Monday 24 June 2013

# B-Complex # ESP

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

Antara dambaan setiap wanita adalah untuk kulit yang cantik. Kalau yang berkulit gelap nak jadi cerah, yang putih nak jadi kemerah-merah, yang berkedut nak jadi tegang sehingga ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan melakukan rawatan kecantikan seperti pembedahan kosmetik, mengambil suntikan dan ada juga yang mengambil ubat-ubatan tanpa mengira kandungan bahan kimia yang terkandung. Bukankan kita pernah dikejutkan dengan beberapa berita tempatan tentang kesan negatif yang diperolehi selepas mereka menjalani rawatan kecantikan malah ada yang koma dan meninggal dunia!

Jika anda sedang mencari-cari cara untuk mendapatkan kulit yang cantik, disini ada caranya. Dengan vitamin untuk kulit cantik yang pasti, adalah lebih selamat, 100% halal dan terbukti berkesan.

Produk Shaklee untuk kulit cantik berseri dan awet muda ialah gabungan hebat ESP (Energizing Soy Protien), BComplex dan Vitamin E


vitamin untuk kulit cantik



Jom kita tengok apa kelebihan dan manfaat setiap produk.

1. ESP

Satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 sesuai untuk penghidap kencing manis.

Manfaat;

~ Awet Muda. Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada rahsia awet muda.

~ Keremajaan kulit. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan keserian kulit wajah dan kepejalan otot, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memudarkan parut.

~ Memperbaiki pigmentasi. Mengurangkan masalah rambut beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi kulit, kedutan dan kesan-kesan penuaan.

~ Pembekal tenaga. Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun. Mencegah migraine, insomnia dan tekanan.

~ Membaiki memori. Menguatkan kualiti memori, vitality, dorongan dan ransangan seksual.


2. BComplex

Mengandungi 8 komponen penting vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12 termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang optimum.

Manfaat:

~ Menukar makanan kepada tenaga. Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

~ Melawan tekanan. Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

~ Rambut beruban dan gugur. Memperbaiki masalah kulit kepala seperti kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

~ Mengurangkan masalah keletihan mata.

~ Mencegah anemia. Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, meningkatkan kesihatan kardiovaskular

~ Meredakan senggugut. Melegakan PMS, meredakan keresahan, masalah penghadaman terutamanya mereka yang sedang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

~ Detoksifikasi. Meredakan alahan.


3. Vitamin E

Merupakan vitamin E yang paling lengkap dipasaran dan turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa dan cadmium dan turut tinggi anti oksidan dan melindungi retina.

Manfaat:

~ Melindungi jantung. Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah daripada melekat pada dinding arteri.

~ Anti penuaan. 1 kapsul vitamin E sehari mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan struktur kulit, tona kulit dan mencantikkan otot peha.

~ Tinggi antioksidan. Pengambilan lebih dari 1200IU sehari berkesan melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat serangan radikal bebas.


~ Memperbaiki parut. Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Jom dapatkan Set Kecantikan Kulit ini dengan menghubungi saya

atasi kulit kusam dan parut










No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana