HOMEMADE Resipi: Teresek Jantung Pisang

Teresek adalah masakan tradisional orang -orang negeri Kelantan dan biasanya dibuat pada waktu kenduri. Selain jantung pisang, kacang panjang dan kulat sisir pun boleh dimasak teresek. Bergantung pada bahan mentah yang ada..biasala kat kampung bahan-bahan mentah tu boleh dikutip dari kebun je, dalam kuantiti yang banyak pulak tu..

Teresek adalah salah satu makanan kegemaran saya sepanjang masa. Sebab dah makanan kegemaran haruslah saya belajar memasaknya. Tak payah tunggu kenduri, tiap-tiap hari pun boleh makan..Homemade resipi je..Oleh kerana kali ni ada banyak jantung pisang yang saya ambil sendiri dari kebun maka saya nak kongsi homemade resipi Teresek Jantung Pisang..

resipi teresek

Bahan-bahan;

4 biji Jantung pisang
1/2 Ekor ayam berserta kaki, leher, hati
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan Kerisik kelapa
2 peket rempah kari daging Cap Orang Terbang
15 biji Cili kering
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia dan lengkuas
Asam keping
Gula dan garam

Cara-cara;

1. Hiris jantung pisang dan rendam dalam air garam buat seketika. Kemudian toskan.

2. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas yang telah dikisar bersama hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan kacau hingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan kacau sebati dan tunggu hingga sedikit kering.

5. Masukkan jantung pisang, asam keping dan sedikit garam dan kacau hingga jantung pisang agak lembut.

6. Masukkan santan dan kerisik. Kacau hingga mendidih.

7. Rasakan gula dan garam.  Bagi saya, kalau nak lagi sedap tukar gula dengan gula melaka.

Kalau nak pedas, tambah beberapa cilipadi ke dalam teresek semasa sedang mendidih. Makan bersama nasi putih dan ikan kering panas-panas..perghh sangkut habis..mertua lalu depan mata pun tak nampak dah..hehehe

Senang dan mudah je kan?

Jom la cuba resipi Teresek Jantung Pisang...



2 comments:

  1. saya tak pernah makan benda ni..ni pun baru pertama kali tahu ada makanna gini.jantung pisang tu selalunya buat masak lemak je.tak pun celur buat ulam..:) nanti saya nak cuba la resepi ni..terima kasih..

    ReplyDelete

Disclaimer

Segala testimoni yang dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat, menyembuh atau menganalisa apa jua penyakit/masalah kesihatan. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...