Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts
Showing posts with label Garlic Complex. Show all posts

Friday, 3 August 2018

Penyakit HFMD orang dewasa. Ketahui apa yang perlu dilakukan.

August 03, 2018 0 Comments
Ingat anak-anak bawah 5 tahun aje ke yang boleh terkena jangkitan HFMD? Salah.

Orang dewasa pun boleh terkena jangkitan HFMD. Orang dewasa pun tetap ada risiko terutamanya mereka yang menguruskan ahli keluarga yang sedang dijangkiti HFMD dan mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah.




Dikatakan sekiranya orang dewasa terkena jangkitan HFMD, simptomnya 2kali ganda lebih teruk. Jadi tolong jangan ambil ringan tentang penyakit HFMD ni.

HFMD atau Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah wabak serangan virus jenis coxsackie dan enterovirus. Ia sangat mudah terjangkit melalui cecair badan pesakit seperti bersin, muntah, air liur, najis serta cecair biji-biji gelembung.

HFMD turut boleh berjangkit melalui sentuhan terus permukaan objek yang telah dicemari seperti barang mainan, kerusi makan bayi di restoran, troli pasaraya dan lain-lain.



Simptom HFMD pada orang dewasa

Hari pertama:

Selalunya bermula dengan tekak rasa tak selesa, kurang selera makan atau demam ringan.


Hari ketiga hingga kelima: 

Muncul biji-biji gelembung atau lepuhan pada tapak tangan, kaki serta dalam mulut. Lepuhan ni pada awalnya gatal-gatal akan mula bertukar jadi menyakitkan.

hfmd orang dewasa


Selepas seminggu:

Lepuhan dan kesakitan mula reda secara semulajadi. Walaupun lepuhan dan kesakitan sudah reda, tak semestinya anda telah benar-benar bebas dari HFMD.

Pastikan sepanjang tempoh dijangkiti anda berehat dirumah. Elak dari keluar ke tempat awam atau menziarahi ke rumah orang lain. Beri masa 2 minggu untuk pastikan anda benar-benar sembuh.

Pastikan juga anda mengamalkan kebersihan yang sebaiknya seperti mencuci tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas atau bersin.

Berhati-hati dengan lepuhan yang pecah kerana cecair yang keluar boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain pula.


Jika terkena jangkitan HFMD apa yang perlu dilakukan?

  • Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.
  • Bahagian lepuhan mungkin gatal. Pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek untuk elak luka garu.
  • Berehat sahaja dirumah.
  • Minum air kosong secukupnya
  • Jaga kebersihan. Basuh tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas, bersin atau batuk.
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh tingkatkan sistem imun.




Tingkatkan sistem pertahanan tubuh dengan Set HFMD Shaklee untuk dewasa


hfmd orang dewasa


Vivix

Merupakan minjman botani yang diperbuat dari 4 bahan utama iaitu anggut muscadine, purple carrot, elderberi dan herba knotweed jepun.

Salah satu kebaikan anggur muscadine mengandungi asid ellagik berkepekatan tinggi menunjukkan ciri-ciri antivirus.

Anthocynanins dari ekstrak purple carrot serta elderberi pula menjadikan vivix berkesan sebagai anti radang dan tinggi antioksidan serta berupaya mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


Vita C

Vitamin c yang turut dilengkapi dengan bioflanovoid dimana fungsinya adalah untuk tingkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh kita.

Vita C bantu melegakan keradangan, menentang jangkitan dan melawan radikal bebas. Vita C bantu percepatkan proses penyembuhan.


Garlic Complex

Dibuat dari bawang putih premium, bebas racun perosak ditanam secara organik pada musim panas. Dihasilkan secara eksklusif tanpa haba bagi memastikan kandungan allicin aktif 100% terpelihara.

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan untuk tingkat sistem imun tubuh dan halang penyakit berjangkit termasuk kulat serta yis.



Hati-hati wabak HFMD turut boleh menjangkiti ibu mengandung. Simptom-simptom HFMD mungkin sangat menganggu keselesaan dan sangat menyakitkan.

Ibu mengandung pastikan sentiasa berwaspada dan amalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari dijangkiti penyakit HFMD.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



hfmd orang dewasa


Sunday, 21 January 2018

Set vitamin shaklee untuk asma atau lelah

January 21, 2018 1 Comments
Penyakit asma atau lelah adalah salah satu penyakit sistem pernafasan yang tak boleh diambil ringan. Mesti dirawat dengan cara yang betul dan efektif. Perlukan penjagaan yang rapi.



shaklee untuk asma



Serangan asma terjadi apabila berlaku keradangan pada saluran udara paru-paru. Otot pada saluran udara menjadi kejang. Lapisan dalam dinding saluran pernafasan membengkak dan menebal. Penghasilan kahak yang banyak. Saluran pernafasan jadi sempit.

Akibatnya kesukaran untuk bernafas.

Serangan asma terjadi apabila ada faktor pencetus seperti:
  • Asap rokok
  • Cuaca panas atau sejuk yang melampau
  • Alahan pada habuk, ubat-ubatan, makanan, debunga atau haiwan
  • Pencemaran alam sekitar dan jerebu
  • Tekanan emosi yang kuat
  • Senaman berat


Vitamin Shaklee untuk asma atau lelah ialah

cara mengatasi asma


1. Vivix
Peningkatan asma pada orang dewasa selalunya akibat dari pendedahan terhadap pencemaran alam sekitar. Jutaan serangan radikal bebas merosakkan keutuhan sel dan sistem pertahanan tubuh setiap hari.

Vivix membekalkan sumber antiosidan yang tinggi bagi melawan serangan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh hingga ke peringkat DNA.


2. Omega Guard
Omega 3 bersifat antiradang merendahkan insiden asma kerana ia mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menjadi faktor gejala asma.

Lihat >>  Lagi kebaikan Omega Guard untuk kesihatan


3. Vita C Plus
Tinggi antioksidan yang bertindak memperbaiki tisu-tisu badan, menguatkan sistem pertahanan tubuh dan mengawal keradangan. Vitamin c mencegah 'wheezing', menghalang penghasilan dan merendahkan paras histamine dalam tubuh. Histamine adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila tubuh mengalami reaksi alahan.

Untuk keberkesanan yang maksimum, vitamin c terbaik diambil bersama bioflanovoid.


4. Garlic
Bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Melawan serangan bakteria dan baiki tahap sistem pertahanan tubuh. Bawang mengandungi antioksidan 'quercetin' yang berfungsi menghalang keradangan dan reaksi histamine.


5. B-Complex
Membekalkan 8 kumpulan vitamin B yang membantu meredakan stress. Stress atau tekanan emosi juga merupakan salah satu punca serangan asma.


6. Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Melegakan kontraksi otot salur pernafasan, mengurangkan tahap sensitiviti terhadap bahan alergi dan menambahbaik tahap kesihatan paru-paru.


7. Nutriferon
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang lemah.


Lelaki ini pengidap asma tahap kronik. Apa dah jadi pada beliau setelah amalkan set vitamin shaklee untuk asma orang dewasa? [Video]

Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.



Beliau dah mengidap asma sejak dari kecil. Apabila makin dewasa, inhaler tidak lagi berkesan dengan baik bagi beliau. Tapi setelah konsisten dengan vitamin untuk asma kini beliau tidak lagi bergantung pada inhaler. Kekerapan berulang ke hospital pun dah makin kurang.


Set vitamin untuk asma ni bantu melengkapkan keperluan nutrisi khusus yang selalunya kurang dalam tubuh penghidap asma. Pengambilan mengikut dos yang betul secara berterusan dapat bantu baiki tisu tubuh yang rosak, tingkatkan sistem pertahanan dan sekaligus mengurangkan insiden serangan asma.

Dengan ini, penghidap asma boleh jalani hidup dengan aktif dan sihat.

Penyakit asma bukan penyakit berjangkit namun ia boleh diwarisi turun temurun. Ia boleh dikawal dengan penjagaan kesihatan yang rapi serta nutrisi yang lengkap.


Untuk dapatkan set vitamin Shaklee untuk asma sila klik pada butang order online berikut



=============================================
Atau hubungi

Hazana Binti Hamzah (ID 908814)
Instagram: Jana_Hazana

=============================================


cara merawat asma


Nak beli produk shaklee dengan harga ahli
dan jimat sehingga 25%?
ATAU
Ingin menjana side income dengan shaklee?




Disclaimer: Vitamin Shaklee bukan ubat. Vitamin Shaklee bertujuan untuk tingkatkan prestasi kesihatan

Friday, 3 July 2015

10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks

July 03, 2015 0 Comments
Detoks atau dengan kata lain ialah menyingkirkan toksin bagi membantu kita membersihkan dalaman tubuh. Toksin adalah bahan toksik yang terkumpul yang tidak diperlukan oleh tubuh dan mesti dibuang. Jika dibiarkan tersimpan dalam tubuh lama-kelamaan ia akan menjadi racun dan boleh membawa kemudaratan. Sebab itu lah mengapa tubuh kita sangat perlu untuk detoks. Proses detoks yang baik akan membolehkan segala sisa-sisa lambakan toksin dibuang keluar dari tubuh dengan lancar. Salah satu contoh proses detoks yang baik ialah pembuangan air besar yang lawas.

Atas faktor kurang kesedaran dan pemahaman, ramai yang tak ambil kisah dengan detoks kerana bagi mereka ia tidak penting. Atau ada yang fikir, detoks hanya bagi mereka yang hendak kurus je. Tapi adakah kawan-kawan tahu, toksin adalah antara punca utama kepada kebanyakan masalah kesihatan dan masalah kulit? Detoks dapat membantu kita mengatasinya dengan berkesan.


tanda tubuh banyak toksin


Jika anda ada dalam senarai diatas, itu tanda tubuh anda banyak toksin. Lebih serius jika anda mengalami lebih separuh darinya. Itu tandanya tubuh perlu detoks, maka cepat-cepatlah bertindak. 

10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks

1. Singkirkan toksin dari tubuh

Lambakan sisa-sisa toksin yang terperap dalam tubuh untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan gangguan metabolisme, mempengaruhi kelakuan, sistem imun yang lemah dan boleh mendorong kepada pelbagai penyakit. Bahan toksik seperti rokok, pencemaran alam, bahan kimia penyebab kanser, bahan pengawet, baja kimia, merkuri dan sisa buangan kilang apabila masuk kedalam tubuh manusia, ia akan tersimpan didalam tisu-tisu dan sel seluruh tubuh termasuk otak selamanya selagi ia tidak disingkirkan!

2. Mencegah dari penyakit kronik

Bahan-bahan toksik dari alam sekitar adalah antara punca yang menyebabkan pelbagai jenis kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, strok dan banyak lagi. Tubuh manusia telah dicipta lengkap dengan fungsi detoks, namun disebabkan bebanan yang berlebihan ia mungkin terganggu. Detoks bukan sahaja membantu tubuh untuk membuang sisa-sisa toksin malah membantu tubuh untuk berfungsi secara semulajadi lebih lebih lancar.

3. Memperbaiki fungsi sistem imun

Fungsi imun yang tidak baik akan menyebabkan kita sentiasa mudah dapat demam dan jangkitan selsema, sekaligus akan mempengaruhi kualiti hidup dan produktiviti. Detoks boleh membantu menguatkan fungsi sistem imun dan melawan jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan 

Bahaya bahan toksin ialah ia boleh tersimpan dalam sel-sel tubuh. Maka fungsi semulajadi tubuh untuk membakar lemak akan terganggu. Ini lah yang menyebabkan kegemukan yang menjadi faktor kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Detoks akan menyingkirkan toksin dari sel-sel tubuh dan meningkatkan metabolisme.

5. Memperlahankan proses penuaan

Ramai orang sekarang usia masih muda tapi nampak lebih tua kan? Sebab banyak toksin la tu. Detoks akan menyingkirkan radikal bebas dan logam berat seperti merkuri yang merupakan antara faktor penuaan sebelum waktunya. Detoks bantu meningkatkan penyerapan nutrien termasuk antioksidan dan vitamin.

6. Memperbaiki mutu kehidupan

Tubuh yang sarat dengan toksin tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Detoks boleh mengurangkan tekanan perasaan, mengatasi masalah kesihatan malah boleh memperbaiki daya ingatan dan fokus.

7. Meningkatkan tenaga

Detoks membantu kita untuk tidur dengan lebih berkualiti. Oleh itu sekaligus dapat meningkatkan tenaga dari segi emosi, mental dan fizikal.

8. Mencantikkan kulit

Lambakan toksin akan menyebabkan kulit bermasalah seperti kusam, jerawat dan ekzema. Detoks akan membantu mengatasi jerawat, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri malah boleh bantu kuatkan kuku dan rambut.

9. Mental dan emosi lebih sihat

Tubuh yang sihat turut mempengaruhi mental dan emosi. Mental dan emosi yang sihat boleh membantu kita membuat keputusan dengan lebih bijak, menganalisis dengan lebih tepat dan lebih berfikiran terbuka.

10. Mengembalikan keseimbangan sistem tubuh

Sistem penghadaman, sistem saraf dan sistem hormon adalah berkait antara satu sama lain bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan sempurna dan mencapai kesihatan yang optimum. Jika tubuh penuh dengan toksin, sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan masalah kesihatan. Detoks membantu mengembalikan keseimbangan sistem tubuh dan membolehkan ia berfungsi dengan baik semula.


Tu lah dia 10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks. Detoks adalah sangat penting untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Cara untuk detoks ada banyak, jom semak:

cara untuk detoks

  1. Banyakkan pengambilan serat
  2. Amalkan pengambilan vitamin c. Vitamin boleh merangsang penghasilan glutathione iaitu sejenis komponen hati yang berfungsi menyingkirkan toksin.
  3. Minum air sekurang-kurangnya 3L setiap hari.
  4. Detoks peparu ~ tarik nafas sedalam yang boleh bagi membenarkan oksigen masuk kedalam sistem sepenuhnya.
  5. Elakkan stress
  6. Lakukan sauna bagi merangsang detoks melalui peluh
  7. Bersenam


Selain dari mengamalkan cara untuk detoks seperti diatas, saya sangat syorkan anda untuk mengamalkan vitamin untuk detoks Shaklee supaya proses detoks dapat berjalan dengan lebih mudah dan optimum.

set detoks shaklee


Alfalfa Complex membantu melancarkan proses penghadaman. Ia juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah bau badan, sembelit, sakit-sakit badan dan jerawat. 

DTX Complex khusus untuk memperbaiki fungsi organ hati. Sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, masalah hati, perokok dan mereka yang gemarkan makanan segera. 

Garlic Complex juga boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi selain sangat bagus untuk jantung sihat. Ia melancarkan aliran darah keseluruh tubuh dan membantu detoksifikasi dengan berkesan.


Sekiranya anda sedang mengalami masalah kesihatan atau masalah kulit, cuba mulakan dengan detoks. Detoks tak semestinya untuk orang yang nak kurus je. Detoks adalah kunci kepada hampir semua masalah kesihatan. Pernah terfikir mengapa badan tak kurus-kurus, jerawat tak pernah nak hilang, kulit sentiasa kusam walaupun dah jenuh bersenam, sudah berkoyan-koyan telan suplemen kurus dan sudah makan vitamin Shaklee berminggu-minggu? Bukan sebab vitamin yang tak berkesan tapi sebab tubuh yang tidak mampu menyerap nutrien akibat terlampau banyak lambakan sisa-sisa toksin.

Jom mulakan regim detoks anda hari ini!

Bagaimana nak dapatkan vitamin untuk detoks supaya dapat membantu proses detoks dengan lebih optimum? Dengan hanya RM266.85 termasuk pos anda akan mendapat kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh. Inshaa Allah. Untuk order sila klik pada butang ORDER berikut

 Klik untuk order

Atau boleh dapatkannya dari saya. berserta konsultasi dan nasihat cara makan secara eksklusif. Sila hubungi saya ditalian berikut

pengedar shaklee yang terlatih

Saturday, 22 November 2014

Hilangkan bau badan demi suami tercinta

November 22, 2014 0 Comments
Hilangkan bau badan adalah sangat penting terutamanya bagi kaum wanita. Mengapa? Percaya atau tidak bau badan boleh menjadi faktor kepada kebahagiaan atau punca keruntuhan sesebuah rumah tangga. Apa taknya bila badan berbau busuk sesiapa pun takkan berasa selesa untuk berada berhampiran kita termasuklah suami sendiri. Tiada gunanya berwajah cantik dan bersolek bagai tapi kalau badan berbau busuk. Ingatlah, jangan sampai isu bau badan menjadi punca suami menjauhkan diri. Suami duk jauh sikit takpe lagi, tapi jangan sampai badan berbau menjadi alasan untuk dia berlaku curang! Nauzubillah...

Wahai wanita yang berstatus isteri dan ibu, sayangilah diri sendiri. Sekiranya anda sedang mengalami masalah badan berbau, bertindaklah sekarang. Hilangkanlah bau badan demi suami tercinta..

hilangkan bau ketiak


Punca badan berbau

Selain dari faktor kebersihan punca badan berbau biasanya disebabkan oleh lambakan toksin dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan dengan sempurna. Toksin yang banyak dalam tubuh merupakan punca kepada masalah:

♢ Berat badan sukar turun
♢ Sistem pertahanan tubuh yang lemah
♢ Badan sentiasa lemah dan lesu
♢ Stress
♢ Sering pening/sakit kepala
♢ Kulit berjerawat
♢ Badan berbau busuk termasuk mulut dan peluh


Sekiranya anda sedang mengalami masalah-masalah seperti diatas, ketahuilah bahawa anda sedang mengalami masalah lambakan toksin. Cara untuk mengatasinya adalah dengan detoks.

Bagi wanita faktor masalah bau badan boleh menjadi lebih kompleks setelah mengandung dan melahirkan anak kerana perubahan hormon turut memainkan peranan. Masalah keputihan yang berbau pada alat sulit juga akan menyebabkan keadaan menjadi lebih kronik.

Jika anda sedang mencari cara untuk hilangkan bau badan dengan mudah saya syorkan anda mencuba vitamin Shaklee Alfalfa Complex dan Garlic Complex yang sangat berkesan untuk detoks iaitu meyingkirkan toksin yang menjadi punca badan berbau.


hilangkan bau ketiak


Mengapa Alfalfa Complex dan Garlic Complex

♧ Menyingkirkan toksin dengan berkesan. Melawaskan pembuangan, mencuci usus, mencuci darah, meneutralkan keasidan tubuh, menghilangkan bau badan.

♧ Alfalfa Complex menghilangkan masalah keputihan. Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi untuk mengatasi jangkitan bakteria yang menyebabkan keputihan berbau.

♧ Mengatasi bau ketiak dan kaki yang melampau

♧ Meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mengatasi alahan/alergi


Jangan biarkan masalah bau badan anda menjadikan hubungan mesra antara suami isteri semakin pudar. Nanti bukan suami je yang menjauhkan diri, kawan-kawan pun segan nak berada dekat.  Anda boleh mengubahnya dan pilihan ada ditangan anda sendiri.

Harga untuk vitamin yang boleh bantu hilangkan bau badan ialah RM100.50 sahaja

Bagaimana nak dapatkan vitamin Alfalfa Complex dan Garlic Complex dan hilangkan bau badan yang busuk? Anda boleh order terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut



Atau anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah dan terlatih. Hubungi saya ditalian berikut dan dapatkan konsultasi serta nasihat cara makan secara eksklusif





Monday, 3 November 2014

Khasiat Bawang Putih untuk Kesihatan Seksual Lelaki

November 03, 2014 1 Comments
Percaya kah anda khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki? Jangan tak percaya ye, ini adalah realiti. Lelaki-lelaki dari zaman dahulu kala mengamalkan makan bawang putih mentah untuk menyembuhkan dan menjaga kesihatan seksual mereka dari segi stamina. Maklum la, itu kan lambang lelaki sejati..

So bagi tuan ada masalah berkaitan, sila jangan pandang sebelah mata akan kehebatan khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki. Para isteri jika inginkan suami yang berstamina tinggi dan mampu bertahan lebih lama ketika melakukan hubungan intim, sila pastikan suami puan makan bawang putih setiap hari!


kesihatan seksual lelaki


Bawang putih menstabilkan dan meningkatkan aliran darah ke organ-organ penting terutamanya penis. Dengan aliran darah yang mencukupi, menjadikan ia dapat berfungsi dengan baik. Bawang putih juga meningkatkan libido atau dengan kata lain keinginan untuk melakukan hubungan intim.

Kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Alabama di Birmingham menunjukkan, bawang putih menghasilkan sejenis kompoun yang dikenali sebagai hidrogen sulfida yang bertindakbalas dengan sel-sel darah merah. Tindakbalas antara hidrogen sulfida dan sel-sel darah merah ini menyebabkan pembuluh darah menjadi relaks.

Selain dari menstabilkan aliran darah ke penis, pembuluh darah yang relaks merupakan langkah pertama dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung. Menurut penemuan oleh John Elrod dan David Lefer, phD dari Albert Einstein College of Medicine, Hidrogen Sulfida mencegah kerosakan sel-sel dan tisu jantung yang biasanya terjadi dikalangan pesakit jantung.

Jika tuan merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan kesihatan seksual dan kesihatan menyeluruh, sila jadikan bawang putih mentah sebagai tambahan dalam menu harian anda.


kesihatan seksual lelaki


Bawang putih juga penting untuk kesihatan prostat dengan mencegah kanser prostat, mengecilkan saiz prostat dan melawaskan kencing. Oleh itu, untuk kesihatan menyeluruh mesti ingat untuk makan bawang putih mentah ye....

Bawang putih adalah perkara WAJIB ada dalam dapur rumah saya. Anda bagaimana?

Jika tuan bermasalah untuk makan bawang putih mentah sebab tak sukakan rasa dan baunya atau malas nak buang kulit jangan jadikan ia alasan untuk mengabaikan pengambilan bawang putih untuk kesihatan seksual lelaki dan juga kesihatan menyeluruh. Tak perlu susah-susah, Shaklee Garlic Complex boleh membantu tuan.

Kelebihan Garlic Complex Shaklee
  • Diperbuat dari bawang putih premium yang ditanam secara organik dan bebas dari peracun perosak dan baja kimia.
  • Dihasilkan secara eksklusif dalam suhu bilik untuk menjamin 100% alisin aktif.
  • Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih.
  • 2 tablet membekalkan 1,000mg ekstrak bawang putih tulen yang menyamai 2 ulas bawang putih segar.

kesihatan seksual lelaki


Jangan biarkan masalah kesihatan seksual mengganggu keharmonian rumah tangga tuan. Nikmati khasiat bawang putih untuk kesihatan seksual hari ni dan dalam masa yang sama mencegah penyakit jantung, strok akibat tekanan darah tinggi dan masalah prostat.

Baca: Bahaya Vitamin E dan Alfalfa untuk suami isteri
Baca: Tak sabar nak jadi ayah? Tingkatkan kesuburan lelaki dengan COQHealth



Harga sebotol Garlic Complex hanya RM59.63.
Sebotol mengandungi 60 biji tablet.

Bagaimana nak dapatkan Garlic Complex?
Tuan boleh order segera secara online terus dari Shaklee dengan klik pada butang order berikut.


Pembayaran melalui kad debit/kredit.
Caj pos akan dikira.
Penghantaran dalam masa 1-5 hari bekerja.


Selain Garlic Complex, Vivix juga sangat bagus untuk tingkatkan kelestarian tenaga seksual lelaki. Vivix ialah suplemen resveratrol yang bersifat sangat tinggi antioksidan yang sangat bagus untuk menguatkan organ utama tubuh iaitu jantung.

Jantung yang sihat dan kuat dapat memastikan aliran darah yang optimum seterusnya membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan secukupnya.

Vivix berupaya membaiki sel ke tahap yang paling jauh iaitu DNA. Vivix menjana pembinaan mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel. Kesannya, tubuh badan lebih bertenaga.

Jantung yang kuat, aliran darah yang lancar dan badan sihat bertenaga adalah kunci utama ketahanan lelaki.

tambah tenaga seksual lelaki


Harga sebotol Vivix ialah RM475 (150ml)
Jimat dengan promosi Vivix Twin Pack

Baca: Testimoni Vivix untuk berhenti merokok
Baca: Testimoni Vivix untuk kencing manis

Untuk order Vivix terus dari Shaklee, sila klik pada butang Shaklee Esell berikut (pembayaran melalui kad kredit dan debit). Harga belum termasuk postage dan GST.

tenaga seksual lelaki



Untuk order atau maklumat mengenai Garlic Complex atau Vivix jemput hubungi saya ditalian berikut. Setiap pembelian akan disertakan nasihat cara makan yang berkesan.




Follow Instragram Jana_Hazana