Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Wednesday, 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Monday, 4 January 2016

Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

January 04, 2016 0 Comments
Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.

mengatasi masalah hati berlemak


Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengalami masalah hati berlemak atau lebih dikenali sebagai fatty liver. Punca masalah hati berlemak dikesan berpunca dari penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.


Di Malaysia, 1 dari 20 penduduk mengalami penyakit berkaitan dengan hati. Tabiat suka makan lewat malam, makan makanan berminyak, tidak bersenam dan merokok adalah antara penyebab. Selain dari faktor gaya hidup, perubahan pada enzim hati yang tidak normal menyebabkan metabolisme tidak seimbang.

Mengenali simptom-simptom hati berlemak pada peringkat awal:
  • Lesu
  • Sering keletihan
  • Hilang berat badan
Simptom-simptom pada peringkat lebih kronik penyakit hati berlemak:
  • Jaundice (demam kuning)
  • Bengkak perut (busung)
  • Kekeliruan
  • Muntah darah
  • Saluran darah dalam esofagus membengkak

Gejala hati berlemak jika tidak ditangani lebih awal akan menyebabkan hati membengkak dan menular menjadi fibrosis seterusnya sirosis dimana fungsi hati akan terjejas dan susah untuk dirawat dan pulih seperti sediakala.

vitamin untuk fatty liver hati berlemak


Menangani penyakit hati berlemak

Cara yang paling berkesan untuk menangani hati berlemak (fatty liver) ialah dengan mengawal gaya hidup kita dan membekalkan nutrien yang secukupnya kepada organ hati.

Liver Aid Program Shaklee menawarkan penjagaan organ hati dengan gabungan eksklusif DTX Complex dan Nutriferon hanya dari Shaklee.


DTX Complex dengan formula yang dipaten mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed), dandelion, articok, kunyit, ling zhi dan schizandra berfungsi:
  1. Menyokong penjanaan semula sel-sel hati
  2. Melindungi hati
  3. Menangani masalah seperti hepatitis dan sirosis
  4. Mengekalkan aliran hempedu
  5. Membantu meningkatkan fungsi hati
  6. Merangsang sistesis protin, tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi dan perlahankan pembentukan toksin

Nutriferon mengandungi ekstrak biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower berfungsi:
  1. Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas imun badan.
  2. Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
  3. Menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj bagi menentang pencerobohan dan memusnahkan virus dan kuman

vitamin untuk hati liver


Mencegah lebih baik dari merawat. Kos mencegah juga jauh lebih rendah dari kos merawat. Ayuh! Atasi masalah hati berlemak dan tingkatkan kesihatan hati anda sekarang.

Macamana nak kawal kolesterol tinggi dengan berkesan
Mengatasi masalah penyakit 3 serangkai

Masalah hati berlemak jika tidak diatasi pada peringkat awal boleh mengakibatkan penyakit hati yang lebih teruk seperti barah hati. Pada peringkat ini organ hati tidak lagi dapat membaiki dan membina sendiri dan rosak. Salah satu cara untuk merawatnya ialah melalui pemindahan hati.

Jom order DTX Complex dan Nutriferon terus dari shaklee hari ini dengan klik butang order dibawah

 Order via Shaklee


Atau jemput hubungi jana ditalian berikut untuk order dan dapatkan konsultasi secara berterusan sepanjang pengambilan vitamin secara percuma.

pengedar shaklee machang


Friday, 3 July 2015

10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks

July 03, 2015 0 Comments
Detoks atau dengan kata lain ialah menyingkirkan toksin bagi membantu kita membersihkan dalaman tubuh. Toksin adalah bahan toksik yang terkumpul yang tidak diperlukan oleh tubuh dan mesti dibuang. Jika dibiarkan tersimpan dalam tubuh lama-kelamaan ia akan menjadi racun dan boleh membawa kemudaratan. Sebab itu lah mengapa tubuh kita sangat perlu untuk detoks. Proses detoks yang baik akan membolehkan segala sisa-sisa lambakan toksin dibuang keluar dari tubuh dengan lancar. Salah satu contoh proses detoks yang baik ialah pembuangan air besar yang lawas.

Atas faktor kurang kesedaran dan pemahaman, ramai yang tak ambil kisah dengan detoks kerana bagi mereka ia tidak penting. Atau ada yang fikir, detoks hanya bagi mereka yang hendak kurus je. Tapi adakah kawan-kawan tahu, toksin adalah antara punca utama kepada kebanyakan masalah kesihatan dan masalah kulit? Detoks dapat membantu kita mengatasinya dengan berkesan.


tanda tubuh banyak toksin


Jika anda ada dalam senarai diatas, itu tanda tubuh anda banyak toksin. Lebih serius jika anda mengalami lebih separuh darinya. Itu tandanya tubuh perlu detoks, maka cepat-cepatlah bertindak. 

10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks

1. Singkirkan toksin dari tubuh

Lambakan sisa-sisa toksin yang terperap dalam tubuh untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan gangguan metabolisme, mempengaruhi kelakuan, sistem imun yang lemah dan boleh mendorong kepada pelbagai penyakit. Bahan toksik seperti rokok, pencemaran alam, bahan kimia penyebab kanser, bahan pengawet, baja kimia, merkuri dan sisa buangan kilang apabila masuk kedalam tubuh manusia, ia akan tersimpan didalam tisu-tisu dan sel seluruh tubuh termasuk otak selamanya selagi ia tidak disingkirkan!

2. Mencegah dari penyakit kronik

Bahan-bahan toksik dari alam sekitar adalah antara punca yang menyebabkan pelbagai jenis kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, strok dan banyak lagi. Tubuh manusia telah dicipta lengkap dengan fungsi detoks, namun disebabkan bebanan yang berlebihan ia mungkin terganggu. Detoks bukan sahaja membantu tubuh untuk membuang sisa-sisa toksin malah membantu tubuh untuk berfungsi secara semulajadi lebih lebih lancar.

3. Memperbaiki fungsi sistem imun

Fungsi imun yang tidak baik akan menyebabkan kita sentiasa mudah dapat demam dan jangkitan selsema, sekaligus akan mempengaruhi kualiti hidup dan produktiviti. Detoks boleh membantu menguatkan fungsi sistem imun dan melawan jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan 

Bahaya bahan toksin ialah ia boleh tersimpan dalam sel-sel tubuh. Maka fungsi semulajadi tubuh untuk membakar lemak akan terganggu. Ini lah yang menyebabkan kegemukan yang menjadi faktor kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Detoks akan menyingkirkan toksin dari sel-sel tubuh dan meningkatkan metabolisme.

5. Memperlahankan proses penuaan

Ramai orang sekarang usia masih muda tapi nampak lebih tua kan? Sebab banyak toksin la tu. Detoks akan menyingkirkan radikal bebas dan logam berat seperti merkuri yang merupakan antara faktor penuaan sebelum waktunya. Detoks bantu meningkatkan penyerapan nutrien termasuk antioksidan dan vitamin.

6. Memperbaiki mutu kehidupan

Tubuh yang sarat dengan toksin tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Detoks boleh mengurangkan tekanan perasaan, mengatasi masalah kesihatan malah boleh memperbaiki daya ingatan dan fokus.

7. Meningkatkan tenaga

Detoks membantu kita untuk tidur dengan lebih berkualiti. Oleh itu sekaligus dapat meningkatkan tenaga dari segi emosi, mental dan fizikal.

8. Mencantikkan kulit

Lambakan toksin akan menyebabkan kulit bermasalah seperti kusam, jerawat dan ekzema. Detoks akan membantu mengatasi jerawat, menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri malah boleh bantu kuatkan kuku dan rambut.

9. Mental dan emosi lebih sihat

Tubuh yang sihat turut mempengaruhi mental dan emosi. Mental dan emosi yang sihat boleh membantu kita membuat keputusan dengan lebih bijak, menganalisis dengan lebih tepat dan lebih berfikiran terbuka.

10. Mengembalikan keseimbangan sistem tubuh

Sistem penghadaman, sistem saraf dan sistem hormon adalah berkait antara satu sama lain bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan sempurna dan mencapai kesihatan yang optimum. Jika tubuh penuh dengan toksin, sistem-sistem ini tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan masalah kesihatan. Detoks membantu mengembalikan keseimbangan sistem tubuh dan membolehkan ia berfungsi dengan baik semula.


Tu lah dia 10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks. Detoks adalah sangat penting untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Cara untuk detoks ada banyak, jom semak:

cara untuk detoks

  1. Banyakkan pengambilan serat
  2. Amalkan pengambilan vitamin c. Vitamin boleh merangsang penghasilan glutathione iaitu sejenis komponen hati yang berfungsi menyingkirkan toksin.
  3. Minum air sekurang-kurangnya 3L setiap hari.
  4. Detoks peparu ~ tarik nafas sedalam yang boleh bagi membenarkan oksigen masuk kedalam sistem sepenuhnya.
  5. Elakkan stress
  6. Lakukan sauna bagi merangsang detoks melalui peluh
  7. Bersenam


Selain dari mengamalkan cara untuk detoks seperti diatas, saya sangat syorkan anda untuk mengamalkan vitamin untuk detoks Shaklee supaya proses detoks dapat berjalan dengan lebih mudah dan optimum.

set detoks shaklee


Alfalfa Complex membantu melancarkan proses penghadaman. Ia juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah bau badan, sembelit, sakit-sakit badan dan jerawat. 

DTX Complex khusus untuk memperbaiki fungsi organ hati. Sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, masalah hati, perokok dan mereka yang gemarkan makanan segera. 

Garlic Complex juga boleh bertindak sebagai antibiotik semulajadi selain sangat bagus untuk jantung sihat. Ia melancarkan aliran darah keseluruh tubuh dan membantu detoksifikasi dengan berkesan.


Sekiranya anda sedang mengalami masalah kesihatan atau masalah kulit, cuba mulakan dengan detoks. Detoks tak semestinya untuk orang yang nak kurus je. Detoks adalah kunci kepada hampir semua masalah kesihatan. Pernah terfikir mengapa badan tak kurus-kurus, jerawat tak pernah nak hilang, kulit sentiasa kusam walaupun dah jenuh bersenam, sudah berkoyan-koyan telan suplemen kurus dan sudah makan vitamin Shaklee berminggu-minggu? Bukan sebab vitamin yang tak berkesan tapi sebab tubuh yang tidak mampu menyerap nutrien akibat terlampau banyak lambakan sisa-sisa toksin.

Jom mulakan regim detoks anda hari ini!

Bagaimana nak dapatkan vitamin untuk detoks supaya dapat membantu proses detoks dengan lebih optimum? Dengan hanya RM266.85 termasuk pos anda akan mendapat kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh. Inshaa Allah. Untuk order sila klik pada butang ORDER berikut

 Klik untuk order

Atau boleh dapatkannya dari saya. berserta konsultasi dan nasihat cara makan secara eksklusif. Sila hubungi saya ditalian berikut

pengedar shaklee yang terlatih

Wednesday, 20 August 2014

10 SEBAB MENGAPA DETOKS SANGAT PENTING UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN

August 20, 2014 0 Comments
Salah satu ciri-ciri orang yang ada masalah toksin ialah bila dia ambil sesuatu suplement untuk kurus atau cantikkan kulit, tempoh masa untuk nampak kesan itu sangat lama atau langsung takde apa-apa kesan malah ada yang masalah jadi lebih teruk. Ada juga yang lain diharapkan, lain pula hasilnya..Contohnya, bagi yang ada masalah jerawat, jerawat tumbuh makin galak...Bagi yang ada masalah berat badan, makin bertambah pulak berat badannya tu..

Toksin adalah bahan kimia atau racun yang terhasil dari makanan yang dimakan, air yang diminum, bahan kimia yang digunakan sepanjang proses penyediaan makanan malah juga terhasil dari udara yang kita sedut termasuk aktiviti merokok.

Toksin akan tersingkir secara semulajadi dari tubuh kita melalui pembuangan najis dan peluh..Tapi oleh sebab faktor usia dan terlalu banyak pendedahan terhadap toksin, tubuh kita juga adakalanya gagal untuk singkir toksin sepenuhnya dan toksin-toksin tersebut akan tersimpan dalam usus, sel-sel dan tisu diseluruh tubuh termasuk otak!

10 sebab mengapa perlu detoks

1. Membuang toksin dari dalam tubuh manusia. Apabila tubuh kita bersih dari toksin, tubuh akan lebih sihat dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Tubuh yang menyimpan toksin lama kelamaan akan terganggu metabolisme, kelakuan, sistem imun dan mudah dapat penyakit..

2. Halang penyakit kronik seperti kanser, penyakit saraf, penyakit jantung dan sebagainya

3. Memperbaiki sistem imunisasi tubuh

4. Bantu kurangkan berat badan. Toksin boleh menganggu kebolehan tubuh untuk membakar lemak secara semulajadi.

5. Melambatkan proses penuaan. Radikal-radikal bebas dan bahan seperti merkuri menyebabkan tubuh cepat mengalami penuaan kerana ia menghalang penyerapan nutrien dan zat-zat dari makanan. Ia juga menggalakkan masalah seperti sakit-sakit sendi, keradangan, sembelit dan stress.

6. Membaikpulih kualiti hidup. Bebas toksin akan menyebabkan tiada masalah sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur, tenaga malah memori juga semakin baik.

7. Tingkatkan tenaga mental dan fizikal. 

8. Mencantikkan kulit

9. Mental dan emosi lebih stabil

10. Sistem tubuh lebih seimbang. Sistem saraf, hormon dan penghadaman dapat berfungsi dengan lebih optimum dan dapat menjamin kesihatan tubuh.


Camana nak detoks?

set detoks shaklee


Shaklee ada set detoks yang berkesan untuk singkirkan toksin. Jika anda adalah seorang perokok aktif dan pasif tegar, atau pesakit yang telah mengambil ubat-ubatan secara berpanjangan amat disarankan amal set ini. Dengan kata lain, detoks mengembalikan keseimbangan dan membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik. Cuci lah dalaman tubuh anda untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Untuk maklumat lanjut atau order boleh hubungi saya disini



COD area; Taman Melati, Gombak, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia via POSLAJU & GDEX



Follow Instragram Jana_Hazana