Masa tu saya hamil buat kali ke-2. Berbanding kehamilan pertama, badan rasa sangat lemah. Mudah demam, sakit-sakit badan dan dalam masa yang sama nak jaga si kembar yang sedang aktif. Faham-faham je la budak-budak kecil ni, banyak hal. Makan memilih, selalu demam, batuk selsema, sembelit lagi tu bercampur pula dengan diri sendiri yang kurang sihat dan tak bertenaga. Dengan keadaan rumah lagi yang sentiasa bersepah dan berhabuk. Stress memanjang. Bila dah badan penat dan lesu mula lah garang semacam. Kadang-kadang saya jadi macam singa, kadang-kadang saya jadi macam mak tarzan...fuhhh
Bila buat pemeriksaan kat hospital Alhamdulilla saya dan baby dalam kandungan takde apa-apa masalah. Vitamin ibu mengandung yang diambil dari hospital pun tak pernah skip makan. Hingga dah masuk 5 bulan, pinggang saya pula mula berbunyi 'klik' bila berjalan. Risau betul masa tu..
Hinggalah suatu hari saya terpandang status kawan kat fb pasal vitamin Shaklee untuk ibu mengandung ni yang boleh bantu atasi masalah-masalah saya masa tu. Tak fikir panjang dah terus order. Tak sampai seminggu kemudian, saya mula rasa perubahan demi perubahan yang positif antaranya:
- Badan rasa bertenaga. Tiap-tiap hari masak lauk sedap-sedap
- Tiada lagi sakit-sakit badan. Pinggang pun takde bunyi dah. Kemas rumah, mop lantai, cuci toilet selamba je...
- Tiada lagi rasa macam nak pitam dan pening-pening lalat.
- Hilang stress. Mood baik je..boleh layan karenah sikembar..
- Malam-malam bila sejuk kaki tak kejang pun
Ini kisah 2 tahun yang lalu. Ala-ala testimoni set hamil Shaklee pulak. Sekarang ni pun saya masih ambil vitamin-vitamin ni. Cuma sekarang ni lebih advance sebab ada vitamin lain juga yang saya ambil seperti Vita-E Complex, Alfalfa Complex, ESP, Cinch dan banyak lagi lah. Pastu bukan saya sorang je, sikembar, suami, mak dan ahli keluarga yang lain pun turut merasai keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee. ALHAMDULILLAH...
No comments:
Post a Comment