Wednesday 15 October 2014

# Al-kisah

Ada apa dalam beg tangan saya

Bila nak keluar saya jarang bawa beg tangan. Setakat nak pergi pasar, bawa anak-anak pergi playground atau cod vitamin Shaklee saya lebih suka bawa wrislet je sebab lebih mudah dibawa ke mana-mana dan lebih praktikal. Boleh sangkut kat pergelangan tangan je. Cukup ada barang-barang wajib je seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah, kad perubatan dan telefon bimbit..

Tapi bila nak pergi ke tempat-tempat tertentu, terpaksalah galas beg tangan juga. Jom selongkar sikit apa ada dalam beg tangan saya

beg tangan

Ni lah biasanya 'isi perut' beg tangan saya..mesti ada;

Organizer. Dalam organizer tu ada senarai idea nak buat entri blog, senarai impian dan kata-kata semangat, senarai harga vitamin Shaklee, tempat saya salin tip-tip bisnes dan produk dari group, rujukan untuk konsultasi, senarai untuk topup stok..dan macam-macam lagi lah..

Pencil case. Dalam tu ada gunting, marker, gam, stapler, pita pelekat..ini tabiat dari zaman belajar di universiti. Bila nak isi form ke, urusan poslaju ke senang tak payah pinjam orang punya.

Tuala wanita..sebagai persediaan bila dah dekat tarikh yang berkenaan. So takde lah kelam kabut nak beli.

Tu lah dia apa ada dalam beg tangan saya. Simple je kan. Alat kosmetik takde sebab saya tak pakai pun. Cuma ada 1 pewangi yang kakak saya bagi sebagai cenderahati dari Mekah, tu pun saya pakai ketika nak solat je.


1 comment:

Follow Instragram Jana_Hazana