Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint Ginger Plus. Show all posts

Wednesday, 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Wednesday, 22 April 2015

Sengsara gastrik kronik 10 tahun terubat secara tak sengaja

April 22, 2015 0 Comments
Baru je beberapa hari lepas saya dapat panggilan dari seorang kakak ni. Katanya dia beli ubat gastrik untuk suami. Tak tahan dia tengok suami dia yang sering sakit perut. Mujur dah besar, kalau budak-budak mau menangis berguling-guling. Katanya. Ye lah, dah jadi bapa orang mana boleh menangis berguling-guling dah, pandai-pandai la cover sikit waktu gastrik datang menyerang tu. Kalu dah sampai macam tu kira dah masuk gastrik kronik la ni kan? Walaubagaimanapun, gastrik kronik ke gastrik sedang-sedang ke better pergi cek dengan doktor dulu..

Ini video kisah puan Farahana yang telah lama mengalami gastrik yang agak kronik. Mula berShaklee ketika berpantang anak ke-2 dan tanpa sengaja dah gastriknya terubat. Sengsara gastrik kronik selama 10 tahun terubat secara tak sengaja. Kisah benar tau!!



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Saya percaya, mesti ramai yang nakkan jalan penyelesaian yang macam ni. Happy ending gitu. Seronok bila dah bebas dari penyakit yang menghantui kita untuk jangka masa yang sangat lama. Tak perlu bergantung pada ubat-ubatan lagi dah & bebas nak buat apa makan apa saja ikut selera. Bukan apa, dah la gastrik tu sangat menyakitkan, banyak pantang larangnya pulak tu. Antara pantang larang orang gastrik ialah:

  • Tak boleh minum minuman berkafein
  • Mesti makan waktu yang sama setiap hari. Tak boleh terlambat atau terawal sikit. 
  • Tak boleh merokok atau terdedah terhadap asap rokok (sebab tu lelaki lebih ramai yang ada masalah gastrik berbanding wanita)
  • Tak boleh makan makanan pedas, makanan berlemak, beralkohol
  • Tak boles stress

Gastrik terjadi apabila kuantiti asid hidroklorik yang dirembes terlalu banyak dan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) yang melindungi dinding dalam perut lemah untuk mengawal kesan hakisan. Kesan asid hidroklorik yang terkena pada sel ini lah yang menyebabkan keradangan. Sel dalam perut kena hakis dengan asid, mana tak sakitnya?!



Taknak dah, bosan dah asyik bergantung pada ubat gastrik dan pil penahan sakit? Jangan risau, anda sebenarnya ada pilihan lain. Ooppss..bukan melalui pembedahan ye tapi dengan mengamalkan vitamin untuk hilangkan. Sama macam puan Farahana dalam video kat atas tu....

Shaklee ada vitamin yang berkesan hilangkan gastrik. Tak kira lah lelaki ke perempuan ke remaja ke warga tua semua boleh ambil vitamin-vitamin ni.



Kelebihan vitamin gastrik Shaklee:
  1. Membantu membina semula dan memperbaiki sel-sel perut yang telah rosak akibat hakisan asid dan seterusnya menguatkan lapisan mukosa
  2. Mengurangkan keasidan dan keradangan perut walaupun terlepas waktu makan
  3. Membantu melancarkan proses pencernaan
  4. Mencegah pedih ulu hati
  5. Mencegah masalah kembung, mual dan angin dalam badan berlebihan
  6. Tiada kesan buruk untuk jangka masa panjang
  7. Sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan-bahan organik.

Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan-bahan organik bebas GMO (genetically modified Organism). Bebas bahan pengawet, tiada bahan kimia merbahaya, tiada unsur dadah dan steroid dan dijami selamat dan berkesan. Yang penting, tiada kesan buruk yang memudaratkan kesihatan.
Harga untuk set gastrik Shaklee hanyalah RM256.00

Bagaimana nak dapatkan set vitamin untuk gastrik ini supaya dapat ubati gastik dan sengsara gastrik berakhir? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh dapatkannya dari saya dengan menghubungi talian berikut dan dapatkan konsultasi dan nasihat cara makan yang eksklusif. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah




Tuesday, 3 June 2014

PEPPERMINT GINGER PLUS BANTU IBU HAMIL ATASI PEDIH ULU HATI

June 03, 2014 0 Comments
Ramai ibu-ibu hamil mengalami pedih ulu hati. Saya juga pernah mengalami pedih ulu hati semasa mengandungkan si kembar. Ia biasanya terjadi selepas waktu makan tengahari. Rasa panas terbakar dibahagian dalam tekak dan dada. Rasa macam nak sendawa banyak2, tapi tak sendawa pun. Masa tu saya tak kenal lagi dengan vitamin-vitamin Shaklee ni, so layan je la rasa tak selesa tu... Sekarang dah tak jadi masalah lagi sebab ada Peppermint Ginger Plus yang boleh bantu ibu hamil atasi pedih ulu hati

shaklee untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati adalah disebabkan asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid perut tu memang kita sedia maklum tahap keasidannya yang tinggi,  so jika ia naik hingga ke tekak ia akan meninggalkan rasa masam dan pahit selain menyebabkan rasa panas terbakar, pedih dibahagian tekak hingga ke tulang dada.

Ketika hamil, bentuk fizikal dan paras hormon berubah. Peningkatan hormon progesteron menyebabkan injap yang mengasingkan bahagian perut dengan esofagus menjadi longgar lalu membenarkan asid perut melonjak naik ke esofagus. Ditambah pula dengan perut yang kian membesar, ia juga boleh menolak asid perut naik ke atas.

shaklee untuk pedih ulu hati



Petua orang lama, halia digunakan untuk atasi pedih ulu hati. Peppermint Ginger Plus Shaklee turut menggunakan halia sebagai salah satu ramuannya. Halia boleh merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Selain halia, Peppermint Ginger Plus turut dicampur bersama-sama dengan pudina dan jintan yang berkesan dalam mengatasi

  • Pedih ulu hati
  • Masalah penghadaman
  • Gastrik
  • Loya, morning sickness
  • Cirit birit
  • Kembung
  • Mabuk laut
  • Selsema
Antara penjagaan bagi mengelak & mengatasi pedih ulu hati ialah elakkan terus baring selepas makan, makan secara perlahan-lahan, jangan minum semasa makan, makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap, elakkan makanan berempah, pedas dan berlemak, minuman sitrus, coklat dan kopi dan elakkan sembelit.


Harga sebotol Peppermint Ginger Plus (90 biji) ialah RM45.00
Klik Cart dibawah untuk order>>

 KLIK UNTUK ORDER



Untuk konsultasi dan cara makan yang betul sila hubungi saya. Saya adalah pengedar Shaklee Gombak.

shaklee untuk pedih ulu hati



COD area Greenwood, Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Selayang, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX


Saturday, 17 May 2014

3 PILIHAN TOP VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN GASTRIK

May 17, 2014 2 Comments
Ramai pula yang cari vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik sekarang ni..Ada yang nak set bajet, ada yang nak set paling mujarab, ada yang sedang belajar, ada yang baru masuk alam pekerjaan dan ada juga yang sudah beranak pinak. Eh, yang sedang hamil pun ada alami gastrik tau! Saya pernah terbaca dari sumber internet, gastrik adalah trend penyakit moden. Mungkin ia disebabkan faktor pemakanan, maklumlah sekarang ni terlalu banyak makanan yang diproses atau mungkin disebabkan faktor cara hidup dan tekanan, maklumlah sekarang ni semuanya terkejar-kejar, tak cukup masa, tak cukup rehat..

Siapa pun orangnya atau apa pun puncanya, jangan risau..Saya sangat senang hati nak berkongsi 3 pilihan top vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik dengan berkesan. Yang pasti semuanya mujarab bukan setakat boleh bantu hilangkan gastrik malah mencegahnya dari berulang. Insha Allah...

vitamin shaklee untuk gastrik


Tahu tak, secara normal sel-sel dalam perut secara semulajadinya menghasilkan asid hidroklorik untuk fungsi pencernaan makanan. Asid ni adalah sangat berasid iaitu pada skala pH 1-2 hinggakan jika terkena pada kulit luaran, kulit itu akan terhakis. Dalam perut juga ada lapisan mukosa yang berfungsi sebagai pertahanan untuk melindungi dinding perut dari kesan berasid tadi tu.

Tapi, bila terlalu banyak asid dirembeskan ditambah pula kekuatan lapisan pertahanan dinding perut menjadi lemah, keradangan berlaku. Itulah yang dipanggil gastrik. Lebih teruk dari gastrik jika ulser perut dan pendarahan pada dinding perut berlaku. Ia boleh menyebabkan masalah najis dan muntah berdarah.

Simptom gastrik

  • Sakit perut
  • Perut rasa senak, kembung, kerap sendawa & kentut terutama selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Najis hitam dan muntah berwarna gelap seperti kopi (ulser perut)

Siapa yang berisiko mengalami gastrik
  • Mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama contohnya aspirin (ubat untuk pesakit jantung yang mencairkan darah)
  • Perokok dan banyak minum alkohol.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter Pilori (H Pilori) yang melemahkan lapisan mukosa.
  • Mereka yang suka mengamalkan ubat tradisional terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid untuk meningkatkan keberkesannya.

Selain dari ubat-ubatan klinik anda boleh memilih vitamin Shaklee untuk membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah

vitamin shaklee untuk gastrik



1. ESP 
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.


vitamin shaklee untuk gastrik

Lagi testimoni ESP untuk hilangkan gastrik sila klik SINI


2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit

shaklee gastrik

Lagi maklumat tentang Peppermint Ginger Plus sila klik SINI


3. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

vitamin shaklee untuk gastrik

atasi gastrik dengan shaklee


Jangan biarkan masalah gastrik berterusan menghantui hidup anda. BERTINDAKLAH SEGERA. Dapatkan vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik berserta konsultasi & cara makan secara eksklusif hari ini dengan menghubungi saya ditalian berikut


pengedar shaklee di gombak




Friday, 15 March 2013

Peppermint Ginger Plus untuk keselesaan perut

March 15, 2013 0 Comments
Peppermint Ginger Plus sangat membantu mereka yang mempunyai masalah ketidakselesaan perut seperti pedih hulu hati, gastrik, loya, mabuk laut, masalah penghadaman & cirit birit. Ia juga boleh menjadi alternatif kepada ibu-ibu dalam pantang untuk membuang angin dalam badan. Rasanya yang berangin dan nyaman bukan sahaja mendatangkan kelegaan pada perut malah membantu fikiran untuk lebih fokus.



Peppermint Gingerplus mengandungi ekstrak bahan2 herba iaitu pudina, halia, bunga cengkih (anise) dan fennel (jintan). 

Kebaikan:

Pudina
  • Mempunyai kesan penenang, ia memberi keselesaan pada perut. Ia membantu dalam proses penghadaman dan juga memberi kelegaan pada kesakitan seperti gastrik, pedih hulu hati & cirit birit. 
  • Ia melegakan kesan-kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi seperti muntah-muntah dan hilang selera makan.
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia mampu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.
  • Rasa sejuk dan nyaman daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.

Halia
  • Masyarakat China telah menggunakan halia sejak lebih 2000 tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan mual ketika mengandung juga ketika dalam pantang.
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi alternatif bagi merawat mabuk laut.

Jintan (fennel)
  • Orang-orang di Eropah mengambil biji jintan selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. 
  • Ia melegakan sakit perut, gejala flu juga dapat membantu mengatasi masalah alergi pada usus perut.

Cengkih (Anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan kesakitan ketika haid, batuk & selesema.
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, menurunkan haba badan ketika musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.

Untuk mendapatkan Peppermint Gingerplus ni, boleh lah hubungi saya disini ~~~>



Pengedar Shaklee Gombak, Taman Melati & Sentul


Follow Instragram Jana_Hazana