Monday, 27 August 2018

# B-Complex # Bell's Palsy

Bell's Palsy: Ketahui punca dan siapa yang berisiko tinggi

Baru-baru ni ada seseorang wassap jana tanya tentang vitamin untuk bantu pesakit bell's pallsy. Terus teringat ada sahabat Shaklee yang kongsi pengalaman beliau mengalami bell's pallsy.

Bell's palsy adalah penyakit pada saraf yang mengawal otot-otot muka tiba-tiba rosak atau berhenti berfungsi. Penyakit Bell's Palsy selalunya bersifat sementara. Tapi ada juga yang mengalaminya seumur hidup.


merawat bell's palsy



Cri-ciri penyakit Bell's Palsy akan muncul secara tiba-tiba pada sebelah muka. Diantaranya ialah:
  • Perubahan mendadak otot sebelah muka dari lemah ke lumpuh
  • Kelopak mata kaku dan tak boleh tutup sepenuhnya.
  • Mulut senget, sukar buat ekspresi wajah seperti senyum
  • Air liur meleleh disebabkan bibir mulut tak dapat dikawal
  • Sakit pada rahang atau belakang telinga pada sebelah yang terkena
  • Sakit kepala
  • Peningkatan sensitivi terhadap bunyi
  • Hilang deria rasa
  • Perubahan pada jumlah air mata dan air liur


Punca penyakit Bell's Palsy

Walaupun punca sebenar Bell's Palsy belum dapat ditentukan, ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus.

Saraf yang mengawal otot muka akan melalui laluan antara tulang yang sempit untuk sampai ke otot bahagian muka. Bagi pesakit Bell's Palsy, saraf tersebut mengalami keradangan dan membengkak. Biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.

Selain memberi kesan terhadap otot, saraf turut memberi kesan terhadap air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil ditengah telinga.

Bell's Palsy juga dikaitkan dengan selsema, tekanan darah tinggi, jangkitan telinga tengah, ketumbuhan, kecederaan tengkorak dan beberapa lagi.

Bell's Palsy bukan strok.



Siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami Bell's Palsy.

Sesiapa sahaja berisiko untuk mengalami Bell's Palsy. Tetapi golongan berikut mempunyai risiko tinggi:

  • Pengidap kencing manis
  • Mengandung
  • Mengalami masalah paru-paru
  • Mempunyai sejarah keluarga mengalami Bell's Palsy 


merawat bell's palsy supaya cepat sembuh


Berbalik pada sahabat Shaklee jana tadi, beliau juga mengamalkan vitamin yang sama iaitu Vivix, Vita-E Complex, Bcomplex serta Omega Guard diikuti dengan fisioterapi untuk masalah Bell's Palsy yang dihadapinya itu. Alhamdulillah, selepas 90 hari beliau sembuh dari penyakit Bell's Palsy dan berpeluang semula untuk senyum.


Vivix

Mengandungi polifenol resveratrol yang berkesan bertindak dalam 4 mekanisme iaitu melindungi dan membaik sel DNA, mengawal selia genetik, tingkat pengeluaran tenaga sel dan melambatkan penimbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products).

Vivix bersifat sangat tinggi antioksidan berupaya menghapuskan serangan radikal bebas, tingkat sistem imun dan melawan jangkitan virus.


B-Complex


Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B diantaranya berfungsi memelihara kesihatan fungsi saraf, melawan tekanan, meredakan sakit kepala, migrain, kemurungan dan insomnia.


Vita-E Complex


Lengkap dengan selenium semulajadi yang berfungsi memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan otot serta melancarkan peredaran darah. Menurunkan tekanan darah.


Omega Guard


Omega 3 bersifat antiradang semulajadi oleh itu ia bertindak meredakan keradangan secara efektif.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok, DHA & EPA menentang trombosis, menurunkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah.

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan meredakan ketegangan pada leher serta sakit kepala.


Lagi testimoni Bell's Palsy sembuh setelah ikhtiar dengan Vivix


testimoni bell palsy sembuh

bell palsy sembuh


Penyakit itu adalah ujian. Setiap penyakit ada penawarnya. Mudah-mudahan vitamin-vitamin ni dijadikan ikhtiar alternatif untuk sembuh dengan lebih cepat dan capai kesihatan yang lebih baik.

Jaminan Shaklee ia sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam, lulus KKM dan halal.


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================






No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana