Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Monday, 27 August 2018

Bell's Palsy: Ketahui punca dan siapa yang berisiko tinggi

August 27, 2018 0 Comments
Baru-baru ni ada seseorang wassap jana tanya tentang vitamin untuk bantu pesakit bell's pallsy. Terus teringat ada sahabat Shaklee yang kongsi pengalaman beliau mengalami bell's pallsy.

Bell's palsy adalah penyakit pada saraf yang mengawal otot-otot muka tiba-tiba rosak atau berhenti berfungsi. Penyakit Bell's Palsy selalunya bersifat sementara. Tapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup.


merawat bell's palsy



Cri-ciri penyakit Bell's Palsy akan muncul secara tiba-tiba pada sebelah muka. Diantaranya ialah:
  • Perubahan mendadak otot sebelah muka dari lemah ke lumpuh
  • Kelopak mata kaku dan tak boleh tutup sepenuhnya.
  • Mulut senget, sukar buat ekspresi wajah seperti senyum
  • Air liur meleleh disebabkan bibir mulut tak dapat dikawal
  • Sakit pada rahang atau belakang telinga pada sebelah yang terkena
  • Sakit kepala
  • Peningkatan sensitivi terhadap bunyi
  • Hilang deria rasa
  • Perubahan pada jumlah air mata dan air liur


Punca penyakit Bell's Palsy

Walaupun punca sebenar Bell's Palsy belum dapat ditentukan, ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus.

Saraf yang mengawal otot muka akan melalui laluan antara tulang yang sempit untuk sampai ke otot bahagian muka. Bagi pesakit Bell's Palsy, saraf tersebut mengalami keradangan dan membengkak. Biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

Selain memberi kesan terhadap otot, saraf turut memberi kesan terhadap air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil ditengah telinga.

Bell's Palsy juga dikaitkan dengan selsema, tekanan darah tinggi, jangkitan telinga tengah, ketumbuhan, kecederaan tengkorak dan beberapa lagi.

Bell's Palsy bukan strok.



Siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami Bell's Palsy.

Sesiapa sahaja berisiko untuk mengalami Bell's Palsy. Tetapi golongan berikut mempunyai risiko tinggi:

  • Pengidap kencing manis
  • Mengandung
  • Mengalami masalah paru-paru
  • Mempunyai sejarah keluarga mengalami Bell's Palsy 


merawat bell's palsy supaya cepat sembuh


Berbalik pada sahabat Shaklee jana tadi, beliau juga mengamalkan vitamin yang sama iaitu Vivix, Vita-E Complex, Bcomplex serta Omega Guard diikuti dengan fisioterapi untuk masalah Bell's Palsy yang dihadapinya itu. Alhamdulillah, selepas 90 hari beliau sembuh dari penyakit Bell's Palsy dan berpeluang semula untuk senyum.


Vivix

Mengandungi polifenol resveratrol yang berkesan bertindak dalam 4 mekanisme iaitu melindungi dan membaik sel DNA, mengawal selia genetik, tingkat pengeluaran tenaga sel dan melambatkan penimbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products).

Vivix bersifat sangat tinggi antioksidan berupaya menghapuskan serangan radikal bebas, tingkat sistem imun dan melawan jangkitan virus.


B-Complex


Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B diantaranya berfungsi memelihara kesihatan fungsi saraf, melawan tekanan, meredakan sakit kepala, migrain, kemurungan dan insomnia.


Vita-E Complex


Lengkap dengan selenium semulajadi yang berfungsi memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan otot serta melancarkan peredaran darah. Menurunkan tekanan darah.


Omega Guard


Omega 3 bersifat antiradang semulajadi oleh itu ia bertindak meredakan keradangan secara efektif.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok, DHA & EPA menentang trombosis, menurunkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan meredakan ketegangan pada leher serta sakit kepala.


Lagi testimoni Bell's Palsy sembuh setelah ikhtiar dengan Vivix


testimoni bell palsy sembuh

bell palsy sembuh


Penyakit itu adalah ujian. Setiap penyakit ada penawarnya. Mudah-mudahan vitamin-vitamin ni dijadikan ikhtiar alternatif untuk sembuh dengan lebih cepat dan capai kesihatan yang lebih baik.

Jaminan Shaklee ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam, lulus KKM dan halal.


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






Thursday, 22 October 2015

7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang anda takmau terlepas

October 22, 2015 1 Comments
7 dari 10 perbualan dengan bakal customer mesti akan ada soalan, "ada kesan sampingan?". Ish mestila ada kesan sampingan. Semua benda yang kita buat pun akan ada kesan sampingannya. Kalu takde kesan apa pekdahnya nak buat tu ye tak? Meh sini jana nak kongsi 7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang akan membuatkan awak rasa berdebar-debar dan tak sabar nak berkenalan dengan lebih mesra dengannya.

kesan sampingan vitamin e


Sebelum tu meh jana cerita sikit ciri-ciri kelebihan Vitamin E Complex Shaklee yang menjadikan ia antara vitamin e paling ngetop di dunia.
  1. Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin E
  2. Ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi kemudian digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) menjadikan ianya vitamin E paling lengkap dipasaran.
  3. Turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang akan membantu tubuh kita serap vitamin E dengan lebih cekap. Ia juga memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot.
  4. Formula terkini turut mengandungi ekstrak biji anggur
  5. 1 tab Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400IU vitamin E yg bersamaan 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gm badam.

Sila take note vitamin E sintetik tidak akan memberi kesan yang sama dengan vitamin E semulajadi. Camana nak beza vitamin E sintetik dan vitamin E semulajadi? Perhati label vitamin E awak, 'd' untuk semulajadi, manakala 'dl' untuk vitamin E sintetik. Ni contoh vitamin E semulajadi

kesan sampingan vitamin e shaklee


Apa maksud vitamin E sintetik? Sintetik bermakna sumber yang dicipta dari persekitaran makmal untuk meniru sumber semulajadi. Contoh buah limau plastik yang mainan tu. Ada zat ke? Selamat ke? Sesuai ke untuk dimakan? Tergamak ke nak makan barang plastik?

Jadi, jika label vitamin E awak ada 'dl'..sila bertukar ke jenama Shaklee sekarang jugak!

Kebanyakan customer jana beli vitamin E Shaklee untuk masalah kulit seperti nak hilangkan parut, vitamin untuk kulit cantik. Tapi bila mereka dah amal vitamin E Shaklee untuk beberapa tempoh masa baru mereka sedar rupanya vitamin E Shaklee ni beri kesan sampingan lain.


7 kesan sampingan vitamin E Shaklee:
  1. Menyihatkan jantung. Pengambilan 800IU vitamin E dapat melindungi sel darah merah dari pengasidan lipid, tingkatkan kolesterol HDL, kawal tekanan darah tinggi, halang platelet darah melekat didinding arteri, halang anemia hemolitik, cegah penyakit jantung dan banyak lagi. Kajian dari University Harvard membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% manakala strok dengan 33%.
  2. Tingkatkan kesuburan. Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E dapat memulihkan kemampuan produktif. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU sehari mendapati bilangan sperma mereka meningkat, tingkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.
  3. Awet muda. Vitamin E Complex berupaya membantu memudarkan garis halus, parut, jeragat, mengecilkan liang roma, pulihkan tekstur kulit dan tona wajah, dan cantikkan otot dada dan paha. Wajah lebih berseri pinkish.
  4. Tingkatkan sistem pertahanan tubuh. Pengambilan lebih dari 1,200IU vitamin E sehari mampu melawan kanser, halang atau lambatkan pertumbuhan tumor dan kurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga boleh membaiki masalah katarak dan masalah penglihatan.
  5. Tingkatkan keinginan dan tenaga seksual. Vitamin E merangsang dan meningkatkan aliran darah dari jantung yang lancar sekaligus membawa bekalan oksigen yang mencukupi. Dengan itu lelaki dapat bertahan lebih lama. Bagi wanita, ekstrak biji anggur bantu menghasilkan cecair pelincir dan mengatasi masalah kekeringan.
  6. Baiki arthritis. Mengatasi kekejangan otot bahu, urat simpul (vena varikos), sakit sendi dan tingkatkan keanjalan salur darah.
  7. Biji-biji halus pada kulit muka (jerawat pasir) terutamanya area pipi akan hilang. Hasilnya kulit jadi lebih flawless dan bersih.

Itu lah dia kesan sampingan - kesan sampingan yang kita akan dapat bila amalkan vitamin E shaklee secara konsisten. Risiko untuk dapat kesan buruk tu sangat sikit sebab vitamin-vitamin Shaklee ni dibangunkan oleh saintis, ada kajian klinikal yang menjamin keberkesanan dan keselamatannya. 

Tak perlu risau ok!

Bagi pengunjung tegar spa untuk merawat kecantikan wajah, dengan masker vitamin E awak boleh berjimat duit dan masa. Vitamin E shaklee bukan je untuk di telan malah boleh dijadikan masker. Hasilnya kulit akan terasa sangat licin, moist dan tegang.

Jom segera dapatkan Vitamin E Shaklee dan nikmati kebaikan dan kesan-kesan sampingannya. Dapatkan 1 untuk suami dan 1 lagi untuk isteri. Baca lebih lanjut tentang Vitamin E Complex Shaklee DI SINI

Harga sebotol Vitamin E Complex Shaklee hanya RM156.25 (120 biji). Untuk order sila hubungi jana ditalian berikut



Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak


Thursday, 12 March 2015

Cara mudah turunkan berat badan 20kg selepas bersalin

March 12, 2015 3 Comments
Lepas bersalin, ramai mak-mak mula terpaksa cari baju baru. Bukan sebab nak kejar fesyen terkini pun tapi sebab utamanya ialah baju-baju sebelum mengandung semakin mengecil ! Aik? Baju mengecil? Al maklum lah sebelum mengandung berat badan 45kg, semasa mengandung naik 65kg, bila dah bersalin berat jadi 60kg tak turun turun dah. Sebagai penyelesaiannya, haruslah mak-mak cari cara mudah untuk turunkan berat badan selepas bersalin.

Itu baru isu berat badan, bentuk dan saiz badan, belum lagi masuk isu badan lemah mudah penat, susu badan sedikit, kulit kusam, masalah hubungan intim suami isteri dan macam-macam lagi. Pernah dengar tak ada satu kajian membuktikan, suami lebih bahagia jika isteri bertubuh langsing!!

Kak Salwa ni berjaya turun berat badan 20kg selepas bersalin dengan mudah. Bukan itu sahaja, badan beliau juga bertenaga dan kulit pun cantik. Apa rahsianya ?



Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.


Tu dia.. itu la rahsia beliau. Untunglah badan kerana pilihan yang betul. Dah la berjaya turunkan berat badan selepas bersalin, badan pula langsing, susu badan pun banyak, kulit pun cantik dan awet muda. Patutlah ceria dan riang je.. Beliau siap ada 2 anak susuan !!

Cara mudah untuk turunkan berat badan 20kg selepas bersalin:

Tingkatkan pengambilan protin

Perkara utama yang perlu diambil berat bagi menjayakan proses menurunkan berat badan ialah protin. Protin penting untuk
  • Membina otot supaya tidak lembik dan kendur dan meningkatkan metabolisme
  • Protin adalah sumber kepada komponen kulit seperti kolagen, keratin dan elastin.
ESP membekalkan protin berkualiti tanpa kolesterol. Diperbuat dari soya non-gmo yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tubuh tak dapat hasilkan secara semulajadi. ESP memberikan rasa kenyang yang lama dan memberi tenaga.

Menyusukan bayi sepenuhnya

Menyusukan bayi membakar kalori sebanyak 500cal sehari iaitu sama dengan aktiviti berbasikal atau kickboxing selama 40 minit. Oleh itu cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan lemak dan turunkan berat badan selepas bersalin ialah menyusukan bayi anda sepenuhnya.

Alfalfa Complex bukan sahaja berfungsi sebagai milk booster, ia juga menggalakkan proses detoks dimana tubuh dapat membuang sisa-sisa toksin yang menjadi punca berat badan sukar turun, masalah kulit dan stress.


Jaga pengambilan kalori harian

Jumlah kalori harian yang sihat untuk turunkan berat badan ialah 1200cal - 1500cal. Bergantung pada usia, saiz badan dan aktiviti harian. Sebaiknya rancang pemakanan harian anda.


Pengambilan nutrisi yang seimbang

Nutrisi yang seimbang penting kerana ia akan membekalkan tenaga, memelihara sistem pertahanan badan dan kesihatan. Nutrisi yang seimbang juga akan menjamin tubuh dapat berfungsi secara optimum, mencegah stress dan memelihara kesihatan untuk jangka masa pendek dan panjang.



Jom tengok vitamin apakah yang kak Salwa dalam video tu amalkan dan berjaya kurus selepas bersalin.

Vitamin ibu menyusu: ESP & ALFALFA COMPLEX

Vitamin untuk kurus: ESP, OMEGA GUARD, LECITHIN & ALFALFA COMPLEX

Vitamin untuk kulit cantik: ESP, VITAMIN C, VITAMIN E & BCOMPLEX

Nak turunkan berat badan selepas bersalin tapi tak tau bagaimana nak dapatkan vitamin-vitamin tu? Jom hubungi saya ditalian berikut.





Sunday, 14 December 2014

SHAKLEE BUAT PROMOSI YEAR END SALE SEPANJANG DISEMBER 2014

December 14, 2014 0 Comments
Pengumuman ! Pengumuman !
Shaklee buat promosi year end sale sepanjang Disember 2014 Gamam sekejap bila Shaklee mewar-warkan bulan Disember 2014 ni ada 3 promosi hebat. Rasa cam nak melompat kegumbiraan. Mana tak gumbira nya, ke 3-3 produk promosi adalah kegemaran saya. Saya ni jenis yang pentingkan kecantikan semulajadi sebab tu tak berapa berminat nak berkosmetik, so takde cara lain dah yang boleh bantu saya jaga kecantikan semulajadi selain vitamin-vitamin ni. Bila lagi nak buat stok jika bukan waktu promosi macam ni kan? Memang tak patut terlepas peluang ni.

Jom tengok satu persatu promosi hebat yang ditawarkan sepanjang bulan Disember 2014.

1. Promosi SR Vita C & Vita E Complex



Vitamin C dan Vitamin E adalah sinomim dengan vitamin untuk kecantikan kulit. Selalunya penggemar vitamin C dan vitamin E adalah mereka yang ingin tampil cantik semulajadi tanpa perlu pakai alat-alat kosmetik bagi tutup cela pada wajah mereka. Apa yang best nya vitamin c dan vitamin e ni kesannya bukan hanya pada kulit wajah tapi secara menyeluruh termasuk memelihara kesihatan jantung dan menguatkan sistem imunisasi. Sebab tu amat berbaloi untuk anda memiliki vitamin c dan vitamin e sekarang.

Kelebihan SR Vita-C Plus (180 biji sebotol)
  • Merangsang tubuh menghasilkan kolagen semulajadi yang sangat penting untuk keutuhan kulit, otot, tulang dan banyak lagi.
  • Membantu mengatasi masalah kulit berminyak. Amat disarankan untuk diambil bersama ESP untuk kesan yang optimum. 
  • Mencerahkan kulit
  • Luka cepat sembut
  • Menghalang bintik penuaan
  • Bantu mengatasi masalah gastrik
  • Diperkayakan dengan bioflanovoid
  • Dibina menggunakan teknologi pelepasan berkala yang membolehkan vitamin C kekal lama didalam tubuh

Kelebihan Vita-E Complex (120 biji sebotol)
  • Tinggi antioksidan yang menghalang kerosakan akibat serangan radikal bebas dan bahan kimia reaktif.
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Memperbaiki parut
  • Menguatkan jantung
  • Membantu kaum lelaki meningkatkan ketahanan daya seksual
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Mengandungi vitamin e semulajadi yang diperkaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur.



2. Promosi Collagen Powder



Collagen berasal dari perkataan kolla yang bermaksud gam dan gen dari singkatan perkataan agen. Sesuai dengan fungsi kolagen untuk melekatkan lebih 60 trillion sel yang wujud dalam badan manusia. Tubuh manusia dapat menghasilkan sendiri kolagen namun berhenti apabila usia mencecah lewat 20-an.

Bila kolagen berkurang, tanda-tanda penuaan mula muncul seperti:
  • Liang pori besar
  • Kedutan halus disekitar mulut dan hujung mata
  • Rambut gugur dan nipis
  • Mata rabun
  • Sakit sendi
  • Otot kendur
  • Kulit hilang keanjalan
Tahukah anda;
1. Lebih kurang 72% kulit adalah kolagen
2. Lebih kurang 80% tulang adalah kolagen
3. Kornea mata adalah kolagen
4. Kolagen melindungi perut, jantung, otak, salur darah dan organ lain.


Kelebihan Collagen Powder (15 sachet)
  • Diperbuat dari kolagen sisik ikan merah iaitu sumber kolagen yang lasak, elastik, kepaduan dan kapasiti sel yang tinggi dalam mengekalkan kelembapan dan jisim molekul yang rendah.
  • Jisim molekul hanya 1000dalton iaitu bersamaan dengan 3 asid amino yang membolehkan penyerapan unggul didalam usus.
  • Disebabkan penyerapan unggul ia berkesan dengan cepat.

Berikut adalah pengalaman saya sendiri menggunakan Collagen Powder. 


Seriusly teruja.

Untuk kesan awet muda yang terbaik, amat disyorkan penggunaan selama 8 minggu berturut-turut iaitu bersamaan dengan 4 kotak Collagen Powder.

Jom tonton video testimoni pengguna Shaklee yang telah berjaya mengatasi masalah jerawat teruk dan parut.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan kelebihan vitamin-vitamin diatas jemput hubungi saya ditalian berikut.
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah lagi profesional.




Friday, 3 October 2014

GABUNGAN ESP DAN VITAMIN E BERKESAN MENGHILANGKAN PARUT DAN MENCANTIKKAN KULIT

October 03, 2014 2 Comments
Menghilangkan parut bukanlah suatu yang mudah terutamanya bagi mereka yang lebih berusia. Ditambah pula tidak menjaga keseimbangan pengambilan nutrisi, menghilangkan parut akan menjadi lebih sukar dan akan mengambil masa yang sangat lama. Lebih teruk, parut-parut akan terus kekal. Jika anda sedang menghadapi dilema parut jangan risau, gabungan Shaklee ESP dan vitamin E berkesan menghilangkan parut dan mencantikkan kulit.

Mengapa Shaklee ESP?

Apabila kulit berparut, ini bermakna sel-sel dibahagian tersebut telah rosak. Protin berperanan penting dalam membina dan membaiki semula sel-sel bagi menggantikan yang telah rosak. Sebab itu lah tubuh manusia memerlukan protin yang tinggi supaya dapat mebina dan menggantikan sel-sel kulit, organ, rambut, darah dan lain-lain. ESP membekalkan protin yang merupakan asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.. Asid amino sangat penting dalam memperbaiki dan membina semula sel-sel yang telah rosak.

Mengapa Vitamin E Complex?

Vitamin E merupakan antioksidan yang berupaya melindungi sel-sel dan melawan kerosakan akibat tindakan radikal bebas. Kelebihan Vitamin E Complex ialah, ia juga berkesan merawat parut dari dalam dan luar..Apa yang membuatkan Vitamin E Complex sangat bagus ialah;

  • Dilengkapi dengan selenium yang berfungsi membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan. Vitamin E tanpa selenium adalah vitamin E yang tidak lengkap.
  • Turut diperkaya dengan ekstrak biji anggur yang mana sifat antioksidannya bersifat 20x ganda lebih hebat dari vitamin E semata-mata. Biji anggur mengandungi Oligomeric Proanthi Cyanidin (OPC) yang membantu menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih awet muda.
  • Diperbuat dari bahan organik dan semulajadi 

hilangkan parut


Dengan gabungan ESP dan vitamin E berkesan menghilangkan parut tak kira samaada parut jerawat, chicken pox, parut pembedahan ataupun parut kemalangan malah sekaligus mencantikkan semula kulit. Jangan terkejut jika kulit menjadi lebih cantik dari sebelum ini. Telah ramai yang berjaya mencantikkan dan menghilangkan parut dengan berkesan dan lebih cepat. 

Bagaimana mendapatkan ESP dan Vitamin E Complex?
Hubungi saya, Jana Hazana ID 908814 

FB: Jana Hazana
Wassap/sms/call: 017-3125484



Follow Instragram Jana_Hazana