Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Sunday, 7 January 2018

Cegah serangan jantung dan arteri tersumbat dan cadangan vitamin

January 07, 2018 3 Comments
Bukankah lebih baik penyakit jantung dikesan lebih awal? Supaya kita boleh terus dapatkan nasihat doktor, mengubah tabiat cara hidup dan ikhtiar cara untuk mencegah serangan jantung .

Jauh lebih baik jika sakit jantung dicegah lebih awal. Sebelum tanda-tanda awal muncul.

vitamin untuk jantung



Serangan jantung

Jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba. Ini berlaku apabila otot jantung kekurangan bekalan oksigen lalu mati atau kekejangan.

Tahukah anda, tak semua penghidap penyakit jantung sempat mengesan tanda-tanda awal sakit jantung. Ada yang langsung tak mendapat apa-apa tanda hingga tiba-tiba rebah dan meninggal secara mengejut akibat serangan jantung.

Sebab itu lah serangan jantung turut dikenali sebagai pembunuh senyap nombor 1 di Malaysia.


Masalah penyakit jantung koronari

Merupakan antara punca serangan jantung. Terjadi akibat arteri tersumbat (arteriosklerosis).

Pada tahap ini, darah sudah tak boleh mengalir dengan lancar ke jantung lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Serangan jantung terjadi apabila arteri yang sempit secara tiba-tiba tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.

vitamin untuk jantung


Macam mana nak tau tanda-tanda penyakit jantung?

Perhatikan jika anda mengalami keadaan berikut, kemungkinan anda sedang menghadapi tanda-tanda penyakit jantung:
  • Angina (Rasa berat atau sakit pada dada, rasa tak selesa atau sakit pada lengan, bahagian rahang, leher kiri, kepala dan kadangkala bahagian belakang.)
  • Rasa letih dan lesu
  • Jantung berdegup laju
  • Mual dan pening
  • Berpeluh dingin
  • Sesak nafas
  • Pedih ulu hati
Salur darah wanita lebih kecil dari lelaki. Oleh itu tanda-tanda penyakit jantung ada sedikit perbezaan..


Antara punca utama penyakit jantung ialah
  • Kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi disini merujuk kepada kolesterol jenis LDL (kolesterol jahat). Kolesterol LDL mengangkut partikel kolesterol ke seluruh tubuh dan menempel pada dinding arteri. Lebih tinggi kolesterol LDL, lebih banyak ia menempel dan menimbun pada dinding arteri.

  • Merokok
Menambah risiko 3 hingga 6 kali ganda mendapat serangan jantung. Kesan nikotin mengakibatkan darah pekat dan boleh membeku, menggalakkan pemendapan kolesterol pada dinding arteri (arterosklerosis), menyebabkan arteri mengeras dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.


  • Tekanan darah tinggi
Tekanan darah yang tak dikawal boleh menyebabkan keradangan arteri. Begitu juga dengan sindrom metabolik lain seperti obesiti, tinggi paras trigliserida dan kencing manis.

  • Faktor keturunan
Sejarah serangan jantung dalam keluarga terdekat meningkatkan faktor risiko. Individu itu mempunyai risiko yang tinggi jika bapanya mendapat penyakit jantung ketika usia sebelum usia 50 tahun atau jika ibunya mendapat penyakit jantung ketika berusia sebelum 55 tahun.

Risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung berganda lebih tinggi jika seseorang itu ada faktor keturunan, ada tabiat merokok, ada penyakit kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.


Sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas, perkara terbaik ialah dapatkan rawatan dan dengar cakap doktor. Makan ubat sakit jantung yang diberikan. Ikut rawatan yang doktor sarankan. Jika makan ubat sakit jantung yang bukan-bukan dikhuatiri masalah yang dihadapi tak selesai, datang pula masalah lain.



Mencegah penyakit serangan jantung


Seperti yang telah kita tahu, plak kolesterol yang menempel dan  menimbun dalam arteri (arterosklerosis) adalah punca utama penyakit jantung.

Boleh kah plak kolesterol yang menempel dan menyempitkan arteri disingkirkan? Boleh. Penyakit jantung adalah penyakit yang boleh dicegah. Amalkan gaya hidup sihat

  • Berhenti merokok
  • Kawal tekanan darah dan diabetes
  • Kawal berat badan
  • Bersenam
  • Kawal makanan tinggi lemak
  • Banyakkan pengambilan sayuran & buahan untuk serat.
  • Elak stress



Vitamin Shaklee untuk jantung sihat.


vitamin untuk jantung

vitamin untuk jantung



vitamin untuk jantung

Coq-trol

Mengandungi Coq10 yang berfungsi untuk menguatkan jantung dan merendahkan risiko penyakit jantung. Dilengkapi dengan resveratrol, tocopherol dan minyak zaitun.

Vivix

Memelihara dan melindungi sel-sel jantung melalui 4 mekanisme:
  • Melindungi sel-sel jantung dari serangan radikal bebas yang sebabkan kerosakan DNA.
  • Mengawal keutuhan genetik sel-sel dengan mencegah proses penuaan pramatang.
  • Menggalakkan biogenesis mitokondria yang menjana tenaga dalam sel-sel.
  • Menghalang penimbunan protin AGE (advanced glication end) yang memburukkan lagi gejala penyakit jantung.

Omega Guard

Sumber asid lemak omega 3 yang bekalkan kolesterol HDL (kolesterol baik) yang berfungsi mengangkut kolesterol LDL (kolesterol jahat) keluar dari arteri.

Phytocol-ST

Mengandungi 2,000mg fitosterol dari sumber tumbuhan yang berfungsi menghalang penyerapan kolesterol LDL ke dalam salur darah arteri dari makanan. 

Lihat >> Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan berkesan


Gabungan set vitamin untuk jantung ni akan membantu
  • menyingkirkan dan mengurangkan plak-plak kolesterol
  • mencegah keradangan arteri dan sel-sel otot jantung
  • merendahkan paras kolesterol tinggi
  • mengekalkan tekanan darah unggul
  • menguatkan jantung.


Set vitamin untuk jantung sihat ini adalah langkah ikhtiar untuk menjana jantung yang sihat. Dengan pengambillan yang konsisten, Inshaa Allah akan dapat mengatasi masalah arteri tersumbat dan mengatasi masalah sakit jantung. Malah menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga.

Jantung kita bekerja keras mengepam darah untuk memastikan seluruh tubuh mendapat bekalan oksigen dan nutrien secukupnya melalui sistem peredaran darah. Jantung sihat mengepam kira-kira 10,000 liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu lebih kurang 60 - 80 kali seminit.

Oleh itu hargai lah dan jaga lah jantung kita.

Harga bagi vitamin untuk jantung sihat;
Vivix (150 ml) RM503.50
Omega Guard (90 biji) RM144.43
Phytocol-ST (120 biji) RM209.35
COQ-trol (30 biji) RM157.68


Nak cuba vitamin Shaklee untuk jantung sihat?

Order segera secara online terus dari Shaklee anda boleh klik pada butang order Esell berikut




Atau boleh ikut langkah-langkah mudah berikut. Mana-mana pembelian dari blog ini akan diberi konsultasi eksklusif termasuk nasihat cara makan vitamin untuk dapatkan kesan yang optimum.

vitamin untuk jantung



Nak dapatkan vitamin Shaklee dengan harga ahli?
Lebih jimat & dapat kumpul point.
ATAU
Ingin jana pendapatan sampingan
dengan modal rendah & bimbingan penuh?

Sunday, 24 December 2017

Vivix: rahsia yang orang ramai patut tahu

December 24, 2017 36 Comments
Mesti ada yang tertanya-tanya,
"Vivix tu apa?"
"Vivix untuk apa?"

Biar jana terangkan persoalan diatas satu persatu. Sebelum tu nak bagitau, Vivix berada di tangga nombor 1 produk shaklee yang paling laris.

kesan vivix shaklee


Vivix tu apa? Vivix adalah minuman botanik lazat yang dirumus khas oleh Shaklee. Diperbuat dari anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan japanese knotweed.

Vivix untuk apa? Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine. Tidak seperti anggur-anggur lain, muscadine mengandungi asid ellagik dan elagitanin luar biasa pekat. Bila digabung dengan polifenol lain, hasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Untuk cipta profil polifenol yang kuat dalam Vivix, saintis Shaklee telah menggabung resveratrol yang lampautulen dari ekstrak anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu.

Oleh itu Vivix sangat berkesan dalam meningkatkan prestasi kesihatan seseorang tanpa mengira usia dan jantina. Antaranya:

  • Mengawal paras glukosa dalam darah
  • Kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah
  • Mengekalkan keremajaan kulit
  • Mencegah kanser
  • Bekalkan tenaga tambahan
  • Kuatkan sistem imunisasi
  • Penyembuhan luka



Bagaimana Vivix bertindak untuk mengawal paras glukosa dalam darah


vivix kencing manis

Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi Untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
  • Mengawal atur penyerapan glukosa
  • Meningkatkan kepekaan insulin
  • Merangsang rembesan insulin
  • Tingkat proses penguraian glukosa
testimoni vivix kencing manis




Bagaimana vivix bertindak untuk kesihatan jantung dan mengekalkan tekanan darah sihat


vivix untuk jantung


Polifenol terbukti berkesan dalam menggalakkan fungsi jantung yang sihat. Pelbagai kajian telah menunjukkan polifenol:
  • Mengurangkan keradangan dalam salur jantung
  • Menggalakkan dinding salur darah yang sihat
  • Menggalakkan tekanan darah yang sihat
  • Mengekalkan tahap pergumpalan platelet yang sihat
  • Mengurangkan pengumpulan lemak dalam salur darah
  • Meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik)
  • Mencegah salur darah tersumbat

testimoni vivix jantung sihat
Disclaimer Vivix bukan ubat untuk merawat tetapi
Vivix adalah suplemen untuk meningkatkan mutu kesihatan


Pernah dengar tentang French paradox?
Mengapa penyakit jantung sangat rendah di Perancis walaupun makanan ruji mereka tinggi lemak tepu. Ini kerana orang Perancis turut suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah yang kaya dengan resveratrol.

Vivix mengandungi 100x ganda resveratrol berbanding wain merah.



Bagaimana vivix bertindak untuk kulit lembut, anjal dan berseri


vivix untuk kulit


Polifenol adalah salah satu nutrien penting bagi menyokong penghasilan kolagen. Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan kulit sihat dan berseri dengan:
  • Melindungi kulit dari kerosakan UV
  • Mengurangkan penuaan pramatang dan kedutan
  • Menyokong pengeluaran kolagen
  • Menggalakkan kulit yang tegang dan awet muda.

Ramai yang tau vitamin E dan vitamin C terbaik untuk kulit. Tetapi kajian menunjukkan, resveratrol berkesan melindungi sel-sel kulit sebanyak 93% sedangkan vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Jadi yang mana lebih hebat?

Kajian terkini telah dijalankan untuk membandingkan kekuatan antioksidan dalam 1% resveratrol dan 1% idebenone. Idebenone ialah antioksidan farmasitikal yang berkuasa untuk melindungi kulit dari kerosakan, baiki kedutan halus, kurangkan kekeringan dan licinkan kulit. Keputusan menunjukkan kapasiti antioksidan dalam resveratrol 17kali ganda lebih tinggi.

Ujian makmal membuktikan pengguna vivix mempunyai body age 25 tahun lebih muda.

Lihat >> 9 petua camana nak cegah penuaan pramatang



Bagaimana vivix bertindak untuk mencegah kanser

Menurut American Institute for Cancer Research, asid ellagic melawan kanser dengan menyahaktifkan penyebab kanser tertentu dan memperlahankan sel-sel kanser merebak. Bahan utama Vivix ialah anggur muscadine yang mengandungi asid ellagic.

Resveratrol turut memberi kesan terhadap kanser dengan
  • Merencatkan gen kanser
  • Bantu proses apoptosis dan mencegah necrosis. "Apabila sel-sel mengalami kerosakan DNA tetapi gagal untuk melalui proses apoptosis, maka sel-sel ini akan membiak menjadi sel kanser."
  • Menyekat penyerapan estrogen dan androgen yang menjadi punca kanser yang berkaitan hormon
  • Membunuh sel-sel kanser tanpa memudaratkan sel-sel sihat.

testimoni vivix kanser





Vivix bukan ubat. Sebab tu Vivix tak disediakan di hospital. Vivix adalah suplemen. Tujuannya untuk tingkat mutu prestasi kesihatan kita.

Lihat >> Sakit lutut dah hilang tanpa perlu bergantung pada steroid

Lihat >> Vivix hilangkan ketagihan merokok


Setakat ni Shaklee dah labur lebih 300juta USD dalam ujian, penyelidikan & pembangunan. 125 kajian saintifik, lebih 100,000 ujian kualiti, 20 tahun landmark study dan lebih 350 ujian untuk uji logam berat, racun perosak dan bahan tercemar. Shaklee terbukti sentiasa selamat, berkesan, mesra alam dan halal.

Penerangan yang panjang lebar. Dengan harapan dapat menyebarkan kebaikan vivix dengan lebih jelas. Supaya lebih ramai dapat menjana kesihatan yang lebih baik. Rahsia vivix dah terbongkar. Biar ramai orang tahu.

Kenapa perlu beli dengan Jana?
Jana adalah pengedar Vivix yang berpengalaman hampir 5 tahun. Aktif mengikuti kelas-kelas nutrisi & health talk yang dianjurkan Shaklee. Selama itu jana juga pengguna Vivix. 

Setiap pembelian Vivix jana akan beri nasihat cara makan yang betul dan konsultasi secara eksklusif.


Order Vivix terus dari Shaklee secara online dengan klik pada butang berikut

 klik untuk order secara online


Atau boleh terus order dengan jana ikut langkah-langkah mudah berikut. Kedua-dua cara order melayakkan untuk free konsultasi eksklusif

harga vivix 2017



Nak dapatkan Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan
modal rendah & bimbingan penuh?


Wednesday, 22 February 2017

Ketahui 6 komplikasi penyakit kencing manis yang tidak dikawal

February 22, 2017 0 Comments
Penyakit kencing manis (diabetes mellitus) yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi, sakit jantung, kurang daya penglihatan, gangguan aliran darah dibahagian kaki, gangguan saraf, masalah kulit dan banyak lagi.

Faktor risiko penyakit kecing manis ialah:
  • Berat badan berlebihan
  • Tidak aktif secara fizikal
  • Tabiat pemakanan tidak sihat
  • Peningkatan umur
  • Faktor keturunan, kumpulan etnik dan bangsa yang selalunya dikaitkan dengan risiko terhadap penyakit kencing manis

Sekiranya anda atau ada ahli keluarga yang menghidap penyakit kencing manis, sila bertindak awal untuk mengawal gejala kencing manis supaya komplikasi yang lebih parah dapat dielakkan.






Penyakit kencing manis yang tidak dikawal boleh menyebabkan komplikasi berikut:

1. Kerosakan/kegagalan buah pinggang (diabetes nephropathy)

Gula yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan melalui buah pinggang menyebabkan paras glukosa yang berlebihan di dalam air kencing. Ini mengakibatkan buah pinggang dan pundi kencing berisiko untuk terdedah kepada jangkitan. 

Jangkitan pada buah pinggang yang berulang kali akan menyebabkan kerosakan dan masalah lain pada fungsi buah pinggang. Apabila buah pinggang telah rosak, pesakit terpaksa menjalani dialisis.

Kelemahan atau kegagalan buah pinggang adalah antara punca penghasilan protin berlebihan dalam air kencing.


2. Sakit jantung dan strok (serangan angin ahmar)

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal berkaitan dengan paras kolesterol yang tinggi dan boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menghalang aliran darah yang lancar ke jantung lalu mengakibatkan serangan sakit jantung.

Halangan aliran darah yang lancar ke otak pula boleh menyebabkan strok.


3. Kerosakan mata

Penyakit kencing manis yang tak dikawal boleh merosakkan saluran darah di bahagian mata lalu mengakibatkan masalah kabur, katarak, glaukoma malah boleh menyebakan kebutaan.


4. Kerosakan saraf

Paras glukosa (gula dalam darah) yang tinggi yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan sistem saraf. Ini akan menyebabkan rasa kebas-kebas dan hilang sensasi pada tangan dan kaki.

Kerosakan saraf turut boleh menyebabkan masalah penghadaman, masalah pada saluran kencing, salur darah dan jantung.


5. Masalah kesihatan kulit

Glukosa yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan jangkitan yang lebih kerap pada kulit. Jangkitan seperti bisul dan kudis. Kebanyakan komplikasi pada kulit adalah disebabkan luka-luka yang sukar sembuh disertakan pula kebersihan diri yang tidak sempurna.

Masalah kesihatan kulit boleh diatasi dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.


6. Ulcer kaki (gangren)

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kerosakan saraf dan tisu-tisu pada kaki kerana kekurangan bekalan darah yang membekalkan oksigen. Kebanyakan punca gangren terjadi adalah luka akibat penggunaan kasut yang tidak sesuai dan sebagainya.

Untuk mencegah komplikasi gangren, penjagaan kaki sebagai rutin adalah sangat penting. Ini termasuk pemeriksaan kaki (termasuk tapak kaki), penjagaan kulit, pencegahan dan rawatan (jika cedera) oleh doktor atau jururawat yang terlatih dan sebagainya.

Antara penjagaan kaki bagi elak ulcer kaki ialah:

  • awasi penggunaan air panas sebab kepanasannya mungkin tidak dapat dirasa oleh pesakit kencing manis.
  • potong kuku dengan cermat
  • jangan duduk dengan menyilang kaki
  • Untuk masalah 'callus', sila jumpa doktor supaya dapat dirujuk kepada pakar kulit.


Pesakit kencing manis perlu pastikan patuh pada arahan doktor bagi mengawal gejala kencing manis dan mencegah dari komplikasi yang lebih teruk..

Resveratrol mengawal kandungan glukosa dalam darah dan berupaya merendahkan risiko komplikasi penyakit kencing manis. Terbukti secara saintifik Vivix 10X ganda lebih berkuasa dari resveratrol.


shaklee untuk kencing manis

shaklee untuk kawal kencing manis



Vivix diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan herba knotweed jepun dan dibangunkan oleh saintis. Shaklee telah menjalankan kajian selama bertahun-tahun dan landmark study bagi menguji keberkesanan dan keselamatan Vivix.


Kebaikan Vivix untuk mencegah penyakit kronik


Bagaimana Vivix bertindak dalam mengawal gejala penyakit kencing manis

  • Vivix Shaklee membekalkan campuran fitokimia resveratrol dan polifenol yang berkuasa membentuk pencegahan rintangan insulin, iaitu keadaan dimana tubuh menjadi tidak sensitif terhadap tindakbalas hormon yang mengawal glukosa dalam darah (hormon insulin).
  • Mengawal paras glukosa dalam darah dengan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah.
  • Mengelak kerosakan mata dan menggalakkan penyembuhan luka dengan segera.
  • Mencegah pembentukan protin AGE yang terhasil dari karbohidrat dan gula berlebihan dalam badan. Timbunan protin AGE boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu mekanisme Vivix adalah dengan memperlahankan pembentukan protin AGE ini.



Harga sebotol Vivix ialah RM475.00. GST 6% akan dikira
Untuk order terus dari Shaklee, sila klik pada butang Esell Shaklee berikut. (pembayaran melalui kad kredit/debit)




Kawalan penyakit kencing manis yang baik adalah mementingkan pencegahan dari berlakunya komplikasi. Dengan kata lain, mengawal dari menjadi lebih teruk supaya dapat mencegah perkara seperti terpaksa menjalani dialisis, anggota badan terpaksa dipotong atau pun buta mata.

Vivix membantu kita untuk menjana kesihatan yang lebih baik.


Menangani sakit gout dan cegah dari berulang


Daftar sebagai ahli untuk menikmati lebih banyak banyak faedah dan peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut.




Wednesday, 4 January 2017

Kebaikan Vivix untuk cegah penyakit kronik dan cegah penuaan awal

January 04, 2017 0 Comments
Jana tau, ramai juga yang tertanya-tanya apa kebaikan Vivix ni? Apa yang membuatkan orang tercari-cari Vivix ni? Kenapa ada yang borong berbotol-botol Vivix tiap kali promosi walaupun harganya mencecah ratusan dan ribuan ringgit?

Ramai kawan-kawan facebook jana tanya; apa faedah atau kebaikan VIVIX ni? Dah diorang duk tengok tetiap hari jana duk cerita pasal Vivix. Profile pun pegang Vivix tuu.. bagus sangat ke?




Vivix merupakan minuman botani khas Shaklee yang mengandungi ekstrak anggur muscadine, elderberi, lobak ungu dan japanese knotweed. Bahan utama Vivix iaitu anggur muscadine ialah salah satu buah-buahan semulajadi yang sangat berkuasa tetapi sukar diperolehi. 

  • Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol.
  • Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine mengandungi asid ellagik & elagitanin yang sangat pekat  yang bila digabung dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.




Meh jana cerita sikit dari peringkat paling asas bagaimana Vivix bertindak.

1. Vivix bertindak jauh hingga ke dalam sel. 


Dalam setiap sel tubuh badan kita ni ada mitokondria. Fungsi mitokondria adalah sebagai penjana tenaga dalam sel. Sel-sel yang bertenaga dan sihat akan berfungsi secara optimum. 


kebaikan vivix


Sel adalah binaan asas organ-organ tubuh kita. Termasuk kulit, buah pinggang, otak, pankreas, jantung semua tu lah...

Maka sel-sel yang cukup tenaga dan sihat akan memastikan organ-organ dapat berfungsi dengan tiptop, beri badan rasa cergas, sistem pertahanan tubuh yang kuat dan dapat mencegah penyakit-penyakit kronik.

Kajian telah buktikan, resveratrol dapat tingkatkan mitokondria dalam sel. Vivix membekalkan 100xganda resveratrol dengan 15 polifenol berpaten berbanding produk resveratrol lain di pasaran.



kebaikan vivix

Rajah atas ni menunjukkan mitokondria dalam sel-sel kita. Yang paling kiri, sebagai kawalan biasanya dimiliki oleh orang normal. Yang tengah tu yang ambil resveratrol dari pelbagai sumber. Yang paling kanan adalah mitokondria bagi pengguna Vivix.



2. Vivix bertindak menghalang kerosakan DNA akibat serangan radikal bebas tingkat pengawalan genetik.


Tahukah anda, kekurangan nutrisi dan pendedahan terhadap toksin dari pencemaran alam sekitar boleh menyebabkan kemusnahan DNA. Ia akan melemahkan keupayaan sel-sel untuk menghasilkan tenaga. Akibatnya sel-sel akan mati dan dalam jangka masa panjang boleh menjadi punca kanser.




Sebab tu untuk segala jenis proses penyembuhan, termasuk mak baru bersalin, pesakit yang baru selesai kemo, patah tulang setelah operate masuk besi jana akan suggest Vivix. Banyak kebaikan yang Vivix boleh beri dengan izin Allah.

Mereka yang pentingkan kecantikan dan nak awet muda harus konsisten ambil Vivix. Termasuk mereka yang nak berhenti merokok.

kebaikan vivix


Harga sebotol Vivix rm475.00 termasuk postage.
Join ahli atau borong ketika promosi Vivix untuk lebih penjimatan dan nikmati pulangan tunai.

Bukan sebab jana jual Vivix, jana kata Vivix ni bagus. Tapi sebab jana tau Vivix memang bagus. Jana nak orang buat pilihan yang betul.

Jom dapatkan kebaikan Vivix hari ni dan nikmati kesihatan yang lebih baik bersama keluarga tersayang. Hadiahkan juga Vivix kepada insan tersayang.

Hubungi jana untuk order atau maklumat lanjut.

agen shaklee vivix


Tuesday, 16 February 2016

Manfaat resveratrol dalam vivix untuk kawal penyakit darah tinggi

February 16, 2016 0 Comments
Semalam jana dapat wassap dari seorang lelaki tanya tentang suplemen untuk penyakit darah tinggi. Terkejut betul bila dapat tahu umurnya baru 31 tahun. Muda sangat lagi kan? Zaman sekarang, kita boleh dapat banyak perkara dengan segera dan cepat termasuklah penyakit.. Nauzubillah. Jana pun cerita la kat dia tentang manfaat resveratrol yang ada dalam vivix untuk bantu dia kawal penyakit darah tinggi tu.

Tahukah anda, penyakit darah tinggi boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang, diabetes, strok dan penyakit jantung. Ia boleh menular dengan senyap dalam tubuh tanpa disedari. Tau-tau tumbang masuk wad sebab dah teruk.

Sebab tu penyakit darah tinggi ni diberi jolokan; PEMBUNUH DIAM

penyakit darah tinggi

Fakta:
Lebih 28juta rakyat Malaysia mengalami masalah tekanan darah tinggi 8% dari mereka tidak mengetahuinya. (Sumber: Persatuan Hipertensi Malaysia)

Lebih 43% dari rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi. (Sumber: The National Health & Morbidity Survey, Jan 2010)

Jika tuan berusia 30 tahun ke atas dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tuan mungkin termasuk dalam golongan 43% diatas. Penyakit darah tinggi biasanya tidak menunjukkan simptom awal. Bila dah sampai satu tahap yang bahaya, antara tanda-tanda penyakit darah tinggi ialah;
  • Sering sakit kepala atau pening
  • Jantung berdebar-debar (degupan jantung laju)
  • Rentak jantung tak sekata
  • Lemah atau sering keliru
  • Sakit dada dan nafas pendek
  • Masalah penglihatan

Satu-satunya cara untuk mengesan penyakit darah tinggi dari awal ialah dengan menjalankan pemeriksaan dihospital secara berkala.


Kesan penyakit darah tinggi terhadap organ-organ tubuh

Jantung
Menyebabkan kegagalan jantung berikutan kekurangan aliran bekalan oksigen. Jantung menjadi lemah dan tidak mampu mengepam darah secara efektif. Ini akan mendatangkan risiko yang sangat tinggi untuk dapat serangan jantung.

Jantung yang lemah tidak mampu menghantar oksigen dan bekalan nutrisi keseluruh tubuh dengan baik.

Otak
Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembuluh darah pecah. Paling merbahaya jika salur darah pada otak pecah kerana ia akan menghalang aliran darah yang membawa oksigen dan glukosa ke otak lalu menyebabkan serangan angin ahmar (strok). Serangan strok yang tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kerosakan otak yang berkekalan atau kematian.

Buah pinggang
Tekanan darah tinggi boleh merosakkan salur darah dan penapis pada buah pinggang lalu menyukarkan kerja-kerja untuk menapis sisa buangan. Bahan sisa buangan yang tidak ditapis dan dibuang dengan baik akan berkumpul dalam darah.

Akibatnya, jika pesakit didiagnosis dengan CKD (Chronic Kidney Disease), maka pesakit perlu menjalani dialisis iaitu pembersihan darah untuk seumur hidup atau pemindahan buah pinggang.

Mata
Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dibahagian retina mata.


Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Namun, bagi yang sedang bergelut untuk mengawal dan mengubati penyakit darah tinggi jangan berputus asa. Jangan lupa bahawa setiap penyakit ada penawarnya.

rawatan darah tinggi


Ketahui manfaat resveratrol dalam mengawal dan bantu merawat penyakit darah tinggi.

Didalam meta analisis terkini menunjukkan resveratrol memainkan peranan penting dalam:

  • Menyokong tekanan darah yang sihat dengan mengawal tekanan darah sistolik.
  • Mengurangkan keradangan dan mampu memperbaiki kelancaran aliran darah.
  • Menyokong hormon-hormon yang memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah.
  • Makanan yang mengandungi tinggi kandungan resveratrol turut mengandungi kompoun dan nutrisi seperti antioksidan yang berupaya menyokong kesihatan tekanan darah tinggi.


Vivix adalah suplemen resveratrol yang diketahui sebagai suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee. Bahan-bahan utama Vivix ialah;

vivix shaklee untuk darah tinggi


  1. Anggur muscadine yang kaya dengan asid ellagik berkepekatan tinggi (polifenol) iaitu phyto-nutrient yang tak terdapat dalam mana-mana jenis anggur lain.
  2. Purple Carrot iaitu sumber terbaik vitamin A, dan phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, juga anthocyanins yang bersifat sangat tinggi antioksidan.
  3. Elderberry yang mengandungi flanovoids, vitaminA, B, C dan nutrien seperti asid amino, tannin dan rutin.
  4. Knotweed Jepun yang merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah.


Menurut kajian, vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting proses penuaan pada tahap sel iaitu melindungi kerosakan DNA, mengawal kemerosotan genetik, menjana pengeluaran tenaga oleh sel dan melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products).

Manfaat resveratrol dalam vivix untuk kawal penyakit darah tinggi telah dirasai oleh ramai rakyat Malaysia dan berikut adalah diantara testimoni vivix untuk penyakit darah tinggi





Jika tuan atau ahli keluarga sedang mengalami masalah penyakit darah tinggi, cuba vivix hari ini dan nikmati perbezaannya. Bak kata salah seorang customer jana yang tiap-tiap bulan beli 2 botol vivix; "duit boleh dicari, tapi saat berharga bersama keluarga takboleh ditukar ganti..."

Baca: Vivix bantu lelaki ini berhenti merokok

Vivix berupaya membantu kita meningkatkan kualiti hidup dengan kesihatan tubuh badan dan minda yang optimum.

Jom dapatkan vivix hari ini. Untuk order dengan segera terus dari Shaklee, tekan butang esell berikut

 Order Vivix Disini


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order, promosi YES Twinpack dan maklumat lanjut mengenai vivix




Follow Instragram Jana_Hazana