Monday, 13 October 2014

# Al-kisah

Percutian idaman saya..

Selain menziarahi tanah suci Mekah, percutian idaman saya ialah menikmati suasana indah damai yang sejuk lagi nyaman dengan pemandangan indah penuh bunga-bungaan berwarna-warni, bukit bukau, bangunan klasik secara berbasikal bersama insan-insan tercinta.

Tempat yang tersenarai dalam percutian idaman saya ialah ladang bunga tulip di Belanda, padang bunga-bunga liar di Colorado di US, festival dan taman-taman bunga Sakura mekar di Jepun, ladang bunga matahari di Tuscany, Itali dan padang bunga lavender di Provence, Perancis..



Dalam percutian idaman saya, saya gemar pilih untuk tinggal di homestay yang bercirikan budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Dapat berbasikal menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan memang tak terbanding nikmatnya..



Semoga percutian-percutian idaman saya ni menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Impian ni bukan untuk saya sorang tapi juga kepada insan-insan tersayang yang sentiasa teguh menyokong saya dalam apa jua keadaan. Impian yang disertakan usaha dan doa pasti akan dimakbulkan ye tak?

Anda juga sekiranya ada percutian idaman, berusahalah untuk menjadikan ia satu kenyataan..


Salam sayang...Jana


2 comments:

  1. Dekat jepun pun ada tulips juga, dekat Huis ten bosch, Nagasaki.. lagi pernah dengar juga taman bunga yg cantik di Hiroshima ^^ Bestnya kalau dapat melawat situ D:

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana