Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Sunday, 21 January 2018

Set vitamin shaklee untuk asma atau lelah

January 21, 2018 1 Comments
Penyakit asma atau lelah adalah salah satu penyakit sistem pernafasan yang tak boleh diambil ringan. Mesti dirawat dengan cara yang betul dan efektif. Perlukan penjagaan yang rapi.



shaklee untuk asma



Serangan asma terjadi apabila berlaku keradangan pada saluran udara paru-paru. Otot pada saluran udara menjadi kejang. Lapisan dalam dinding saluran pernafasan membengkak dan menebal. Penghasilan kahak yang banyak. Saluran pernafasan jadi sempit.

Akibatnya kesukaran untuk bernafas.

Serangan asma terjadi apabila ada faktor pencetus seperti:
  • Asap rokok
  • Cuaca panas atau sejuk yang melampau
  • Alahan pada habuk, ubat-ubatan, makanan, debunga atau haiwan
  • Pencemaran alam sekitar dan jerebu
  • Tekanan emosi yang kuat
  • Senaman berat


Vitamin Shaklee untuk asma atau lelah ialah

cara mengatasi asma


1. Vivix
Peningkatan asma pada orang dewasa selalunya akibat dari pendedahan terhadap pencemaran alam sekitar. Jutaan serangan radikal bebas merosakkan keutuhan sel dan sistem pertahanan tubuh setiap hari.

Vivix membekalkan sumber antiosidan yang tinggi bagi melawan serangan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh hingga ke peringkat DNA.


2. Omega Guard
Omega 3 bersifat antiradang merendahkan insiden asma kerana ia mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menjadi faktor gejala asma.

Lihat >>  Lagi kebaikan Omega Guard untuk kesihatan


3. Vita C Plus
Tinggi antioksidan yang bertindak memperbaiki tisu-tisu badan, menguatkan sistem pertahanan tubuh dan mengawal keradangan. Vitamin c mencegah 'wheezing', menghalang penghasilan dan merendahkan paras histamine dalam tubuh. Histamine adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila tubuh mengalami reaksi alahan.

Untuk keberkesanan yang maksimum, vitamin c terbaik diambil bersama bioflanovoid.


4. Garlic
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Melawan serangan bakteria dan baiki tahap sistem pertahanan tubuh. Bawang mengandungi antioksidan 'quercetin' yang berfungsi menghalang keradangan dan reaksi histamine.


5. B-Complex
Membekalkan 8 kumpulan vitamin B yang membantu meredakan stress. Stress atau tekanan emosi juga merupakan salah satu punca serangan asma.


6. Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Melegakan kontraksi otot salur pernafasan, mengurangkan tahap sensitiviti terhadap bahan alergi dan menambahbaik tahap kesihatan paru-paru.


7. Nutriferon
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang lemah.


Lelaki ini pengidap asma tahap kronik. Apa dah jadi pada beliau setelah amalkan set vitamin shaklee untuk asma orang dewasa? [Video]

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.



Beliau dah mengidap asma sejak dari kecil. Apabila makin dewasa, inhaler tidak lagi berkesan dengan baik bagi beliau. Tapi setelah konsisten dengan vitamin untuk asma kini beliau tidak lagi bergantung pada inhaler. Kekerapan berulang ke hospital pun dah makin kurang.


Set vitamin untuk asma ni bantu melengkapkan keperluan nutrisi khusus yang selalunya kurang dalam tubuh penghidap asma. Pengambilan mengikut dos yang betul secara berterusan dapat bantu baiki tisu tubuh yang rosak, tingkatkan sistem pertahanan dan sekaligus mengurangkan insiden serangan asma.

Dengan ini, penghidap asma boleh jalani hidup dengan aktif dan sihat.

Penyakit asma bukan penyakit berjangkit namun ia boleh diwarisi turun temurun. Ia boleh dikawal dengan penjagaan kesihatan yang rapi serta nutrisi yang lengkap.


Untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk asma sila klik pada butang order online berikut



=============================================
Atau hubungi

Hazana Binti Hamzah (ID 908814)
Instagram: Jana_Hazana

=============================================


cara merawat asma


Nak beli produk shaklee dengan harga ahli
dan jimat sehingga 25%?
ATAU
Ingin menjana side income dengan shaklee?




Disclaimer: Vitamin Shaklee bukan ubat. Vitamin Shaklee bertujuan untuk tingkatkan prestasi kesihatan

Monday, 8 February 2016

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

February 08, 2016 0 Comments
Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.

demam denggi simptom


Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
  • Demam mengejut disertai dengan sakit kepala
  • Sakit dibelakang bebola mata
  • Sakit sendi & otot
  • Sakit abdomen
  • Sakit pinggang yang teruk
  • Gatal-gatal kulit
  • Bintik-bintik merah terang biasanya pada hari ke-3. Bagi sesetengah orang bintik merah muncul pada keseluruhan tubuh
  • Warna kulit berubah kemerah-merahan dan diselangi tompok-tompok warna asal kulit.
  • Ada juga yang mengalami gastritis disertai dengan sakit perut, mual dan cirit birit.
  • Demam ini biasanya suhu boleh mencecah 40-41° celcius dan boleh menyebabkan serangan sawan pada kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.


Tanda-tanda demam denggi berdarah
  • Demam yang sangat panas
  • Pendarahan seperti bintik-bintik merah, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadangkala haid berlebihan.
  • Kegagalan atau gangguan peredaran darah. Pesakit akan mengalami kesejukan, kulit kebiruan dan kadar nadi meningkat. Lemah dan resah malah mudah mengalami renjatan atau sawan.
  • Pembesaran organ hati

Penting untuk semua orang tahu tentang tanda-tanda serangan demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Rawatan demam denggi;
  • Menurunkan suhu badan (kurangkan demam)
  • Banyak minum air. Suhu tinggi, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi (tubuh kehilangan air)
  • Demam dengan suhu yang sangat tinggi dikawal dengan antipiretik.
  • Bagi pesakit yang tak mampu minum air sendiri atau mengalami renjatan, tambahan melalui cecair intravena akan diberi.


Langkah pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat demam denggi. Kita boleh mengurangkan risiko demam denggi malah boleh mengelakkan kematian dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes secara berterusan.


Tip mencegah serangan demam denggi:
  • Sentiasa pastikan kawasan tempat tinggal bersih dan kemas. Pastikan tiada air bertakung yang menjadi tempat pebiakan nyamuk aedes.
  • Nyamuk aedes aktif disekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Tutup pintu dan tingkap, pastikan ahli keluarga berada di dalam rumah.
  • Pakai pakaian yang menutup sebahagian besar kulit seperti baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada diluar rumah.
  • Pasang ubat nyamuk atau kelambu.
  • Guna losen anti-nyamuk terutamanya pada anak-anak kecil. 

krim anti nyamuk
Mengandungi tumbuhan menghalang nyamuk seperti
lemon balm, rosmary, horse chestnut

Krim Herbal Blend Shaklee diperbuat dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Ia juga turut berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan cepat. Krim Herbal Blend Shaklee selamat digunakan oleh bayi.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. Set vitamin ini berkesan membantu mengatasi demam denggi dengan cepat dan berkesan.

vitamin shaklee untuk demam denggi



  1. Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.
  2. Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

    Shaklee Performance tidak bergas dan rendah gula berbanding minuman isotonik lain dipasaran.
  3. Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

    Nutriferon diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantiago. Formula yang digunakan untuk membina Nutriferon adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.



Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, cepat-cepat lah dapatkan rawatan di hospital dan pastikan juga untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk demam denggi dengan segera.

Untuk order atau maklumat lanjut mengenai vitamin sila hubungi jana ditalian berikut. Dengan setiap pembelian vitamin akan disertakan dengan nasihat cara makan dan konsultasi sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee


Monday, 4 January 2016

Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

January 04, 2016 0 Comments
Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

mengatasi masalah hati berlemak


Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan berpunca dari penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.


Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati. Tabiat suka makan lewat malam, makan makanan berminyak, tidak bersenam dan merokok adalah antara penyebab. Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

Mengenali simptom-simptom hati berlemak pada peringkat awal:
  • Lesu
  • Sering keletihan
  • Hilang berat badan
Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik penyakit hati berlemak:
  • Jaundice (demam kuning)
  • Bengkak perut (busung)
  • Kekeliruan
  • Muntah darah
  • Saluran darah dalam esofagus membengkak

Gejala hati berlemak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis dimana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

vitamin untuk fatty liver hati berlemak


Menangani penyakit hati berlemak

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak (fatty liver) ialah dengan mengawal gaya hidup kita dan membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Liver Aid Program Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif DTX Complex dan Nutriferon hanya dari Shaklee.


DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra berfungsi:
  1. Menyokong penjanaan semula sel-sel hati
  2. Melindungi hati
  3. Menangani masalah seperti hepatitis dan sirosis
  4. Mengekalkan aliran hempedu
  5. Membantu meningkatkan fungsi hati
  6. Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower berfungsi:
  1. Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.
  2. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  3. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman

vitamin untuk hati liver


Mencegah lebih baik dari merawat. Kos mencegah juga jauh lebih rendah dari kos merawat. Ayuh! Atasi masalah hati berlemak dan tingkatkan kesihatan hati anda sekarang.

Macamana nak kawal kolesterol tinggi dengan berkesan
Mengatasi masalah penyakit 3 serangkai

Masalah hati berlemak jika tidak diatasi pada peringkat awal boleh mengakibatkan penyakit hati yang lebih teruk seperti barah hati. Pada peringkat ini organ hati tidak lagi dapat membaiki dan membina sendiri dan rosak. Salah satu cara untuk merawatnya ialah melalui pemindahan hati.

Jom order DTX Complex dan Nutriferon terus dari shaklee hari ini dengan klik butang order dibawah

 Order via Shaklee


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order dan dapatkan konsultasi secara berterusan sepanjang pengambilan vitamin secara percuma.

pengedar shaklee machang


Thursday, 4 September 2014

Minum sup ketam petua rawat demam denggi dengan berkesan

September 04, 2014 0 Comments
Baru-baru ni borak panjang dengan mak melalui telefon..Mak ada cerita, kat Kelatan sekarang musim demam denggi.. kat hospital kerajaan sampai penuh wad dengan pesakit demam denggi..Malah ada yang lebih parah, tak sempat sampai ke hospital dah meninggal akibat demam denggi berdarah..Innalillah. Masa tu semua kakitangan hospital dalam keadaan berjaga-jaga untuk terima kes demam denggi.

Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam..

merawat demam denggi
Ni rupa nyamuk aedes

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka inilah yang mengakibatkan pendarahan..umpama badan kita ni bocor. Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, darah keluar dari kulit, mulut, hidung, mata pesakit...Pendarahan inilah yang membawa maut..Nauzubillah...

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..

  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan


Merawat demam denggi dengan sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau dah kena tu memang mesti ikhtiar cari penawarnya lah kan..

merawat demam denggi
sebelum diproses

Sup ketam dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam..99.9% demam akan kebah...

Lagi, ketam nipah ni fresh sebab tu bila masak sup simple pun rasa dah sedap banget..manis-masin-lemak semulajadi..

Bila dah jadi sup, inilah rupanya

merawat demam denggi
Sup ketam


Vitamin untuk rawatan demam denggi

Tapi, sekiranya pesakit denggi ni ada masalah nak dapatkan ketam nipah atau alergi dengan makanan laut, ada alternatif lain untuk merawat demam denggi dengan cepat dan berkesan..iaitu amalkan Performance Drink dan Nutriferon Shaklee..

merawat demam denggi

Performance Drink membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan) yang menyebabkan suhu tinggi.


rawatan demam denggi


Nutriferon berfungsi meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh bagi merangsang sel-sel darah putih memusnahkan virus. Dengan kata lain, ia meningkatkan sistem antibodi tubuh. Oleh itu, sekiranya anda sering atau sangat mudah terkena jangkitan seperti selsema, atau demam sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon.

Oleh itu, jika anda atau orang tersayang mula menunjukkan simptom-simptom demam denggi, jangan tunggu lagi..Bertindaklah SEGERA!!! Dapatkan sup ketam atau dapatkan Performance Drink & Nutriferon.

Saya tak jual ketam nipah tapi untuk maklumat lanjut berkenaan vitamin diatas bolehlah hubungi saya disini...

rawatan demam denggi

Salam sayang...Jana

Friday, 8 August 2014

VITAMIN UNTUK JEMAAH HAJI: TINGKATKAN SISTEM IMUN & KECERGASAN

August 08, 2014 0 Comments
Bagi anda yang bakal menunaikan haji, umrah mahupun mana-mana destinasi keluar negara, saya sarankan anda lengkapi diri dengan vitamin selain dari ubat-ubatan yang sedia ada. Bukan apa, selain dari perubahan suhu dan cuaca disana, amat penting untuk kita perkukuhkan sistem imun diri bagi melawan apa-apa jangkitan. Vitamin juga boleh bantu membuatkan tubuh rasa cergas dan sihat. Yelah, semua tu dari Allah jua tapi tak salah kalau kita berusaha dan berikhtiar untuk memelihara kesihatan bukan?

Biasanya saya mencadangkan set berikut untuk bakal-bakal haji. 

suplemen untuk jemaah haji dan umrah

Perfomance Drink yang berperisa oren boleh diminum setiap hari bersama air suam mahupun sejuk. Selain dari mencegah kekeringan air dalam tubuh, ia membantu mengurangkan rasa dahaga yang melampau. Sebab tu ia sangat popular ketika bulan puasa.

Sekotak Nutriferon terdiri dari 30 paket kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia boleh diambil setiap hari ataupun ketika anda mula rasa macam hendak demam atau tak sedap badan. Ia akan merangsang interferon tubuh secara semulajadi bagi menguatkan sistem imun. 

Perubahan zon waktu mungkin boleh menyebabkan jet-lag. Bagi yang tak biasa atau atas faktor umur dan kesihatan, tubuh akan berasa cepat letih dan mudah hilang tumpuan. Ostematrix dan B-Complex boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Sekiranya anda turut mengalami sakit-sakit sendi, boleh tambah vitamin Advance Joint Healt Tablet ke dalam set diatas bagi membantu anda mengatasinya. Ia dijamin berkesan secara klinikal dalam masa 5 hari.

Harga bagi set vitamin untuk jemaah haji ini ialah hanya RM378.50 (Semenanjung Malaysia)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya boleh order disini dengan klik pada butang dibawah. Anda akan dibawa terus ke laman web rasmi Shaklee untuk proses pembelian

Klik untuk order

Dengan izin Allah, semoga perjalanan pergi dan balik serta amal ibadah anda ketika menunaikan haji ataupun umrah dapat berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang diinginkan. 

Untuk maklumat lanjut, tip-tip, cara makan yang betul atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda;

pengedar shaklee gombak

COD; Gombak, Taman Melati, Sentul, Kota Bharu
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia melalui POSLAJU & GDEX


Saturday, 24 May 2014

10 PILIHAN TOP PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT KANSER

May 24, 2014 0 Comments
Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap sangat penting untuk semua orang terutamanya pesakit kanser. Amalan pemakanan yang baik dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sel-sel yang rosak semasa pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan rawatan perubatan lain. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membekalkan tenaga.

Bagi pesakit kanser yang bercadang untuk mendapatkan makanan tambahan, disini saya nak kongsikan dengan anda 10 pilihan top produk Shaklee untuk pesakit kanser.


shaklee untuk kanser


1. Alfalfa Complex
Sel-sel kanser tidak akan tumbuh atau membesar dalam tubuh yang beralkali. Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali. Ia membantu meneurtralkan ph tubuh yang berasid supaya menjadi lebih beralkali dan ia boleh memperlahankan dan/atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


2. NutriFeron
Produk unik dari Shaklee ini membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh tubuh manusia. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan ia mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan  yang berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin yang melawan sel-sel kanser dan tumor. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika rawatan kemoterapi.


3. DTX
Oleh kerana hati sangat penting untuk mencuci darah dan sistem perkumuhan , ia perlu bekerja keras terutamanya ketika penyakit sedang menyerang bagi menghalang penyakit tersebut merebak. DTX berfungsi untuk membersih, merangsang dan menghasilkan semula sel-sel hati apabila diperlukan.

Apabila ubat-ubatan dari kemoterapi dimasukkan, ia akan memaksa hati untuk bekerja dengan lebih keras. Ramai pesakit kanser meninggal bukan disebabkan oleh kanser tetapi dari kegagalan hati.


4. Carotomax
Mengandungi gabungan komplex karotenoid, Beta Carotena, likopena, lutien dan sebagainya yang sangat kaya dengan sifat antioksidan. Ia mengukuhkan sistem pertahanan tubuh, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.


5. Vitamin C
Pengambilan sejumlah besar vitamin C iaitu 10,000mg atau lebih sehari sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Linus Pauling Clinic mempunyai kesan yang dramatik terhadap tubuh yang sedang melawan penyakit. Ia merangsang penghasilan sel-sel darah putih dan sel-sel tubuh yang mengandungi ekstra vitamin c mempunyai peluang yang lebih besar untuk tumbuh semula tanpa termutasi. Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel yang tak terkawal semasa proses pertumbuhan semula.


6.Soy Protein
Elakkan protin dari sumber haiwan sebaliknya gunakan protin dari sumber sayur-sayuran kerana ia lebih mudah dihadam. Malah ia tidak mengandungi sebarang kesan antibiotik dan sebagainya yang boleh menjadi punca penyakit!

Protin juga merupakan kunci sumber tenaga dan penghasilan semula sel-sel sihat.


7. Herb Lax
Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi pergerakan otot pada kolon. Ubat-ubatan tersebut akan memperlahankan proses pembuangan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Proses pembuangan adalah sangat penting dalam penyembuhan kerana ia turut akan menyingkirkan sisa-sisa toksik berbahaya.


8.Performance Drink
Merupakan minuman untuk mengelakkan dihidrasi. Walau hanya mengalami 1% dihidrasi sudah cukup menganggu inikan pula bagi mereka yang sedang  melawan penyakit. Oleh itu, anda mestilah sentiasa minum air dengan mencukupi. Dengan Performance Drink, ia turut mengandungi trace minerals yang sangat penting untuk proses penyembuhan.


9. VIVIX
Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. 

Salah satu kandungannya ialah resveratrol yang merupakan perubatan semulajadi yang mempunyai bukti kukuh dapat menghalang dan menghentikan pelbagai peringkat kanser. Ubat terapi kemo tidak spesifik ketika menyerang sel: ia menyerang sel-sel kanser dan turut menyerang sel-sel sihat. Resveratrol tidak merosakkan sel-sel sihat bahkan melindunginya ketika membunuh sel-sel kanser.

Turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser serta melawan radikal bebas dan inflamasi. Ia juga bantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, tingkatkan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.


10. Produk Get Clean
Penggunaan produk pencuci rumah pernah dibuktikan boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk kanser. Get Clean merupakan produk pembersihan dan penjagaan rumah yang bebas bahan toksik punca penyakit dan kanser. Bertukarlah kepada Get Clean hari ini dan lindungi kebersihan rumah dan kesihatan anda.

Ingin saya ingatkan kesan & jangka masa penggunaan produk-produk diatas adalah berbeza mengikut individu kerana setiap orang adalah unik. Namun janji Allah, tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawarnya kecuali mati..Oleh itu kita sebagai manusia digalakkan untuk terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan sila hubungi saya

ajen shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Gombak Prima, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Indonesia & Brunei via Poslaju dan Gdex




Monday, 24 June 2013

BAHAYA JEREBU ~ KUKUHKAN SISTEM IMUN ANDA

June 24, 2013 3 Comments
Negara kita sekali lagi dilanda musibah jerebu. Mengapa saya kata musibah? Kerana jerebu mampu memberi kesan buruk pada kesihatan penduduk terutamanya orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan bayi. Bayangkan setiap kali kita bernafas, kotoran yang terkandung dalam udara turut disedut masuk kedalam rongga pernafasan kita.

Antara kesan-kesan jerebu pada kesihatan manusia yang terdedah adalah;

~ Sakit tekak
Menyebabkan penghasilan mukus yang boleh menyekat saluran pernafasan.

~ Gatal-gatal atau kepedihan pada mata

~ Gatal-gatal hidung
Merangsang penghasilan mukus.

~ Pada tahap kronik jerebu mampu menyebabkan keradangan pada tisu peparu.
Orang yang mempunyai masalah peparu, jantung dan asma mungkin menghadapi kesukaran bernafas. Pada tahan pencemaran yang lebih tinggi, masalah sukar bernafas dan batuk boleh berlaku.
sumber; TheStar

~ Jerebu juga boleh mencetuskan masalah alergi. Bagi mereka yang sudah mempunyai sejarah alergi, jerebu hanya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan.

kredit; weatherandclimate.blog.umt.edu.my

Tips untuk meminimumkan kesan jerebu terhadap kesihatan ialah;

1. Kurangkan aktiviti luar
2. Jangan merokok
3. Minum sekurang-kurangnya 2Liter air sehari
4. Basuh muka dan anggota badan yang terdedah pada jerebu selepas berada di luar
5. Pastikan kebersihan dalam rumah terjaga
6. Bagi pengidap penyakit asma dan jantung, jangan abaikan pengambilan ubat-ubatan
7. Jumpa doktor jika penyakit berlarutan atau semakin teruk
8. Pengambilan suplemen untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas dan alergi


Suplemen untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh terdiri daripada beberapa alternatif.




Set G membantu tubuh melawan jangkitan.
  • Vitamin C
  • BComplex 
  • Alfalfa.



Nutriferon




Untuk kanak-kanak

Sekiranya berminat untuk order, hubungi;
SMS 017-3125484 (Hazana)

Follow Instragram Jana_Hazana