10 Ogos 2018 akhirnya vitamin c chewable Shaklee muncul. Yeay. Vitamin c kunyah Shaklee ini diberi nama Chewable-C Plus.
Jana pun cepat-cepat borong kononnya untuk stok sendiri. Hajat tak nak jual semua tapi nampaknya stok susut laju macam apa. Tinggal 1 je lagi untuk kegunaan sendiri.
Dasyat penangan Vitamin C Chewable Shaklee ni.
Apa itu Chewable-C Plus?
Mungkin ada mak-mak yang belum pernah tau tentang vitamin c kunyah Shaklee, Chewable-C Plus ni.
Chewable-C Plus Shaklee ni merupakan produk vitamin c Shaklee dalam versi yang boleh dikunyah. Shaklee ada 2 versi vitamin c:
- Vita C Plus Sustained Release
- Chewable-C Plus
Rasa Chewable-C Shaklee ni masam-masam manis dan sangat sedap. Jangan kata anak-anak je suka, mak pun suka. Boleh dibawa berebut ni.
Setiap tablet mengandungi 100mg vitamin c.
Jika mak-mak tengah cari vitamin yang paling sesuai untuk anak-anak, Chewable-C Plus adalah yang terbaik.
- Chewable-C Plus sangat sesuai untuk orang dewasa yang sukar menelan tablet.
- Sangat disyorkan untuk ibu-ibu yang sedang mengalami morning sickness juga mereka yang suka makan gula-gula untuk hilangkan rasa mengantuk. Daripada duk makan benda-benda tinggi garam dan gula tu, adalah lebih baik kemam dan kunyah Chewable-C Plus ni..dapat jugak faedah untuk kesihatan.
Fungsi vitamin c untuk kesihatan
Vitamin c penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya kesemua yang membentuk tubuh kita.
Vitamin c penting dalam menguatkan sistem pertahanan tubuh, mengurangkan simptom flu dan selsema dan mencegah alergi hidung, kulit serta asma.
Vitamin c membantu pembinaan sel darah merah yang sihat dengan meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan yang diambil.
Vitamin c membantu luka cepat sembuh dan memudarkan parut.
Vitamin c turut membantu menguatkan dinding kapilari darah sekaligus menghalang masalah pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan penyakit skurvi.
Vitamin c adalah jenis vitamin larut air. Oleh itu ia sangat mudah hilang dari tubuh kita melalui peluh dan kencing. Faktor stress, sakit, rokok akan cepatkan lagi kehilangan vitamin c dalam tubuh.
Jana sendiri memang tertunggu-tunggu stok vitamin c kunyah Shaklee ni sebab anak-anak sering terkena pada jangkitan selsema dan batuk. Tambah pula Hazim yang selalu hidung berdarah serta kulit anak-anak yang mudah luka serta parut yang banyak.
Inshaa Allah, dengan jalan ikhtiar ni anak-anak sihat walafiat dan dapat meneroka alam dengan lebih berani dan yakin.
Jana sebagai mak pun takde lah paranoid sangat bila anak-anak nak bebas bermain diluar terdedah pada alam semulajadi.
Baca >> Cara hilangkan batuk berkahak dan selesema anak dengan cepat
Keistimewaan Chewable-C Plus Shaklee ni selain dari rasanya yang sedap, ia turut ditambah serbuk rosehips, bioflanovoid sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C
Tak lengkap vitamin c tanpa bioflanovoid.
Produk Shaklee sentiasa dijamin selamat, berkesan, mesra alam, halal dan lulus KKM.
Jom dapatkan Chewable-C Plus untuk keluarga dan cukupkan keperluan harian vitamin c kita. Pelaburan kesihatan yang sangat berbaloi.
Mencegah penyakit adalah jauh lebih mudah dari merawat kan? Kos juga jauh lebih rendah.
Order
===========================
Hubungi
Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
No comments:
Post a Comment