Jana_Hazana