Showing posts with label Perut Buncit. Show all posts
Showing posts with label Perut Buncit. Show all posts

Wednesday, 27 April 2016

Detoks cara Shaklee cara detoks berkesan lagi efektif

April 27, 2016 0 Comments
Tiap-tiap hari nampak kat fb kawan-kawan share pasal detoks shaklee. Gambar-gambar makanan detoks, menu detoks, resipi detoks, vitamin detoks, beza sebelum & selepas detoks cara shaklee dan macam-macam lagi. Detoks shaklee sana-sini. Macam bagus. Menyampah tak? Hehehe...

Persoalannya, kenapa perlu ikut detoks cara shaklee. Bagus sangat ke? Atau auta pelaris nak tarik perhatian semata-mata?

Tanda-tanda tubuh banyak toksin


detoks cara shaklee


Detoks cara Shaklee
  1. Detoks cara Shaklee bukan direka dari kami pengedar-pengedar TETAPI diolah oleh saintis Shaklee yang dah buat kajian secara menyeluruh lagi terperinci.
  2. Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.
  3. Detoks cara shaklee ada rejim/aturan yang perlu diikuti dengan berdisiplin. Ada menu disediakan dan ada jenis-jenis vitamin yang disarankan
  4. Detoks cara shaklee mesra ibu menyusu. Cuma menu lain sikit. 

Ni adalah jadual menu untuk hari pertama detoks cara shaklee. Semua mesti sayur mentah dan kukus dan buah segar je. Kenapa? Untuk singkir bahan buangan pejal dan rangsang pergerakan usus besar.


jadual detoks paling berkesan


Menu untuk 6 hari seterusnya jana kongsi kat group wassap secara eksklusif khas untuk mereka yang betul-betul berminat dan komited untuk detoks cara shaklee. Setiap aturan ada sebab yang tersendiri ikut biologi semulajadi badan. Sebab tu amat disarankan untuk berdisiplin baru lah dapat kesan yang optimum.


Detoks cara shaklee ni cuma untuk 7 hari sahaja. Jadi, tiap-tiap bulan pun kita boleh buat. Baru best.

Bukan setakat badan rasa segar, perut rasa selesa, lemak boleh hilang tapi tabiat gaya pemakanan pun berubah. Hilang rasa 'craving' benda-benda manis, boleh kawal pemakanan, cepat kenyang walau makan sikit dan banyak lagi faedah yang diperolehi.

Paling best, boleh mengelak dari berat badan yo-yo. Berat badan yo-yo ialah perubahan berat badan yang ketara tapi boleh berubah secara mendadak.

Sebab tu detoks cara shaklee adalah yang paling terbaik berkesan setakat ni. Terbukti!


Detoks cara shaklee tak lengkap tanpa set vitamin untuk detoks ni. Ia penting untuk bantu tubuh kita buang toksin dengan lebih efektif semasa dalam proses detoks.

vitamin untuk detoks yang berkesan


Set detoks shaklee mesti ada:
  1. Vivix berfungsi untuk detoksifikasi sel-sel.
  2. DTX Complex berfungsi untuk detoksifikasi organ hati.
  3. Herblax berfungsi untuk detoksifikasi usus besar untuk kempiskan perut dan kurus
  4. Alfalfa Complex untuk detoksifikasi tubuh & beri keperluan nutrisi yang penting untuk organ hati.
  5. Peppermint Ginger Plus untuk detoksifikasi usus besar.

Bagi bekalan protin berkualiti tinggi, disarankan ambil ESP / CINCH SHAKE kerana pada hari ke-4 dan seterusnya, protin diperlukan untuk buat smoothies. Yummy!! 100% bebas gula proses.

Jom detoks cara shaklee bermula hari ni dan tampil sebagai diri anda yang baru. Bebas toksin, lebih sihat dan gembira. Next entry jana kongsi testimoni-testimoni detoks cara shaklee. 

Untuk order/maklumat lanjut jemput hubungi jana ditalian berikut. Konsultasi eksklusif khas dijami berkesan untuk customer set detoks shaklee bagi memastikan pelaburan untuk sihat tanpa toksin ni berbaloi-baloi.






Monday, 25 April 2016

Ciri-ciri wanita yang berisiko kena fibroid & kenali tanda-tanda awal

April 25, 2016 2 Comments
Penting kita orang perempuan untuk ambik tau tanda-tanda fibroid dan kita juga patut ambil tau siapa yang berisiko untuk hadapi masalah fibroid. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu untuk mencegah fibroid, bersiap sedia untuk segala kemungkinan dan boleh dapatkan rawatan awal.

kecutkan fibroid

Apa itu fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan abnormal pada organ rahim. Fibroid boleh tumbuh dengan besar hingga menyebabkan kesakitan kronik pada perut dan pendarahan haid berlebihan. Namun, ada juga yang langsung tiada petunjuk atau simptom-simptom fibroid.


Tanda-tanda fibroid:
  • Haid yang berlebihan dan berketul
  • Tempoh haid yang berpanjangan
  • Sakit pada bahagian pelvik atau bahagian bawah belakang
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Sakit/ketidakselesaan pada bahagian bawah abdomen
  • Perut membuncit disebabkan rahim yang membengkak.



Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan fibroid.

  • Hormon estrogen berlebihan. Penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang tak seimbang boleh mengaktifkan fibroid. Antara faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ialah penggunaan alat perancang keluarga.
  • Lambakan xenoestrogen. Xenoestrogen atau 'estrogen sintetik' ialah bahan yang didapati berada dalam persekitaran seperti makanan, air dan kimia dari perindustrian & pertanian. Xenoestrogen masuk kedalam tubuh kita melalui penggunaan bahan plastik atau getah, racun serangga dan produk tembakau.
  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang menghadapi fibroid, maka risiko adalah lebih tinggi.
  • Obesiti. Lemak yang berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil 'Endocanabinoid System' dimana ia boleh mengganggu fungsi hormon-hormon lain.
  • Hamil. Ketika mengandung hormon estrogen dan progestron dihasilkan dengan lebih banyak. Keadaan ini boleh menyebabkan fibroid membesar dengan lebih cepat.


Ketumbuhan fibroid adalah benign (bukan kanser).


kecutkan fibroid


Ciri-ciri wanita yang ada risiko tinggi untuk hadapi fibroid ialah mereka yang mempunyai 1 atau lebih faktor yang telah jana sebut diatas.


Fibroid dan ovarian cyst adalah sama iaitu kategori ketumbuhan. Bezanya cuma fibroid tumbuh pada rahim dalam bentuk pejal dan berserat manakala ovarian cyst tumbuh dalam ovari kadangkala dalam bentuk cecair atau udara.


Perlukah merawat fibroid melalui pembedahan?

Bergantung pada saiz dan keadaan. Pembedahan perlu dilakukan sekiranya berlaku pendarahan atau mengganggu fungsi-fungsi sistem lain. Jika fibroid tidak membesar dan tak membahayakan biasanya tak perlukan pembedahan dan boleh kecut dengan sendiri. Apa-apa pun sila dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor bertauliah.



Vivix adalah antara vitamin Shaklee yang amat disarankan untuk membantu mengatasi dan mengurangkan simptom-simptom fibroid dan cyst. Vivix membekalkan antioksidan yang tinggi, dan terbukti menunjukkan ciri-ciri anti-radang, anti-carcinogen dan anti-mikrobial. Vivix juga dapat mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.


haid tak teratur

fibroid kecut dengan cepat



Selain Vivix Shaklee, vitamin yang sesuai untuk bantu kecutkan fibroid dan ovarian cyst ialah GLA Complex & set ACE (Carotomax, Vit C & Vit E).

Baca: Cara mengatasi cyst ovari


Tapi puan kena ingat. Walaupun mengambil suplemen, penjagaan pemakanan juga penting bagi kecutkan fibroid:
  • Tingkatkan pengambilan sayuran & buahan segar.
  • Elak makanan proses seperti makanan segera, makanan beku dan makanan dalam tin
  • Lebihkan makan makanan laut dalam.
  • Elak makanan tinggi kolesterol
  • Sebaiknya elak makanan & minuman bergula
  • Kurangkan pengambilan garam


Untuk order dan maklumat lanjut tentang vitamin, jemput hubungi jana ditalian tertera. Konsultasi eksklusif  lagi berkesan akan disertakan untuk setiap pembelian.

kecutkan fibroid




Tuesday, 2 December 2014

Diastasis Recti punca perut buncit macam orang mengandung 5 bulan

December 02, 2014 0 Comments
Masalah perut buncit macam orang mengandung? Ini pengalaman jana sendiri..Bila jumpa orang mesti orang akan tanya, "ni yang nombor 3 ke?" Sambil tangan tunjuk ke arah perut..tak pun diorang tanya "dah berapa bulan?". "Tak kak, saya tak mengandung" jawab jana sambil tersengih mesra sedangkan dalam hati mula gundah gulana. Ada juga yang kata jana bertudung labuh dan berbaju lebar sebab nak cover perut padahal niat jana nak berubah kearah kebaikan. Geram! Sedih! Namun apakan daya, dah memang daku perut buncit macam orang mengandung 5 bulan..uwaaa!!!

Masalah perut buncit macam orang mengandung ni bermula selepas jana hamil buat kali ke-2. Walaupun berat badan jana ideal, aktif, tiada masalah sista tapi setelah hampir 2 tahun perut jana masih buncit macam orang mengandung. Nekad nak kempiskan perut dan dapatkan semula pinggang yang ramping seperti dulu, jana mula mencari punca mengapa terjadinya masalah perut buncit macam orang mengandung.

Ye lah, nak merawat mesti kena tau puncanya kan?

Akhirnya, persoalan jana terjawab

Diastasis recti adalah punca mengapa perut boleh menjadi buncit seperti orang mengandung.



punca perut buncit wanita


Diastasis recti terjadi apabila otot abdomen yang selari telah terpisah ke kiri dan ke kanan disebabkan tisu penghubung (rectus abdominis) yang meregang dan lemah. Apabila tisu penghubung lemah, ia akan tertolak ke luar menyebabkan perut kelihatan membonjol.

Semasa kita hamil, rahim yang membesar telah memaksa tisu penghubung untuk meregang. Sebab tu kebanyakan wanita yang pernah hamil beberapa kali lazimnya memiliki perut buncit macam orang mengandung. Ini kerana mereka mengalami diastasis recti.

Kecenderungan untuk mengalami diastasis recti adalah dikalangan:

● Wanita yang hamil pada usia 35 tahun ke atas

● Bayi dalam kandungan yang terlalu besar

● Kehamilan kembar

● Kehamilan yang kerap

● Senaman yang salah semasa dan selepas kehamilan


Untuk mengenal pasti sama ada puan juga sedang mengalami diastasis recti, jalankan pemeriksaan di klinik atau boleh buat pemeriksaan sendiri. Mudah je...

perut buncit bagi wanita


Ikut langkah berikut:
  1. Baring dengan lutut dibengkokkan macam dalam gambar diatas
  2. Angkat sedikit kepala dan tekan hujung jari-jari tengah melintangi bahagian atas pusat. Rasa ruang kosong disitu macam dalam gambar dibawah
             ♢ 1-2 jari ~ normal
             ♢ 3-4 jari ~ diastasis recti 



perut buncit selepas bersalin



Tiada ubat untuk merawat diastasi recti ni kecuali pembedahan 'tummy tuck' atau senaman yang betul. 3 perkara penting untuk baiki semula otot abdomen yang telah lemah dan terpisah ni serta kempiskan semula perut yang buncit macam orang mengandung ialah :

  • senaman yang betul WAJIB dilakukan secara konsisten
  • pakai bengkung semasa bersenam, berdiri supaya dapat bantu pegang otot abdomen supaya kuat dan kembali ke tempat asal. 
  • Kawal pemakanan, tingkatkan metabolisme tubuh dan kurangkan berat badan

Senaman untuk diastasis recti:
  1. Duduk dengan tegak (atas kerusi pun boleh, duduk bersila pun boleh)
  2. Tarik nafas dan hembus dengan panjang sambil tarik otot perut kedalam yang mungkin. 
  3. Tahan otot perut sambil teruskan bernafas lebih kurang untuk 10 saat (peringkat permulaan) untuk merangsang semula otot perut supaya lebih kuat.
  4. Lepaskan otot perut dengan perlahan-lahan dan ulang semula langkah 2 & 3
  5. Amalkan juga senaman joging, aerobik untuk rangsang otot seluruh tubuh.


Pantang larang

ELAKKAN dari melakukan senaman otot perut seperti sit-up, crunch, planks kerana ia boleh menyebabkan diastasis recti menjadi lebih teruk! Ini kerana senaman ini akan menolak otot perut keluar sedangkan diastasis recti perlu diatasi dengan menarik otot-otot ke dalam.

ELAKKAN juga dari mengangkat benda-benda berat



Dibawah adalah salah satu video senaman bagi mengatasi diastasis recti.





Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah perut buncit macam orang mengandung ialah gabungan Vivix, ESP & Cinch Shake

Otot kita terdiri dari gabungan trilion sel-sel yang bertenaga.
Sel-sel yang tidak bertenaga tidak berupaya untuk mengganti dan membaiki dirinya sendiri sebagaimana yang sepatutnya berlaku. Maka, sebarang masalah yang berlaku ia takkan sembuh dengan sendiri atau akan ambil masa yang sangat lama..

Vivix bertindak pada tahap yang paling jauh iaitu sel-sel tubuh. Vivix merangsang pembinaan semula mitokondria iaitu penjana tenaga dalam sel untuk menjadikan sel-sel lebih bertenaga dan sihat. Vivix juga tinggi dengan antioksidan, menghalang pembentukan protin AGE dan melindungi DNA yang membantu menjadikan body age kita 25 tahun lebih muda.

kempiskan perut buncit


Gabungan ESP & Cinch Shake dapat membantu merangsang otot dan meningkatkan metabolisme tubuh. ESP & Cinch Shake adalah minuman protin berkualiti bukan je dapat cantikkan otot tapi juga dapat mengembalikan keanjalan kulit supaya tak menggeleber.



Kunci utama untuk keberkesanan Vivix, ESP & Cinch Shake adalah konsistensi yang disertakan dengan senaman.

Baca: Perut buncit sebab suka makan banyak? Omega Guard boleh bantu

Perut yang kempis, pinggang yang ramping adalah antara aset penting wanita. Jom sama-sama kita atasi masalah perut buncit macam orang mengandung dan kembali ramping seperti dulu-dulu. Suami pun boleh kembali angau kat kita macam mulla-mula kawin dulu...

Ingat, sayangi dan hargailah diri sendiri sebelum menyayangi dan menghargai orang lain..

Salam sayang...Jana



Tuesday, 19 August 2014

HERB LAX SHAKLEE BANTU ATASI SEMBELIT DAN PERUT BUNCIT

August 19, 2014 0 Comments
Tahukah anda, untuk kesihatan yang optimum seseorang itu perlu menjalani proses membuang air besar setiap hari. Bagi mereka yang membuang air besar selang 2 hari & keatas, atau jarang-jarang sekali adalah dikira mengalami masalah sembelit. Bayangkan sisa-sisa buangan tersebut 'disimpan & terperap' dalam perut, bukan kah itu suatu yang membahayakan kesihatan? Sisa-sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan boleh menyerap semula kedalam sistem tubuh dan menjadi punca pelbagai masalah kesihatan.

Herb-Lax Shaklee menggalakkan tindakan pembersihan usus yang lembut dan telah terbukti secara klinikal kesesuaiannya untuk digunakan dalam jangka masa panjang. So jika anda sedang mengalami masalah sembelit, Herb~Lax boleh membantu anda mengatasinya.


petua atasi sembelit


Herb Lax menggalakkan pembersihan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita dengan meransang usus untuk mempercepatkan pembersihan secara lembut. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus.

Dengan mengamalkan Herb Lax secara konsisten bukan sahaja dapat mengatasi masalah sembelit malah dapat membantu menyingkirkan toksin (detoks), mengempiskan perut dan menurunkan berat badan. Sebab tu dalam Set Kurus Shaklee turut ada Herb Lax!

Herb Lax diformulasikan dari 9 campuran herba-herba iaitu

  1. Sienna leaves ~ meransang tindakan pembersihan pada usus dan perut, proses detoksifikasi dan meransang penyerapan lemak
  2. Buckhorn bark ~ melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus
  3. Licorice root ~ membantu proses detoksifikasi
  4. Fennel seeds ~ mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut
  5. Anise seeds ~ meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  6. Rhubarb root ~ herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik
  7. Blue malva flower ~ membantu proses detoksifikasi dan mengimbagi tekstur kulit
  8. Culver's root ~ membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  9. Alfalfa leaves ~ membersihkan usus, darah dan hati

petua elak sembelit

petua elak sembelit


Harga sebotol Herb Lax ni hanya RM52.50 (WM) / RM55.00 (EM)
Untuk membuat order, sila klik pada butang dibawah dan anda akan terus dibawa ke laman web rasmi Shaklee

Klik untuk order


Untuk maklumat lanjut, tip-tip, cara makan yang betul atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya disini



Cod area; Taman Melati, Gombak, Sentul
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Indonesia via POSLAJU & GDEX


Thursday, 10 April 2014

OMEGA GUARD BANTU ATASI PERUT BUNCIT

April 10, 2014 0 Comments
Jika tuan berusia 30 tahun keatas dan sedang mengalami perut buncit, berhati-hatilah kerana itu bukan petanda baik. Itu sebenarnya adalah petunjuk bahawa tuan berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, serangan jantung, penyakit dementia dan beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon dan kanser payudara. 

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, oleh sebab perut buncit boleh mencetuskan masalah kardiovaskular, ia merupakan salah satu punca masalah lemah tenaga seksual. Lelaki yang mengalami perut buncit juga lebih cenderung mati lebih awal.

Jika tuan mempunyai isteri, anak dan dalam masa yang sama berperut buncit berusahalah untuk mengatasi  masalah perut buncit bermula sekarang! Work Smart, Not Harder..Eat Better, Not Less. 
Perut buncit bukan je boleh membawa masalah kesihatan, malah turut mengganggu penampilan.


atasi perut buncit


Adalah normal lemak akan berada dibawah lapisan kulit (subcutaneous fat) dan menyaluti organ (visceral fat) kerana ia umpama kusyen bagi organ-organ penting.  Tak kira samada seseorang itu gemuk ataupun kurus. Namun, apabila lemak-lemak tersebut mula berkumpul secara berlebihan ia mula mendatangkan kesan yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit kronik tersebut.


atasi perut buncit


Omega Guard merupakan asid lemak Omega 3 termasuk asid lemak tak tepu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi yang boleh merendahkan lemak dalam darah, mengawal obesiti dan mengawal kolesterol LDL. Ia melicinkan aliran darah dan mengelakkan pembekuan dalam salur darah.

Ia secara semulajadi bertindak sebagai lemak baik (HDL) yang akan mengikis & mengangkut lemak-lemak jahat (LDL) dan membawanya pergi untuk disingkirkan.

Asid lemak Omega 3 juga bertindak mencetuskan hormon leptin iaitu hormon yang berkaitan dengan selera makan. Semakin tinggi hormon leptin, selera makan semakin berkurang. Ini boleh membantu mengurangkan nafsu makan yang berlebihan.

Omega 3 juga membantu meminimakan lemak yang diambil daripada disimpan menjadi lemak. Ini kerana Omega 3 turut merangsang tahap sensitiviti insulin dalam darah kita. Lebih sensitif sel-sel tubuh kita terhadap insulin, lebih sukar untuk lemak-lemak yang dimakan disimpan.


atasi perut buncit


Selain itu, sentiasa aktif adalah kunci utama untuk mengatasi perut buncit selain dari mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seperti makanan tinggi serat, tinggi protin dan sayuran & buahan segar.

Nak tau lebih lanjut tentang Omega Guard sila ke [SINI]

Harga Omega Guard (90 biji) ialah RM136.00

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard atau mana-mana produk Shaklee berserta konsultasi sila hubungi saya. Sentiasa bersedia membantu anda.


atasi perut buncit




**************************
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli




Follow Instragram Jana_Hazana