Wednesday, 1 October 2014

# ESP

10 SEBAB MENGAPA ESP BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Teringat masa mengandungkan si kembar Hazim & Haziq..Tiap-tiap pagi mesti teringin sangat nak makan taufu-fa. Bayangkan rasanya yang manis-manis, lemak-lemak soya dan bila dimakan sejuk-sejuk, perghh..nikmat yang tak terhingga. Jadi masa tu tiap kali pasar malam, saya akan beli 3-4 bekas sekaligus, dan simpan dalam peti. Sampai satu ketika, masa pergi check-up kat GH ada nurse cakap ngan saya, jangan makan banyak sangat taufu-fa tu sebab air gula boleh naikkan gula dalam darah..aiseh..Masa tu tak kenal ESP Shaklee pun lagi..tak tau pun ESP Shaklee sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan terutamanya ibu hami, berpantang dan menyusu...

Sekarang bila dah kenal ESP Shaklee, tak berapa nak pandang dah taufu-fa tu..Bila makan taufu-fa rasa macam manis sangat pula air gula tu..Berbeza dengan rasa ESP yang manis-manis lemak soya tu..gitu..Padahal tak pandai nak explain..Tu yang buat ramai orang jatuh cinta dengannya berkali-kali..Itu baru rasanya, belum lagi rasa kesannya pada kesihatan dan kecantikan.

kebaikan esp shaklee


10 sebab mengapa ESP Shaklee sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan

1. ESP Shaklee adalah kunci kepada awet muda
ESP membekalkan protin yang sangat penting untuk pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh. Sel-sel yang rosak akibat penuaan, serangan radikal bebas dan stress dapat dibaiki dan dibina semula dengan efektif. Sel-sel yang sihat dan baru akan memberikan kesan awet muda. Sebab tu mereka yang mengamalkan ESP lazimnya berkulit cerah berseri-seri dan tiada masalah parut.

2. ESP Shaklee memberi tenaga segera
ESP sangat membantu dalam membekalkan tenaga segera. Secara kimia asid amino hampir sama dengan glukos kecuali ia turut mengandungi nitrogen. Apabila asid amino diproses dan nitrogen disingkirkan ia akan bertukar menjadi asid lemak atau glukosa yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Berbanding karbohidrat, protin membekalkan tenaga yang perlahan tetapi lebih tahan lama..Sebab tu ia sangat sesuai untuk ibu dalam pantang dan mereka yang berpuasa.

3. ESP Shaklee tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak
ESP adalah makanan tambahan bebas kolesterol. Tambahan pula ia bantu beri rasa kenyang yang lama oleh itu ia tidak menggemukkan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin diet dan mengawal berat badan.

4. ESP Shaklee rendah Indeks Glisemik iaitu 39
Makanan rendah Indeks Glisemik akan membantu mengawal paras gula dalam darah dengan memecahkan gula secara perlahan-lahan dan melepaskan glukos kedalam sistem badan kita. ESP sesuai diambil oleh mereka yang mengalami diabetes.

5. ESP Shaklee diperbuat dari soya non-GMO
Non-GMO bermaksud organisma yang tidak diubah secara genetik dan membesar dalam keadaan fitrah semulajadi. Keburukan produk GMO ialah ia boleh memberi kesan jangka masa panjang terhadapa tubuh manusia. Oleh itu ESP bebas dari risiko kesihatan dan persekitaran yang tidak sihat malah mempunyai kualiti protin soya yang tinggi.

6. ESP Shaklee tidak diproses menggunakan alkohol
Sesetengah soya diproses dengan menggunakan alkohol. Selain dari menimbulkan keraguan terhadap pengguna islam ia juga menyebabkan kandungan isoflavon dalam soya hilang malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan. Soya ESP diproses dengan menggunakan air untuk mengekalkan isoflavone genistein dan deidzein yang kritikal demi kebaikan soya yang menyeluruh.

7. ESP Shaklee turut diperkayakan dengan unsur Kalsium
Ada kajian/artikel yang menyebut serbuk soya bersifat asid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Untuk itu, unsur Kalsium perlu ditambah secukupnya bagi meneutralkan kembali keasidan tersebut. Kebanyakan pengeluar protin soya tidak menambah Kalsium secukupnya.

8. ESP Shaklee lengkap dengan 9 asid amino perlu
Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan setiap jenis protin yang berbeza mengikut keperluan tubuh manusia. terdapat asid amino yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan ia dikenali asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan tubuh manusia harus diperolehi dari sumber pemakanan dan ia dikenali sebagai asid amino perlu. ESP menyediakan semua 9 asid amino perlu tersebut.

9. ESP Shaklee menggunakan proses pensijilan IPP
Proses pensijilan IPP iaitu Identity Preserved Program memastikan kacang soya bebas dari pendedahan perubahan genetik daripada peringkat benih hingga ke pengeluaran.

10. ESP Shaklee selamat dan berkualiti
1 hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, bebas kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Inilah dia 10 sebab mengapa ESP Shaklee bagus untuk kesihatan dan kecantikan.

Ramai yang telah merasa kebaikan ESP Shaklee dan manfaatnya selepas mengamalkan secara konsisten walaupun belum pun habis setin.

Baca: Testimoni sendiri menggunakan ESP
Baca: Testimoni ESP untuk kulit cantik
Baca: Testimoni ESP untuk ibu hamil

Jom dapatkan Shaklee ESP sempena Promosi Oktober 2014;

promosi shaklee esp


Untuk mendapatkan ESP dan menikmati kebaikannya jom hubungi saya disini


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana