Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

Set menyusu bantu susu pekat, baby kenyang. Lulus KKM

August 08, 2018 0 Comments
"Tak sangka sejak saya amalkan set ibu menyusu saya jadi macam ni." - Puan A.

Sapa yang amal Set Ibu Menyusu Shaklee dia mesti tau jadi macam mana kan?


Sebelum tu jana nak ucap tahniah buat semua mommies yang berusaha untuk terus menyusu anak walaupun banyak halangan datang menduga. Juga buat daddies yang beri support sepenuh hati untuk isteri tercinta.

Semoga mommies dan daddies terus mencuba dan tidak berputus asa demi menyediakan yang terbaik untuk anak.

Tahniah!

set menyusu breastfeeding shaklee


Sebelum jana explain lebih lanjut tentang set vitamin ibu menyusu ni, jom semak kebaikan-kebaikan penyusuan ibu terhadap bayi dan mommy
.

Kebaikan susu ibu untuk bayi antaranya:
  • Bayi mendapat makanan dan minuman yang paling berkhasiat didunia.
  • Bayi dapat manfaat kolostrum yang sangat kaya dengan antibodi, protin serta vitamin A & E.
  • Sangat mudah dihadam oleh perut bayi.
  • Kurangkan risiko mengalami alahan, jangkitan telinga, penyakit otot
  • Merangsang pembentukan otot muka, bentuk rahang yang lebih baik.
  • Elak masalah sembelit dan cirit birit



Kebaikan penyusuan bayi untuk ibu sebaik bayi lahir hingga umur 2 tahun:
  • Ibu dapat turunkan berat badan dengan cepat elak masalah obesiti
  • Dapat rangsang organ rahim untuk mengecut dengan lebih cepat
  • Bantu rendahkan risiko kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari
  • Tingkat hormon prolaktin dan oksitosin yang bantu mommy rasa tenang.




Tapi kebanyakan dari kita sebagai ibu-ibu menyusu memang tak boleh elak dari mengalami situasi baby mengempeng lama sampai lenguh pinggang kita, susu nampak macam cair walaupun baby dah menyusu lama, bengkak susu, susu sikit tak cukup untuk buat EBM, asyik demam dan kulit nampak kusam.

Itu normal, you are not alone.

Ada cara yang boleh bantu mommies dari elak dan atasi masalah seperti diatas. Disini lah set vitamin untuk ibu menyusu Shaklee memainkan peranan.


Set Vitamin untuk ibu menyusu Shaklee

set menyusu shaklee


1. ESP

Mengandungi Isoflavone sangat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Isoflavone juga membantu melembapkan, menganjalkan, menggebukan kulit serta payudara mommy.

Selain itu, ESP bekalkan protin. Protin merupakan komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Protin sangat baik untuk tumbesaran bayi, bekalkan tenaga tambahan untuk mommy serta bantu mommy mengawal berat serta bentuk badan.

Ibu menyusu perlukan protin 2 kali ganda berbanding ibu-ibu tak menyusu atau ibu hamil.


2. Vitalea

Multivitami jenama Shaklee merupakan multivitamin dari sumber semulajadi bebas dari sebarang pewarna dan perasa tiruan.

Vitalea lengkap dengan zat besi mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh orang dewasa terutamanya ibu-ibu menyusu.


3. BComplex 

Memastikan perkembangan saraf bayi yang sempurna. Juga memelihara kesihatan mulut, mata dan kulit.

BComplex turut mengandungi lengkap 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic yang berfungsi menghasilkan sel darah merah, meningkatkan tenaga dan bantu ibu mengatasi tekanan perasaan.



4. Vita C Plus

Vitamin c mengukuhkan sistem pertahanan badan mommy dan bayi. Ia juga merangsang penghasilan kolagen yang akan bantu menghasilkan kulit yang cantik dan sihat.



5. Alfalfa Complex

Milkbooster yang berfungsi meningkatkan penghasilan susu ibu. Berbeza dengan kebanyakan produk alfalfa di pasaran, Alfalfa Complex jenama Shaklee dihasilkan dari daun-daun alfalfa yang sudah matang. Ia sangat kaya dengan klorofil dan tinggi kandungan serat.

Alfalfa Complex juga membantu ibu-ibu memelihara kesihatan dalaman kewanitaan. Ia mengatasi masalah keputihan, bau badan serta tingkat kualiti seksual.


6. Omega Guard

Membekalkan Omega 3 tulen yang penting untuk perkembangan otak bayi dan memelihara mutu kesihatan otak mommy.

Omega Guard berupaya bantu mommy turunkan berat badan dengan cepat kerana ia membantu dalam mengawal selera makan, tingkat pembakaran lemak dan kawal paras kolesterol sihat.


7. Ostematrix

Bekalkan kalsium dan magnesium untuk perkembangan, kekuatan dan kesihatan otot, tulang serta gigi bayi dan mommy. 

Mommy yang tak cukup pengambilan kalsium dalam diet harian, akan cepat mengalami masalah gigi rapuh, osteoporosis serta kejang otot. Ini kerana kalsium yang tinggi diperlukan dalam penghasilan susu ibu. Jika tidak cukup supply dari diet harian, kalsium akan di serap dari tulang mommy.


8. Lecithin

Bantu atasi masalah bengkak susu. Lecithin bertindak melancarkan susu yang tersumbat dalam duktus payudara.



Set vitamin untuk ibu menyusu sangat lengkap dan sangat sesuai untuk diamalkan secara konsisten. Ia bebas dari bahan kimia berbahaya, tiada bahan pewarna dan perasa tiruan malah diperbuat dari 100% bahan semulajadi.

Set menyusu Shaklee bukan hanya boleh banyakkan susu badan, pekatkan susu tetapi turut beri kesan sampingan lain seperti

  • mencantikkan kulit
  • awet muda
  • badan bertenaga dan cergas
  • jarang demam dan terkena jangkitan



Jana sangat syorkan set vitamin untuk ibu menyusu ini. Ini kerana jana sendiri mengamalkannya. Ramai lagi ibu-ibu diluar sana yang turut mengamalkan set menyusu haklee dan mereka sangat berpuas hati.

Tiada ragu-ragu lagi.




TESTIMONI SET IBU MENYUSU SHAKLEE:

*     *     *


testimoni set menyusu shaklee



PUAN LIYANA UZIR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... :)

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira2 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu.

.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je.

Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...

.

Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. saya kecewa sangat2 sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan..
.

Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis.

Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..
.

Tak boleh jadi ni...
.

Saya google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan.saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...
.

Tu bab susu..
.

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.
.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu.. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni.

Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri..:)

.

Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia...
.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay...
.

Pakej haaa... badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless... semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee... :)

Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan ni.. :)


*     *     *



Set menyusu Shaklee adalah pelaburan yang sangat menguntungkan untuk kesihatan kedua-dua ibu serta bayi. Jika mommy ada masalah nak breastfeeding baby, tolong jangan cepat give up. Ikhtiar cari jalan penyelesaian. Kita support each other.

Set menyusu Shaklee sangat membantu jadikan susu pekat, baby cepat kenyang. Lulus KKM, ada pengesahan halal dari JAKIM. Tak perlu ragu-ragu.


Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================

set breastfeeding shaklee

Tuesday, 7 August 2018

21 jenis makanan milkbooster banyakkan susu ibu

August 07, 2018 0 Comments
Mommy tengah cari cara untuk tambah susu ibu? Bagus tu. Tapi mommy kena ingat, perkara paling penting untuk banyakkan susu ibu ialah mesti menyusukan bayi. Ini syarat paling utama.

Nak rangsang susu keluar mesti susukan bayi.
Nak banyakkan susu mesti susukan bayi.
Nak susu ibu pekat pun mesti susukan bayi.

Sebab menyusu itu sendiri merupakan perangsang susu ibu yang paling mujarab. Fokus untuk baiki cara pegang baby ketika menyusu dan cara baby latch terlebih dahulu ye.



Sebelum mommy skrol kebawah lagi untuk baca tentang makanan untuk banyakan susu badan, WAJIB tengok video ni dulu.

5 tip penting untuk menjayakan dan banyakkan susu ibu. Ikut tip-tip dalam ni Inshaa Allah menjadi.






Bila dah konsisten menyusu bayi baru boleh fokus kepada perkara kedua iaitu makanan milkbooster untuk banyakkan penghasilan susu ibu.

Ini dia senarai teratas makanan milkbooster yang boleh membantu banyakkan susu ibu serta kebaikan-kebaikan lain


1. Oatmeal

milkbooster cara banyakkan susu badan


Oat bukan hanya milkbooster ibu menyusu tapi juga bagus untuk ibu-ibu sejak dari dalam pantang lagi. Oat tinggi serat bagus untuk sistem penghadaman, bekalkan tenaga serta beri rasa kenyang tanpa perlu makan banyak.

Maklum la ibu dalam pantang mana boleh makan banyak. Nanti sembelit susah pula.

Oleh itu, ibu menyusu pastikan oat ada dalam rak dapur anda.


2. Jintan manis

milkbooster tradisional


Tingkatkan kuantiti susu ibu. Dalam masa yang sama mudah dihadam dan sangat membantu meredakan kolik bayi akibat kembung.

Boleh ditaburkan dalam hidangan, atau tambah dalam minuman teh atau susu. Boleh juga dimakan begitu sahaja untuk sensasi menyegarkan.


3. Halba

milkbooster tradisional


Boleh dikunyah begitu sahaja, rebus untuk di minum atau campur dalam nasi. Apa yang pasti rumah akan semerbak bau wangi serta menaikkan selera disebabkan bau macam masak nasi dagang.


4. Betik muda

makanan penambah susu ibu


Sapa suka makan somtam?

Untunglah ibu-ibu menyusu yang suka makan somtam betik muda sebab betik muda juga antara milkbooster tambah susu ibu. Betik kaya dengan protin, vitamin termasuk beta-karotena.

Betik sering digunakan sebagai sedatif semulajadi berupaya bantu berikan ibu rasa relaks dan bantu penyusuan.

Tak semestinya somtam je, ada cara lain lagi untuk makan betik muda ni seperti celur cicah sambal belacan atau masak lemak cili padi.



5. Bayam

cara tambah susu ibu


Mengandungi tinggi zat besi, kalsium dan asid folik. Bayam sangat bagus diamalkan oleh ibu-ibu semasa mengandung, berpantang dan menyusu kerana ia membantu ibu-ibu atasi masalah low hb.

Bayam juga mengandungi bahan yang membantu mencegah kanser payudara serta agen detoksifikasi.

Tapi awas, makan terlalu banyak bayam mungkin boleh menyebabkan cirit-birit pada bayi.


6. Bawang putih

cara tambah susu ibu milkbooster


Boleh dikatakan makanan milkbooster paling bagus untuk banyakkan susu ibu. Bawang putih secara semulajadi mengandungi kompaun kimia yang sangat bagus untuk laktasi.

Kebaikan bawang putih ia berupaya meningkatkan sistem imun serta mencegah kebanyakan jenis kanser.


7. Lobak merah

cara banyakkan susu ibu


Sama seperti bayam, lobak merah juga merangsang laktasi. Ia kaya vitamin A yang meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.


8. Air dan jus buah segar

Bantu banyakkan jumlah penghasilan susu ibu. Air dan jus bantu mengelakkan ibu dari terdihidrasi (badan kering air) dengan menggantikan cecair yang hilang semasa penyusuan.

Sentiasa sediakan air di sebelah ibu menyusu setiap masa.


9. Barli

Bukan sekadar banyak susu ibu tetapi juga bantu elak tubuh kekeringan air.


10. Asparagus

natural milkbooster


Asparagus boleh dikatakan makanan WAJIB bagi ibu-ibu menyusukan bayi kerana selain berfungsi sebagai milkbooster ia juga sangat kaya dengan serat, vitamin A dan K.

Ia bantu rangsang hormon ibu menyusu yang penting untuk proses laktasi.


11. Beras perang

makanan milkbooster susu ibu


Menurut kertas kajian 'Increase Breast Milk Supply with Herbal Galactagogues' terbitan World Journal of Pharmaceutical & Life Sciences, beras perang membantu banyakkan susu ibu.

Ia mempunyai stimulan yang merangsang hormon penyusuan susu ibu.

Beras perang juga bantu beri ibu menyusu tenaga tambahan, tingkatkan selera dan membolehkan ibu makan makanan berkhasiat.


12. Kurma dan aprikot

makanan milkbooster susu badan


Kurma telah pun dikenalpasti sebagai makanan yang sangat berkhasiat. Ia bagus untuk tambah tenaga, mudah dihadam serta banyakkan susu ibu.

Semasa mengandung dan ketika berpantang, ibu-ibu akan mengalami masalah hormon tak stabil. Aprikot kering mengandungi bahan kimia tertentu yang mengembalikan dan mengekalkan paras hormon stabil. Aprikot kaya dengan kalsium dan serat dan bantu banyakkan susu ibu.


13. Ikan

milkbooster yang banyakkan susu badan


Ikan seperti ikan salmon, ikan siakap mengandungi sumber EFA serta Omega 3 yang sangat berkhasiat dan penting untuk ibu menyusu.

Ikan menjadikan susu ibu sangat berkhasiat bagus untuk perkembangan kornea dan otak bayi.


14. Jintan putih

Jintan putih turut bantu tingkat selera makan dan membakar lemak. Ia membantu elak pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut.


15. Susu segar asli

Susu mengandungi kalsium dan EFA. Secara fakta, ibu-ibu menyusu yang minum susu akan membantu elak anak dari mengalami alergi susu lembu.


16. Alfalfa

Alfalfa telah digunakan sebagai herba perubatan sejak berkurun lamanya sering digunakan terhadap haiwan tenusu bagi banyakkan penghasilan susu.

Alfalfa mengandungi sangat tinggi serat, protin termasuk vitamin, mineral dan antioksidan.


17. Kekacang

makanan tambah susu ibu


Kacang seperti almond, cashew nut, macadamia, soya sangat bagus untuk banyakkan susu ibu. Kekacang selalunya kaya dengan Omega 3, vitamin E, protin, serta serat.




Kesemua makanan milkbooster diatas telah diamalkan secara tradisional sejak sekian lama. Ada yang disokong secara saintifik, ada yang tidak.

Walaubagaimanapun amalkan secara optimum jangan sampai berlebih-lebihan.



Mengikut pengalaman jana sendiri, selain dari makanan milkbooster diatas berikut ada beberapa lagi milkbooster yang sangat berkesan mudah didapati;

18. Jantung pisang

19. Sayur sawi

20. Lobak putih

21. Set Ibu Menyusu Shaklee

set ibu menyusu shaklee


Set ibu menyusu Shaklee bantu untuk cukupkan keperluan nutrisi dalam diet harian ibu-ibu menyusu.

Ibu-ibu menyusu bukan setakat perlukan susu badan yang banyak serta pekat untuk bayi tetapi juga perlu memelihara kesihatan dan kesejahteraan diri sendiri.

Kebaikan Set Ibu Menyusu Shaklee
  • Atasi sembelit
  • Atasi kelesuan melampau
  • Atasi bengkak susu
  • Beri badan cergas bertenaga
  • Atasi lenguh-lenguh badan serta kekejangan otot
  • cegah stress sekaligus jauhi meroyan
  • Bantu kawal berat badan
  • Atasi masalah kulit
  • Kuatkan sistem imun


Dan banyak lagi.


Ibu-ibu menyusu perlu ingat, apa yang kita makan akan turut memberi kesan terhadap anak yang disusui.

Jika baik dan berkhasiat makanan itu maka anak juga mendapat faedahnya.

Jika tidak bagus untuk kesihatan seperti tinggi gula, banyak kesan pencemaran seperti logam merkuri, racun dan baja kimia maka anak juga akan dapat akibatnya untuk jangka masa panjang.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


milkbooster susu ibu


Tuesday, 28 February 2017

7 cara untuk tambah darah ibu hamil dan naikkan hb

February 28, 2017 0 Comments
Salah satu perkara yang akan dipantau dengan teliti sepanjang kehamilan ialah paras hemoglobin atau hb. Hemoglobin atau nama singkatannya hb merupakan molekul protin yang terkandung dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh tubuh. Hemoglobin juga berfungsi mengangkut karbon dioksida dari seluruh tubuh kembali ke peparu untuk disingkirkan.

Hemoglobin atau hb dalam paras yang rendah akan menyebabkan kandungan oksigen yang rendah dalam darah. Komplikasi hb rendah (low hb) terhadap ibu hamil dan bayi yang dikandung ialah:
  • Ibu berisiko mengalami kegagalan jantung
  • Ibu mudah pitam
  • Keguguran bayi
  • Ibu berisiko mengalami pendarahan semasa hamil dan bersalin
  • Perkembangan bayi dalam kandungan terbantut (intrauterine growth restriction IUGR)
  • Bayi lahir pramatang
  • Bayi lahir tidak cukup berat (<2.5kg)
  • Bayi meninggal semasa lahir (stillbirth)


makanan untuk naikkan hb dengan cepat



Ketika hamil, lebih banyak darah diperlukan untuk membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan untuk perkembangan janin.


Bacaan normal hb ketika mengandung ialah antara 11g/dl hingga 15g/dl. Jika paras hb jatuh di bawah 11 akan dikira sebagai mild anemia dan jika paras hb lebih rendah daripada 10, ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.


Komponen utama sel-sel darah merah ialah zat besi. Kekurangan mineral zat besi dalam tubuh ibu hamil adalah punca hb rendah dan kekurangan zat besi mengganggu penghasilan sel darah merah.


Oleh itu, cara untuk naikkan hb ialah dengan banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin c dan asid folik.


7 cara untuk tambah darah dan naikkan hb ketika hamil.

1. Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan zat besi. Pastikan setiap hari ibu mengandung mengambil 1 hidangan makanan berikut:
  • Bijirin seperti jagung, oat & barli
  • Buahan kering seperti kismis & kacang almond
  • Sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung & pucuk paku
  • Buah-buahan seperti tembikai, epal
  • Daging merah (lembu dan kambing)
  • Hati ayam
  • Kerang
  • Ikan bilis
  • Kuning telur

2. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi vitamin c untuk meningkatkan penyerapan zat besi. Setiap kali ibu mengandung mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, sebaiknya pastikan turut mengambil bersama makanan yang tinggi dengan vitamin c.
  • Jambu batu
  • Limau
  • Betik
  • Mangga
  • Kiwi
  • Jus buah-buahan segar

3. Elak pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman bercola apabila mengambil makanan tinggi zat besi. Kafein boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam tubuh. Jika perlu, kurangkan atau jarakkan pengambilan kafein sekurang-kurangnya 2 jam.


4. Elak pengambilan makanan tinggi zat besi bersama-sama minuman coklat dan susu kerana kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi. Oleh kerana susu sangat penting untuk ibu hamil, jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 1-2 jam. 


5. Asid folik dan vitamin B12 dari kumpulan vitamin B memainkan peranan penting dalam meningkatkan penghasilan darah dan sekaligus menaikkan hb. Makanan kaya vitamin B adalah seperti pisang, avocado, biji labu, kacang bendi, taugeh.


6. Banyakkan rehat dan minum air kosong secukupnya. Kurangkan aktiviti fizikal.

7. Amalkan vitamin Shaklee untuk naikkan hb iaitu Vitalea, Vita-C & Bcomplex. Set vitamin ini boleh membantu ibu hamil untuk tambah darah dan naikkan hb dengan cepat. Walaupun telah mengambil makanan kaya dengan zat besi, vitamin c dan folik, kita dinasihatkan untuk mengambil vitamin bagi memastikan nutrien yang diperlukan betul-betul mencukupi.

Perlukah makan vitamin walaupun dah makan sayur?



Testimoni naikkan hb dengan vitamin Shakleecara naikkan hb dengan cepat semasa mengandung
Harga Set vitamin Shaklee untuk naikkan hb ialah RM235. Kos pos dan GST 6% akan dikira. Order segera dengan klik pada butang Esell Shaklee berikut. Pembayaran melalui kad kredit/debit.





Hb yang optimum semasa hamil sangat penting terutamanya apabila memasuki trimester ke dua (kandungan 3 bulan keatas) sebagai persediaan bagi proses bersalin. Bagi ibu yang bersalin secara normal, kebiasaannya tubuh akan kehilangan 500ml darah manakala bagi bersalin pembedahan tubuh akan kehilangan 1,000ml darah.

Cara elak luka bersalin lambat sembuh, jahitan czer terbuka semula, berair dan bernanah

Simptom-simptom hb rendah ketika hamil  ialah ialah:
  • Sering letih & lesu
  • Hilang selera makan
  • Pening
  • Kulit & bibir yang pucat
  • Kuku rapuh
  • Nafas pendek walaupun dalam keadaan rehat
  • Degupan jantung meningkat
  • Rasa sejuk pada tangan & kaki

Jika ibu-ibu hamil sedang mengalami hb low, ayuh atasinya dengan segera. Ketahui 7 cara untuk tambah darah secara berkesan dan sekaligus menaikkan hb dengan cepat supaya kesihatan kedua-dua ibu mengandung dan bayi dalam kandungan selamat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut jemput wassap, pm atau sms talian berikut:

naikkan hb dengan cepat semasa mengandung


Daftar sebagai ahli Shaklee hari ini untuk menikmati lebih banyak faedah dan peluang menjana pendapatan sampingan.

Saturday, 18 February 2017

7 punca luka pembedahan czer berair, bernanah dan lambat sembuh

February 18, 2017 0 Comments
Setiap ibu yang bersalin ada risiko yang tersendiri. Ada cabarannya yang tersendiri. Tak kira lah bersalin normal atau bersalin secara pembedahan czer (caesarean). Ketahui 7 punca risiko luka bersalin pembedahan czer berair, bernanah dan lambat sembuh.

Tanda-tanda luka bersalin czer bermasalah:
  • kesakitan teruk pada bahagian abdomen
  • kemerahan pada kawasan pembedahan
  • bengkak/berair/bernanah
  • demam
  • sakit ketika kencing
  • discaj bau busuk melalui vagina
  • pendarahan teruk (pad penuh dalam masa 1 jam)
  • pendarahan yang disertakan ketulan darah yang besar
  • bengkak atau sakit pada kaki




Sebab itulah penjagaan dan pemantauan yang kritikal diperlukan sejak dari hamil untuk pastikan semua proses bersalin berjalan dengan lancar. Hingga lah waktu berpantang, penjagaan dan pemantauan tak boleh diabaikan. Ini adalah untuk elakkan sebarang masalah seperti meroyan, luka bersalin lambat sembuh malah kematian mengejut ibu baru melahirkan anak.

Paling kerap kita dengar ialah luka bersalin czer yang lambat sembuh, luka jahitan terbuka, berair, bernanah, masih sakit walau parut dah lama.



7 punca risiko luka pembedahan bermasalah seperti lambat sembuh, berair dan bernanah:
  • Sejarah penyakit kencing manis. Antara komplikasi penyakit kencing manis ialah luka sukar untuk sembuh. Sedangkan luka kecil pun boleh berlarutan ini kan pula luka pembedahan bersalin.
  • Gangguan imun seperti penyakit HIV
  • Obesiti
  • Faktor pemakanan dan kurang nutrisi dimana keperluan tubuh terhadap vitamin, zat & mineral untuk proses penyembuhan tak mencukupi. Sesetengah makanan pula boleh mencetuskan tindakbalas yang mengganggu proses penyembuhan luka.
  • Kebersihan yang diabaikan boleh menyebabkan pembiakan bakteria di kawasan luka.
  • Faktor fizikal seperti kurang bergerak atau pergerakan terlebih lasak. Sewaktu batuk atau bersin bahagian perut perlu ditampung. Bongkokkan sedikit badan dan gunakan selimut tebal yang dilipat kecil atau bantal untuk menampung bahagian perut.
  • Penggunaan steroid untuk jangka masa panjang (sebelum hamil)

Masalah luka bersalin czer lambat sembuh, bernanah atau jahitan terbuka bukan sahaja menyebabkan kesakitan yang amat tetapi juga turut boleh mempengaruhi kestabilan emosi ibu dalam pantang yang boleh mengganggu penyusuan. Ia akan menyebabkan trauma dan perlu diatasi dengan segera.

Bersalin secara pembedahan juga boleh mendatangkan risiko pembekuan darah.

Luka bersalin pembedahan atau caesarean cepat sembuh dengan Vivix.

Bagi yang mengalami masalah luka bersalin pembedahan lambat sembuh iaitu berair dan bernanah, disarankan mengambil Vivix Shaklee beserta Set Berpantang Shaklee.






Vivix membekalkan resveratrol dan polifenol yang berkuasa meningkatkan kekuatan sistem pertahanan tubuh, menjana tenaga dari peringkat sel serta memperbaiki dan melindungi sel-sel yang rosak.

Vivix bersifat tinggi antioksidan dan antibakteria yang menggalakkan tubuh melawan sebarang jangkitan. Vivix juga bersifat antiradang yang membantu memgurangkan kesakitan, mengurangkan bengkak.

Vivix diperbuat dari 4 bahan semulajadi utama iaitu;
1. Anggur Muscadine
2. Elderberi
3. Lobak Ungu
4. Japanese Knotweed


Apa itu Vivix? < Baca untuk lebih info tentang Vivix


Set Berpantang Shaklee Premium

Set Berpantang Shaklee sangat berkesan dalam bantu ibu-ibu dalam pantang elak stress, beri tenaga, elak sembelit & bantu proses penyembuhan luka luaran dan dalaman secara optimum. Set Berpantang Shaklee juga mesra penyusuan ibu. Banyakkan susu badan dan mesra bayi.





Kebaikan Set Berpantang Shaklee Premium:
  • Bekalkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan ibu berpantang dan dalam masa yang sama menyusu bayi.
  • Luka bersalin cepat sembuh luaran dan dalaman.
  • Atasi masalah sembelit
  • Badan ibu berpantang bertenaga dan elak kelesuan.
  • Bantu menstabilkan emosi ibu-ibu berpantang sekaligus dapat atasi stress dan elak meroyan.
  • Mengatasi kekurangan kalsium dan zat besi yang telah hilang dengan banyak sewaktu proses bersalin.
  • Penyusuan ibu lebih meriah dan lancar terutamanya bila disertakan dengan teknik-teknik yang betul

Baca:
Ketahui 11 risiko meroyan dikalangan ibu berpantang


Sewaktu dalam pantang adalah waktu paling kritikal untuk ibu-ibu sembuh dari segi emosi, mental dan fizikal. Masa yang diperlukan untuk betul-betul sembuh amat panjang.

Pengalaman jana sendiri masa bersalin kali pertama, area czer masih sakit dan kebas walaupun anak dah umur setahun lebih. Lain sungguh kesannya untuk kali kedua dan ketiga sebab jana berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.

Jika ibu nak kembali slim, cantik dan cergas dalam masa yang singkat, jaga betul-betul luka pembedahan atau luka bersalin semasa dalam pantang lagi. Jaga nutrisi biar cukup untuk jamin kesihatan fizikal dan mental.

Tak usah ragu-ragu dengan Set berpantang Shaklee.





Daftar sebagai ahli untuk nikmati lebih banyak faedah termasuk penjimatan dan pulangan tunai serta peluang menjana pendapatan sampingan secara online bersama Shaklee.

Wassap Jana di 017-312 5484 untuk maklumat lanjut mengenai Set Berpantang Premium Shaklee atau Vivix untuk luka bersalin pembedahan agar cepat sembuh..




Wednesday, 16 November 2016

10 tanda-tanda awal kehamilan

November 16, 2016 0 Comments
Kenalpasti tanda-tanda awal kehamilan supaya kita boleh bertindak dengan segera apa yang perlu dibuat pada awal kehamilan. Kita juga boleh ambil langkah-langkah untuk berjaga-jaga. Maklum lah, kadang-kadang tu sebab tak tau pun sedang hamil, taram juga buat aktiviti yang kurang sesuai. Akibatnya mungkin boleh berlaku keguguran. Nauzubillah...

Setiap pengalaman tanda-tanda awal kehamilan berbeza pada setiap individu ye. Tak semestinya exactly serupa. Ada yang langsung takde tanda-tanda awal kehamilan. Ini Jana kongsi yang kebiasaannya dialami sahaja. Mungkin ada sedikit perbezaan.

tanda awal mengandung


10 tanda-tanda awal kehamilan

1. Mabuk & muntah-muntah. Kebanyakan wanita akan mula alami morning sickness bermula 6 minggu kehamilan. Mungkin lebih awal. Ia boleh terjadi pada waktu pagi, tengahari atau petang. Morning sickness akan makin reda bila masuk trimester kedua.

Tips: Jangan biarkan perut kosong atau terlalu penuh. Sediakan snek bernutrisi sebagai kudapan. Amik Peppermint Ginger untuk legakan loya.



2. Mudah letih & lesu. Itu menandakan perubahan paras hormon yang mendadak. Kebanyakannya akan berlarutan sepanjang trimester pertama tetapi makin ok bila masuk trimester seterusnya.

Tips: Banyakkan rehat. Pastikan tidur yang mencukupi, kurangkan minuman bergula, banyakkan minum air kosong dan makan makanan yang bernutrisi.



3. Sakit payudara. Payudara rasa bengkak dan tak selesa. Aerola juga lebih gelap.

Tip: Pakai bra yang boleh menyokong payudara dengan baik dan selesa (termasuk pada waktu tidur jika perlu)



4. Mudah mengah/nafas pendek. Ini berlaku sebab janin yang sedang membesar perlukan banyak oksigen lalu membuatkan ibu termengah-mengah. Perkara ni mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan terutamanya bila kandungan makin besar dan menghimpit paru-paru dan diafragma.

Tip: Pakai pakaian yang longgar. Jika perlu berjalan kaki dalam jarak jauh, ambil masa dan berhenti berehat sebentar.



5. Kerap kencing. Apabila mengandung tubuh secara sendirinya akan menghasilkan cecair tambahan, ini menyebabkan pundi kencing perlu bekerja dengan lebih kuat.

Tip: Teruskan pengambilan air kosong yang mencukupi.



6. Mengidam. Jika tetiba tekak nak makan yang masam-masam je, atau tetiba makanan kegemaran bertukar jadi tidak lagi digemari itu mungkin tanda-tanda awal kehamilan.

Tip: Berpada-pada terhadap pengambilan makanan tinggi garam/gula/asid sitrik. Kita tak nak nanti dapat efek lain pula.



7. Peubahan mood yang mendadak. Bila perkara kecil pun mula jadi isu, terlalu sensitif, mudah marah atau mudah ketawa itu juga antara tanda-tanda awal kehamilan. Ini kerana tubuh sedang bertindakbalas dengan hormon baru.

Tip: Beritahu suami & orang terdekat akan situasi sebenar. Mereka mungkin memahani.



8. Pening & pitam. Rendah gula dalam darah atau perubahan tekanan darah menyebabkan kita rasa pening dan pitam.

Tip: Jaga pemakanan, pastikan cukup makan makanan bernutrisi dan pastikan minum air yang mencukupi.



9. Tompok darah kecil. Biasanya warna coklat atau coklat cair dan lebih awal dari tarikh period yang sepatutnya. Ini kerana telur yang telah bersenyawa sedang dalam proses untuk menempel pada dinding uterus lalu menyebabkan sedikit pendarahan.



10. Haid tak datang. Bagi yang haid dia memang regular setiap bulan, ini adalah petanda awal kehamilan yang paling nyata. Ini kerana telur telah pun disenyawakan dan ia sedang dalam proses untuk berkembang jadi janin.




Jika puan ada salah satu atau beberapa tanda di atas, jangan panik. Bertenang dan jom semak apa yang perlu dilakukan jika ada tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas?

1. Dapatkan kit pemeriksaan kehamilan (UPT kit) untuk kepastian. 2 garisan untuk keputusan positif. Boleh didapati di mana-mana farmasi.

tanda awal mengandung


2. Cuba berehat buat sementara dari aktiviti-aktiviti lasak yang cenderung membuatkan kita terjatuh.

3. Untuk keselesaan, tukar dari kasut bertumit tinggi ke kasut bertapak rata.

4. Berhenti terus dari menghisap rokok dan mengambil alkohol.

5. Buka buku merah di klinik-klinik ibu berhampiran untuk dapatkan pemeriksaan berkala. Pada pengalaman Jana, bagi klinik kerajaan biasanya usia kandungan 2 bulan lebih baru boleh buka buku merah. Bagi klinik swasta, tak kisah.

6. Mula ambil vitamin untuk pastikan ibu dapat nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan dan perkembangan janin.


Sesetengah ibu mengalami tanda-tanda awal kehamilan yang sangat teruk. Keletihan yang melampau, morning sickness yang teruk dan berterusan. Ada juga yang bergelut dengan masalah migrain, gastrik dan sembelit.

Set vitamin ibu hamil Shaklee amat disarankan. Vitamin dibuat dari 100% bahan semulajadi yang tinggi daya serap dan dijamin selamat.

vitamin ibu mengandung

Klik pada butang order berikut untuk terus order set vitamin ibu hamil melalui Shaklee Esell (kad kredit/debit diterima). Harga Set Hamil Shaklee RM582 sahaja.
.
 Order disini


Kekurangan zat nutrisi semasa hamil boleh mengganggu perkembangan fizikal dan otak sihat janin.

ESP membekalkan protin berkualiti tinggi untuk pembinaan sel-sel organ yang sihat dan sempurna. Jantung, otak, hati dan kulit adalah binaan sel.

Omega Guard membekalkan omega 3 tulen yang lengkap termasuk DHA, EPA & ALA yang penting untuk otak dan retina.

Bcomplex membekalkan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic semulajadi yang sangat penting untuk pembinaan saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folic boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami kecacatan.

Vita C Plus SR membekalkan 553mg vitamin c & bioflanovoid yang penting untuk kuatkan imun ibu, cantikkan kulit dan menguatkan dinding salur kapilari darah. 1 biji vita c plus bersamaan dengan 7 biji oren.

Ostematrix membekalkan kalsium yang dilengkapi dengan magnesium untuk tingkat penyerapan kalsium dalam tubuh. Penting untuk perkembangan tulang dan otot bayi. Dalam masa yang sama bantu ibu atasi kekejangan otot, sakit-sakit badan dan atasi sembelit. 1 biji Ostematrix bersamaan 250mg kalsium, sama seperti segelas susu.

Vitalea ialah multivitamin membekalkan 24 galian zat mineral dari sumber semulajadi yang diperlukan tubuh termasuk zat besi. Zat besi penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.


Antara pengguna Set vitamin ibu hamil Shaklee

tanda awal mengandung



Jika puan ada tanda-tanda awal kehamilan sebagaimana diatas, Jana nak ucapkan tahniah. Selamat menempuh alam kehamilan yang sangat indah ini.

Jangan lupa untuk ambil langkah seterusnya dan amalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil.

Untuk lebih info mengenai produk atau berminat nak buat pendapatan sampingan dengan Shaklee, jemput hubungi Jana ditalian berikut

set vitamin untuk ibu hamil shaklee

Follow Instragram Jana_Hazana