Showing posts with label Vitamin Untuk Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Untuk Pelajar. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

Vitamin untuk otak supaya kuat daya ingatan, mudah fokus dan minda cerdas

December 19, 2017 0 Comments
Otak adalah antara organ yang paling penting untuk berfungsi secara optimum dalam tubuh manusia. Ia digunakan untuk berfikir, mengingati, mempelajari sesuatu malah mengawal kebanyakan fungsi organ, motor, hormon dan sebagainya.



Sangat penting untuk memastikan otak kita sentiasa berada dalam keadaan sihat optimum dan berfungsi dengan baik.

Namun disebabkan faktor tertentu, tahap fungsi otak boleh terganggu dan menjadikan fungsi otak lemah, sukar fokus, mudah lupa dan keliru. Lebih menakutkan, keupayaan otak merosot. Antara faktor tersebut ialah:
  • Faktor gaya hidup yang terlalu sibuk
  • Stress
  • Merokok
  • Ketagih alkohol
  • Kurang tidur
  • Kurang nutrisi
  • Usia


Vitamin yang terbaik untuk otak supaya dapat berfungsi secara optimum, kuat daya ingatan, mudah fokus dan tingkat kecerdasan minda ialah Vivix dan Omega Guard.



Vivix menyokong kesihatan otak dengan melambatkan proses penuaan dengan mencegah dan kurangkan pengumpulan protin AGE dalam sel. Vivix meningkatkan paras tenaga dalam sel-sel organ otak dengan meningkatkan jumlah mitokondria sihat. Vivix juga melindungi dan mempertahankan keutuhan genetik dari serangan radikal bebas.

Kandungan utama Vivix iaitu anggur muscadine, eldeberi, lobak ungu dan knotweed jepun yang kaya dengan polifenol menjadikan ia sangat tinggi antioksidan, antiradang dan antiviral yang kuat.

Vivix dapat mencegah pembentukan plak amiloid yang boleh menghalang sel-sel otak dari berhubung.

Lihat >>> Kebaikan Vivix untuk kesihatan


Omega Guard membekalkan omega 3 yang lengkap dengan asid lemak termasuk DHA dan EPA. Asid lemak omega 3 diekstrak dari ikan laut air sejuk dari perairan negara Jepun dan dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini.

DHA adalah nutrien utama otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, membantu dalam memelihara kesihatan mental termasuk mencegah kemurungan, anxiety dan insomnia.

1 tab Omega Guard membekalkan 905mg DHA & EPA tulen.

Lihat >>> Vitamin terbaik untuk anak-anak yang bakal hadapi peperiksaan utama



Harga Vivix rm503.50 (150ml)
Harga Omega Guard rm144.43 (90tab)

Order vitamin untuk otak Shaklee secara online dengan klik pada butang order berikut.


Penghantaran ke seluruh Malaysia. 1-4 hari bekerja.
Setiap pembelian vitamin melalui entry ini akan disertakan dengan nasihat cara makan yang betul serta tip-tip eksklusif bagi memastikan anda dapat kesan yang optimum.



Bagi anda yang sedang dalam usaha menyiapkan thesis universiti, menghadapi peperiksaan penting atau terlibat dalam projek yang memerlukan kecerdasan otak tahap optimum, atau mereka yang mudah lupa dan hilang fokus dalam urusan harian, vitamin untuk otak Shaklee memang sangat membantu.

Cuba lah Vivix dan Omega Guard hari ini dan rasai perbezaannya.

Sebarang pertanyaan sila wassap jana di link berikut
http://janahazana.wasap.my/




Nak beli Shaklee dengan harga ahli?
ATAU
Jana pendapatan sampingan dengan
modal rendah dan bimbingan terbaik?


Tuesday, 13 October 2015

Anak ketagih tengok tv, 5 tip ibubapa boleh buat untuk menanganinya

October 13, 2015 5 Comments
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terlalu banyak menonton tv boleh mengganggu proses tumbesaran otak mereka yang sedang kritikal ketika itu. Jana akui, Hazim & Haziq pun tengok tv bermula dari kecil. Masa tu jana duk dengan diorang je kat rumah, senang nak tinggal sekejap pergi tandas ke pergi solat ke bila letak depan tv. Tv jadi pengasuh sambilan.

Lama-lama dah jadi tabiat. Makin besar jadi makin ketagih tengok tv. Belum lagi masuk bab tingkahlaku yang kasar, meniru aksi-aksi dalam cerita kartun dan susah nak tumpu perhatian ketika belajar. Sekarang, yang lebih teruk hanya sebab tv boleh bergaduh. Berebut remote, berebut rancangan tv.

atasi masalah anak kuat tengok tv


Menurut kajian yang dijalankan di Jepun, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton tv iaitu melebihi 2 jam sehari boleh menyebabkan perubahan pada struktur otak. Menerusi ujian MRI, lagi banyak kanak-kanak itu menonton tv lagi banyak warna kelabu terbentuk di frontopolar cortex iaitu bahagian depan otak. Bahagian ini berkaitan dengan kebolehan pertuturan dan IQ manusia. Akibatnya kanak-kanak akan mengalami lemah daya pertuturan.

Kesan negatif lain terhadap anak ketagih tengok tv ialah;
  • Boleh menyebabkan masalah mata
  • Melemahkan daya pemikiran dan intelek
  • Berisiko untuk terlalu banyak makan (obesiti) atau tidak lalu makan langsung
  • Masalah kurang daya sosial. Kurang bergaul dengan orang sekeliling, kurang empati dan lebih teruk menyebabkan tiada keyakinan diri

Tak dinafikan melalui tv banyak juga yang anak-anak kita boleh belajar namun pendekatan lain perlu diambil berat supaya tv hanya membawa kesan yang baik-baik aje terhadap anak-anak kita. Contohnya berkomunikasi dalam bahasa inggeris, belajar nilai-nilai murni dan banyak lagi

5 tip atasi tabiat anak ketagih tengok tv yang boleh dibuat oleh ibubapa. Biar mengamuk sekarang, jangan rosak dikemudian hari..tak paham takpe..hehehe

1. Hadkan waktu menonton
  • Dekat tempat menonton tv penuhkan dengan barang yang tiada skrin contohnya buku & majalah kanak-kanak, buku aktiviti, barang permainan, puzzle buku & pensil mewarna. Ini akan mengalihkan perhatian anak-anak dari tv.
  • Elakkan dari letakkan tv dan komputer dalam bilik tidur.
  • Tutup tv pada waktu makan.
  • Jangan benarkan anak-anak buat kerja sekolah depan tv. Sebaiknya tutup tv.
  • Jangan jadikan waktu menonton tv sebagai hak mutlak anak-anak. Latih mereka supaya waktu menonton tv adalah sebagai upah kepada sesuatu tugas yang telah diselesaikan dengan baik. Tak menolong ummi abah, takleh tengok tv.....

2. Sekatan waktu menonton tv pada hari-hari tertentu contohnya pada hari sekolah. Masa yang terluang selepas waktu sekolah boleh diisi dengan aktiviti lain seperti siapkan kerja-kerja sekolah, beriadah bersama keluarga atau buat kraftangan.

3. Ibu bapa sebagai rolemodel mesti tunjukkan contoh yang baik. Hadkan waktu menonton rancangan kegemaran. Jangan jadi macam mak ketam ajar anak berjalan...

4. Sentiasa ajak anak-anak untuk buat aktiviti yang menyeronokkan pada waktu lapang sebagai alternatif menonton tv. Masak kek, melukis, main boardgame, belajar taekwondo, beriadah di taman bersama keluarga dan sebagainya.

5. Buat jadual menonton tv setiap minggu. Rancangan apa, waktu bila. Pastikan tv ditutup selepas rancangan tamat.



Anak-anak kita, kita lah yang menentukan coraknya. Biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Bak kata orang-orang lama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jangan dah jadi buluh baru nak lentur, boleh patah buluh tu nanti. Kita jugak yang tercedera.

Sayang anak jangan dibiarkan mereka buat sesuka hati. Nak taknak, walaupun kita kepenatan, tak cukup masa nak layan anak-anak jangan sampai tv mengambil alih kasih sayang anak-anak terhadap kita. Jangan biarkan anak ketagih tengok tv. Dari kecil la kita nak latih jadi insan yang berguna dan bertanggungjawab boleh diharap.

Sekiranya anak kita ketagih tengok tv, suka sangat tengok tv sampai tak ambil peduli keadaan sekeliling, berwaspadalah. Kita tak tau kesan buruk tu lama-lama akan merosakkan mereka. Amik langkah pendekatan yang sewajarnya.

Baca: Vitamin untuk bantu pelajar skor A 
Baca: Cara mudah dan selamat untuk atasi masalah batuk berkahak pada anak-anak

Salam sayang, 
Jana


Wednesday, 27 August 2014

VITAMIN TERBAIK UNTUK PELAJAR HILANGKAN MENGANTUK DAN TINGKAT PRESTASI PEMBELAJARAN

August 27, 2014 0 Comments
Bagi pelajar tak kira lah peringkat sekolah rendah ke, universiti ke perkara paling penting yang mesti dijaga ialah kecerdasan minda dan kesihatan fizikal. Minda yang kurang cerdas akan menyebabkan gejala kurang fokus dalam pembelajaran, mudah hilang tumpuan, lemah daya ingatan dan sering mengantuk ketika dalam kelas..Kesihatan fizikal juga amat penting kerana ia boleh mempengaruhi otak dan daya pemikiran..fizikal yang lemah menyebabkan mudah letih, penat, lesu, stress, mudah demam dan selsema, migrain dan kurang bersemangat..

vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk


Antara punca utama mengantuk dalam kelas ialah faktor pemakanan antaranya tidak mengambil sarapan pagi yang berkhasiat. Sarapan pagi yang berkhasiat amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan. Gemar memakan jajan atau 'junk food' boleh menganggu kadar bekalan oksigen ke otak. Oleh itu ia akan menyebabkan otak kurang cergas dan lemah daya ingatan. Tabiat tidur lewat malam juga menjadi punca mengantuk dalam kelas.

Sebagai pelajar, kalau boleh tak nak mengalami perkara-perkara diatas ye...Mesti sentiasa sihat, cergas dan cerdas baru boleh cemerlang, cerah masa depan..Vitamin minda terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran boleh bantu pelajar supaya badan sihat otak cerdas adalah set vitamin yang membantu menyihatkan badan, tingkatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak.


suplemen untuk pelajar


BComplex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu termasuk 100% biotin dan asid folik yang sangat penting untuk saraf tunjang dan pengeluaran tenaga. Ia juga bagus untuk mata dengan tingkatkan kualiti penglihatan dan elak mata letih..

Omega Guard mengandungi 98% lemak Omega-3 yang membekalkan DHA, EPA dan ALA yang sangat penting untuk sel-sel otak berhubung.  Mereka yang mengamalkan Omega Guard nyata mempunyai daya ingatan, daya tumpuan yang lebih tinggi dan daya penyelesaian masalah yang lebih cekap.

ESP membekalkan protin yang lengkap dengan vitamin dan mineral termasuk kalsium yang penting untuk keperluan tubuh. Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh.

Kelebihan lain bagi vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran selain dari untuk badan sihat dan minda cerdas adalah ia boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Bila badan cergas dan bertenaga maka kita mudah bangun pagi dan tiada masalah sering mengantuk dalam kelas..

Baca: Cara atasi badan lesu dan lemah


Hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran dengan vitamin bermula hari ni. Bertindaklah sekarang. Dapatkan vitamin terbaik untuk pelajar hilangkan mengantuk dan tingkat prestasi pembelajaran ini dari saya dengan menghubungi saya ditalian berikut

vitamin untuk pelajar


Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesa via POSLAJU & GDEX




Follow Instragram Jana_Hazana