Wednesday, 15 August 2018

# Diabetes/Kencing Manis # Vivix

5 tips kawal gula dalam darah agar kekal normal

Mesti semua dah tau...gula dalam darah yang tinggi adalah punca utama penyakit diabetes. Gula dalam darah atau glukosa sumber utama tenaga, tetapi bila tubuh gagal menukar glukosa kepada tenaga, ianya akan kekal berada dalam darah.

Paras glukosa tak terkawal boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Gejala diabetes diantaranya ialah kerosakan buah pinggang, kerosakan daya penglihatan, penyakit jantung dan banyak lagi.

Oleh itu, sangat penting untuk mengawal paras gula dalam darah, glukosa agar kekal normal.


cara kawal gula dalam darah diabetes


Hormon insulin diperlukan untuk menukar glukosa kepada tenaga. Bila tubuh kurang hormon insulin, ataupun sel-sel tubuh kurang sensitif terhadap insulin maka glukosa tak dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini menyebabkan bacaan paras gula dalam darah melambung.



5 tips kawal gula dalam darah agar kekal normal

1. Jika anda adalah pesakit diabetes, ikut arahan doktor yang merawat.

Doktor yang merawat lebih arif tentang keadaan kita. Segala arahan untuk mengambil ubat-ubatan atau suntikan yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu kita kawal glukosa dalam darah.

Oleh itu, untuk mengelak gejala penyakit jadi lebih teruk serta demi kebaikan diri sendiri tolong ikut arahan doktor yang merawat.


2. Hentikan pengambilan gula putih.

Tabiat suka makan dan minum terlalu manis adalah salah satu penyumbang utama terjadinya penyakit diabetes. Organ pankreas terlalu terbeban dengan paras glukosa yang tinggi hingga satu tahap ia jadi 'haus' dan tak mampu berfungsi secara efisien lagi.

Oleh itu, untuk kawal gula darah agar kembali stabil di paras normal sila hentikan pengambilan gula putih.


3. Kawal pengambilan karbohidrat

Karbohidrat dalam makanan akan ditukar kepada glukosa. Oleh itu pengambilan banyak karbohidrat turut akan menyumbang kepada paras glukosa yang tinggi.

Contoh makanan tinggi karbohidrat ialah nasi putih, roti putih, roti canai, kek dan mee.


4. Minum banyak air kosong

Air akan membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan baik ketika dalam proses penyingkiran glukosa berlebihan serta sisa-sisa bahan kumuh lain.

Kekurangan air menyebabkan buah pinggang dipaksa bekerja terlalu berat akhirnya boleh menyebabkan kerosakan. Minum banyak air kosong dapat mencegah kegagalan buah pinggang.


5. Bersenam

Mereka yang obes atau berat badan berlebihan berisiko untuk mengalami gula dalam darah yang tinggi.

Bersenam secara konsisten dapat membantu untuk mengatasi masalah obesiti dan berat badan berlebihan sekaligus dapat mengawal gula dalam darah.




Bagaimana Vivix membantu menurun dan mengawal paras glukosa dalam darah agar kekal normal, elak gejala penyakit diabetes.


Vivix merupakan minuman botani yang membekalkan pemakanan polifenol yang dibuat dari 4 bahan botani semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi eropah dan herba knotweed jepun.


vivix turunkan kencing manis



  • Vivix bantu tingkat tahap sensitiviti sel-sel terhadap insulin.

  • Kuasa resveratrol dan asid ellagik membantu merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, mengawal berat badan dan melambatkan penuaan sel.

  • Meningkatkan fungsi sel dengan meningkatkan .penghasilan tenaga dalam sel sekaligus membenarkan organ-organ berfugsi dengan baik.

  • Melambatkan penumbunan protin AGE (Advanced Glycation End Products) yang boleh mengganggu keutuhan sel.

  • Kuasa antioksidan yang tinggi melindungi sel dari serangan radikal bebas yang mengakibatkan gangguan dan kerosakan pada pengkalan data genetik.

Ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu melambatkan penuaan pada tahap selular.

Tapi harus ingat, Vivix berupaya membantu menurunkan serta mengawal gula dalam darah jika diamalkan dengan 5 tips diatas ya. Tiada gunanya juga jika minum Vivix sebotol sehari tetapi pemakanan tak jaga, senaman  malas buat, makan makanan manis-manis dalam kuantiti banyak.

testimoni vivix untuk diabetes

>>Baca kisah penuh disini<<



Order Vivix

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)

Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================




No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana