Showing posts with label HFMD. Show all posts
Showing posts with label HFMD. Show all posts

Friday, 3 August 2018

Penyakit HFMD orang dewasa. Ketahui apa yang perlu dilakukan.

August 03, 2018 0 Comments
Ingat anak-anak bawah 5 tahun aje ke yang boleh terkena jangkitan HFMD? Salah.

Orang dewasa pun boleh terkena jangkitan HFMD. Orang dewasa pun tetap ada risiko terutamanya mereka yang menguruskan ahli keluarga yang sedang dijangkiti HFMD dan mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah.




Dikatakan sekiranya orang dewasa terkena jangkitan HFMD, simptomnya 2kali ganda lebih teruk. Jadi tolong jangan ambil ringan tentang penyakit HFMD ni.

HFMD atau Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah wabak serangan virus jenis coxsackie dan enterovirus. Ia sangat mudah terjangkit melalui cecair badan pesakit seperti bersin, muntah, air liur, najis serta cecair biji-biji gelembung.

HFMD turut boleh berjangkit melalui sentuhan terus permukaan objek yang telah dicemari seperti barang mainan, kerusi makan bayi di restoran, troli pasaraya dan lain-lain.



Simptom HFMD pada orang dewasa

Hari pertama:

Selalunya bermula dengan tekak rasa tak selesa, kurang selera makan atau demam ringan.


Hari ketiga hingga kelima: 

Muncul biji-biji gelembung atau lepuhan pada tapak tangan, kaki serta dalam mulut. Lepuhan ni pada awalnya gatal-gatal akan mula bertukar jadi menyakitkan.

hfmd orang dewasa


Selepas seminggu:

Lepuhan dan kesakitan mula reda secara semulajadi. Walaupun lepuhan dan kesakitan sudah reda, tak semestinya anda telah benar-benar bebas dari HFMD.

Pastikan sepanjang tempoh dijangkiti anda berehat dirumah. Elak dari keluar ke tempat awam atau menziarahi ke rumah orang lain. Beri masa 2 minggu untuk pastikan anda benar-benar sembuh.

Pastikan juga anda mengamalkan kebersihan yang sebaiknya seperti mencuci tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas atau bersin.

Berhati-hati dengan lepuhan yang pecah kerana cecair yang keluar boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain pula.


Jika terkena jangkitan HFMD apa yang perlu dilakukan?

  • Dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.
  • Bahagian lepuhan mungkin gatal. Pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek untuk elak luka garu.
  • Berehat sahaja dirumah.
  • Minum air kosong secukupnya
  • Jaga kebersihan. Basuh tangan dengan sabun atau antiseptik setiap kali keluar tandas, bersin atau batuk.
  • Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh tingkatkan sistem imun.




Tingkatkan sistem pertahanan tubuh dengan Set HFMD Shaklee untuk dewasa


hfmd orang dewasa


Vivix

Merupakan minjman botani yang diperbuat dari 4 bahan utama iaitu anggut muscadine, purple carrot, elderberi dan herba knotweed jepun.

Salah satu kebaikan anggur muscadine mengandungi asid ellagik berkepekatan tinggi menunjukkan ciri-ciri antivirus.

Anthocynanins dari ekstrak purple carrot serta elderberi pula menjadikan vivix berkesan sebagai anti radang dan tinggi antioksidan serta berupaya mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


Vita C

Vitamin c yang turut dilengkapi dengan bioflanovoid dimana fungsinya adalah untuk tingkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh kita.

Vita C bantu melegakan keradangan, menentang jangkitan dan melawan radikal bebas. Vita C bantu percepatkan proses penyembuhan.


Garlic Complex

Dibuat dari bawang putih premium, bebas racun perosak ditanam secara organik pada musim panas. Dihasilkan secara eksklusif tanpa haba bagi memastikan kandungan allicin aktif 100% terpelihara.

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan berkesan untuk tingkat sistem imun tubuh dan halang penyakit berjangkit termasuk kulat serta yis.



Hati-hati wabak HFMD turut boleh menjangkiti ibu mengandung. Simptom-simptom HFMD mungkin sangat menganggu keselesaan dan sangat menyakitkan.

Ibu mengandung pastikan sentiasa berwaspada dan amalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari dijangkiti penyakit HFMD.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



hfmd orang dewasa


Thursday, 26 July 2018

Anak kena hfmd. Apa ibubapa harus lakukan untuk mengawalnya?

July 26, 2018 0 Comments
Sekarang musim penyakit HFMD sedang menular di negara kita. Menurut rekod KKM, 35,000 kes telah direkodkan seluruh Malaysia.


cara rawat hfmd

Apa itu HFMD?

HFMD adalah singkatan bagi Hand Foot Mouth Disease atau Penyakit Tangan Kaki Mulut yang berpunca dari jangkitan virus jenis coxsackie dan enterovirus.

HFMD sering tular dikalangan anak-anak kecil berusia 5 tahun ke bawah. Ini kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang untuk melawan serangan virus.

Penyakit HFMD turut boleh menjangkiti kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa yang mempunyai sistem pertahanan badan lemah.


Jom tengok Video ni dulu



Jika anak kena HFMD, apakah yang ibubapa harus dilakukan?

Sebelum tu, periksa anak-anak sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda HFMD. Tanda-tanda HFMD ialah:

  • Demam
  • Meragam
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Muncul biji-biji gelembung pada sekitar mulut, telapak tangan dan kaki
  • Terdapat ulser didalam mulut dan lidah.
  • Kurang selera makan


rawatan hfmd malaysia



Ibubapa perlu alert dengan perubahan serta tanda-tanda HFMD pada anak supaya langkah sewajarnya boleh diambil segera.

Jika anak terkena jangkitan HFMD, berikut adalah 6 perkara yang perlu di lakukan iaitu :

  • Bawa anak segera berjumpa doktor di hospial/klinik untuk dapatkan rawatan.
  • Jangan hantar hantar anak ke pusat asuhan atau sekolah untuk mencegah dari menjangkiti orang lain.
  • Berehat dirumah. Elak dari bawa anak ke tempat awam terutamanya tempat sesak seperti pasaraya, kedai makan, atau menziarahi saudara mara.
  • Amalkan kebersihan. Cuci tangan dengan antiseptik atau sabun setiap kali menguruskan najis, hingus dan blister anak. Tisu yang diguna mesti dibuang dengan cara betul
  • Basuh pakaian, mainan serta perkakasan anak guna sabun pencuci dengan kerap. Elak dari berkongsi dengan orang lain.
  • Anak yang dijangkiti akan mengalami kurang selera makan. Ibubapa perlu pastikan anak tetap makan dan minum air secukupnya.




HFMD sangat mudah berjangkit. Ia boleh tersebar melalui bersin, sentuhan langsung dengan cecair badan pesakit seperti hingus, air liur, cecair dari biji-biji gelembung (blisters) termasuk najis.

Penyakit HFMD juga boleh tersebar melalui permukaan objek seperti pemegang troli pasaraya, barang mainan, kerusi makan bayi dan banyak lagi.



Cara merawat HFMD

HFMD tiada rawatan mahupun ubat khusus ataupun vaksin. Proses penyembuhan hanya bergantung pada kekuatan sistem pertahanan individu untuk melawan jangkitan.

Bagaimana nak membantu melegakan kesakitan anak serta cepat sembuh?

Berikan anak-anak kita Set HFMD Shaklee supaya cepat sembuh dengan membantu tingkatkan kekuatan sistem imun serta sapu krim Herbal Blend.

merawat hfmd malaysia


Fungsi set vitamin ini adalah untuk tingkat sistem pertahanan tubuh anak, beri kelegaan segera serta cukupkan nutrien harian yang diperlukan kanak-kanak.

Mealshakes 
Kaya dengan protin untuk pembinaan sel-sel tubuh serta mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksidan dimana ia berfungsi melawan jangkitan virus. Juga membantu tingkatkan selera makan anak.

Nutriferon 
Merupakan interferon semulajadi hasil dari ekstrak biji labu, bunga safflower, Japan Honeysuckle dan biji Plantago berfungsi mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari.

Omega Guard 
Membekalkan omega 3 tulen dari sumber ikan laut air sejuk berfungsi meningkatkan sistem imun dan bersifat antiradang, bengkak cepat surut.

Vitalea for Children 
Multivitamin kanak-kanak mengandungi 19 vitamin serta mineral untuk kesihatan anak-anak secara menyeluruh.

Krim Herbal Blend
Krim serbaguna dari rumusan herba sage, rosemary, yarrow serta horse chest nut mempunyai ciri-ciri antiradang yang membantu melegakan gatal-gatal dan kesakitan serta menghilangkan biji-biji gelembung dengan lebih cepat.

Sensasi mentol serta bau segar semulajadi membantu menenangkan si kecil.


Baca >> Hilangkan batuk berkahak dan selsema anak-anak dengan cepat


Set shaklee untuk HFMD ini juga sangat membantu dalam mengatasi dan mencegah masalah kesihatan lain seperti ekzema, asma, batuk, selsema, alergi,sembelit dan banyak lagi.


cara kawal hfmd


Kisah penuh testimoni Set HFMD Shaklee


[ HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN PRODUK SHAKLEE ]
.

Assalamualaikum,

Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.
.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.
.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.
.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.
.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.
.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.
.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.
.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. 

Aaminnn. 



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



Monday, 23 July 2018

Tanda-tanda HFMD dan cara mencegahnya yang ibubapa perlu tahu

July 23, 2018 0 Comments
HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot, Mouth Disease atau dalam bahasa Malaysia, Penyakit Tangan Kaki Mulut.

HFMD berpunca dari jangkitan virus diberi nama coxsackievirus (A16) dan enterovirus (EV71). Anda mungkin akan dengar doktor menyebutnya sebagai virus coxsackie.

HFMD selalunya menyerang kanak-kanak kecil berusia bawah 10 tahun.


tanda-tanda hfmd malaysia



Cara penyakit HFMD berjangkit


Penyakit HFMD akan berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair badan seperti hingus, air liur, lepuh serta najis kanak-kanak yang dijangkiti

Penyakit HFMD juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan permukaan atau alat permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Risiko untuk dapat jangkitan HFMD sangat tinggi di pusat penjagaan kanak-kanak serta sekolah termasuk tempat sesak seperti taman permainan dan kedai makan

Orang dewasa juga berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.



Simptom-simptom HFMD


penyakit tangan kaki mulut hfmd




Anak-anak yang telah dijangkiti HFMD akan menunjukkan satu atau lebih simptom-simptom berikut:
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Meragam
  • Ulser didalam mulut serta lidah
  • Ruam atau lepuh pada sekitar mulut, telapak tangan serta kaki. Ada juga muncul pada siku, lutut dan punggung.
  • Kurang aktif
  • Kurang selera makan. Ulser pada mulut menyebabkan kesakitan ketika hendak menelan, Pastikan dia makan dan minum secukupnya.

HFMD akan menyebabkan jangkitan ringan, selalunya akan sembuh dengan sendiri selepas 7 hingga 10 hari.

Walaubagaimanapun, ada juga jangkitan HFMD dari EV71 menyebabkan komplikasi seperti keradangan otak dan jantung.


Cara mencegah dan mengawal jangkitan HFMD

Cara yang terbaik dalam menangani penyakit HFMD adalah dengan mencegah dan mengawalnya dari merebak. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang disarankan:


1. Periksa anak-anak kita sekiranya mempunyai tanda-tanda awal jangkitan HFMD

Sekiranya anak mempunyai tanda-tanda HFMD, terus bawa berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.



2. Pembersihan premis dan saringan

Pengurus pusat asuhan mesti melakukan aktiviti pembersihan premis serta saringan terhadap anak-anak dibawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam "Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah" serta "Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Tangan Kaki dan Mulut"

Semua dokumen rujukan ini boleh didapati di laman web KKM.



3. Elak dari membawa anak-anak ke tempat awam

Sekiranya anak terkena jangkitan HFMD jangan hantar ke pusat asuhan dan sekolah termasuk membawanya ke tempat awam atau melawat rumah saudara mara.

Jika ada baby atau anak kecil usia bawah 10 tahun sebaiknya kurangkan aktiviti luar terutamanya ke tempat yang sesak.



4. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran dilakukan dengan teliti

Amalkan kebersihan mencuci tangan dengan sabun secara kerap. Amalan ini sangat membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD.

Latih anak-anak kita untuk mencuci tangan guna sabun setiap kali selepas menggunakan tandas, sebelum makan serta setiap kali pulang dari tempat awam.


5. Jangan letak tangan dalam mulut

Ajar, kawal dan ingatkan anak-anak supaya tidak memasukkan tangan dan objek ke dalam mulut atau sekitar mulut mereka.


6. Sentiasa bersihkan barang mainan dan permukaan

Basuh barang anak-anak seperti mainan, puting dan lain-lain dengan pencuci yang membunuh kuman. Bersihkan juga permukaan tempat yang mungkin dicemari oleh virus HFMD.


7. Tidak berkongsi minuman, makanan, mainan atau peralatan

Penyakit HFMD sangat mudah berjangkit. Elak sama sekali berkongsi barangan dan makanan anak-anak dengan sesiapa sahaja di pusat asuhan, sekolah atau ditempat awam.


Baca >> Anak kena HFMD. Apa yang ibubapa perlu lakukan untuk mengawalnya





Ibubapa memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam langkah-langkah mencegah serta mengawal penularan HFMD.

Tindakan pantas dalam mengesan, membendung juga mencegah adalah bermula dari rumah. Ini boleh menjauhkan anak-anak dari terkena jangkitan dan menghalang virus dari menjangkiti mangsa lain.





Follow Instragram Jana_Hazana