Monday, 8 February 2016

# Demam Denggi # Nutriferon

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.

demam denggi simptom


Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
  • Demam mengejut disertai dengan sakit kepala
  • Sakit dibelakang bebola mata
  • Sakit sendi & otot
  • Sakit abdomen
  • Sakit pinggang yang teruk
  • Gatal-gatal kulit
  • Bintik-bintik merah terang biasanya pada hari ke-3. Bagi sesetengah orang bintik merah muncul pada keseluruhan tubuh
  • Warna kulit berubah kemerah-merahan dan diselangi tompok-tompok warna asal kulit.
  • Ada juga yang mengalami gastritis disertai dengan sakit perut, mual dan cirit birit.
  • Demam ini biasanya suhu boleh mencecah 40-41° celcius dan boleh menyebabkan serangan sawan pada kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.


Tanda-tanda demam denggi berdarah
  • Demam yang sangat panas
  • Pendarahan seperti bintik-bintik merah, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadangkala haid berlebihan.
  • Kegagalan atau gangguan peredaran darah. Pesakit akan mengalami kesejukan, kulit kebiruan dan kadar nadi meningkat. Lemah dan resah malah mudah mengalami renjatan atau sawan.
  • Pembesaran organ hati

Penting untuk semua orang tahu tentang tanda-tanda serangan demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Rawatan demam denggi;
  • Menurunkan suhu badan (kurangkan demam)
  • Banyak minum air. Suhu tinggi, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi (tubuh kehilangan air)
  • Demam dengan suhu yang sangat tinggi dikawal dengan antipiretik.
  • Bagi pesakit yang tak mampu minum air sendiri atau mengalami renjatan, tambahan melalui cecair intravena akan diberi.


Langkah pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat demam denggi. Kita boleh mengurangkan risiko demam denggi malah boleh mengelakkan kematian dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes secara berterusan.


Tip mencegah serangan demam denggi:
  • Sentiasa pastikan kawasan tempat tinggal bersih dan kemas. Pastikan tiada air bertakung yang menjadi tempat pebiakan nyamuk aedes.
  • Nyamuk aedes aktif disekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Tutup pintu dan tingkap, pastikan ahli keluarga berada di dalam rumah.
  • Pakai pakaian yang menutup sebahagian besar kulit seperti baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada diluar rumah.
  • Pasang ubat nyamuk atau kelambu.
  • Guna losen anti-nyamuk terutamanya pada anak-anak kecil. 

krim anti nyamuk
Mengandungi tumbuhan menghalang nyamuk seperti
lemon balm, rosmary, horse chestnut

Krim Herbal Blend Shaklee diperbuat dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Ia juga turut berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan cepat. Krim Herbal Blend Shaklee selamat digunakan oleh bayi.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. Set vitamin ini berkesan membantu mengatasi demam denggi dengan cepat dan berkesan.

vitamin shaklee untuk demam denggi



  1. Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.
  2. Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

    Shaklee Performance tidak bergas dan rendah gula berbanding minuman isotonik lain dipasaran.
  3. Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

    Nutriferon diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantiago. Formula yang digunakan untuk membina Nutriferon adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.



Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, cepat-cepat lah dapatkan rawatan di hospital dan pastikan juga untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk demam denggi dengan segera.

Untuk order atau maklumat lanjut mengenai vitamin sila hubungi jana ditalian berikut. Dengan setiap pembelian vitamin akan disertakan dengan nasihat cara makan dan konsultasi sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana