Setiap pengalaman tanda-tanda awal kehamilan berbeza pada setiap individu ye. Tak semestinya exactly serupa. Ada yang langsung takde tanda-tanda awal kehamilan. Ini Jana kongsi yang kebiasaannya dialami sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan.
10 tanda-tanda awal kehamilan
1. Mabuk & muntah-muntah. Kebanyakan wanita akan mula alami morning sickness bermula 6 minggu kehamilan. Mungkin lebih awal. Ia boleh terjadi pada waktu pagi, tengahari atau petang. Morning sickness akan makin reda bila masuk trimester kedua.
Tips: Jangan biarkan perut kosong atau terlalu penuh. Sediakan snek bernutrisi sebagai kudapan. Amik Peppermint Ginger untuk legakan loya.
2. Mudah letih & lesu. Itu menandakan perubahan paras hormon yang mendadak. Kebanyakannya akan berlarutan sepanjang trimester pertama tetapi makin ok bila masuk trimester seterusnya.
Tips: Banyakkan rehat. Pastikan tidur yang mencukupi, kurangkan minuman bergula, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang bernutrisi.
3. Sakit payudara. Payudara rasa bengkak dan tak selesa. Aerola juga lebih gelap.
Tip: Pakai bra yang boleh menyokong payudara dengan baik dan selesa (termasuk pada waktu tidur jika perlu)
4. Mudah mengah/nafas pendek. Ini berlaku sebab janin yang sedang membesar perlukan banyak oksigen lalu membuatkan ibu termengah-mengah. Perkara ni mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan terutamanya bila kandungan makin besar dan menghimpit paru-paru dan diafragma.
Tip: Pakai pakaian yang longgar. Jika perlu berjalan kaki dalam jarak jauh, ambil masa dan berhenti berehat sebentar.
5. Kerap kencing. Apabila mengandung tubuh secara sendirinya akan menghasilkan cecair tambahan, ini menyebabkan pundi kencing perlu bekerja dengan lebih kuat.
Tip: Teruskan pengambilan air kosong yang mencukupi.
6. Mengidam. Jika tetiba tekak nak makan yang masam-masam je, atau tetiba makanan kegemaran bertukar jadi tidak lagi digemari itu mungkin tanda-tanda awal kehamilan.
Tip: Berpada-pada terhadap pengambilan makanan tinggi garam/gula/asid sitrik. Kita tak nak nanti dapat efek lain pula.
7. Peubahan mood yang mendadak. Bila perkara kecil pun mula jadi isu, terlalu sensitif, mudah marah atau mudah ketawa itu juga antara tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana tubuh sedang bertindakbalas dengan hormon baru.
Tip: Beritahu suami & orang terdekat akan situasi sebenar. Mereka mungkin memahani.
8. Pening & pitam. Rendah gula dalam darah atau perubahan tekanan darah menyebabkan kita rasa pening dan pitam.
Tip: Jaga pemakanan, pastikan cukup makan makanan bernutrisi dan pastikan minum air yang mencukupi.
9. Tompok darah kecil. Biasanya warna coklat atau coklat cair dan lebih awal dari tarikh period yang sepatutnya. Ini kerana telur yang telah bersenyawa sedang dalam proses untuk menempel pada dinding uterus lalu menyebabkan sedikit pendarahan.
10. Haid tak datang. Bagi yang haid dia memang regular setiap bulan, ini adalah petanda awal kehamilan yang paling nyata. Ini kerana telur telah pun disenyawakan dan ia sedang dalam proses untuk berkembang jadi janin.
Jika puan ada salah satu atau beberapa tanda di atas, jangan panik. Bertenang dan jom semak apa yang perlu dilakukan jika ada tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas?
1. Dapatkan kit pemeriksaan kehamilan (UPT kit) untuk kepastian. 2 garisan untuk keputusan positif. Boleh didapati di mana-mana farmasi.
2. Cuba berehat buat sementara dari aktiviti-aktiviti lasak yang cenderung membuatkan kita terjatuh.
3. Untuk keselesaan, tukar dari kasut bertumit tinggi ke kasut bertapak rata.
4. Berhenti terus dari menghisap rokok dan mengambil alkohol.
5. Buka buku merah di klinik-klinik ibu berhampiran untuk dapatkan pemeriksaan berkala. Pada pengalaman Jana, bagi klinik kerajaan biasanya usia kandungan 2 bulan lebih baru boleh buka buku merah. Bagi klinik swasta, tak kisah.
6. Mula ambil vitamin untuk pastikan ibu dapat nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan perkembangan janin.
Sesetengah ibu mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang sangat teruk. Keletihan yang melampau, morning sickness yang teruk dan berterusan. Ada juga yang bergelut dengan masalah migrain, gastrik dan sembelit.
Set vitamin ibu hamil Shaklee amat disarankan. Vitamin dibuat dari 100% bahan semulajadi yang tinggi daya serap dan dijamin selamat.
Klik pada butang order berikut untuk terus order set vitamin ibu hamil melalui Shaklee Esell (kad kredit/debit diterima). Harga Set Hamil Shaklee RM582 sahaja.
.
Kekurangan zat nutrisi semasa hamil boleh mengganggu perkembangan fizikal dan otak sihat janin.
ESP membekalkan protin berkualiti tinggi untuk pembinaan sel-sel organ yang sihat dan sempurna. Jantung, otak, hati dan kulit adalah binaan sel.
Omega Guard membekalkan omega 3 tulen yang lengkap termasuk DHA, EPA & ALA yang penting untuk otak dan retina.
Bcomplex membekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic semulajadi yang sangat penting untuk pembinaan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kecacatan.
Vita C Plus SR membekalkan 553mg vitamin c & bioflanovoid yang penting untuk kuatkan imun ibu, cantikkan kulit dan menguatkan dinding salur kapilari darah. 1 biji vita c plus bersamaan dengan 7 biji oren.
Ostematrix membekalkan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh. Penting untuk perkembangan tulang dan otot bayi. Dalam masa yang sama bantu ibu atasi kekejangan otot, sakit-sakit badan dan atasi sembelit. 1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, sama seperti segelas susu.
Vitalea ialah multivitamin membekalkan 24 galian zat mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan tubuh termasuk zat besi. Zat besi penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.
Antara pengguna Set vitamin ibu hamil Shaklee
Jika puan ada tanda-tanda awal kehamilan sebagaimana diatas, Jana nak ucapkan tahniah. Selamat menempuh alam kehamilan yang sangat indah ini.
Jangan lupa untuk ambil langkah seterusnya dan amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.
Untuk lebih info mengenai produk atau berminat nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee, jemput hubungi Jana ditalian berikut
No comments:
Post a Comment