Sunday 19 August 2018

# Kecantikan # Kulit Kusam

Ciri-ciri sunblock yang bagus untuk kulit orang Malaysia

Salah satu syarat wajib untuk memelihara keremajaan dan kecantikan kulit adalah pakai sunblock.Tak kira usia, jantina selagi ada kulit serta pancaran sinaran matahari selagi itu lah wajib pakai sunblock.

Tabiat rajin pakai sunblock adalah salah satu tabiat yang mencantikkan kulit tambah-tambah kat Malaysia ni yang sedia maklum menerima pancaran matahari terik sepanjang hari. 

Untung la sapa yang rajin tu. Tapi lagi untung dan bijak jika dia tahu memilih ciri-ciri sunblock yang bagus.

sunblock paling bagus



Sunblock bukan hanya untuk yang nak berjemur tepi pantai atau tepi kolam aje. Sunblock adalah satu antara rejim penjagaan kecantikan kulit pada waktu siang. 

Ingat, walaupun kita sedang berada dalam bangunan, dalam rumah tetap kena pakai sunblock. Sinaran matahari tetap boleh masuk dan merosakkan kulit kita.

Haba dari memasak juga boleh menjadikan kulit cepat rosak dan nampak tua.



Sunblock berfungsi sebagai pelindung kulit dari pancaran sinaran matahari.

Sinaran matahari ada 2 jenis sinaran iaitu sinar UVA dan sinar UVB.

Sinar UVA tembus jauh kedalam dermis kulit berupaya memberi kesan penuaan pada kulit. Antaranya kulit jadi berjeragat, berkedut, kusam, malah boleh menyebabkan kanser kulit.

Sinar UVB menyerap ke lapisan epidermis iaitu luar kulit memberi kesan gelap pada kulit. Antaranya kulit jadi berbelang, gelap dan mengelupas.

Untuk kulit awet muda, sihat dan cantik yang berpanjangan, kita mesti beri perlindungan kulit terhadap kedua-dua sinar UVA dan UVB ni.


tip pillih sunblock bagus
Sunblock apabila dilihat guna sinar uv



Ciri-ciri sunblock yang bagus untuk penduduk Malaysia

Semua pun tahu kan kedudukan negara Malaysia betul-betul pada garisan khatulistiwa. Ini bermakna, setiap tahun negara kita akan dapat sinaran matahari yang terik sepanjang hari, sepanjang tahun. Nak tak nak, setiap orang mesti pakai sunblock pada waktu siang.

Jadi untuk pastikan kita memilih sunblock yang benar-benar bagus, jom pastikan sunblock mempunyai ciri-ciri berikut.


1. Memberi perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB

Sunblock mengandungi SPF yang bermaksud Sun Protection Factor. SPF mengukur tempoh serta kekuatan untuk beri perlindungan pada kulit kita.

Pilih sunblock yang ada SPF Broad Spectrum. SPF Broad Spectrum akan melindungi kulit kita dari kedua-dua jenis sinar matahari UVA dan UVB.

Jika sunblock anda takde tulis 'SPF Broad Spectrum', hanya 'SPF' atau 'PA++' sahaja..Sila bertukar jenama sunblock anda sekarang kerana ia tak berkesan untuk beri perlindungan secara maksimum.



2. Memberi perlindungan yang kuat

Pernah tengok produk sunblock dengan SPF 15, SPF 30, SPF 50 kan? Itu menunjukkan tahap kekuatan sunblock tersebut dalam melindungi kulit kita dari sinaran matahari.

Ini cara kira SPF:

Contoh SPF 30.

(30-1)/30 = 0.97

Ini bermaksud produk sunblock dengan SPF 30 ni dapat lindungi kulit kita sebanyak 97% sinaran matahari.


Contoh SPF 50

(50-1)/50 = 0.98

Ini bermaksud produk sunblock dengan SPF 50 melindungi kulit sebanyak 98%.


sunblock paling bagus



Ikut kesesuaian warna kulit

Orang yang berkulit cerah mempunyai kadar bertahan lebih pendek berbanding orang berkulit gelap. Ini disebabkan orang kulit gelap mempunyai melanin yang lebih tinggi.

Kulit cerah 10 minit.
Kulit kuning langsat 15 minit.
Kulit sawo matang 20 minit.

Contoh orang berkulit putih guna sunblock dengan SPF 30.

Selalunya tempoh bertahan bagi orang berkulit putih 10 minit. Oleh itu jika dia guna SPF 30, maka 10 x 30. Oleh itu, tempoh bertahan bagi beliau untuk berada dibawah sinaran matahari dengan selamat ialah  300minit.


Banyak pendapat mengatakan memadai dengan SPF 30. Tapi menurut hasil kajian saintis berdasarkan cuaca panas seperti Malaysia ni, SPF 50 lebih sesuai.


3. Melindungi, melembapkan serta membekalkan nutrisi pada kulit

Ciri-ciri sunblock yang bagus bukan setakat melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari tetapi juga beri perlindungan antioksidan, tapi dalam masa yang sama bantu memelihara kelembapan kulit dan bekalkan nutrien terus pada kulit.



Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50

sunblock paling bagus untuk orang malaysia






  • Memberi perlindungan kulit bukan sekadar dari sinaran matahari tapi dalam masa sama turut melembapkan dan bekalkan nutrisi pada kulit



  • Perlindungan dengan SPF 50 Broad Spectrum (UVA & UVB) tanpa bahan kimia bahaya.



  • Antioksidan berpaten melindungi kulit dari serangan radikal bebas.



  • Marin biopolimer semulajadi melindungi dari pencemaran.



  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.



  • Dikhaskan untuk kulit orang Malaysia.


sunblock youth shaklee


Ini lah ciri-ciri sunblock yang bagus untuk kulit orang Malaysia. 

Memang tak dapat dinafikan Youth Age Defense Moisturizer SPF50 menepati ciri-ciri sunblock yang paling bagus untuk orang Malaysia. 

Jangan tunggu lagi, jom dapatkannya segera dan lindungilah aset kita yang berharga ini iaitu kulit yang sihat dan cantik tanpa cela.



Order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================



sunblock paling bagus


   






No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana