Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Tanda-tanda demam denggi dan langkah mengatasinya

February 08, 2016 0 Comments
Nak tau tak? Serangan demam denggi menjadikan tubuh kita imun terhadap serangan yang seterusnya oleh nyamuk aedes yang sama spesis. Namun, kita kena tau bahawa nyamuk aedes ada 4 spesis. Jika kita tinggal di tempat yang ada keempat-empat jenis nyamuk aedes ni maka tetap akan berisiko untuk terkena serangan denggi lagi.

Risiko untuk dapat serangan demam denggi berdarah bagi pesakit yang demam denggi kali kedua adalah tinggi. Demam denggi berdarah sangat merbahaya hingga boleh meragut nyawa !

Banyak petua-petua yang boleh digoogle untuk merawat demam denggi dengan berkesan agar cepat sembuh. Tapi ingat, bila muncul tanda-tanda demam denggi jangan sesekali menangguhkan dan abaikan rawatan dari hospital. Segera dapatkan rawatan.

demam denggi simptom


Virus denggi yang masuk kedalam tubuh manusia akan memusnahkan sel-sel darah putih dan platelet. Jika pesakit demam denggi didapati plateletnya kurang dari 100bpl, dia akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian rapi.


Tanda-tanda demam denggi
  • Demam mengejut disertai dengan sakit kepala
  • Sakit dibelakang bebola mata
  • Sakit sendi & otot
  • Sakit abdomen
  • Sakit pinggang yang teruk
  • Gatal-gatal kulit
  • Bintik-bintik merah terang biasanya pada hari ke-3. Bagi sesetengah orang bintik merah muncul pada keseluruhan tubuh
  • Warna kulit berubah kemerah-merahan dan diselangi tompok-tompok warna asal kulit.
  • Ada juga yang mengalami gastritis disertai dengan sakit perut, mual dan cirit birit.
  • Demam ini biasanya suhu boleh mencecah 40-41° celcius dan boleh menyebabkan serangan sawan pada kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.


Tanda-tanda demam denggi berdarah
  • Demam yang sangat panas
  • Pendarahan seperti bintik-bintik merah, pendarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadangkala haid berlebihan.
  • Kegagalan atau gangguan peredaran darah. Pesakit akan mengalami kesejukan, kulit kebiruan dan kadar nadi meningkat. Lemah dan resah malah mudah mengalami renjatan atau sawan.
  • Pembesaran organ hati

Penting untuk semua orang tahu tentang tanda-tanda serangan demam denggi supaya boleh dapatkan rawatan dihospital dengan segera.


Rawatan demam denggi;
  • Menurunkan suhu badan (kurangkan demam)
  • Banyak minum air. Suhu tinggi, hilang selera makan dan muntah akan menyebabkan dehidrasi (tubuh kehilangan air)
  • Demam dengan suhu yang sangat tinggi dikawal dengan antipiretik.
  • Bagi pesakit yang tak mampu minum air sendiri atau mengalami renjatan, tambahan melalui cecair intravena akan diberi.


Langkah pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat demam denggi. Kita boleh mengurangkan risiko demam denggi malah boleh mengelakkan kematian dengan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes secara berterusan.


Tip mencegah serangan demam denggi:
  • Sentiasa pastikan kawasan tempat tinggal bersih dan kemas. Pastikan tiada air bertakung yang menjadi tempat pebiakan nyamuk aedes.
  • Nyamuk aedes aktif disekitar jam 7 pagi dan 7 malam. Tutup pintu dan tingkap, pastikan ahli keluarga berada di dalam rumah.
  • Pakai pakaian yang menutup sebahagian besar kulit seperti baju lengan panjang dan seluar panjang ketika berada diluar rumah.
  • Pasang ubat nyamuk atau kelambu.
  • Guna losen anti-nyamuk terutamanya pada anak-anak kecil. 

krim anti nyamuk
Mengandungi tumbuhan menghalang nyamuk seperti
lemon balm, rosmary, horse chestnut

Krim Herbal Blend Shaklee diperbuat dari tumbuh-tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia bahaya. Ia juga turut berkesan untuk menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dengan cepat. Krim Herbal Blend Shaklee selamat digunakan oleh bayi.


Vitamin Shaklee yang sesuai digunakan oleh pesakit demam denggi ialah vita c plus, Shaklee Performance dan Nutriferon. Set vitamin ini berkesan membantu mengatasi demam denggi dengan cepat dan berkesan.

vitamin shaklee untuk demam denggi



  1. Vita-C Plus membantu mengukuhkan kapilari darah disamping bertindak sebagai imun booster.
  2. Shaklee Performance berfungsi sebagai minuman isotonik yang bantu memelihara komponen elektrolit yang penting yang menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.. Bagi pesakit demam denggi, kekal terhidrat adalah sangat penting.

    Shaklee Performance tidak bergas dan rendah gula berbanding minuman isotonik lain dipasaran.
  3. Nutriferon merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh, mengaktifkan sel-sel imun, menentang pencerobohan virus dan kuman dan menguatkan keupayaan makrofaj untuk musnahkan virus dan kuman.

    Nutriferon diekstrak dari 4 jenis tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantiago. Formula yang digunakan untuk membina Nutriferon adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan.



Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, cepat-cepat lah dapatkan rawatan di hospital dan pastikan juga untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk demam denggi dengan segera.

Untuk order atau maklumat lanjut mengenai vitamin sila hubungi jana ditalian berikut. Dengan setiap pembelian vitamin akan disertakan dengan nasihat cara makan dan konsultasi sepanjang penggunaan vitamin.

pengedar shaklee


Saturday, 28 February 2015

Tip-tip tangani cuaca panas elak strok haba

February 28, 2015 0 Comments
Panas betul cuaca sekarang, keluar jemur kain sekejap pun boleh rasa pedih kulit padahal baru pukul 10 pagi... Belum lagi keluar betul-betul waktu tengahari tu, mashaa Allah....Dalam cuaca panas macam sekarang ni, sila ambil perhatian ye sebab bahaya suhu yang terlampau tinggi ialah boleh mengakibatkan strok haba atau 'heatstroke'.


apa itu strok haba


Strok haba berlaku bila suhu badan melebihi 40.5°C disebabkan pendedahan terhadap panas terik yang terlalu lama disertakan kurang pengambilan air dan dehidrasi. Serangan strok haba ni boleh menganggu sistem saraf otak dan seterusnya boleh membawa maut... Nauzubillah..

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat 5 kali lebih cepat berbanding orang dewasa, jadi pantau lah aktiviti anak-anak kita semasa cuaca panas dan ambil langkah berjaga-jaga. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah diantara jam 10 pagi hingga ke 4.30 petang dan jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta !!


strok haba


Tapi jangan terlalu risau sebab serangan strok haba ni dapat dielak. Tip-tip menangani cuaca panas bagi mengelak strok haba:
  • Elak terdedah kepada panas terik dalam tempoh yang lama.
  • Elak menunggu di dalam kereta yang berhenti di tengah-tengah panas terik. PERINGATAN! JANGAN SEKALI-KALI TINGGALKAN ANAK-ANAK KECIL DI DALAM KERETA BERSENDIRIAN.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 Liter setiap hari
  • Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Elak memakai pakaian berwarna hitam/gelap kerana ia boleh menyerap haba sekaligus meningkatkan suhu badan
  • Kurangkan/elakkan minuman berkafein kerana sifatnya yang diuretik menyebabkan tubuh lebih cepat terdehidrasi
  • Pakai krim perlindungan sinar matahari dengan kandungan spf 20++. Lebih tinggi kandungan spfnya, lebih baik bagi mencegah kerosakan akibat pancaran sinar uv.
  • Minum air isotonik bagi mengekalkan cecair badan. Penting untuk mereka yang aktif

performance drink shaklee
Boleh dibancuh ketika jamuan..tak perlu letak gula pun

Cerita pasal air isotonik, kebanyakan yang ada dipasaran adalah yang bergas. Ramai budak-budak kecik tak suka, pedas katanya. Tapi Shaklee ada yang bebas karbonat (takde gas) dan rendah gula.. iaitu Performance Drink. Sedap, berkhasiat dan memberi tenaga pula tu, budak-budak kecik pun suka apatah lagi orang dewasa.. Orang mengandung pun boleh minum Performance Drink ye..

Kebaikan Performance Drink terbukti berkesan :

Meminimumkan kehilangan cecair badan. Mengurangkan rasa haus.

Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan termasuk kalsium & magnesium (tidak bagi jenama lain).

Menstabilkan paras glukosa dalam darah, untuk membekalkan tenaga berterusan dan mengekalkan stamina.

Performance Drink sangat disyorkan untut para atlet, mereka yang bekerja luar bangunan untuk tempoh masa yang lama, mereka yang sering kepenatan dan kekurangan air, ibu hamil yang berpuasa, ibu menyusu yang berpuasa dan warga tua

Harga untuk Performance Drink hanyalah RM82.50

Camana nak dapatkan Performance Drink? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut




Atau anda boleh mendapatkannya dari saya dengan menghubungi saya ditalian berikut. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah.





Thursday, 4 September 2014

Minum sup ketam petua rawat demam denggi dengan berkesan

September 04, 2014 0 Comments
Baru-baru ni borak panjang dengan mak melalui telefon..Mak ada cerita, kat Kelatan sekarang musim demam denggi.. kat hospital kerajaan sampai penuh wad dengan pesakit demam denggi..Malah ada yang lebih parah, tak sempat sampai ke hospital dah meninggal akibat demam denggi berdarah..Innalillah. Masa tu semua kakitangan hospital dalam keadaan berjaga-jaga untuk terima kes demam denggi.

Demam denggi ni punca dia adalah gigitan nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Kalu nyamuk lain yang gigit, tak jadi demam denggi ye. Yang paling ditakuti ialah demam denggi berdarah sebab ia boleh membawa maut. Kalau ada yang belum kenal nyamuk aedes, badannya berbelang hitam putih dan aktif sekitar jam 7 pagi dan 7 malam..

merawat demam denggi
Ni rupa nyamuk aedes

Virus denggi akan mengganggu keupayaan tubuh untuk membina platlet darah yang berfungsi untuk membekukan darah. Apabila bilangan platlet menurun maka inilah yang mengakibatkan pendarahan..umpama badan kita ni bocor. Sebab tu kalau ada yang pernah tengok kes demam denggi berdarah, darah keluar dari kulit, mulut, hidung, mata pesakit...Pendarahan inilah yang membawa maut..Nauzubillah...

Simptom-simptom demam denggi

Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut sila cepat-cepat dapatkan rawatan..

  • Demam kuat yang mengejut dan suhu badan yang tinggi
  • Sakit-sakit otot, badan dan sendi
  • Muncul ruam (bintik-bintik merah) pada kulit
  • Muntah dan kurang selera makan


Merawat demam denggi dengan sup ketam

Demam denggi ni tiada rawatan khusus. Sebab tu mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tapi kalau dah kena tu memang mesti ikhtiar cari penawarnya lah kan..

merawat demam denggi
sebelum diproses

Sup ketam dikatakan mempunyai kandungan protin yang tinggi yang mampu meningkatkan bilangan platlet darah dalam masa yang cepat. Pesakit denggi yang amalkan makan dan minum sup ketam sebanyak 500ml hingga 1L akan mengalami peningkatan bilangan platlet yang mendadak iaitu dalam masa 5 hingga 8 jam..99.9% demam akan kebah...

Lagi, ketam nipah ni fresh sebab tu bila masak sup simple pun rasa dah sedap banget..manis-masin-lemak semulajadi..

Bila dah jadi sup, inilah rupanya

merawat demam denggi
Sup ketam


Vitamin untuk rawatan demam denggi

Tapi, sekiranya pesakit denggi ni ada masalah nak dapatkan ketam nipah atau alergi dengan makanan laut, ada alternatif lain untuk merawat demam denggi dengan cepat dan berkesan..iaitu amalkan Performance Drink dan Nutriferon Shaklee..

merawat demam denggi

Performance Drink membantu mengimbangi elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan) yang menyebabkan suhu tinggi.


rawatan demam denggi


Nutriferon berfungsi meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh bagi merangsang sel-sel darah putih memusnahkan virus. Dengan kata lain, ia meningkatkan sistem antibodi tubuh. Oleh itu, sekiranya anda sering atau sangat mudah terkena jangkitan seperti selsema, atau demam sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon.

Oleh itu, jika anda atau orang tersayang mula menunjukkan simptom-simptom demam denggi, jangan tunggu lagi..Bertindaklah SEGERA!!! Dapatkan sup ketam atau dapatkan Performance Drink & Nutriferon.

Saya tak jual ketam nipah tapi untuk maklumat lanjut berkenaan vitamin diatas bolehlah hubungi saya disini...

rawatan demam denggi

Salam sayang...Jana

Tuesday, 2 September 2014

6 CARA BERKESAN UNTUK KURANGKAN LOYA DAN MUNTAH KETIKA MENGANDUNG

September 02, 2014 2 Comments
Tahniah anda hamil! Mommy pandang daddy, daddy pandang mommy..mommy tersenyum daddy sengih sampai ke telinga..Dalam hati melompat-lompat kegembiraan. Takkan nak lompat depan doktor...Apa taknya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba..Tapi tak lama kegembiraan tu sebab sejurus kemudian terutamanya bakal mommy dah masuk fasa loya-loya-mabuk-tak-tahan-bau-rasa-nak-muntah...Sabar ye mommy..ni dia beberapa tip berkesan untuk kurangkan loya ketika mengandung


loya dan muntah ketika hamil


Mengapa loya dan muntah semasa mengandung?

Ada banyak teori yang menerangkan mengapa terjadinya loya dan muntah pada peringkat awal kehamilan.
Antaranya ialah mengatakan loya dan muntah terjadi kerana tubuh bertindak balas terhadap hormon kehamilan iaitu hormon chorionic gonadotropin (hCG) yang terhasil pada paras yang paling tinggi pada trimester 1 berbanding trimester 2 dan 3...

Dari sudut positif, simptom loya dan muntah mengingatkan bahawa anda sedang hamil..Makan tak lalu, nak bergerak pun tak larat..itu mungkin sebenarnya cara semulajadi tubuh untuk melindungi kandungan yang masih belum kuat...

Sumber: http://www.webmd.com/baby/features/battle-morning-sickness

Jom semak 6 cara berkesan untuk mengurangkan loya dan muntah ketika mengandung
  • Elak dari perut kosong kerana perut kosong boleh tingkatkan rasa loya dan mual. Makanlah dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  • Makan makanan mudah hadam. Elakkan makan makanan berat, berlemak, berempah dan bergoreng.
  • Elakkan stress dan dapatkan rehat yang secukupnya
  • Amalkan vitamin B complex kerana ia mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
  • Amalkan Shaklee Peppermint Ginger Plus. Selain dapat mengurangkan loya ia juga membantu mengatasi masalah pedih ulu hati..
  • Buat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti jika terdapat masalah kesihatan seperti anemia dan tekanan darah rendah. Low Hb juga menyebabkan ibu sentiasa rasa loya dan muntah-muntah semasa mengandung

Ada orang tu suka sangat makan benda-benda masam seperti mangga muda, jeruk, asam boi bagi menghilangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..Tapi harus berwaspada kerana dalam makanan seperti jeruk dan asam boi ada banyak bahan perasa dan pewarna. Makan banyak-banyak tak bagus untuk kesihatan ye terutamanya untuk perkembangan baby..Silap haribulan boleh menyebabkan cirit birit. Takpun paras gula dalam darah naik.

Jadi sebagai pilihan untuk rasa masam tapi selamat boleh lah kemam Vitamin C Chewable Shaklee...Selamat lagi berkhasiat. Gitu...

Lagi, biasanya bila dah loya sepanjang masa..muntah-muntah..makan pun tak lalu badan pun jadi lembik. Betul tak..Performance Orange Shaklee bila dicampur lemon adalah sangat sedap dan sangat bagus untuk kembalikan tenaga..Rasanya yang masam-masam oren dan ada wangian lemon dapat membantu mengurangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung..



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

So bagi mommies yang sedang mengalami loya dan muntah tu, jangan risau...JUST ENJOY THE MOMENT..Daddies pulak jangan tengok saja, tolong la mana yang patut..picit-picit bahu ke, gosok-gosok betis ke..dukung ke bila nak naik tangga. Dah kata cinta, sayang mestilah susah dan sakit sama dirasai..Gitu...

Vitamin yang saya sangat syorkan untuk ibu-ibu hamil kurangkan loya dan muntah-muntah ketika mengandung ialah Vitalea. Vitalea sangat berkesan untuk membantu kerana salah satu kandungannya ialah komponen vitamin B6 yang berkesan membantu kurangkan loya dan muntah. Vitalea juga ada asid folik dan zat besi yang berfungsi membina sel-sel darah merah yang sihat. Ibu-ibu yang ada masalah hb low sangat disyorkan amik Vitalea ni...Vitalea juga membantu memberikan tenaga dan menyediakan vitamin dan zat mineral yang seimbang. Bebas pewarna, perasa dan pengawet tiruan tau!! Semuanya organik dan semulajadi je




Harga sebotol Vitalea hanya RM88.75 sahaja

Vitalea juga termasuk dalam set vitamin untuk ibu hamil dan sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang ada kencing manis ketika hamil, low hb, anemia dan yang mementingkan nutrisi yang seimbang. Daddy pun boleh ambil atasi tubuh lesu.

Bagaimana nak dapatkan Vitalea Shaklee bagi hilangkan loya dan muntah semasa mengandung? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan hanya klik pada butang order berikut




Atau anda boleh dapatkannya melalui saya. Sila hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan yang betul



Friday, 8 August 2014

VITAMIN UNTUK JEMAAH HAJI: TINGKATKAN SISTEM IMUN & KECERGASAN

August 08, 2014 0 Comments
Bagi anda yang bakal menunaikan haji, umrah mahupun mana-mana destinasi keluar negara, saya sarankan anda lengkapi diri dengan vitamin selain dari ubat-ubatan yang sedia ada. Bukan apa, selain dari perubahan suhu dan cuaca disana, amat penting untuk kita perkukuhkan sistem imun diri bagi melawan apa-apa jangkitan. Vitamin juga boleh bantu membuatkan tubuh rasa cergas dan sihat. Yelah, semua tu dari Allah jua tapi tak salah kalau kita berusaha dan berikhtiar untuk memelihara kesihatan bukan?

Biasanya saya mencadangkan set berikut untuk bakal-bakal haji. 

suplemen untuk jemaah haji dan umrah

Perfomance Drink yang berperisa oren boleh diminum setiap hari bersama air suam mahupun sejuk. Selain dari mencegah kekeringan air dalam tubuh, ia membantu mengurangkan rasa dahaga yang melampau. Sebab tu ia sangat popular ketika bulan puasa.

Sekotak Nutriferon terdiri dari 30 paket kecil yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia boleh diambil setiap hari ataupun ketika anda mula rasa macam hendak demam atau tak sedap badan. Ia akan merangsang interferon tubuh secara semulajadi bagi menguatkan sistem imun. 

Perubahan zon waktu mungkin boleh menyebabkan jet-lag. Bagi yang tak biasa atau atas faktor umur dan kesihatan, tubuh akan berasa cepat letih dan mudah hilang tumpuan. Ostematrix dan B-Complex boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Sekiranya anda turut mengalami sakit-sakit sendi, boleh tambah vitamin Advance Joint Healt Tablet ke dalam set diatas bagi membantu anda mengatasinya. Ia dijamin berkesan secara klinikal dalam masa 5 hari.

Harga bagi set vitamin untuk jemaah haji ini ialah hanya RM378.50 (Semenanjung Malaysia)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya boleh order disini dengan klik pada butang dibawah. Anda akan dibawa terus ke laman web rasmi Shaklee untuk proses pembelian

Klik untuk order

Dengan izin Allah, semoga perjalanan pergi dan balik serta amal ibadah anda ketika menunaikan haji ataupun umrah dapat berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang diinginkan. 

Untuk maklumat lanjut, tip-tip, cara makan yang betul atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda;

pengedar shaklee gombak

COD; Gombak, Taman Melati, Sentul, Kota Bharu
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia melalui POSLAJU & GDEX


Tuesday, 8 July 2014

KEBAIKAN PERFORMANCE DRINK MINUMAN ISOTONIK BEBAS KARBONAT

July 08, 2014 0 Comments
Selalunya kalo sebut minuman isotonik mesti duk bayangkan yang ada gas tu kan? Tahukah anda gas dalam minuman isotonik itu sebenarnya ialah karbon dioksida. Bila karbon dioksida bercampur air, ia akan mengurai dan menghasilkan tindakbalas..Sebab tu ada rasa tajam-tajam halus manja kan? Ia ditambah bagi menjadikan air tersebut lebih sedap dan menyegarkan.

Minuman isotonik mengandungi elektrolit iaitu bahan mineral seperti magnesium, kalsium, klorida, sodium dan potassium yang bantu menggantikan kehilangan air dalam tubuh dengan cepat dan berkesan. Sebab tu ia amat penting bagi orang-orang bersukan bagi mengelakkan dihidrasi.


kebaikan performance drink


Minuman isotonik terbaik

Cuba periksa, adakah minuman isotonik anda;

  • mampu meningkatkan tenaga otot 6 kali ganda?
  • mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga)?
  • menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera?
  • rendah kandungan gula dan tidak berkarbonat (bergas)?

Jika tidak atau tidak pasti, ini lah masanya untuk bertukar kepada Performance Drink. 

kebaikan performance drink
Add caption

Kebaikan Performance Drink

Performance Drink mengandungi komponen elektrolit iaitu Natrium, Kloride, Magnesium, Kalsium dan Potassium bagi membantu tubuh kita menjaga kestabilan agar tidak kekeringan. Ia juga sangat baik untuk tindak balas saraf dan otot (sistem neuromotor). Berbeza dengan minuman isotonik lain, Performance Drink tidak berkarbonat dan rendah gula.

Terbukti secara klinikal Performance Drink dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Turut mempunyai lebih 67% sumber tenaga dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera. Ia juga memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan cepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

Golongan yang memerlukan Performance Drink
  • Ahli sukan
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif
  • Ketika cuaca panas
  • Mereka yang sedang mengalami cirit birit
  • Mereka yang mabuk kenderaan
  • Mereka yang sering mengalami sakit kepala dan migrain
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Orang berpuasa
  • Orang yang kurang minum air
  • Pesakit gout
  • Mereka yang rasa nak demam
  • Mereka yang mengalami demam denggi
  • Mereka yang dalam proses penyembuhan (pembedahan/sakit)

Dengan Performance Drink, tubuh anda akan lebih cergas, sihat dan bertenaga!

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial

kebaikan performance drink
Testimonial


Rasa orennya yang semulajadi membuatkan Performance Drink sungguh menyelerakan dan menyegarkan. Ia boleh dicampur bersama jus buah-buahan, Shaklee Tea Mix, ESP atau minuman lain.

Harga Performance Drink (Oren) 539gm ialah RM82.50

Klik untuk order

Untuk pertanyaan, konsultasi, nasihat cara makan yang betul dan tip-tip sila hubungi saya

kebaikan performance drink


COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Gombak, Greenwood, Sri Gombak, Giant Batu Caves, UIA, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia via POSLAJU & GDEX




Saturday, 24 May 2014

10 PILIHAN TOP PRODUK SHAKLEE UNTUK PESAKIT KANSER

May 24, 2014 0 Comments
Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi lengkap sangat penting untuk semua orang terutamanya pesakit kanser. Amalan pemakanan yang baik dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sel-sel yang rosak semasa pembedahan, radioterapi, kemoterapi dan rawatan perubatan lain. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membekalkan tenaga.

Bagi pesakit kanser yang bercadang untuk mendapatkan makanan tambahan, disini saya nak kongsikan dengan anda 10 pilihan top produk Shaklee untuk pesakit kanser.


shaklee untuk kanser


1. Alfalfa Complex
Sel-sel kanser tidak akan tumbuh atau membesar dalam tubuh yang beralkali. Alfalfa Complex adalah makanan yang sangat beralkali. Ia membantu meneurtralkan ph tubuh yang berasid supaya menjadi lebih beralkali dan ia boleh memperlahankan dan/atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


2. NutriFeron
Produk unik dari Shaklee ini membantu meningkatkan penghasilan interferon secara semulajadi oleh tubuh manusia. Ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan ia mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan  yang berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.

Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin yang melawan sel-sel kanser dan tumor. Selain itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika rawatan kemoterapi.


3. DTX
Oleh kerana hati sangat penting untuk mencuci darah dan sistem perkumuhan , ia perlu bekerja keras terutamanya ketika penyakit sedang menyerang bagi menghalang penyakit tersebut merebak. DTX berfungsi untuk membersih, merangsang dan menghasilkan semula sel-sel hati apabila diperlukan.

Apabila ubat-ubatan dari kemoterapi dimasukkan, ia akan memaksa hati untuk bekerja dengan lebih keras. Ramai pesakit kanser meninggal bukan disebabkan oleh kanser tetapi dari kegagalan hati.


4. Carotomax
Mengandungi gabungan komplex karotenoid, Beta Carotena, likopena, lutien dan sebagainya yang sangat kaya dengan sifat antioksidan. Ia mengukuhkan sistem pertahanan tubuh, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.


5. Vitamin C
Pengambilan sejumlah besar vitamin C iaitu 10,000mg atau lebih sehari sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Linus Pauling Clinic mempunyai kesan yang dramatik terhadap tubuh yang sedang melawan penyakit. Ia merangsang penghasilan sel-sel darah putih dan sel-sel tubuh yang mengandungi ekstra vitamin c mempunyai peluang yang lebih besar untuk tumbuh semula tanpa termutasi. Kanser adalah disebabkan pertumbuhan sel yang tak terkawal semasa proses pertumbuhan semula.


6.Soy Protein
Elakkan protin dari sumber haiwan sebaliknya gunakan protin dari sumber sayur-sayuran kerana ia lebih mudah dihadam. Malah ia tidak mengandungi sebarang kesan antibiotik dan sebagainya yang boleh menjadi punca penyakit!

Protin juga merupakan kunci sumber tenaga dan penghasilan semula sel-sel sihat.


7. Herb Lax
Sesetengah ubat-ubatan boleh mempengaruhi pergerakan otot pada kolon. Ubat-ubatan tersebut akan memperlahankan proses pembuangan najis dan ini akan menyebabkan masalah sembelit. Proses pembuangan adalah sangat penting dalam penyembuhan kerana ia turut akan menyingkirkan sisa-sisa toksik berbahaya.


8.Performance Drink
Merupakan minuman untuk mengelakkan dihidrasi. Walau hanya mengalami 1% dihidrasi sudah cukup menganggu inikan pula bagi mereka yang sedang  melawan penyakit. Oleh itu, anda mestilah sentiasa minum air dengan mencukupi. Dengan Performance Drink, ia turut mengandungi trace minerals yang sangat penting untuk proses penyembuhan.


9. VIVIX
Kajian klinikal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular. 

Salah satu kandungannya ialah resveratrol yang merupakan perubatan semulajadi yang mempunyai bukti kukuh dapat menghalang dan menghentikan pelbagai peringkat kanser. Ubat terapi kemo tidak spesifik ketika menyerang sel: ia menyerang sel-sel kanser dan turut menyerang sel-sel sihat. Resveratrol tidak merosakkan sel-sel sihat bahkan melindunginya ketika membunuh sel-sel kanser.

Turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser serta melawan radikal bebas dan inflamasi. Ia juga bantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, tingkatkan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan dan peningkatan tenaga pada tahap selular.


10. Produk Get Clean
Penggunaan produk pencuci rumah pernah dibuktikan boleh membawa kepada banyak penyakit termasuk kanser. Get Clean merupakan produk pembersihan dan penjagaan rumah yang bebas bahan toksik punca penyakit dan kanser. Bertukarlah kepada Get Clean hari ini dan lindungi kebersihan rumah dan kesihatan anda.

Ingin saya ingatkan kesan & jangka masa penggunaan produk-produk diatas adalah berbeza mengikut individu kerana setiap orang adalah unik. Namun janji Allah, tiada penyakit yang diturunkan tanpa penawarnya kecuali mati..Oleh itu kita sebagai manusia digalakkan untuk terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee berserta konsultasi dan cara makan sila hubungi saya

ajen shaklee

COD area; Taman Melati, Shell/Petronas Highway Karak, Greenwood, Sri Gombak, Gombak Prima, Giant Batu Caves, UIA, Gombak Medan Idaman, Sentul

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Indonesia & Brunei via Poslaju dan Gdex




Wednesday, 14 May 2014

SET MIGHTY 3 GEM UNTUK CERGAS BERTENAGA KETIKA PUASA

May 14, 2014 0 Comments
Bila berpuasa lapar dan dahaga memang tak dapat dielakkan. Memang itu tujuan kita disuruh berpuasa bagi melatih diri menahan sabar dan nafsu. Tapi walaupun berpuasa, tugas-tugas harian tetap perlu dijalankan seperti biasa tambah pula kita disunatkan untuk menjalankan amalan-amalan sunat seperti solat sunat tarawih, sunat tahajjud, bertadarrus dan banyak lagi. Sebab tu penting untuk kita kekal cergas bertenaga sepanjang hari walaupun sedang berpuasa.

set puasa shaklee


Jadi disini saya nak memperkenalkan Set Mighty 3 Gem untuk kekal cergas bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Ia sangat sesuai untuk 
  • kanak-kanak yang sedang belajar berpuasa
  • atlit atau seseorang yang aktif
  • ibu menyusu
  • ibu hamil
  • pesakit gastrik
  • seseorang yang mudah letih
  • warga tua
  • mereka yang gemarkan sahur yang mudah dan ringkas.

vitamin shaklee untuk puasa


Set Mighty 3 Gem ni  juga popular sebagai set puasa Shaklee adalah gabungan 3 jenis iaitu ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Ia dibancuh bersama dan diminum. Kelebihannya ialah ia boleh membantu anda untuk kekal cergas dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti dan ibadah seharian.

Apa ada dengan Set Mighty 3 Gem ini??

ESP
  • minuman protin yang dilengkapi kalsium memberikan tenaga segera dan berpanjangan.
  • indeks glisemik yang rendah bantu mengekalkan paras gula dalam darah normal 
  • membantu menyokong sistem pertahanan tubuh, mengekalkan tahap kolesterol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • \
Meal Shakes
  • membekalkan nutrisi yang lengkap dengan 24 jenis vitamin, zat dan mineral
  • pilihan terbaik untuk produk tenusu rendah lemak dan rendah indeks glisemik
  • sangat sesuai untuk mengatasi situasi kekurangan zat nutrisi terutama dikalangan kanak-kanak dan warga tua.

Performance Drink
  • mengekalkan bendalir dan elektrolit yang membantu mencegah penyahidratan (kurang air dalam tubuh)
  • Ujian klinikal membuktikan ia dapat meningkatkan tenaga otot, memelihara otot dan sirkulasi bendalir dalam tubuh
  • baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)

kebaikan set mighty 3 gems




Anda juga perlu pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi dan kurangkan pengambilan minuman berkafein keranan ia boleh menghalang penyerapan zat-zat dalam makanan.

Harga untuk ESP (850gm) ialah RM150.00
Harga untuk Meal Shakes (544gm) ialah RM113.75
Harga untuk Performance Drink (539gm) ialah RM82.50

Klik untuk order


Untuk konsultasi dan nasihat cara makan yang betul atau pertanyan sila hubungi saya

set puasa shaklee




Tuesday, 9 July 2013

VITAMIN KETIKA BERPUASA

July 09, 2013 1 Comments
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda; Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Dan sesiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Best kan bulan puasa? Segala amal ibadah kita walau sekecil zarah pun akan mendapat pahala yang besar. Belum lagi buat amalan-amalan sunat lain seperti terawih, bersedekah, solat sunat tahajud, membaca al-Quran dan banyak lagi. Pahalanya berganda-ganda dan ganjarannya adalah Syurga yang kekal abadi! Subhanallah..

Bercerita tentang bulan puasa, apa persediaan anda? Sudah bersediakah dari segi rohani dan jasmani? 

Kat sini saya ingin berkongsi tentang suplemen ketika berpuasa. Kenapa kita perlukan suplemen ketika berpuasa? 
Suplemen merupakan makanan tambahan yang melengkapkan keperluan nutrisi tubuh kita. Kekurangan nutrisi menyebabkan tubuh kita cepat penat, mudah marah-marah, sering sakit perut dan kepala, kulit kusam dan mudah berkedut, tahap antibodi yang lemah dan banyak lagi. 

Tambah pula suplemen boleh membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari, kawal rasa lapar, elak rasa haus yang melampau. Paling BEST, tampil cantik dihari raya kerana anda juga akan dapat BONUS kulit cantik berseri-seri...

energy booster


JOM KITA TENGOK APA FUNGSINYA

ESP
:. Memberikan rasa kenyang dan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Oleh itu sangat sesuai untuk diambil ketika berpuasa.
:. Diperbuat daripada kacang soya non-GMO yang diproses pada kadar suhu yang rendah bagi menjamin penghasilan protin berkualiti tinggi. 

1) Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
2) Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sesuai juga kepada penghidap kencing manis.
3) 1hidangan bersamaan 2 x daging, 4 x telur, 12 x susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Makanan dengan Index Glisemik (GI) yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system tubuh manusia menyebabkan rasa kenyang yang berpanjangan. 
Mengekalkan paras gula yang rendah dalam tubuh menjamin kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang disamping dapat membantu dalam pengurangan berat badan.


PERFORMANCE DRINK
Terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes):

(1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Mengurangkan rasa haus.
(2) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
(3) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :

~ Cuaca panas melampau (badan dehydrated)
~ Badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
~ Beriadah

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

◆ Mereka yang aktif bersukan .
◆ Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
◆ Mereka yang menghidap gout.
◆ Ibu yang menyusukan anak.
◆ Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
◆ Mereka yang kurang minum air.
◆ Mereka yang kerap sakit kepala.
◆ Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
◆ Kanak-kanak yang demam.
◆ Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tidak berkarbonat)

energy booster


Jom dapatkan SET PUASA hari ini! Ia mudah disediakan ketika sahur dan berkhasiat. Amat disarankan diambil bersama kurma.

Harga pasaran set ini ialah RM232.50 tak termasuk pos. Jika anda berminat untuk mendapatkannya dengan harga SUPER DUPER JIMAT hubungi lah saya di talian berikut. Setiap pembelian disertakan tip-tip, nasihat dan jadual pengambilan PERCUMA!

shaklee independent distributor

SMS; 017-3125484

Follow Instragram Jana_Hazana