Friday 10 October 2014

# Al-kisah

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau

Sempena menyahut cabaran untuk update blog selama 7 hari berturut-turut, suka saya nak cerita tentang fakta diri sendiri pula. Ye lah, selalunya fakta tentang masalah kesihatan, punca dan vitamin je kan..kali ni ubah topik sikit..

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau...

1. Sangat suka makan makanan pedas

Walaupun saya orang Kelantan, tahap kepedasan saya sangat tinggi. Ha..camana tu. Kalau pergi makan kat Nando's yang extra hot peri-peri tu macam just nice bagi saya.Masakan seperti masak lemak cilipadi ke, tomyam ke, memang toplist menu kegemaran saya..cili tu saya buat ulam. Bila malas nak masak saya potong je cili kecil-kecil pastu letak kicap sikit makan dengan telur goreng dan nasi. Fuhh, selera makan tu terus datang membuak-buak..

Masak lemak cilipadi


Pendek cerita, kalau tak pedas hilang selera...makan pun ciput je

Dulu-dulu masa awal perkahwinan selalu kena perli dengan suami sebab dia tak suka makan pedas! Mana taknya, budu sepiring pun sampai 7-8 biji cili...So kena la biasakan control sikit tahap kepedasan dalam masakan..Sebab tu sekarang, sambal belacan ke, jeruk cili padi ke WAJIB ada untuk saya layan selera pedas tu sorang-sorang..


2. Suka main dengan kucing tapi malas nak bela

Dulu masa kecil kakak saya bela kucing banyak juga la dalam 4-5 kalau tak silap saya..masa tu seronok sebab setiap masa dapat main kucing..Tengok tv dengan kucing, tidur dengan kucing, makan dengan kucing, jalan-jalan naik kereta pun bawak kucing. Paling seronok bila kucing tu beranak, kitaorang pula yang happy lebih-lebih. Tak bosan-bosan ulang alik jenguk anak-anak kucing dalam kotak...

Namun disebalik kecomelan kucing yang manja tu, ada sifat pengotor yang saya malas nak layan..Ha..camana tu..Kucing  tu kalau yang jantan suka 'tanda' kawasan dia dengan kencing merata-rata, berak pula nak kena sediakan tempat khas yang perlu ditukar setiap hari, bulu-bulu bersepah melekat dimana-mana, pastu kucing-kucing tu suka cakar-cakar sofa, tilam..lama kelamaan habis rosak sampai terkeluar span. Sebab tu lah sekarang saya malas dah nak bela kucing..


3. Saya seorang yang tak pandai bercakap

Tak pandai bercakap ni maksud saya tak pandai nak bercakap dikhalayak ramai, tak pandai nak pujuk memujuk, tak pandai nak berbahas..bercakap berdasarkan fakta tu boleh la tapi kalau nak menokok tambah tu memang tak pandai..Straight to the point kata orang putih..mungkin sebab saya ni pemalu sikit kut, cakap pun tak banyak..

Sebab tu saya buat bisnes online. Saya lebih selesa untuk berkongsi idea, pendapat, pengalaman & ilmu pengetahuan menerusi papan kekunci. Bila ada customer call atau pergi jumpa customer bila nak COD, sebenarnya saya sangat gugup tuhan je la yang tau. Tapi syukur lah, lama kelamaan saya dah biasa so takde la jelas sangat 'kegugupan' saya tu...


Tu dia 3 perkara tentang saya yang ramai tak tau..dikesempatan ini saya  nak mohon maaf sekiranya ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita..tak kira lah dari segi penulisan di blog atau ketika berurus niaga dan konsultasi. Jika ada, itu semua adalah diluar kesedaran saya dan saya mohon dimaafkan.

Salam sayang,

Jana Hazana SID 908814
017-3125484


4 comments:

  1. 1 pinggan budu sampai 7..8 biji cili padi..biar betik??daku 2 biji je kot..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..at the end tinggal biji je dlm piring budu tu..hihi

      Delete
  2. Orang kata kalau suka makan makanan pedas tu maknanya orang tu ramah dan mesra.sukakan cabaran..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke camtu...
      Tapi macam betul je..hehe..

      Delete

Follow Instragram Jana_Hazana